Dirgahayu

You might also like

You are on page 1of 2

Maksud Rangkap 1 Bahasa kebangsaan sepatutnya diangkat martabatnya kerana menjadi hati dan nurani bangsa Malaysia yang

berbudi, setia dan amanah kepada negara. Rangkap 2 Bahasa kebangsaan merupakan maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya supaya utuh dan kukuh dalam menempuh dunia yang semakin canggih serta berperanan untuk menjadi alat untuk menyatukan bangsa. Rangkap 3 Para pejuang bahasa telah berjuang untuk mempertahankan bahasa kebangsaan supaya kekal menjadi milik rakyat negara ini dan sentiasa akan mendaulatkannya dalam era globalisasi ini. Rangkap 4 Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi bahasa perantaraan dalam bidang diplomatik di peringkat antarabangsa. Rangkap 5 Diharapkan agar bahasa kebangsaan akan terus berkembang di peringkat antarabangsa iaitu digunakan sebagai bahasa ilmu dan menjadi bahasa yang melambangkan kesopanan bangsa Melayu. Bahasa kebangsaan akan terus digunakan sebagai bahasa perpaduan dan berupaya untuk menghadapi rintangan dan mencaipta kejayaan dalam alaf baru ini.

Tema Bahasa kebangsaan perlu dipelihara dan dimartabatkan darjatnya. Persoalan 1. Sayang akan bahasa kebangsaan 2. menghargai sumbangan bahasa kebangsaan 3. hormat akan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu 4. keyakinan dan optimis akan masa depan bahasa kebangsaan Nilai 1. Semangat patriotik 2. Hormat-menghormati 3. Semangat perpaduan 4. Yakin diri Pengajaran 1. Kita hendaklah menyayangi bahasa kebangsaan kita sendiri. 2. Setiap rakyat negara ini haruslah memartabatkan bahasa kebangsaan. 3. Kita mestilah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu. 4. Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum

You might also like