You are on page 1of 1

Refleksi

Syukur Alhamdulillah kerana dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah bimbingan saya, Puan Arfah Karim kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya disamping rakan-rakan saya yang membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, masalah yang saya dan rakan kumpulan adalah berkenaan dengan kesuntukkan masa di atas urusan lain. Hal ini kerana dalam menjalani amali bagi tugasan ini, kami baru sahaja selesai menguruskan kejohanan olahraga serta amali haiwan peliharaan dan ikan hiasan. Oleh yang demikian, menjadi kelam kabut kepada kami dalam melaksanakan tugasan ini. Namun begitu, terdapat juga kekuatan yang dapat saya rasakan bagi mengatasi permasalahan ini. Kami telah bersepakat dan membahagikan tugas-tugas kepada setiap ahli kumpulan agar tidak terlalu membebankan. Semasa menjalani amali bagi tugasan ini, kelemahan yang dihadapi oleh kami ialah untuk menyiapkan gerai kami dan meletakkan barang jualan yang dibuat. Masalah yang timbul dalam menghias gerai ialah kami tidak membuat persiapan serta tidak mempunyai barangan hiasan. Oleh itu, saya berusaha untuk mendapatkanya daripada rakan-rakan yang lain. Dalam permasalahan menyimpan barangan, ianya disebabkan oleh bekas ais yang dipunyai saya telah hilang. Namun begitu, saya telah mendapatkan yang lain dengan meminjamnya daripada Persatuan Bulan Sabit Merah. Masalah yang timbul selepas pelaksanaan tugasan pertama ialah masalah semasa mahu menghantar rancangan pemasaran pula juga timbul. Hal ini kerana rakan-rakan kumpulan saya yang tidak berada di maktab kerana berpraktikum. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, saya telah meminta mereka untuk menghantar e-mail kepada saya untuk digabungkan. Oleh yang demikian, saya mengharapkan agar segala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi pada masa ini akan apat diadaptasi dalam kehidupan seharian serta boleh diguna pakai di masa hadapan.

You might also like