You are on page 1of 2

SOALAN 6 Sistem kerajaan awal di Asia Tenggara merupakan campuran sistem tempatan dengan pengaruh Hindu Buddha.

(a) Terangkan pengaruh Hindu Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara. [10 markah] Pengaruh Hindu Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara ialah sistem pemerintahan beraja ketua menggunakan gelaran raja raja berada di puncak pemerintahan di bawah raja terdapat kerabat diraja diikuti pembesar dan ahli agama iaitu Brahmin peranan raja raja berkuasa mutlak dalam pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara perintah raja menjadi undang-undang melanggar perintah raja bermakna menderhaka dan tidak diampunkan raja merupakan bayangan tuhan konsep dewa raja dalam sistem pemerintahan raja tuhan atau dewa-raja dipercayai mempunyai kesaktian upacara pertabalan raja mengukuhkan kedaulatan raja dipimpin oleh golongan Brahmin

(b) Nyatakan pengaruh bahasa Sanskrit dalam kesusasteraan di Asia Tenggara. [6 markah] Pengaruh bahasa Sanskrit dalam kesusasteraan di Asia Tenggara ialah melalui epik Ramayana, Mahabharata dan Puranas menyumbang kepada unsur mitos dalam kesusasteraan klasik di Asia Tenggara dapat dilihat dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha danKunjarkarna masyarakat Asia Tenggara turut terdedah dengan cerita dalam epik Ramayana dan Mahabharata

melalui penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit dari epik Mahabharata lahir naskhah yang diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya danHikayat Sang Samba dari epik Ramayana lahir pula Hikayat Seri Rama

(c) Pada pendapat anda, mengapakah monumen yang terdapat di Asia Tenggara perlu dipelihara? [4 markah] Monumen yang terdapat di Asia Tenggara perlu dipelihara kerana untuk diwarisi oleh generasi akan datang untuk dilihat oleh generasi akan datang menghargai keindahan warisan orang dahulu perlu mempertahankan warisan yang ditinggalkan dapat menjana ekonomi negara melalui sektor pelancongan membuat kajian dan penyelidikan kebanggaan warisan dan sejarah negara

You might also like