You are on page 1of 1

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak Jalan Dato' Mohd. Musa 94300 Kota Samarahan Sarawak.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, 94700 Serian, Sarawak

14 JULAI 2013.

Tuan, MEMOHON SUMBANGAN UNTUK RIANG RIA SUKANEKA Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimakumkan bahawa kami guru pelatih dari IPG K TAR akan mengadakan Riang Ria Sukaneka di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah pada hari Khamis, 18 Julai 2013. 3. Maklumat anggaran perbelanjaan adalah seperti berikut : BIL 1. 2. ITEM 8 Hamper Peralatan Jumlah KOS RM250 RM50 RM300

4. Sehubungan itu, kami dengan rasa rendah diri ingin memohon sumbangan daripada pihak sekolah dalam bentuk kewangan untuk meringankan kos perbelanjaan sepanjang aktiviti Riang Ria Sukaneka. 5. Sumbangan dan kerjasama daripada pihak sekolah amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT Menurut perintah,

( TIONG KIM YEW ) b.p guru pelatih-guru pelatih IPG K Tun Abdul Razak.

You might also like