You are on page 1of 7

KERTAS KERJA PENGURUSAN STOR SK BAHANG

TARIKH : 9 JULAI 2013 (SELASA)

TEMPAT : STOR PENDIDIKAN JASMANI SK. BAHANG, PENAMPANG, KOTA KINABALU

ANJURAN : GURU PELATIH IPG KAMPUS GAYA KOTA KINABALU

DENGAN KERJASAMA : WARGA SK. BAHANG, PENAMPANG, KOTA KINABALU

1.0 PENDAHULUAN

Internship ialah peringkat transisi profesional yang bertujuan untuk mengaitkan pengalaman amalan profesional pelajar dengan tugas bakal guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah serta aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah.

Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan pensyarah pembimbing. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat pemimpin dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan bakal guru yang berkemahiran.

Dalam menjayakan program internship ini satu projek telah kami kenal pasti sebagai satu aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah yang telah kami pilih ini. Kami sebulat suara untuk memilih projek mengemas kini stor Pendidikan Jasmani SK Bahang yang melibatkan kami sendiri iaitu guru-guru pelatih semester 8.

2.0 TUJUAN

Kertas kerja ini diutarakan adalah untuk memohon kebenaran bagi menjalankan program pengurusan dan kecerian stor Pendidikan Jasmani SK Bahang, Penampang.

3.0 RASIONAL

Stor sukan di sekolah merupakan satu perkhidmatan yang perlu diberi perhatian oleh pihak sekolah. Oleh itu, stor sukan ini perlu dibuat penambahbaikan dan kemas kini dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian dan kehendak keperluan semasa. Rasional projek ini dibuat adalah untuk meningkatkan sistem pengurusan stor agar lebih berkesan dan mewujudkan persekitaran yang kondusif serta selamat.

4.0 OBJEKTIF

Melalui projek ini, kami berharap akan dapat :-

i. Menyusun peralatan dengan cara yang betul dan bersistematik. ii. Mengelakkan daripada kecederaan di dalam stor sukan iii. Memudahkan keluar masuk peralatan. iv. Mewujudkan suasan yang kondusif dan ceria. v. Meningkatkan kefahaman murid tentang peraturan ketika berada di dalam stor sukan.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Stor Pendidikan Jasmani SK. Bahang, Penampang.

6.0 TARIKH / MASA

Tarikh Tempoh Masa

: 9 Julai 2013 : 1 hari : 8.00 11.00 pagi

7.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK Rujuk lampiran A

8.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA Rujuk lampiran B

9.0 Penutup

Di harap melalui projek ini akan dapat mengeratkan kerjasama antara guru pelatih dan guru guru di sekolah ini. Kami juga berharap agar dapat mempelajari sebanyak mungkin sumber ilmu yang ditemui sepanjang projek dan juga pengalaman yang amat berharga sebagai panduan menjadi guru sebenar kelak. Pihak jawatankuasa juga memohon kerjasama dan tindakan dari pihak pengurusan sekolah supaya mempertimbangkan permohonan Projek Pengurusan Stor Sekolah ini. Segala kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, wassalam.

LAMPIRAN A

JAWATAN Penasihat

NAMA Puan Hajah Zaiton Binti Hj Usman

Naib Penasihat 1

Puan Dorin Aloysius

Naib Penasihat 2

Puan Grace Yong

Guru Pembimbing

Puan Leong Nyuk Lin

LAMPIRAN B

JAWATAN Pengerusi

NAMA Qawiem Khairani Bin Mohd Yassin

Setiausaha

Fitri Aisyah Binti Dulah

Dokumentasi

Norfifinah Binti Osman

Tugas-tugas Khas

Qawiem Khairani Bin Mohd Yassin Norfifinah Binti Osman Fitri Aisyah Binti Dulah

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

____________________________ (FITRI AISYAH BINTI DULAH) Guru Pelatih, IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.

________________________ (PUAN LEONG NYUK LIN) Guru Pembimbing, SK. Bahang, Penampang, Kota Kinabalu, Sabah.

Disahkan oleh,

__________________________ (PUAN HAJAH ZAITON BINTI HAJI USMAN) Guru Besar, SK. Bahang, Penampang, Kota Kinabalu, Sabah.

You might also like