You are on page 1of 18

1 a) Di dalam menu yang ditunjukkan, terdapat beberapa kelas makanan yang boleh

diterangkan. Salah satu kelas utama yang boleh didapati ialah karbohidrat. Karbohidrat merupakan sumber utama bagi tenaga dan diperlukan dalam setiap hidangan yang diambil setiap hari. Nasi putih tergolong di dalam kelas makanan ini. Karbohidrat menyediakan sumber utama tenaga yang diserap dengan pantas ke dalam sistem tubuh badan manusia. Ia menyumbangkan kira-kira 50% pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijirin seperti beras,gandum dan sepertinya. Selain itu, bahan-bahan lain seperti gula (yang boleh didapati seperti glukos,sirap,madu,laktos), kanji (yang terdapat dalam tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan juga beberapa selulosa, gam dan pektin boleh didapati dalam karbohidrat. Ayam goreng dan ikan kukus boleh diklasifikasikan di dalam kelas makanan protein. Protein terdiri daripada karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen. Terdapat sebahagian protein juga mempunyai unsur fosforus dan sulfur. Ikan, susu, daging, kekacang (kacang tanah dan kacang soya) dan putih telur kaya dengan protein. Protein dapat membina tisu badan, enzim dan hormon. Protein membentuk sebahagian besar struktur di dalam sel termasuklah sebagai enzim dan pigment respiratori. Protein dibentuk dari percantuman unit asas yang dikenali sebagai asid amino. Santan tergolong di dalam lemak. Lemak merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Lemak itu sendiri berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Lemak mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel. Namun begitu, pengambilan lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan. Ini terjadi lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk. Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari. Contoh lemak haiwan adalah lemak, minyak ikan, dan butter atau ghee. Ia biasanya didapati dari lemak dalam susu dan daging, juga

2 dari bawah kulit, dari haiwan. Contoh lemak tumbuhan yang boleh dimakan termasuk kacang, kacang soya, bunga matahari, bijan, kelapa, zaiton, dan minyak sayuran. Marjerin dan lelemak sayuran ("vegetable shortening"), yang boleh dihasilkan dari minyak di atas, kebanyakannya digunakan bagi memasak. Contoh lemak sedemikian boleh dikelaskan sebagai lemak tepu dan minyak tidak tepu. Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda. Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain. Vitamin K didapati daripada beberapa jenis makanan termasuk asparagus, kobis bunga, kobis, sayuran berdaun hijau gelap , putih telur, daun salad , hati, kacang soya, gandum dan yogurt. Bagaimanapun, majoriti bekalan vitamin ini untuk tubuh kita didapati hasil daripada sintesis bakteria "baik" yang terdapat dalam usus.

3 b) Pencernaan ialah proses penguraian bahan makanan kompleks kepada molekul

ringkas terlarut dan mudah diserap. Proses pencernaan melibatkan penguraian kanji menjadi glukosa, protein menjadi asid amino dan lemak menjadi gliserol dan asid lemak. Asid lemak mengandungi asid lemak tepu dan lemak tidak tepu. Bahan-bahan ini penting untuk diperlukan oleh sel badan bagi menjalani proses metabolisme. Sebagai contoh asid amino digunakan untuk mensintesiskan protein baharu dan lipid digunakan untuk membentuk komponen utama membran plasma. Pencernaan makanan berlaku di dalam salur alimentari iaitu satu tiub panjang dan berotot yang bermula dari mulut hingga ke dubur (anus). Salur alimentari terbahagi kepada bahagian-bahagian tertentu di mana proses-proses pencernaan yang berlainan berlaku. Pelbagai aksesori merembeskan jus pencernaan ke dalam salur alimentari. Sepanjang salur alimentari, makanan diuraikan secara berperingkat-peringkat sehinggalah larut dan diserap. Sisa yang tidak boleh dicerna disingkirkan melalui dubur. Berikut merupakan bahagian-bahagian sistem pencernaan makanan yang berlaku pada organ manusia.

Rajah : Sistem pencernaan manusia

4 Pencernaan fizikal melibatkan tindakan mekanik untuk memecahkan bahan makanan yang besar kepada ketulan yang lebih kecil. Pencernaan fizikal diteruskan di dalam perut oleh tindakan menggaul akibat pengecutan otot-otot dinding perut dan memecahkan makanan menjadi butiran kecil untuk menambahkan luas permukaan makanan bagi tindakan pencernaan kimia. Proses pencernaan kimia, enzim pencernaan menguraikan molekul kompleks menjadi molekul kecil yang seterusnya diangkut ke seluruh badan melalui aliran darah. Proses ini biasanya melibatkan enzim-enzim hidrolisis. Dalam proses kondensasi, apabila monomer-monomer dirangkai bersama untuk membina makromolekul, satu molekul air disingkirkan untuk setiap ikatan kimia yang terbentuk. Proses hidrolisis pula melibatkan penambahan air dan penguraian molekul. Proses Pencernaan Di dalam Mulut Kehadiran makanan di dalam mulut merangsang perembesan air liur oleh tiga pasangan kelenjar air liur. Semasa makanan dikunyah, makanan dicampur dengan air liur dengan bantuan lidah. Air liur mengandungi enzim amilase air liur yang mula menghidrolisis kanji menjadi maltosa.
amilase air liur

Kanji + air

maltosa

Maltosa ialah molekul disakarida yang tidak boleh diserap melalui permukaan usus. Pencernaan seterusnya berlaku dibahagian salur alimentari yang lain untuk menguraikan maltosa menjadi glukosa. Ph air liur adalah pada julat 6.5 hingga 7.5. Maka amilase air liur dapat bertindak dengan optimum. Makanan yang telah dikunyah menjadi bebola yang disebut bolus. Apabila ditelan, bolus memasuki esofagus iaitu satu tiub berotot yang dilapisi oleh sel-sel epitelium dan kelenjar-kelenjar mukus. Tindakan peristalsis menggerakkan bolus melalui esofagus dan pergerakan ini dilicinkan oleh mukus. Peristalsis merujuk kepada satu siri pengecutan otot secara beritma di sepanjang

5 dinding esofagus (rujuk rajah). Peristalsis menolak bolus melalui esofagus sehingga memasuki perut.

Rajah: Pergerakan makanan dari mulut ke perut

Pencernaan Di dalam Perut Perut merupakan organ berongga seperti kantung yang berdinding tebal dan berotot. Perut merupakan sebahagian daripada salur alimentari yang bertujuan untuk mencerna bahan makanan supaya mudah dihadam dan diasimilasikan dalam badan. Lapisan epithelium di dalam perut mengandungi kelenjar-kelenjar gastrik yang merembes jus gastrik. Jus ini mengandungi mukus, asid hidrolik serta enzim-enzim pepsin dan renin. Kuantiti asid hidroklorik yang dirembes adalah banyak dan mempunyai nilai pH 2.0. Keasidan yang tinggi dapat memusnahkan kebanyakan bacteria dalam makanan. Keadaan berasid ini adalah medium optimum untuk tindakan enzim-enzim perut tetapi menghentikan tindakan amilase air liur.

6 jus gastrik

kelenjar gastrik

Rajah: Perembesan jus gastrik ke dalam perut Pepsin mula menghidrolisis molekul-molekul besar protein menjadi rantai-rantai polipeptida yang lebih kecil. Pepsin membantu melonggarkan struktur kuartener protein padat dengan menguraikan ikatan-ikatan peptida tertentu.

pepsin

Protein + air

polipeptida

Renin mengentalkan susu dengan menukarkan protein susu larut iaitu kaseinogen, menjadi protein tak larut iaitu kasein. Makanan disimpan dalam perut selama beberapa jam. Dalam tempoh masa ini, makanan dicampur dengan jus gastrik dan digaul oleh tindakan peristalsis otot-otot pada dinding perut. Akhirnya, kandungan di dalam perut bertukar menjadi bahan separa cair yang disebut kim. Apabila otot sfinkter pilorus mengendur, kim memasuki duodenum dengan perlahan-lahan.

7 Pencernaan Di Dalam Usus Kecil Dalam biologi, usus kecil merupakan sebahagian daripada salur gastrousus (salur pencernaan atau salur alimentari). Usus kecil terletak di antara perut dan usus besar. Dalam usus kecil berlaku pencernaan yang lebih kerap dan ketara. Usus kecil terdiri daripada duodenum,jejunum, dan ileum yang berlingkar. Duodenum ialah bahagian pertama usus kecil yang menerima kim daripada perut dan rembesan daripada pundit hempedu dan pancreas. Di sini kanji, protein dan lipid dicerna oleh enzim-enzim tertentu dengan bantuan beberapa bahan yang lain. Lipid tidak larut di dalam air. Hempedu bertindak sebagai pengemulsi dan mengurangkan ketegangan permukaan lipid dan menyaluti titisan-titisan halus lemak menjadi satu emulsi yang stabil. Hempedu merupakan cecair berakali yang berwarna hijau-kekuningan. Hempedu dihasilkan oleh hati, disimpan di dalam pundit hempedu dan disalurkan ke dalam duodenum melalui duktus hempedu. Cecair ini tidak mengandungi enzim-enzim pencernaan tetapi membantu meneutralkan kim yang berasid dan menyediakan pH yang optimum bagi tindakan enzim di dalam duodenum. Garam hempedu mengemulsikan lipid dengan memecahkan lipid kepada titisan-titisan halus. Ini menambahkan luas permukaan lipid untuk dicernakan oleh enzim. Pankreas merembeskan jus pankreas ke dalam duodenum melalui duktus pankreas (lihat rajah). Jus pankreas mengandungi enzim amylase pankreas,tripsin dan lipase. Amilase pankreas melengkapkan pencernaan kanji kepada maltosa. Tripsin mencernakan polipeptida kepada rantai-rantai pendek peptide. Lipase melengkapkan pecernaan lipid kepada asid lemak dan gliserol.

Rajah: Penglibatan pelbagai organ aksesori untuk pencernaan.

8 Kelenjar-kelenjar yang terdapat pada dinding ileum merembes jus usus yang mengandungi enzim-enzim yang diperlukan untuk melengkapkan pencernaan peptide dan disakarida. Seperti enzim-enzim dalam jus pankreas, ezim-enzim usus juga memerlukan medium beralkali utuk bertindak dengan optimum. Peptida yang terhasil daripada pencernaan awal protein dicernakan oleh enzim erepsi menjadi asid amino. Maltosa yang terhasil daripada pencernaan awal kanji pula dicernakan oleh maltase menjadi glukosa. Disakarida lain dicernakan oleh enzim masing-masig menjadi monosakarida . Pada akhir proses pencernaan, semua karbohidrat dihidrolisis menjadi monosakarida iaitu glukosa, fruktosa dan galaktosa. Protein tercerna menjadi asid amino dan lipid menjadi gliserol dan asid lemak. Hasil akhir pencernaan ini adalah cukup kecil untuk diserap melalui lapisan epithelium usus kecil. Vitamin dan mineral adalah kecil dan tidak perlu dicernakan. Serat diet terutamanya selulosa tidak boleh dicernakan kerana salur alimentari manusia tidak menghasilkan enzim selulase. Apabila sistem pencernaan dalam keadaan yang optimum, tubuh badan kita lebih sihat dan cergas kerana ia berupaya untuk memproses makanan dan menyerap zat-zat nutrien daripada makanan dengan lebih berkesan, melawan bahan-bahan merbahaya dan bakteria dapat menyingkirkan bahan-bahan kumbuhan secara berkesan dan mudah. Biasanya kita akan tersedar apabila masalah pencernaan timbul. Misalnya, apabila termakan makanan yang tidak bersesuaian dengan tubuh atau minum terlalu banyak alkohol atau jika berlakunya masalah sembelit. Walaupun sistem pencernaan boleh menanggung banyak tekanan (tekanan makanan). Ia hanya boleh berbuat demikian bagi satu tempoh yang terhad. Lama-kelamaan, kesan-kesan negatif akan terhimpun dan mengakibatkan masalah kesihatan dalam jangka panjang. Misalnya, badan menjadi terlalu berasid atau kulit kelihatan pudar dan tidak bermaya. Tanpa mengira bagaimana gaya hidup yang lepas, anda boleh mengambil langkah-langkah positif bermula dari hari ini juga demi menjana semula dan mengekalkan kesihatan sistem pencernaan anda.

Penyerapan dan Asimilasi Hasil Pencernaan Makanan Bagi memasuki sel badan, nutrien dalam lumen usus kecil perlu diangkut merentas lapisan epithelium ke dalam aliran darah. Ileum yang merupakan bahagian terakhir usus kecil ialah tapak utama penyerapan nutrien. Dinding sebelah dalam usus kecil dilapisi sel epithelium yang disesuaikan untuk melengkapkan pencernaan dan menyerap molekul nutrient hasil pencernaan itu. Usus kecil yang panjangnya hampir 6 m, merupakan bahagian terpanjang salur alimentari. Lapisan sebelah dalam usus sangat berlipat-lipat dan dilitupi unjuran-unjuran halus yang menyerupai jejari disebut vilus. Permukaan sel epithelium vilus dilitupi unjuran mikroskopik yang disebut mikrovilus, setiap satunya 1m panjang. Kesemua ini membentuk permukaan seperti berus yang menambahkan lagi luas permukaan penyerapan. Lapisan epithelium ini hanya setebal satu sel. Setiap vilus mempunyai jaringan kapilari darah dan salur limfa yang disebut lakteal.

Rajah: Struktur vilus dan mikrovilus

10 Penyerapan makanan tercerna Penyerapan nutrien melibatkan kedua-dua proses peresapan dan pengangkutan aktif. Pada mulanya, molekul-molekul glukosa, asid amino, vitamin dan mineral larut air meresap ke dalam sel epithelium dan diserap ke dalam kapilari darah. Apabila kepekatan nutrien mula berkurangan, nutrient ini diangkut secara aktif merentas sel epithelium. Proses ini menggunakan tenaga. Gliserol dan asid lemak pula meresap masuk ke dalam sel epithelium dan bergabung membentuk titisan halus lipid yang kemudiannya meresap masuk ke dalam lacteal. Vitamin larut lemak juga meresap ke dalam lakteal untuk diangkut bersama lipidlipid lain. Lakteal-lakteal bergabung membentuk salur limfa yang lebih besar dalam rangkaian sistem limfa. Kandungan salur limfa ini kemudiannya masuk ke dalam duktus limfa kanan dan duktus toraks. Duktus-duktus ini akhirnya bergabung dengan vena subklavikel dan cecair limfa dikembalikan kepada aliran darah. Kapilari-kapilari darah yang membawa nutrien larut air bergabung membentuk vena portal hepar yang membawa darah ke hati. Dari hati, nutrien diasimilasi dan diangkut ke semual sel badan. Salur alimentari menerima lebih kurang tujuh hingga lapan liter air daripada minuman dan jus pencernaan setiap hari. Kolon dan usus kecil menyerap hamper 90% daripada jumlah air ini. Dalam kolon, sel-sel yang melapisi dinding dalamnya menyerap air dan mineral ke dalam aliran darah supaya bahan-bahan ii tidak tersingkir.

11 Asimilasi Makanan Tercerna Sebahagian hasil pencernaan dibawa terus ke hati untuk diproses atau diasimilasi. Asimilasi berlaku dalam sel yang mana nutrien digunakan untuk membentuk sebatian kompleks atau komponen struktur. Hati merupakan pusat kawalan yang mengawal kuantiti nutrien yang masuk ke dalam sistem peredaran darah. Kebanyakan glukosa ditukar menjadi glikogen dan disimpan di dalam hati. Apabila paras gula darah menurun dan badan memerlukan tenaga,glikogen simpanan ditukarkan semula kepada glukosa. Glukosa diagihkan ke seluruh badan oleh sistem peredaran darah. Apabila glukosa tiba di sel, glukosa dioksidakan untuk membebaskan tenaga melalui repirasi sel (rujuk rajah). Apabila simpanan glikogen di dalam hati menjadi penuh, glukosa berlebihan ditukarkan menjadi lipid. Sama seperti glukosa, asid amino juga perlu melalui hati sebelum diterima oleh sistem peredaran darah. Hati mesintesiskan protein plasma dengan menggunakan asid amino. Protein plasma mempunyai pelbagai peranan, contohnya dalam pembekuan darah dan pengosmokawalaturan.

Rajah: Pengangkutan nutrient dan asimilasi oleh sel hati dan badan

12

Jika terdapat kekurangan glukosa dan glikogen, hati akan menukarkan asid amino kepada glukosa. Asid amino yang memasuki sel digunakan untuk mensintesiskan protoplasma baru dan memperbaiki tisu yang rosak. Asid amino yang berlebihan tidak boleh disimpan dalam badan dan diuraikan oleh hati melalui proses pendeaminaan yang menghasilkan urea. Urea merupakan bahan kumuh paling umum dan diangkut dari hati melalui aliran darah ke ginjal untuk dikumuhkan. Lipid seperti lemak merupakan sumber tenaga utama badan. Lipid berlebihan disimpan dalam tisu adipos. Beberapa lipid lain seperti fosfolipid dan kolestrol merupakan komponen utama membran plasma. Satu lagi fungsi hati ialah penyahtoksikan. Dalam proses ini, sel hati menyinkirkan bahan yang berbahaya daripada darah atau menukarkannya menjadi bahan yang kurang toksik. Bahan berbahaya seperti alkohol, dadah dan sisa racun serangga boleh memasuki badan melalui makanan. Hasil penyahtoksikan kemudian disingkirkan melalui hempedu atau air kencing.

Pembentukan Tinja dan Penyahtinjaan Selepas penyerapan nutrien selesai berlaku di dalam usus kecil, kandungan usus bergerak masuk ke dalam kolon. Kandungan usus pada waktu ini merupakan suatu campuran air, bahan makanan tidak dicernakan dan serat. Sebahagian besar serat itu ialah selulosa dinding sel tumbuhan. Bahan-bahan tidak tercerna ini bergerak dengan sangat perlahan melalui kolon dengan dibantu oleh peristalsis. Penyerapan semula air daripada saki baki dalam kolon itu akan menghasilka tinja iaitu sisa separa pepejal. Tinja juga mengandungi sel-sel mati yang tersingkir daripada lapisan sebelah dalam usus, bahan buangan seperti pigmen hempedu, dan bahan-bahann bertoksik yang perlu disingkirkan daripada bahan.

13 Kolon juga merupakan habitat untuk satu populasi besar bakteria.

Mikroorganisma berfaedah ini memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan persekitaran yang stabil dalam salur alimentari. Dinding kolon merembes mukus yang melekatkan tinja dan melicinkan pergerakan tinja sepanjang kolon. Tinja berada di dalam kolon selama 12 hingga 24 jam sebelum bergerak masuk ke dalam rektum untuk disimpan buat sementara waktu. Apabila tinja mula berkumpul, tekanan di dalam rektum meningkat dan ini menyebabkan keinginan untuk menyingkirkan tinja daripada badan. Penyingkiran tinja disebut penyahtinjaan. Proses ini dikawal oleh otot-otot disekeliling dubur, iaitu pembukaan rektum ke luar.

Rajah: Pembentukan tinja dalam kolon

14 c) Berdasarkan kepada menu makan tengah hari Sharmin masih ada kekurangan dari

segi kumpulan makanan yang sepatutnya diambil olehnya. Pemakanan Sharmin tidak seimbang. Kumpulan makanan yang paling kurang dilihat adalah vitamin yang terdapat dalam sayuran. Vitamin ialah kumpulan sebatian organic kompleks bukan protein yang diperlukan oleh organisma hidup dalam kuantiti yang amat kecil. Badan manusia tidak boleh mensintesis vitamin kecuali vitamin D, oleh itu vitamin hanya boleh diperoleh daripada makanan. Vitamin tidak membekalkan tenaga tetapi penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan metabolisme yang efisien. Vitamin boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu vitamin larut lemak dan vitamin larut air. Vitamin larut lemak iaitu A,D,E dan K mempunyai pelbagai fungsi. Misalnya, vitamin K diperlukan untuk pembekuan darah. Vitamin larut air termasuklah vitamin B dan C. Selain vitamin, pelbagai jenis mineral (garam galian) juga diperlukan oleh badan kita. Garam galian ialah nutrien tidak organik ringkas yang diperoleh daripada gizi, sama ada daripada makanan atau terlarut di dalam air minuman. Kekurangan vitamin dan garam galian boleh menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit atau sering berasa tidak sihat . Umpamanya , kekurangan vitamin C boleh menyebabkan gusi kurang baik dan kerap berdarah . Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan rabun malam sementara kekuranagan vitamin D pula boleh menyebabkan penyakit lembut tulang ( rickets) . Kekurangan vitamin K pada peringkat awal kelahiran bayi boleh menyebabkan seseorang itu pucat dan tidak bermaya (anaemia ) . Bayi dan kanak -kanak yang sentiasa pucat tidak akan membesar dengan optimum . Kanak -kanak sekolah yang pucat sering mengantuk dalam kelas dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya . Kekurangan zink boleh menyebabkan penyakit kulit sementara kekuranagn iodin boleh menyebabkan kelenjar tirod ( thriod gland ) di bahagian leher membesar ( goitr ) . Kekurangan kalsium dan magnesium boleh menyebabkan sawan . Kekurangan mangan pula boleh mengganggu metabolisme sistem tubuh manusia dan mengakibatkan rencat akal .

15 Ringkasnya , bahan -bahan garam galian ini amatlah penting untuk kesihatan manusia walaupun hanya dalam kuantiti yang sedikit sahaja .Sebaliknya , kajian doktor menunjukkan bahawa kandungan garam galian yang berlebihan dalam tubuh manusia pula boleh mendatangkan mudarat . Umpamanya , kandungan plumbum yang tinggi dalam tubuh adalah membahayakan . Plumbum boleh menganggu fungsi otak manusia . Kanak -kanak yang terlibat boleh menjadi hiperaktif dan mendapat sawan . Garam galian memang tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam menjamin kesihatan . Setiap kali menilai seseorang bayi atau kanak -kanak , doktor perlu sentiasa memikirkan kemungkinan kandungan garam galian dan vitamin berkurangan atau berlebihan dalam tubuh si pesakit . Salah satu kekurangan yang jelas dilihat pada menu tersebut ialah ketiadaan bahan pelawas. Serat diet merujuk kepada bahagian-bahagian makanan tumbuhan tak tercerna yang mengandungi selulosa. Walaupun pelawas bukanlah sejenis nutrien, pakar diet mencadangkan agar 25 hingga 50 g serat disertakan dalam gizi harian utuk mengekalkan kesihatan yang baik. Makanan yang kaya dengan pelawas ialah buahbuahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijian sempurna. Pelawas (serat) yang tidak dicernakan dan diasimilasikan ke dalam badan dikeluarkan daripada salur alimentari bersama tinja. Pelawas mempunyai daya penyimpanan air yang tinggi dan memberikan saiz kepada kandungan dalam usus, terutamanyadi dalam usus besar. Ini membantu peristalsis yang mengerakkan makanan dengan cepat melalui salur pencernaan. Pelawas juga dapat mengurangkan kadar kolesterol (LDL) serta dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Di samping itu, pelawas juga dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana mampu mengikat lemak-lemak dan asid hempedu yang dikeluarkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkannya. Selain itu, pelawas juga dapat mengubati permasalahan usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada usus besar). Kesan kekurangan pelawas ialah makanan yang tidak dicernakan akan

16 berada dalam usus besar untuk jangka masa yang lebih panjang. Akibatnya tinja menjadi kering dan keras serta sukar dikeluarkan melalui dubur. Fenomena ini lebih dikenali sebagai sembelit oleh masyarakat. Gizi seimbang merupakan gizi yang mengandungi karbohidrat, lipid, protein, vitamin, garam mineral, air dan serabut dalam nisbah yang betul untuk memenuhi keperluan badan. Kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang menyebabkan tubuh badan memperolehi gizi yang tidak seimbang. Kekurangan nutrien tertentu dalam Malnutrisi makanan menyebabkan pelbagai penyakit seperti anemia, kwasyiorkor, skurvi dan riket. Kekurangan protein akan menyebabkan penyakit Kwasyiorkor iaitu gejala seperti perut buncit, pertumbuhan badan dan otak terencat, kehilangan selera makan, dan badan lemah. Skurvi pula adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin C dimana tubuh badan akan lemah dan sentiasa mengalami sesak nafas serta gusi membengkak dan mudah berdarah. Hal ini adalah pembawa kepada serangan sakit jantung serta tekanan darah tinggi dan strok. Akibat pengambilan garam yang berlebihan pula akan menyebabkan ginjal gagal berfungsi. Bagi individu yang mengambil kuantiti makanan terlalu banyak pula lebih berpotensi untuk menghadapi masalah kegemukan. Masalah kegemukan berlaku apabila berat badan adalah 20% melebihi berat badan yang berpatutan dengan ketinggiannya seterusnya akan menyebabkan diabetis melitus, darah tinggi, kanser kolon juga berpotensi berlaku. Diabetis melitus apabila aras glukosa berlebihan daripada julat normal (kencing terdapat dalam darah manis). Osteoporosis pula berlaku kerana pengurangan jisim tulang akibat pengambilan kalsium yang tidak mencukupi dalam gizi. Kurang kalsium akan menyebabkan tulang menjadi semakin nipis dan rapuh dan mudah patah. Sakit jantung kebiasaannya berlaku apabila tahap kolesterol dalam darah tinggi. Selain itu kolesterol berlebihan yang terenap pada dinding arteri seterusnya menyempitkan salur darah dan menyebabkan jantung sukar untuk mengepam darah akan menjadi punca kepada penyakit Strok.

17 Oleh itu, kita hendaklah lebih bijaksana dalam mengatur menu pemakanan harian kita supaya masalah kekurangan gizi makanan serta kesannya dapat kita hindari serta dapat mengamalkan budaya hidup yang sihat. Salah satu lagi sumber maklumat ialah Piramid Makanan yang mengilusitrasikan kuantiti relatif pelbagai kumpulan makanan dalam gizi makanan seimbang. Tepuk dada tanya selera.

18 Rujukan Dr Nagalingam a/l Karuppiah, Halina Kasmani, Gomathi Naidu, Azizah Ngah Tasir (2012). HBSC1203 BIOLOGY I: BASICS OF LIFE: Meteor Doc. Sdn Bhd. Gan Wan Yeat, Manoharan a/l Subramaniam, Azimah binti Rajion. (2011) BIOLOGI TINGKATAN 4: Bakaprep Sdn. Bhd. Hamdan Mohd Nor, et al (2005). SPM Fokus Biologi. Kuala Lumpur: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

You might also like