You are on page 1of 24

Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

Ertinya : Pekerjaan yang susah dan senang dilakukan bersama-sama.

Pisang sesikat, gulai sebelanga,tanda sepakat kerja sama-sama.


Ertinya : Permuafakatan antara dua orang atau ahli-ahli dalam satu kumpulan dalam sesuatu perkara atau pekerjaan.

Orang lain makan nangka, orang lain yang kena getah.


Ertinya : Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh.

Niat hati hendak memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai.
Ertinya : Niat atau cadangan hendak berbuat kebajikan atau kebaikan tetapi tidak berupaya.

Naik tak bertangga, turun tak berpintu.


Ertinya : Orang yang selalu berbuat sesuatu tanpa mengikut peraturan biasanya membahayakan diri sendiri.

Menanti nasi tersaji di lutut.


Ertinya : Orang malas yang hanya mengharapkan kesenangan dan pertolongan daripada orang lain sahaja.

Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak.


Ertinya : Di mana kita tinggal, mestilah diikut adat resam di tempat itu.

Malu bertanya sesat jalan, malas berdayung perahu hanyut.


Ertinya : Kalau segan berusaha, kita tidak akan mencapai kemajuan.

Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.


Ertinya : Orang yang bercakap sahaja besar,padahal dirinya sendiri sentiasa dalam keadaan buruk.

Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.


Ertinya : Kebolehan dan kepandaian tidak semestinya bergantung pada usia.

Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.


Ertinya : Orang yang berketurunan baik akan tetap baik walaupun di mana pun berada.

Jika kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.


Ertinya : Jika ilmu kita cetek, janganlah cuba menandingi orang yang ahli dalam sesuatu bidang itu.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.


Ertinya : Jika sesuatu pekerjaan itu dilakukan beramai-ramai, faedahnya juga hendaklah dibahagi sama rata.

Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.


Ertinya : Budi dan jasa seseorang itu kepada kita tidak dapat dibalas dengan wang, tetapi dibawa hingga ke mati.

Empat sudah bersimpul satu.


Ertinya : Kesempurnaan diperoleh daripada empat orang iaitu orang yang berilmu,berakal,orang yang mahir dan orang yang rajin.

Fikiran tak sekali tiba, akal tak sekali datang.


Ertinya : Dalam melakukan sesuatu pekerjaan, janganlah mudah cepat putus asa. Kalau berusaha pasti akan berjaya.

Cubit paha kiri, paha kanan terasa juga.


Ertinya : Kalau orang menyakiti saudara mara kita, sudah tentulah kita turut merasainya.

Dilambai tak nampak, diseru tak dengar.


Ertinya : Orang yang degil itu tidak akan mengendahkan nasihat orang lain.

Berkata siang lihat-lihat, berkata malam dengar-dengar.


Ertinya : Melakukan atau mengatakan sesuatu biarlah berhati-hati.

Biar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati.


Ertinya : Budi bahasa haruslah dijaga supaya tidak dicela orang, walau pun keadaan kita miskin dan hina.

Berani menjual, berani membeli.


Ertinya :Kalau kita berani melakukan sesuatu, kita mestilah berani menerima akibatnya.

Berjagung-jagung dahulu , sementara menanti padi masak.


Ertinya : Sementara menunggu hasil besar, buatlah kerja yang mendatangkan hasil kecil dahulu.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.


Ertinya : Jika membuat sesuatu kerja biarlah sampai selesai.

Asyik memangku tangan,mati di dalam angan-angan.


Ertinya : Bercita-cita hendak mendapat sesuatu tetapi tidak berusaha ke arah itu adalah perbuatan sia-sia.

MARI BELAJAR PERIBAHASA

You might also like