You are on page 1of 39

PENDAHULUAN

Dalam amali pergerakan asas ini, setiap pelajar dikehendaki mencipta 10 pergerakan iaitu 5 pergerakan lokomotor manipulasi alatan dan bukan manipulasi alatan serta 5 pergerakan bukan lokomotor manipulasi alatan dan bukan manipulasi alatan. Ini bermakna, setiap pelajar mestilah mempunyai 10 perlakuan yang berbeza-beza. Dalam melakukan pergerakan asas ini, pelajar perlu bergerak memenuhi kesemua ruang dengan memanipulasikan sejenis alatan contohnya alatan seperti bola, pundi kacang atau gelung rotan. Pelajar perlu bijak menyusun pergerakan supaya perlakuan yang akan dilakukan mudah dan licin. Pelajar juga boleh melakukan pergerakan mengikut kelajuan iaitu melakukan pergerakan dengan pantas, sederhana pantas mahupun perlahan ataupun mengikut aras iaitu daripada aras tinggi, sederhana dan rendah. Terdapat beberapa alatan yang boleh digunakan untuk melaksanakan pergerakan asas seperti gelung, belantan, pundi kacang dan bola.

1.0

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR Kemahiran ini adalah kemahiran yang boleh dilakukan tanpa menggerakkan

dasar penyokong seseorang. Pergerakan setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti buka, tutup, naik, turun dan pusing. Kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil seperti mengangkat tangan dan menghayun tangan. 1.1 MEMBONGKOK

Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada struktur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di jari-jari tangan, jari-jari kaki, siku dan lutut. Manakala, sendi bola dan soket pula membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan dalam bulatan. Sendi jenis ini terdapat di paha, di pinggul dan di sendi yang menghubungkan bahagian lengan atas dan bahu.

Jenis-jenis membongkok : 1. Membongkok, kaki kangkang, kedua-dua tangan rapat ke lantai diantara dua kaki. 2. Membongkok badan dengan tangan kanan menyentuh hujung kaki kiri dan tangan kiri menyentuh hujung kaki kanan. 3. Membongkok badan, kedua-dua kaki rapat dan bersilang, kedua-dua tangan di pergelangan kaki.

1.2

MEREGANG

Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi didefinisikan sebagai pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibelkan atau dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah rentangan melebihi 180 darjah.

Contoh-contoh aktiviti untuk membongkok dan meregang: 1. Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. Bermula dengan bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki, tangan dan kaki kepada bahagian besar bahagian badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang. 2. Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong.

1.3

MENGILAS

Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengeliling paksi panjang tanpa menggerakkan dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalarn arah bulatan sahaja. Struktur sendi menentukan bahagian badan yang boleh dikilas. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang. Jenis-jenis mengilas: 1. Mengilas badan ke kanan kiri sambil duduk melunjur. 2. Mengilas badan ke kanan kiri sambil melutut. 3. Mengilas badan ke kanan kiri sambil berdiri dengan kaki rapat dan lutut bengkok, kedua-dua tangan di belakang. 4. Mengilas badan ke kanan kiri sambil berdiri, kaki kanan bengkok di depan dan kaki kiri lurus di belakang, kedua-dua tangan bercekak pinggang.

1.4

MEMUSING

Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat. Contoh-contoh aktiviti untuk mengilas dan memusing: 1. Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan dan leher. 2. Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagal dasar menyokong.

Jenis-jenis memusing: 1. Memusing badan sambil duduk, lutut bengkok dan kedua-dua tapak tangan di atas lantai. 2. Memusing badan di atas satu kaki sambil mendepakan tangan ke sisi. 3. Memusing badan sambil berjengket. 4. Melompat dan mendarat setempat sambil memusingkan badan 180.

1.5

MENOLAK

Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu serta pinggul.

1.6

MENARIK

Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan. Contoh-contoh aktiviti menolak dan menarik: 1. Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan. 2. Tolak satu tangan ke atas, ke bawah dan ke sisi. 3. Menolak objek seperti pundi kacang dan bola. Guna bahagian badan yang berlainan seperti tangan, siku dan kaki.

1.7

HAYUN

Hayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titik tengah yang tetap.

1.8

BERBUAI-BUAI

Pergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan.

Contoh-contoh aktiviti untuk hayun dan berbuai-buai : 1. Hayun tangan ke hadapan, ke belakang atau menyilang badan di dada. 2. Hayun kaki ke hadapan, belakang atau ke sisi menyilang kaki lain. 3. Hayun dengan bergayut pada palang. 4. Berbuai dengan berdiri tegak dan menggerakkan badan ke sisi, ke kiri dan ke kanan.

1.9

REBAH

Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras rendah. Rebah mungkin merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk merendahkan badan. Rebah yag tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong badan dilepaskan dengan cepat dan secara keseluruhan. Rebah mungkin berbentuk keseluruhan atau separa sahaja. Rebah separa berlaku jika imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar menyokong. Sebaliknya, rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati.

1.10 BANGKIT Untuk bangkit, badan seharusnya mempunyal imbangan, mempunyai dasar menyokong yang stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi. Contoh-contoh aktiviti untuk rebah dan bangkit : 1. Rebah-duduk berlunjur, condongkan badan ke belakang sehingga bahagian atas badan tidak seimbang lalu terjatuh. 2. Berdiri dan dengan perlahan merebahkan badan di atas tilam. 3. Rebah ke hadapan di atas tilam dan berguling. 4. Rebah dan bangkit berulang-ulang kali.

1.11

IMBANGAN

a) Imbangan atas perut b) Imbangan atas punggung (v) c) Imbangan atas lutut d) Imbangan skala e) Imbangan buaya

2.0

MODUL PERGERAKAN ASAS BUKAN LOKOMOTOR 2.1 Jenis pergerakan : Pergerakan bukan lokomotor ( manipulasi alatan ) Nama pergerakan Alatan yang digunakan Prosedur pergerakan : : : Kakiku di orbit Gelung

1. Setiap ahli kumpulan mengambil gelung dan berdiri membentuk satu bulatan. 2. Selepas itu, gelung tersebut diletakkan di atas bahu sambil tangan memegang gelung tersebut di sisi. 3. Kemudian, angkat kaki kanan dan sangkutkan kaki tersebut pada gelung. 4. Seterusnya, pegang tangan ahli kumpulan yang berada di sebelah dan bengkokkan badan ke hadapan. 5. Kemudian, lentikkan badan sedikit ke belakang dan tegak semula.

Pergerakan 1

Pergerakan 2

Pergerakan 3

Pergerakan 4

Pergerakan 5

2.2

Jenis pergerakan

Pergerakan bukan lokomotor ( manipulasi alatan )

Nama pergerakan Alatan yang digunakan Prosedur pergerakan

: : :

Sembelitku sembuh Bola

1. Ahli kumpulan berada dalam keadaan sebaris dan lima biji bola diletakkan di hadapan setiap ahli kumpulan. 2. Kemudian, kelima-lima ahli kumpulan mengambil bola yang berada di hadapan dan meletakkan bola tersebut pada bahagian abdomen. 3. Dalam keadaan tangan yang masih memegang bola pada bahagian abdomen, bengkokkan badan sehingga mencapai sudut 90 darjah. 4. Lepaskan tangan daripada memegang bola dan kemudian tangan diluruskan ke bawah. 5. Selepas itu, ubah keadaan tangan kepada bola semula dan tegakkan badan semula dengan keadaan tangan yang diluruskan ke atas sambil memegang bola.

Pergerakan 1

Pergerakan 2

Pergerakan 3

Pergerakan 4

Pergerakan 5

2.3

Jenis pergerakan Nama pergerakan Alatan yang digunakan Prosedur pergerakan

: : : :

Pergerakan bukan lokomotor Riang ria santai Tiada

1. Ahli kumpulan duduk dalam satu barisan. 2. Ahli kumpulan baring sambil meletakkan tangan di sisi badan dan lutut dibengkokkan. 3. Ahli kumpulan baring sambil meletakkan tangan secara bersilang di atas dada dan lutut masih dibengkokkan. 4. Ahli kumpulan bangun dalam keadaan tangan disilangkan ke dada dan lutut dibengkokkan hingga dada mencecah lutut.

Pergerakan 1

Pergerakan 2

Pergerakan 3

Pergerakan 4

2.4

Jenis pergerakan Nama pergerakan Alatan yang digunakan Prosedur pergerakan

: : : :

Pergerakan bukan lokomotor Helang khayalanku Tiada

1. Ahli kumpulan berdiri tegak dalam bentuk zig zag. 2. Ahli kumpulan mengangkat kaki kanan bersudut 90 darjah. 3. Ahli kumpulan mendepakan tangan untuk meningkatkan keseimbangan serta kaki kanan masih diangkat 90 darjah.

Pergerakan 1

Pergerakan 2

Pergerakan 3

2.5

Jenis pergerakan Nama pergerakan Alatan yang digunakan Prosedur pergerakan

: : : :

Pergerakan bukan lokomotor

Tiada

3.0

MODUL PERGERAKAN LOKOMOTOR

3.1

Jenis pergerakan

Pergerakan lokomotor (manipulasi alatan)

Nama pergerakan Alatan yang digunakan Prosedur pergerakan

: : :

Imbangan layang-layang Pundi kacang

1. Berdiri dengan sebelah kaki sementara pundi kacang diletakkan di atas kepala. 2. Lompat ke hadapan dengan sebelah kaki (seperti permainan ketingting) sambil tangan didepakan untuk mengimbang badan.

Pergerakan 1

Pergerakan 2

3.2

Jenis pergerakan

Pergerakan lokomotor (manipulasi alatan)

Nama pergerakan Jenis alatan yang digunakan Prosedur pergerakan :

: :

Lompatan Olimpik Pundi kacang dan gelung

1. Ahli kumpulan berada dalam satu bulatan dan berdiri dalam gelung rotan. 2. Pegang pundi kacang dan lambung ke atas. 3. Sementara pundi kacang melambung ke atas, lompat ke kanan sambil tepuk tangan dan sambut pundi kacang kembali.

Pergerakan 1

Pergerakan 2

Pergerakan 3

3.3

Jenis pergerakan

Lokomotor ( manipulasi alatan)

Nama pergerakan Jenis alatan yang digunakan Prosedur Pergerakan

: : :

Ketuk-ketuk bunga kantan Belantan

1. Berada dalam satu bulatan sambil memegang belantan. 2. Lompat ke hadapan sebanyak dua kali sambil memegang belantan. 3. Setelah lompat, ketuk kedua-dua belantan sebanyak dua kali. 4. Kemudian, lompat ke belakang dan ketuk belantan sebanyak dua kali.

Pergerakan 1

Pergerakan 2

Pergerakan 3

Pergerakan 4

Pergerakan 5

Pergerakan 6

3.4

Jenis pergerakan Nama pergerakan Alatan yang digunakan Prosedur pergerakan

: : : :

Pergerakan lokomotor Bunga kembang kuncup Tiada

1. Berdiri dalam satu bulatan bersama rakan-rakan. 2. Angkat bahagian sebelah kaki ( kaki kiri ). 3. Pegang tangan antara satu sama lain. 4. Lompat kehadapan dengan menggunakan sebelah kaki (kaki kanan) sebanyak tiga langkah kehadapan. 5. Undur ke belakang dengan melakukan pergerakan yang sama.

Pergerakan 1

Pergerakan 2

Pergerakan 3

3.5

Jenis pergerakan

Pergerakan lokomotor

Nama pergerakan Alatan yang digunakan Prosedur pergerakan

: : :

Lompatan tepuk amai-amai Tiada

1. Berdiri dalam satu barisan secara melintang. 2. Lompat ke hadapan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki sambil menepuk tangan. 3. Lakukan pergerakan ini sebanyak 3 kali. 4. Bilangan tepukan tangan adalah mengikut urutan lompatan. 5. Undur ke belakang dengan menggunakan kaedah pergerakan yang sama.

Pergerakan 1

Pergerakan 2

Pergerakan 3

KESIMPULAN

REFLEKSI Disediakan oleh : Rafiza Binti Darus

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya dan rakan-rakan saya menyelesaikan modul pergerakan asas ini pada masa yang ditetapkan. Semasa menyediakan tugasan yang diberikan ini, saya dan rakan-rakan saya yang lain menghadapi beberapa kesukaran untuk memahami kehendak tugasan. Walau bagaimanapun, kesukaran ini dapat saya dan kawan-kawan saya atasi selepas berkolaborasi dan mendapat banyak tunjuk ajar daripada pensyarah yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani Asas iaitu Encik Wan Azmanan, Encik Hashim, Encik Rosli dan beberapa orang pensyarah lain lagi yang tidak putus-putus memberikan bantuan. Di sini, saya akan berkongsi serba sedikit pengalaman dan pemerolehan saya semasa menyediakan tugasan berkenaan modul pergerakan asas yang saya dan kawan-kawan saya laksanakan. Semasa kumpulan saya menyediakan modul pergerakan asas ini, saya mendapat pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baru. Menyediakan modul untuk pergerakan asas merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan kerana aktiviti ini dilakukan di luar bilik kuliah yang dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi di samping dapat belajar menyediakan modul. Selain itu, saya juga dapat membezakan antara pergerakan lokomotor dengan pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan lokomotor akan mengubah kedudukan badan seseorang dari satu tempat ke satu tempat yang lain semasa melakukan pergerakan, manakala pergerakan bukan lokomotor pula bermaksud kedudukan badan tidak berubah ke tempat lain apabila melakukan pergerakan. Di samping itu, saya juga belajar cara memanipulasi alatan semasa melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Seterusnya, saya juga dapat mengetahui dan mengenalpasti beberapa perkara semasa melakukan aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor iaitu setiap pergerakan yang dilakukan akan memberi kesan secara langsung kepada otot dan sendi tertentu pada badan.

Sememangnya, pengetahuan yang diperoleh semasa menyediakan modul pergerakan asas ini adalah sangat berguna kepada saya kerana pengetahuan yang saya terima sekarang tidak akan dilupakan begitu saja dan ilmu yang diperoleh ini akan saya aplikasikan semula semasa menjadi pendidik di sekolah kelak. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI

Disediakan oleh : Siti Ainizah Binti Samsuri

REFLEKSI

Disediakan oleh : Nur Amalina Salwa Binti Rosli

REFLEKSI

Disediakan oleh :

Nurul Hafidzah Binti Abdul Halim

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah dan bersyukur kehadrat Illahi saya panjatkan kerana dengan limpah dan inayah-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus atau modul Pendidikan Jasmani Asas dengan lengkap dan sempurna. Saya amat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan bersama ahli-ahli kumpulan saya. Hal ini dapat menjadikan saya sebagai seorang yang sentiasa menepati waktu dalam apa jua keadaan. Sebenarnya, kerja kursus ini dapat mendedahkan saya dengan pelbgai maklumat yang belum saya ketahui. Melalui maklumat yang diperoleh, saya dapat mengetahui pelbagai ilmu dan kemahiran dalam Pendidikan Jasmani Asas. Selain itu, saya juga mendapat pengalaman dan pengetahuan ketika menyiapkan kerja kursus ini. Antaranya, saya dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor. Melalui pemerolehan ilmu ini, saya dapat mengetahui tentang pelbagai aktiviti yang menggunakan alatan atau manipulasi alatan. Hal ini dapat menjadikan saya lebih berpengetahuan luas dalam teknik-teknik untuk pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Selain itu, saya juga dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang faedah dan kebaikan melakukan aktiviti-aktiviti ini. Walaupun terdapat kelemahan dan halangan sewaktu melaksanakan tugasan ini, namun berkat ketabahan saya dan ahli-ahli kumpulan yang lain maka, kami dapat bersama-sama menongkah arus demi menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan ini sehingga ke tahap memuaskan. Dengan kerjasama yang kukuh, kami dapat melaksanakan tugasan tersebut dengan sempurna dan kemas. Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna apabila saya ditempatkan di sekolah nanti.

Saya dan ahli-ahli kumpulan yang lain juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah subjek Pendidikan Jasmani Asas iaitu Encik Wan Azmanan bin Wan Yusoff untuk bertanyakan tentang kerja kursus yang diberikan kepada saya dan ahli-ahli kumpulan saya. Setelah saya memperoleh sesuatu maklumat, saya akan membuat tugasan tersebut dangan tekun dan sabar. Di samping itu, saya juga sering merujuk buku dan juga media massa lain seperti internet untuk mendapatkan sesuatu info dan maklumat terperinci berkaitan dengan tajuk tugasan yang diberikan. Hal ini dapat menambah dan meningkatkan ilmu pengetahuan agar kerja kursus yang diberikan lengkap dan sentiasa menjadi rujukan. Pensyarah lain juga turut terlibat sama dalam menyalurkan idea yang bernas dalam penghasilan KKP ini. Selain itu, rakan-rakan juga banyak membantu saya dalam menyalurkan ideaidea yang bernas untuk dimasukkan ke dalam kerja kursus ini terutamanya ahli-ahli kumpulan saya yang lain iaitu Rafiza binti Darus, Nur Amalina Salwa binti Rosli, Siti Ainizah binti Samsuri dan Nur Amira Aiza binti Mohd Johan. Oleh itu, sekalung ucapan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Rakan sekelas yang lain juga memberi banyak maklumat yang berguna kepada saya dan ahli kumpulan yang lain. Semoga apa yang saya dan ahli kumpulan saya bekalkan dalam kerja kursus ini dapat dijadikan salah satu wadah untuk menyalurkan ilmu serta dapat menyatupadukan semua warga di Malaysia tidak kira kaum, bangsa mahupun budaya. InsyaAllah. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI

Disediakan oleh : Nur Amira Aiza Binti Mohd Johan

RUJUKAN

LAMPIRAN

You might also like