You are on page 1of 59

PENGENALAN

Tamadun adalah produk daripada tindak balas antara manusia dengan alam dan kehidupan. Keunggulan sesebuah tamadun dapat menggambarkan peranan dan sikap yang dibawa oleh masyarakatnya. Budaya pula merupakan perkongsian dalam suatu masyarakat. Budaya juga dipelajari dan diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya memandangkan kepelbagaian budaya di Malaysia telahpun terbentuk semenjak dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Tamadun dan budaya juga mempunyai perhubungan yang rapat kerana budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun.

Kebudayaan dan tamadun boleh ditakrifkan dalam pelbagai bidang termasuklah bidang sejarah, pengajian Islam, falsafah, bahasa, moral dan antropologi

kebudayaan.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya kajian ini adalah : membincangkan takrif tamadun dan

Untuk

kebudayaan mengikut bidang

sejarah, pengajian

Islam, falsafah, bahasa, moral, dan antropologi


kebudayaan.

METODOLOGI KAJIAN
Bagi

membolehkan kajian ini dijalankan dengan teratur, kami

telah memilih kaedah kepustakaan di mana kami telah mencari sumber rujukan dan mendapatkan maklumat di Perpustakaan Utama dan Perpustakaan Peringatan Zaba, Universiti Malaya.

Selain itu, kami juga telah merujuk kepada bahan-bahan yang diperolehi melalui internet, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan yang lain.

DAPATAN KAJIAN.
a) BIDANG SEJARAH TAKRIF TAMADUN MENGIKUT BIDANG SEJARAH.

Ibnu khaldun teori kitaran, permulaan, perkembangan, kegemilangan dan keruntuhan sesuatu tamadun.

Contoh - Kerajaan Melayu Melaka. Permulaan - diasaskan oleh Parameswara. Perkembangan - Agama Islam menjadi agama rasmi

kerajaan Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzafar


Shah.

Faktor utama yang menyebabkan perkembangan Melaka ialah hubungan diplomatik dengan China.

Kegemilangan

- zaman pemerintahan Sultan Mansor

Shah. Melaka menjadi pelabuhan entrepot kerana Melaka terletak di laluan perdagangan timur dan barat. Pentadbiran yang sistematik - bendahara, laksamana, temenggung dan hulubalang. Keruntuhan - bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud menaiki tahkta. Portugis menyerang Melaka dan Melaka berjaya ditawan dan ini telah mengakhiri sistem pemerintahan beraja di Melaka.

Deorand - Suatu kemajuan atau ciptaan baru yang dilahirkan oleh suatu umat untuk menjadikan kehidupan mereka lebih tenteram dan lebih mudah.

TAKRIF KEBUDAYAAN MENGIKUT BIDANG SEJARAH. Banyak bersandarkan kajian arkeologi. Kajian ini mencuba untuk mencari asal usul kebudayaan di alam Melayu.

Zaman

pertengahan

dikatakan

babak

pertama

dalam

pertumbuhan kebudayaan di rantau ini.

Heini-Geldern

- Memulakan perbincangan tentang bentuk masyarakat yang wujud pada ketika itu berdasarkan penemuan arkeologi dan telah membahagikan zaman tersebut melalui corak kebudayaan yang ditemui. Dapat dilihat pada hasil kajian G.S.Sieveking di Gua Cha, Kelantan- hasil tersebut menunjukkan corak kebudayaan Hoabinhian yang berasaskan pemburuan dan peramuan barang- barang makanan.

Budaya Hoabinhian dipercayai berlaku pada Zaman Mesolitik. Kegiatan mereka ialah berburu, susunan masyarakatnya berbentuk band, tinggal di dalam gua, hidup berkelompok dan melahirkan kebudayaan kesukuan masing masing. Dr Ghazalba - Cara berfikir dalam kehidupan manusia yang membentuk kesatuan sosial dalam suatu ruang dan suatu waktu atau cara hidup. Perkara ini dapat dilihat pada budaya Hoabinhian yang diutarakan sebelum ini.

b) BIDANG BAHASA. TAKRIF TAMADUN MENGIKUT BIDANG BAHASA. Perkataan tamadun berasal daripada perkataan maddana (bahasa Arab) : - Merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota. - Perbuatan memperhalus budi pekerti. Madani : sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.

Tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat.

Contoh :
-Kemunculan kerajaan Srivijaya sebagai kuasa maritim

dikaitkan dengan keupayaannya menarik kerajaan atau

pelabuhan kecil lain berasatu dengannya.


-Kemunculan Melaka sebagai sebuah empayar yang besar

dikaitkan dengan keupayaannya mengembangkan kuasa ke


atas negeri yang lain.
Jadi,

dapat dilihat bahawa pembangunan perbandaran serta

pemikiran yang tinggi mampu memajukan tamadun yang dibina.

Tamadun

: hadarah (perbuatan duduk di bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi). Bandar merupakan tempat yang sesuai untuk melahirkan kemajuan kerana di situ terdapat pelbagai benda dan kemudahan yang boleh menjadi asas kepada kelahiran dan peningkatan tamadun. Kehidupan hadarah tertumpu kepada: * Perdagangan * Kemajuan teknologi *Pengkhususan pekerjaan

Tamadun

: civilization (bermaksud bandar atau kota) menekankan penggabungan antara

Civilization

ketinggian budaya dengan kemajuan kebendaan.


Muhammad

Abdul Jabbar Beg (1982) mengatakan setiap tamadun yang ternama

bahawa perkataan tamadun lebih sinonim dengan bandar kerana

memiliki bandar-bandar yang besar dan ciri-ciri


sesebuah peradaban mudah ditemui di kawasan

bandar.

TAKRIF KEBUDAYAAN MENGIKUT BIDANG BAHASA.

Kamus Dewan budaya ialah kemajuan fikiran, akal budi (cara

berfikir), berkelakuan dan sebagainya.

Kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran ke arah meningkatkan pemikiran bagi menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya

menyelesaikannya.

Keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara


bertindak, berkelakuan dan berfikir.

Kebudayaan meliputi hasil kehidupan sesebuah masyarakat yang bersifat kebendaan atau bukan kebendaan. Aspek yang penting dalam sesuatu kebudayaan ialah perubahan kerana ia bertujuan mencapai satu pembentukan kebudayaan baru yang boleh diterima oleh komuniti setempat. Budaya juga sentiasa berkait rapat dengan apa yang dikerjakan oleh sesebuah masyarakat dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang seterusnya. Budaya sering berubah mengikut peredaran masa dan dapat diterima secara kolektif semasa perubahan tersebut berlaku.

Menurut Nik Safiah Hj. Abd. Karim : -Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa

menggerakkan jiwa yang membolehkan pelaksanaan sesuatu


kerja. -Budaya juga ditakrifkan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu yang merangkumi sistem sosial, organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat

resam, sikap dan nilai.

Malinowsky : Budaya ialah satu tindak balas terhadap keperluan manusia dengan meliputi keseluruhan aspek kemanusiaan, semua aktiviti harian manusia serta berperanan untuk membezakan sesebuah bangsa dengan bangsa yang lain.

Contoh : Interaksi antara masyarakat Islam dengan Buddha di Asia Tenggara (kaum yang berlainan budaya dan kepercayaan agama) tetap dapat diwujudkan. Kuil-kuil yang masih wujud di Jawa yang majoriti penduduknya terdiri daripada penganut Islam merupakan lambang kepada sikap toleransi mereka.

Oleh itu, dapat dinyatakan bahawa budaya dapat membezakan

sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain.

Budaya sesuatu masyarakat dapat menentukan keperibadian kebangsaan sesebuah negara.

Di Malaysia, budaya Melayu dipersetujui sebagai teras kebudayaan kebangsaan, namun unsur-unsur budaya kaum lain

seperti Cina dan India turut diambil kira.

c) BIDANG FALSAFAH. TAKRIF TAMADUN MENGIKUT BIDANG FALSAFAH. Falsafah berasal dari perkataan Yunani iaitu philosophi yang bermaksud cinta kepada hikmah. Bagi rujukan umum, kita mengambil takrif falsafah daripada Drs Sidi Ghazalba. i. Berfalsafah adalah mencari kebenaran dari kebenaran tentang sesuatu yang dimasalahkan dengan berfikir secara radikal dan sejagat. ii. Apabila mereka berfikir sedemikian, maka seseorang itu telah memasuki bidang falsafah kerana penuturan dan huraian tersusun itu adalah falsafah.

Disebabkan latar belakang ilmu dan disiplin yang berbeza, maka wujudlah penafsiran berbeza.

Ahli falsafah memilih tema tertentu bagi mengupas konsep falsafah.

Ahli falsafah seperti Said Hawa, Abu Bakar Hamzah dan Hans
W. Gatzle et. al. telah menonjolkan tema pencapaian dalam bidang material dan spiritual bagi menjelaskan konsep tamadun.

Said Hawa membahagikan tamadun kepada dua bahagian iaitu tamadun Islam dan jahiliah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak atas kebudayaan Islam. Tamadun jahiliah ialah segala kemajuan dalam bentuk kebendaan tanpa mengambil kira aspek rohani dan moral. Abu Bakar Hamzah menitikberatkan pembangunan yang sepadu melalui dua unsur iaitu unsur kerohanian dan kebendaan. Pembangunan itu perlu lahir seiring dengan perkembangan manusia sama ada dalam bentuk pemikiran atau kebendaan. Hans W.Gatze menjelaskan tamadun akan wujud apabila adanya kerjasama sesama manusia untuk memenuhi keperluan.

Sarjana seperti Farmer dan Buchanan terpaksa mengemukakan pencapaian sesebuah masyarakat dalam pelbagai bidang untuk merumuskan maksud peradaban. Edward L.Farmer menjelaskan peradaban adalah entiti atau unit budaya terbesar dalam organisasi manusia. Beliau mengenalpasti beberapa ciri yang perlu ada dalam masyarakat bertamadun seperti, tulisan, pentadbiran, kerajaan, agama dan kepercayaan, teknologi dan pengkhususan. R.A.Buchanan menyatakan masyarakat bertamadun perlu memilki institusi yang kompleks, tahap pengkhususan tinggi dalam masyarakat, wujud stratifikasi sosial serta penguasaan teknologi yang tinggi. Masyarakat bertamadun juga seharusnya mempunyai pengeluaran barangan melebihi keperluan tempatan, kerancakan aktiviti perdagangan, wujudnya kesepaduan politik dan budaya serta masyarakatnya memiliki ciri-ciri moden dan berdaya saing.

Carrol Quigley pula menjelaskan masyarakat terdiri dari dua golongan. Golongan pertama ialah masyarakat parasitic merupakan masyarakat sara diri seperti orang Eskimo. Golongan kedua pula ialah masyarakat producing, melaksanakan aktiviti pertanian dan mencipta teknologi baru dan inovasi. Jadi,peradaban menurut beliau ialah masyarakat producing yang mempunyai sistem tulisan dan menjalani kehidupan bandar. Konsep peradaban begitu sinonim dengan perkembangan bandar. Lantaran itu, Gordon Childe cuba mengaitkan peradaban dengan konsep urban revolution. Menurutnya, peradaban lahir apabila manusia menetap dalam kumpulan-kumpulan besar di bandar dan mengamalkan pengkhususan dalam pekerjaan, mencipta barang baru yang berkualiti yang akhirnya membawa kemajuan dalam bidangbidang lain seperti intelektual dan kesenian.

Antara tamadun yang dapat diberikan contoh berdasarkan penjelasan tokoh-tokoh falsafah tersebut ialah tamadun Rom. Rom merupakan tamadun yang terkenal dengan pelbagai kemajuan. Antaranya,pentadbiran,teknologi,pengkhususan,perbandaran dan seni binanya. Melalui teknologi,mereka mereka dapat mengilhamkan sistem saliran air,longkang dan saliran najis bawah tanah. Contohnya,air diperolehi dari 14 empangan dan disalurkan melalui paip dari rumah ke rumah. Melalui seni bina,mereka dapat membina bangunan agung seperti Collosium iaitu bangunan seperti stadium tanpa atap dibina semasa pemerintahan Raja Flavian. Kemajuan yang dicapai oleh tamadun Rom ini tidak mampu dilakukan oleh tamadun lain,dan setiap kemajuan yang dicapai menjadi kebanggaan oleh masyarakat mereka hingga kini.

Secara

konklusinya,

terdapat

persamaan

takrifan

yang

diberikan oleh para sarjana atau ahli falsafah berkenaan dengan

tamadun.

Tamadun menghasilkan sesuatu perubahan dan kemajuan yang dapat menggambarkan perkembangan sesebuah tamadun itu

sendiri.

Kemajuan tersebut dapat dilihat pada cara masyarakat mengolah dan membangunkan sesebuah tamadun yang dibina.

Melalui kemajuan dari segenap sudut pemikiran ini, sesebuah tamadun dapat menonjolkan kedudukan mereka lebih daripada

tamadun yang lain.

TAKRIFAN KEBUDAYAAN BIDANG FALSAFAH

MENGIKUT

Dr.K.Kupper menjelaskan kebudayaan merupakan satu sistem gagasan yang menjadi pedoman bagi manusia dalam membentuk tingkah laku sama ada secara individu mahupun kelompok. Kebudayaan yang diwarisi daripada generasi terdahulu menggambarkan sikap dan perilaku masyarakat pada zaman dahulu.

William H.Havila mengatakan bahawa kebudayaan ialah peraturan dan norma yang dimiliki bersama oleh anggota masyarakat. Jika norma tersebut diamalkan oleh masyarakat maka akan lahirlah perilaku, adat dan sebagainya yang dapat diterima oleh kesemua anggota masyarakat. E.B taylor ahli falsafah barat menyatakan, kebudayaan adalah suatu kesatuan jalinan yang meliputi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, hukum, adat dan setiap kesanggupan yang diperolehi oleh seseorang sebagai anggota masyarakat.

Manakala mengikut Webster New American Dictionary. -Kebudayaan ialah semua pengetahuan, kajian, kesenian,

sastera, kepercayaan dan adat kebiasaan daripada golongan


manusia seperti kebudayaan Yunani.
o

Antara kebudayaan yang dapat diberikan contoh berdasarkan takrifan yang telah diberikan oleh ahli-ahli falsafah ialah melalui tamadun China.

Tamadun ini dapat memberikan sedikit gambaran berkenaan dengan pengetahuan, kesenian, kepercayaan dan adat sepertimana yang telah dibicarakan sebelum ini.

Contohnya adat-adat yang diamalkan di China seperti

adat minum teh, adat kehamilan dan sebagainya


sememangnya telah menggambarkan kebudayaan orang Cina.
o

Adat
tua.

minum

teh telah

diamalkan

dalam

majlis

perkahwinan bagi mendapatkan restu daripada orang

Adat-adat ini juga masih kekal sehingga kini dan menjadi


budaya masyarakat Cina serta diterima baik oleh golongan masyarakat.

Kesimpulannya,

ahli-ahli

falsafah

menyatakan

bahawa

kebudayaan terdiri dari bahasa, cara berfikir, adat resam, kepercayaan dan kesemuanya merupakan aktiviti akal fikiran.

Kesemua aspek ini hendaklah diterima pakai oleh setiap


golongan masyarakat bagi membentuk suatu kebudayaan dan dikekalkan untuk generasi seterusnya.

Oleh itu, kebudayaan bagi sesebuah kaum atau masyarakat amatlah penting untuk dipelihara kerana ianya dapat

menggambarkan nilai masyarakat itu sendiri.

c)

BIDANG PENGAJIAN ISLAM.

TAKRIF TAMADUN MENGIKUT BIDANG PENGAJIAN ISLAM.

Islam dikatakan sebuah kerajaan yang

mempuyai sejarah

ketamadunan yang gemilang. Kerajaan Nabi Muhammad s.a.w dikaitkan dengan kemunculan tamadun dunia yang mengubah kehidupan masyarakat jahiliah.

Beberapa tokoh Islam memberi definisi tersendiri berkaitan dengan istilah tamadun atau peradaban.

Terdapat juga sarjana Islam yang menjangkau definisi tamadun

yang dikupas oleh sarjana-sarjana Barat.

PROFESOR SYED NAQUIB AL-ATTAS

Tamadun sebagai satu keadaan masyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan mempuyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.

Tatasusila atau tingkah laku merupakan simbol kepada sesebuah tamadun.

Contoh:kedatangan Islam telah menghapuskan segala amalan jahiliah seperti menanam bayi perempuan, zina, minum arak.

Amalan dan akhlak yang ditonjolkan oleh Rasullullah telah mempengaruhi masyarakat Arab pada masa dahulu untuk mengikut ajaran Islam dan patuh kepada segala hukum Islam serta meninggalkan amalan jahiliah.

SAYYID QUTB

Tamadun ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.

Sesebuah tamadun memerlukan sebuah sistem pemerintahan


yang mapan dan mampu memberi kesan kepada semua masyarakat.

Segala aspek kehidupan perlu berteraskan kepada ajaran Islam kerana Islam adalah ad-din iaitu satu cara hidup yang

sempurna.

MUHAMMAD AL-BAHIY

Tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan sebagainya. MUHAMMAD RASYID REDHA

Agama merupakan asas kepada sesebuah tamadun disebabkan oleh peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kepada kebangkitan fizikal.

Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama.

MAHDI SHUID DAN SALIZA SAAD

Peradaban dari perspektif Islam dikaitkan dengan perkataan umran,

adab dan dinnun atau dainun. Umran membawa makna harta,


kawasan yang didiami, berkembang subur dan maju, perhimpunan, melawat dan hidup berpanjangan.

Istilah adab merujuk kepada jemputan ke sesuatu majlis serta adbun


pula bermakna memperelok tingkah laku yang menunjukkan pemikiran dan roh.

Tadib adalah proses membentuk disiplin yang baik dan perkataan


dainun pula membawa maksud kepatuhan, penyerahan; cara hidup, pinjaman; hakim atau pemerintah; madinah (sebuah bandar yang

ditadbir oleh hakim atau pemerintah).

AHMAD SYALABY (1970)

Mengkategorikan peradaban kepada dua jenis iaitu peradaban teori dan peradaban eksperimen.

Peradaban teori - peradaban tulen yang menjadikan Islam sebagai sumbernya yang tunggal. Peradaban ini dikatakan lahir dalam perkara-perkara yang tidak terdaya dicapai oleh fikiran manusia seperti di dalam sistem politik, perundangan dan moral. Contohnya, manusia tidak terdaya mencipta sistem politik yang sihat serta tidak terdaya mengendalikan isu-isu sosial yang menjadi perselisihan dalam kalangan manusia sejagat. Peradaban eksperimen - kemajuan yang boleh dicapai oleh manusia dalam bidang-bidang matematik, perubatan, astronomi dan sebagainya.

TAKRIF KEBUDAYAAN MENGIKUT BIDANG PENGAJIAN ISLAM

Pada masa kini, orang Melayu kuat berpegang dengan agama Islam. Walau bagaimanapun, dalam beberapa adat resamnya terdapat kesan pengaruh dari kepercayaan lama seperti dari agama Hindu-Buddha dan kepercayaan warisan. Walaupun begitu, kerana kuatnya orang Melayu dengan Islam, semakin lama kepercayaan kepada warisan tradisi itu semakin dibuang dan hilang. Keadaan ini berlaku kerana Islam merupakan teras budaya atau kepercayaan masyarakat Melayu. Sebelum ini kepercayaan orang Melayu dipengaruhi oleh kepercayaan asing seperti Hindu-Buddha tetapi apabila berdepan dengan Islam, budaya dan kepercayaan Melayu akan dipengaruhi dan ditentukan oleh Islam (Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi, 2005).

Haji Agus Salim telah menganalisa istilah kebudayaan sebagai

persatuan antara budi dan daya.

Budi memberi makna akal, fikiran, pengertian, faham, pendapat, ikhtiar dan perasaan. Manakala, daya pula bererti tenaga, kekuatan dan kesanggupan.

Makna kebudayaan juga ialah himpunan segala usaha dan daya

upaya yang dikerjakan dengan menggunakan hasil pendapat


budi untuk memperbaiki sesuatu dengan tujuan mencapai kesempurnaan.

Dalam bahasa Arab kebudayaan itu disebut sebagai thaqafah.


Di samping itu, definisi kebudayaan menurut bidang pengajian Islam ialah cara hidup takwa.

Cara hidup takwa membawa maksud menempuh jalan syariat yang mengikat muslim kepada prinsip-prinsip tertentu yang

digariskan oleh al-Quran dan hadis.

Prinsip-prinsip kebudayaan yang berasal dari al-Quran dan


hadis tidak berubah dan tidak boleh diubah kerana al-Quran dan hadis bersifat serba tetap.

Maka definisi kebudayaan Islam dapat dirumuskan sebagai

cara berfikir dan cara merasai takwa dalam diri berdasarkan


kesemua aspek kehidupan sekumpulan manusia yang

membentuk masyarakat.

e)

BIDANG MORAL.

TAKRIF TAMADUN MENGIKUT BIDANG MORAL Istilah peradaban (tamadun) berasal daripada kata dasar adab yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji serta kehalusan budi pekerti yang diamalkan oleh setiap anggota sesebuah masyarakat. Tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji ini merupakan salah satu cabang atau contoh dalam bidang moral. Ketamadunan merupakan pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi. Pengertian ketamadunan dapat dibuktikan melalui kemajuan petempatan di sesebuah kawasan, penyediaan kemudahan yang sempurna dan peningkatan kualiti hidup yang tinggi.

Misalnya, pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi dapat dilihat pada masyarakat Melayu pada zaman dahulu di mana orang Melayu amat bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan umpamanya tugas sebagai seorang ketua kampung atau ketua keluarga. Apabila seseorang itu mendapat tugas sebagai ketua kampung, maka dia akan berusaha untuk menjalankan amanah tersebut sebaik mungkin dan dari sinilah dapat dilihat setinggi mana moral yang dimiliki oleh seseorang itu. Peradaban amat berhubung erat dengan konsep nilai moral, norma, etika dan estetika. Peradaban juga berhubung kait dengan kebudayaan dan organisasi sosial. Contoh lain dalam tamadun awal di sekitar Asia Tenggara iaitu Kerajaan Angkor di mana pada ketika itu mereka bersama-sama berganding bahu dalam menjalani sistem pertanian dengan mengusahakan pelbagai jenis tanaman seperti padi sawah, padi huma, menghasilkan rempah cengkih, lada hitam, gaharu, damar dan cendana. Bukan itu sahaja, mereka turut menangkap ikan dan , menternak binatang dan memungut hasil hutan bersama-sama.

Secara umumnya tamadun ialah sebuah kehidupan kota yang telah menghasilkan suatu pencapaian yang tinggi dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada dari segi kebendaan mahupun kerohanian. Aspek kehidupan yang utama dan dititikberatkan ialah ilmu pengetahuan, ekonomi, sahsiah dan politik. Semua aspek tersebut merupakan batu loncatan bagi sesebuah masyarakat ataupun kaum untuk mencapai tahap tamadun yang unggul. Akan tetapi, aspek nilai moral tetap mempunyai peranan yang tersendiri dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan. Keadaan ini dapat dilihat semasa zaman kejatuhan kerajaan Melaka di mana kurangnya nilai moral dalam kalangan pemimpin yang akhirnya menyebabkan timbul syak wasangka sesama mereka sekaligus menyebabkan kerajaan Melaka mudah tewas di tangan Portugis pada masa itu. Tatasusila yang terpuji dan amalan murni yang diamalkan oleh masyarakat akan membawa tamadun yang dibina ke arah kegemilangan dan memperkukuhkan lagi asas tamadun tersebut. Apabila semua pihak mengamalkan perkara yang baik maka tamadun yang baik jualah yang akan lahir dan berkembang.

TAKRIF KEBUDAYAAN MENGIKUT BIDANG MORAL


Konsep budaya ialah tamadun masyarakat yang mempunyai tenaga fikiran yang baik serta nilai moral yang tinggi dalam menjalankan hidup sebagai manusia. Budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan budaya yang bermaksud budi dan daya. Perkataan budi berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud kecerdasan fizikal dan aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya dikatakan sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan.

Jika dilihat pada pandangan orang timur, budaya ialah satu bentuk pemikiran yang bertamadun. Keadaan ini tidak semestinya dilihat daripada material sahaja, tetapi turut dilihat pada cara pemikiran mereka. Ia juga menjelaskan bahawa budaya sangat menitikberatkan nilai moral sesuatu masyarakat. Tenaga fikiran dan moral yang tinggi akan sentiasa mendekatkan diri dengan alam. Ketinggian dan kemajuan tamadun sesuatu bangsa boleh diukur dari segi kualiti manusianya dan pencapaiannya yang merangkumi dimensi-dimensi kebendaan, agama, keintelektualan, sains dan teknologi, kebudayaan, sistem ekonomi, sistem politik, sistem sosial, sistem pertahanan, sistem perundangan dan adat istiadat.

Contohnya, Undang-undang Tuhan dan undang-undang ciptaan manusia juga bertujuan untuk mencegah perbuatan yang tidak berakhlak atau beretika dan membangun masyarakat yang berakhlak mulia. Dengan adanya warga negara yang berkelakuan dan berinteraksi sesama manusia mengikut lunas-lunas budaya yang baik dan nilai-nilai akhlak yang terpuji, masyarakat dan negara akan menikmati keamanan, keharmonian dan kesentosaan. Apabila budaya yang baik dan akhlak yang terpuji luntur, terhakis atau menjadi lemah maka kehidupan masyarakat akan dipenuhi dengan gejala kemungkaran, penipuan, kemaksiatan dan keganasan. Apabila para pemimpin atau golongan berkuasa tidak lagi berpegang kepada budaya yang baik dan akhlak yang terpuji, negara atau tamadun akan menjurus ke arah kehancuran.

Inilah yang dapat kita pelajari daripada kajian sejarah naik turunnya tamadun-tamadun besar dunia zaman silam, seperti tamadun Yunani, Mesir, Rom dan China. Kehebatan teknologi, ketenteraan dan kebendaan tidak dapat menyekat proses keruntuhan dalamannya yang asalnya bermula dari kerosakan-kerosakan moral dan etika golongangolongan atasan, para penguasa dan para pembesar negara. Penghayatan nilai-nilai murni telah direalisasi oleh kesemua tokoh tamadun silam seperti Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani, Lao Tze dan Kung Fu-Tze dalam tamadun Cina, Kautilya dan Samkara dalam tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam tamadun Islam. Oleh itu, Kita di Malaysia sudah pasti tidak mahu berada dalam keadaan di mana kemajuan ekonomi dan teknologi negara meningkat dan menyamai negara-negara maju tetapi gejala sosial, kemerosotan akhlak, ketidaksopanan dan ketandusan etika menjunam ke tahap yang parah dan sukar dipulihkan. Itulah sebabnya dalam Wawasan 2020 Malaysia mahu mencapai kemajuan mengikut acuan kita sendiri dengan mengintegrasi ajaran-ajaran agama, budaya yang baik dan nilai-nilai akhlak yang mulia dan terpuji.

f) BIDANG ANTROPOLOGI KEBUDAYAAN. TAKRIF TAMADUN MENGIKUT BIDANG ANTROPOLOGI KEBUDAYAAN. Terdapat tiga bidang antropologi iaitu: -Antropologi Fizik -Antropologi Sosio Budaya -Antropologi Arkeologi

Antropologi sosio budaya:

-Mempelajari tingkah laku manusia sama ada tingkah laku individu atau kelompok.

-Tingkah laku yang dipelajari di sini bukan hanya kegiatan yang


biasa dilihat dengan mata tapi juga yang terlintas di kepala. -Pada manusia tingkah laku ini bergantung pada proses pembelajaran. -Apa yang mereka lakukan adalah hasil daripada proses belajar yang dilakukan sepanjang hidup samaada secara sedar atau tidak.

- Mereka pelajari bagaimana tingkah laku ini dengan mencontohi atau belajar daripada generasi sebelum atau dari alam di sekeliling. Kebudayaan merupakan kelompok-kelompok

manusia baik yang kecil atau besar.

TAKRIF KEBUDAYAAN MENGIKUT BIDANG ANTROPOLOGI KEBUDAYAAN Terdapat sebanyak 160 defenisi kebudayaan yang telah dibuat oleh para ahli antropologi. Salah satu definisi kebudayaan dalam bidang antropologi telah dibuat oleh seorang ahli bernama Ralph Linton di mana beliau memberikan defenisi kebudayaan yang berbeza dengan pengertian kebudayaan dalam kehidupan seharian. Beliau mengatakan bahawa kebudayaan adalah seluruh cara kehidupan masyarakat dan tidak hanya berkaitan dengan sebahagian tatacara hidup yang dianggap lebih tinggi dan lebih diinginkan.

Istilah

ini

meliputi

cara

bagaimana

sesuatu

berlaku,

kepercayaan dan sikap serta hasil daripada kegiatan manusia


yang khas untuk suatu masyarakat atau kelompok penduduk tertentu.

Mengikut prosiding Ibnu Khaldun (1995) dalam tajuk Pemikiran Ibnu Khaldun & Relavansinya dalam Tamadun

Kontemporari yang ditulis semula oleh En.Ahmad


Hakimi Khairuddin bahawa keduanya adalah beza.

Ibnu khaldun mengatakan antropologi kebudayaan mengkaji kumpulan manusia berdasarkan kepada kebudayaan kumpulan tersebut. Dalam antropologi kebudayaan-kebudayaan ditakrif sebagai keseluruhan cara kehidupan manusia yang diwarisi dari generasi ke generasi lain dan membolehkan manusia berfungsi di alam ini. Setiap kumpulan manusia ada kebudayaan. Tiada kebudayaan yang boleh dianggap lebih baik daripada kebudayaan lain kerana setiap satunya ada nilai tersendiri. Tidak terdapat suatu nilai kebudayaan manusia yang mutlak. Kesimpulannya terdapat pelbagai definisi tamadun dan kebudayaan dalam bidang antropologi kebudayaan .Namun dapat dirumuskan bahawa ianya adalah satu bidang kajian tentang cara hidup manusia yang diwarisi dari generasi ke generasi seterusnya.

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MANUSIA MENGIKUT BIDANG ANTROPOLOGI KEBUDAYAAN

Bidang antropologi kebudayaan mengemukakan satu teori umum tentang perkembangan kumpulan manusia berdasarkan kepada aktiviti ekonomi.

Kumpulan manusia terawal dijangkakan terdiri daripada ahli-ahli keluarga besar yang berpindahrandah dari satu tempat ke satu tempat yang lain

untuk memburu dan memungut hasil semula jadi.

RUMUSAN
Pada pandangan kami, sesebuah tamadun yang dibina perlulah mempunyai asas nilai moral dan agama yang kukuh. Sekiranya masyarakat tidak mengamalkan nilai moral yang tinggi maka tidak mustahil suatu ketika nanti tamadun yang mundur dan negatif akan lahir. Selain itu, hubungan budaya dengan ketamadunan sangatlah erat. Setiap tamadun dibina oleh budaya sesuatu masyarakat tertentu, tetapi tidak semua budaya boleh dianggap bertamadun.

Budaya yang tinggi serta memiliki suatu sistem hidup yang teratur seperti wujudnya keupayaan masyarakat mewujudkan susunan pemerintahan dan kehidupan sosial yang tersusun dan stabil merupakan elemen penting kewujudan ketamadunan sesuatu bangsa. Di samping itu, masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang mempunyai tingkah laku yang luhur dan murni. Konsep peradaban kurang lengkap jika definisinya tidak dimasukkan unsur-unsur kemajuan material dan spritual. Pencapaian dalam bidang material seperti unsur seni bina, pentadbiran yang berkesan, pencapaian ilmu pengetahuan dan sebagainya perlu disertai dengan unsur-unsur moral atau kerohanian.

Sebagai generasi baru yang akan menerajui arus

pembangunan

negara

Malaysia,

kita

seharusnya

membuka mata terhadap apa yang telah berlaku pada zaman kewujudan, kegemilangan dan kejatuhan

tamadun-tamadun sebelum ini.

Sebagai rakyat Malaysia, kita juga disarankan untuk

berganding

bahu

dalam

mencapai

kemajuan

dan

pembangunan negara kita memandangkan negara kita merupakan negara yang berbilang kaum.

You might also like