You are on page 1of 5

Tamadun Mesir

Ilmu perubatan Islam berasal daripada pengaruh tamadun kuno dan seterusnya telah dimajukan oleh tamadun Islam. Sejarah ilmu perubatan telah lama bertapak di Mesir pada tahun 3200 S.M. Selain itu, ilmu pembedahan juga telah lama berada di Mesir. Tokoh pertama yang memainkan peranan penting dalam bidang perubatan ialah Imhotep. Imhotep merupakan memanda kepada Firaun Zoser (2800 S.M). Pusat-pusat pengajian perubatan telah lama wujud semasa zaman Firaun seperti di Heliopolis dan Sais. Pusat pengajian ini merupakan yang terawal di dunia lebih kurang 2000 tahun sebelum munculnya ilmu perubatan di Yunani. Semasa zaman Firaun juga, terdapat seorang lagi tokoh yang terkemuka selain Imhotep iaitu Amenhotep anak Hapu pada tahun 1500 S.M. Secara keseluruhannya ilmu perubatan pada zaman Firaun boleh dianggap rasional kerana telah berjaya dalam beberapa pembedahan. Muzium Kaherah telah menempatkan alat-alat pembedahan yang digunakan pada zaman tersebut. Ini membuktikan bahawa jurusan pembedahan merupakan suatu bidang yang amat khusus. Sekurang-kurangnya sebuah sekolah untuk bidan telah diwujudkan di bandar-bandar yang penting. Antara sekolah perubatan yang terkenal adalah ialah Dewi-Ank house of Life. Bangsa Mesir kuno juga telah mempunyai pengetahuan yang amat luas dalam bidang anatomi. Antara yang diketahui oleh mereka ialah tulang-tulang tengkorak, tulang tunjang (vertebra), tulang rusuk dan organ-organ seperti jantung, ginjal, sarat tunjang dan lain-lain lagi sudah pun diketahui oleh mereka.

Masyarakat Mesir purba mengetahui ilmu perubatan, kajian tentang ubat-ubatan, memumiakan mayat, pembedahan, aromaterapi dan refleksologi. Masyarakat Mesir percaya bahawa susu bayi lelaki amat berguna untuk merawat luka. Perubatan pada zaman Mesir purba dikatakan berteknologi tinggi dan terkini kerana telah memperkenalkan konsep insurans perubatan, masa bekerja, pencen dan cuti sakit. Tamadun Mesir telah berkembang melalui penaklukan di Sudan, Syria, Mesopotamia, Crete, Cyprus dan juga tanah besar Yunani semasa pemerintahan Firaun. Segala kawsan jajahan pemerintahan Firaun pada tamadun zaman itu telah dipengaruhinya sehingg dikatakan sebahagian ilmu perubatan tamadun Yunani diambil dari ilmu perubatan zaman Firaun itu. Karya perubatan Mesir yang terkenal adalah Edwin Smith Papyrus dan Ebers Papyrus. Edwin Smith Papyrus digunakan untuk pemeriksaan, diagnosis, pembedahan dan pemerhatian untuk pelbagai penyakit serta lebih bersifat sainstifik. Manakala Ebers Papyrus pula digunakan sebagai mantera dan amalan ritual perubatan medika untuk menghalau makhluk penyebab penyakit serta lebih kepada dogmatik dan spekulasi.

Tamadun Yunani
Ilmu perubatan Yunani telah dipengaruhi oleh Mesir kerana ketika itu Yunani telah menjadi tanah jajahan mereka semasa zaman pemerintahan Firaun. Tokoh yang telah memajukan ilmu perubatan di Yunani ialah Hippocrates (460-370 S.M.). Ia terbukti melalui penubuhan pusat pengajian perubatan didirikan di Cos, Epidamus, Chidus dan Perganus. Ilmu perubatan di Eropah telah dibawa masuk pada zaman pemerintahan Pericles (429-290 S.M.). Hippocrates telah memajukan pembelajaran yang membincangkan bahawa sesuatu penyakit itu berpunca daripada kejadian yang semula jadi di Cos. Manakala di Cnidus pula, pusat perubatan dibina pada tahun 700-600 S.M. Pembelajaran di sini lebih mementingkan gejala-gejala penyakit daripada pesaki itu sendiri. Hippocrates telah menegaskan suatu corak pemikiran baharu dari segi ilmu perubatan yang boleh mempengaruhi amalan perubatan moden iaitu gejala-gejala penyakit itu dikaji dan diperhatikan ke atas pesakit itu sendiri dan juga pertaliannya dengan pesakit, serta kaitan antara gejala penyakit dengan persekitarannya. Hippocrates telah memperkenalkan teori humor iaitu darah, lendir, hempedu kuning dan hempedu hitam berkaitan tentang keadaan sihat dan keadaan sakit juga bermula di Cos. Asas-asas perubatan yang diperkenalkan oleh Hippocrates mulai berkembang selepas tahun 300 S.M. Tetapi disebabkan kerana berlakunya campur-aduk dan pergolakan pada ketika itu, banyak asas-asas pengajian tersebut telah lenyap dan sukar untuk dikenali lagi. Pada abad ke-9 M. terdapat kumpulan manuskrip asal Hippocrates yang tertua yang hanya boleh didapati pada tahun tesebut. Selain itu, beberapa dari bahagiannya yang terawal pula dipadankan dalam abad ke-5 M. diambil dari Benua Asia Kecil dan dari Sicily. Manuskrip ini

telah diterjemahkan semasa tamadun Islam serta amat dihargai kerana dianggap tulen. Seorang tokoh perubatan Islam pada abad ke13 M. iaitu Ibn Abu Usaibiah berpendapat bahawa kumpulan manuskrip tersebut mengadungi 30 buah buku dan lebih kurang 12 buah di antaranya diselidiki dengan agak mendalam di pusat-pusat pengajian perubatan Islam. Ilmu perubatan Yunani bertambah sebar dengan luas berikutan dengan kemengan Iskandar Zulkarnain (356-323 S.M.). Suatu pusat perubatan yang tertubuh di Kotaraya Iskandariah yang dikenali dengan Pusat Empirikal berubah corak pemikirannya, iaitu mementingkan kesan-kesan penyakit lebih dari menyelidiki tentang sebab-sebabnya. Pada abad ke-4 dan ke-3 S.M. terdapat tokoh pendidik perubatan yang terkenal dari pusat ini ialah Herophilus dan Erasistratos. Herophilus merupakan tokoh yang ulung mendisekkan tubuh manusia (post-mortem) serta dianggap sebagai bapa ilmu anatomi. Manakala Erasistratos pula dianggap sebagai bapa ilmu fisiologi. Mereka juga telah melakukan pembedahan dengan memotong binatang dan membedah mayat-mayat. Pusat pengajian perubatan di Iskandariah ini menanamkan asas-asas ilmu material medika, pemakanan, anatomi, fisiologi dan kesihatan awam. Pergerakan intelektual jangka masa dari tahun 331 S.M.-642 S.M. apabila Iskandariah jatuh ke dalam kekuasaan Islam. Dalam jangka 150 tahun detik hayatnya yang terakhir pusat tersebut telah mula merosot. Di bawah pemerintahan Rom di Mesir (30 S.M.-476 M.) tokoh-tokoh cerdik pandai yang terulung mulai tertumpu ke arh Rom dan di bawah naungan unsu-unsur Yahudi dan Kristian. Pusat pengajian merosot ke hala spekulasi dan falsafah keagamaan yang sempit. Syria pula mewarisi doktrin Hippocrates ini dari Mesir dan merupakan pertalian utama di antara ilmu perubatan Yunani-Rom dan perubatan Islam.

Zaman kemegahan perubatan Yunani di bawah kekuasaan Empayar Rom dipengaruhi oleh sumbangan perintis terpenting dari Celcus (25 M.) Seorang tokoh perubatan bangsa Rom, Dioscorides (50 M.) seorang pakar Yunani yang mengarang materia medika yang begitu popular di kalangan tokoh perubatan Islam yang sesudahnya. Tokoh-tokoh lain yang ternama ialah Rufus (50 M.) seorang pengkaji anatomi dan pakar perubatan, Soranus (98 M.-138 M.) yang menghasilkan 10 buah karya perubatan dalam jurusan pembedahan, sakit puan, patahan tulang dan lain-lain lagi. Beliau juga merupakan seorang ahli kaji sejarah perubatan. Galen merupakan tokoh terkenal pada zaman Yunani (130 M.-200 M.). Beliau seorang tokoh perubatan bangsa Yunani yang hasil karyanya juga begitu terkenal di kalangan tokoh perubatan Islam. Beliau menerima pendidikan di Iskandariah dan selepas itu berpindah ke Rom. Di Rom, Beliau menjadi doktor peribadi kepada Maharaja Marcus Aerellius. Hasil karya perubatannya memang tulen dan beliau juga merupakan pengasas fisiologi bereksperimen.

You might also like