You are on page 1of 3

Program Perumahan Rakyat di kawasan Bandar Salah satu langkah mengatasi masalah kemiskinan di kawasan bandar ialah melalui

Program perumahan rakyat. di bawah RMK 4, KPKT telah melaksanakan Program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan Skim Pertapakan dan Kemudahan Asas (SPK) untuk golongan yang berpendapatan rendah. Pada masa ini KPKT sedang melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk golongan yang memerlukan rumah untuk didiami. Program ini menyediakan rumah untuk disewa dengan bayaran yang paling murah sekali iaitu RM124.00 sebulan. Program ini diusahakan khusus bagi mengatasi masalah setinggan di bandar. Kedua ialah Program Perumahan Rakyat Dimiliki / Dijual yang melibatkan pembinaan rumah kos rendah dengan harga antara RM28,000 (bandar kecil) hingga RM35,000 (bandar besar). Program ketiga ialah Skim Pinjaman Perumahan bagi golongan berpendapatan rendah untuk membeli atau membina rumah dengan jumlah pinjaman maksimum sebanyak RM20,000. Sehingga tahun 2004, sebanyak 29,907 unit rumah untuk golongan berpendapatan rendah telahpun disiapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Program-program ini dirangka sebegitu rupa bagi mengubah pemandangan setinggan di bandar kepada satu kawasan yang lebih terancang dan tersusun. Dengan wujudnya kawasan yang terancang dan tersusun ini, maka taraf hidup golongan miskin di bandar akan meningkat seiring dengan kualiti kehidupan mereka. Keselesaan yang dinikmati akan membantu mengurangkan masalah-masalah lain yang timbul akibat kemiskinan membebani hidup mereka. Prosedur pemilikan juga melalui saringan yang agak ketat bagi memastikan hanya golongan yang wajar mendiami rumah-rumah yang disediakan ini sahaja akan diluluskan permohonan mereka. Secara ringkasnya, pembasmian kemiskinan perlu seiring dengan penyusunan semula masyarakat di bandar. Masalah sosial berkait rapat dengan kualiti hidup yang rendah. Suasana kehidupan yang lebih berkualiti pemangkin kepada pembasmian masalah sosial dalam kalangan masyarakat miskin di bandar.

Bancian ke atas golongan miskin Bagi memastikan hanya golongan miskin yang sebenar menerima bantuan daripada kerajaan, bancian ke atas mereka perlu dilakukan dengan telus dan cekap. Mereka yang dimaksudkan adalah keluarga miskin yang mempunyai pendapatan isi rumah (household income) kurang dari Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan mengikut negeri. Selain itu, ia hanya melibatkan keluarga miskin yang mempunyai taraf warganegara Malaysia sahaja. Maklumat berhubung golongan sasar perlu dikemaskini setiap akhir tahun sebelum peruntukan untuk tahun berikutnya diberikan. Contoh bancian adalah seperti bancian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS) pada tahun 2005 ke atas 58 buah bandar yang merangkumi 56 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Senarai keluarga miskin yang diperolehi dari bancian tersebut telah dikemukakan kepada PBT-PBT berkenaan. PBT perlu menyemak semula senarai tersebut bagi tujuan pengesahan. Pendaftaran terbuka di peringkat PBT dan sebagai permulaan ia dimulakan dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar. PBT boleh mendaftar keluarga miskin yang dikenalpasti oleh mana-mana pihak seperti Ahli Majlis PBT/Pegawai PBT/Wakil Rakyat/Pengerusi JKKK/Penghulu/Pengerusi Persatuan Penduduk. Senarai keluarga miskin juga boleh diperolehi dari sumber-sumber lain di peringkat negeri dan memasukkannya ke dalam Borang Permohonan Bantuan PPKB. NGO boleh membantu mendapatkan maklumat mengenai keluarga miskin yang layak berdasarkan PGK yang telah ditetapkan. Pengukuran kemiskinan di Malaysia adalah berasaskan konsep Kemiskinan Mutlak (absolute poverty). Jika dibandingkan dengan negara-negara Asia yang lain, Malaysia masih boleh dianngap selangkah ke hadapan. Keperluan hidup iaitu perbelanjaan minimum atau dikenali sebagai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) menjedi ukuran relatif. Sehingga tahun 2002, didapati bahawa kadar kemiskinan di peringkat negara telah berkurangan 5.1 peratus iaitu terdiri daripada 267,900 isi rumah. Kadar Kemiskinan Tegar (Hardcore Poor) pada

tahun 2002 adalah 1 peratus dengan bilangan isi rumah sebanyak 52,900 sahaja. Kadar kemiskinan di bandar pula telah berkurangan kepada 2.0 peratus pada tahun 2002 berbanding 3.6 peratus pada tahun 1995 iaitu meliputi sejumlah 69,000 isi rumah dan daripada jumlah ini, 12,000 isi rumah didapati miskin tegar.

You might also like