You are on page 1of 2

Atur Cara dan Buku Program Atur cara dan buku program merupakan elemen yang penting dalam

menganjurkan sesuatu program atau majlis. Dalam buku program ini merangkumi setiap atur cara yang akan di jalankan pada majlis tersebut iaitu bermulanya majlis hinggalah ke akhir majlis. Penganjur hendaklah mengikuti setiap atur cara yang telah di tetapkan dalam buku program tersebut supaya majlis yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar dan menepati masa. Buku program ini juga dapat memberi sedikit gambaran kepada tetamu-tetamu yang hadir khususnya kepada Dif-dif jemputan yang akan merasmikan majlis tersebut. Selain itu, Buku program juga perlu merangkumi objektif-objektif majlis yang hendak di jalankan. Misalnya pada Majlis Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) yang dijalankan di IPG kampus Kota Bharu, majlis tersebut berobjektifkan kepada

memenuhi sukatan pelajaran Gerak Kerja Ko-Kurikulum Semester 5 dan membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan juga situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dalam menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan. Ini merupakan objektif utama dalam majlis kejohanan tersebut. Penganjur mestilah memastikan objektif yang di buat tersebut dapat di capai pada akhir majlis yang akan berlangsung. Berkenaan tentatif program yang kami analisis melalui Majlis Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) tersebut, , sememangnya tidak dapat dielakkan berlakunya sedikit penangguhan dari segi masa sebenar yang tercatat didalam tentatif. Selain itu setiap kali selesai persembahan, para peserta akan mengambil masa untuk bersedia selepas acara selesai. Maka, akan ada sedikit ruang masa yang digunakan untuk melakukan aktiviti memanaskan badan. Kelancaran program juga bergantung kepada para peserta dalam memastikan mereka bergerak dengan lancar pada masa berlangsungnya acara. Dalam pada itu, semua perkara yang berkaitan dengan kelancaran perlu diberi perhatian agar tidak akan berlakunya perkara yang akan mencacatkan majlis seperti kesilapan teknikal masa.

You might also like