You are on page 1of 38

AHLI KUMPULAN : CATHERINE NGIE CHANG SIAU CHUI KOK YING YING

OBJEKTIF
Membekalkan pelajar dengan satu pemahaman

komprehensif mengenai sejarah, nilai dan aspek utama. Membina satu generasi Malaysia yang berpengetahuan dan peka mengenai isu-isu ketamadunan dan peradaban. Memperkukuh jati diri bangsa Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum dengan mengamalkan kehidupan yang bertoleransi dan bertamadun.

MATLAMAT
Menyediakan guru-guru dengan pengetahuan dan

kesefahaman mengenai konsep serta prinsip tamadun Islam. Menyedarkan guru-guru tentang pencapaian dan sumbangan tokoh-tokoh terkenal dalam bidangbidang tertentu ke arah kehidupan universal. Menerapkan nilai-nilai tolak ansur dan berbangga terhadap inspirasi negara. Membangunkan kehidupan harmoni melalui pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Negara.

PERANANNYA DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Islam merupakan suatu elemen yang sangat penting dan signifikan dalam membincangkan tamadun Melayu.
Ini kerana, Islam banyak mempengaruhi perkembangan tamadun Melayu. Kesan dan nilai Islam dapat ditemui pada hampir segenap aspek

dalam kehidupan Melayu.

masyarakat dan tamadun

Tamadun Melayu- sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sabagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan MelayuIndonesia , Nusantara dan Alam Melayu

Islam Dalam Tamadun Melayu


Penerimaan Islam ke dalam masyarakat Melayu adalah secara damai dan sejahtera.
Islam datang ke Nusantara pada awal abad 1 Hijrah (kurun 7 dan 8M) (Harnka, 1965 : 433-434). Islamisasi semakin pesat apabila kerajaan Islam berpusat di Baghdad jatuh ke tangan tentera Monggol pada tahun 1258M. Ini menyebabkan usaha Islamisasi terbuka ke kawasan-kawasan baru termasuklah Nusantara. Selepas 1258M, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara tidak dapat dibendung lagi. Antaranya, Kerajaan Aceh, Terengganu, Melaka, Patani, Banten, Mataram, Brunai, Sulu dan sebagainya.

Nusantara

Secara keseluruhannya, Islam telah membawa perubahan besar kepada masyarakat Nusantara selepas itu. Contoh yang paling jelas adalah Kerajaan Melaka, Aceh dan Johor-Riau yang secara terang membuka minda masyarakat Nusantara dari pelbagai sudut seperti pentadbiran, 'pendidikan, perundangan, ekonomi dan agama. Kesan perubahan ini masih berterusan walaupun Nusantara selepas itu melalui proses penjajahan Barat bagi satu tempoh masa yang panjang bermula kejatuhan Kerajaan Islam Melaka pada 1511 sehingga kemerdekaan Malaysia dicapai pada 1957.

TEORI KEDATANGAN

Beberapa teori telah dikemukakan tentang asal-usul

Agama Islam di Nusantara sama ada ianya datang melalui: India China Tanah Arab

PETA

Peta

Islam Datang Dari India


Para sarjana seperti S.Q. Fatimi, Morison Harison, RA. Kern dan Snouck Hurgronje berpendapat bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan.

Mereka juga berpendapat ramai pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah di Andalus melarikan diri daripada tindakan pihak berkuasa, sebagai pelarian politik dan mendapatkan perlindungan di India dan juga di Alam Melayu.

Hujah mereka adalah berpandukan kepada

persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafie. B. Harrison berpendapat masyarakat Nusantara memandang ke India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan kebudayaan. Menerusi hubungan dua hala itu penduduk Nusantara yang berminat dengan Islam telah pun dianuti oleh pedagang-pedagang India.

Pendapat di atas dibuktikan melalui penemuan

batu nisan Sultan Malikul Salleh,Raja Samudera. Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut. Sarjana-sarjana tersebut telah bersetuju Islam dibawa ke Pasai melalui perdagangan dan batu nisan itu adalah sebagai buktinya.

Islam Datang Dari China


Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang dan Canton menjadi kawasan tumpuan utama para pendakwah Islam. Terdapat beberapa teori yang turut menyokong kedatangan Islam dari China. Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam datang ke Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan. Pendapat ini terbukti hasil penemuan batu bersurat di Kuala Berang,Terengganu.

Pada tahun 878 Masihi pula telah berlaku

pemberontakan di Canton yang menyebabkan seramai 100 000 orang asing terbunuh. Akibat peristiwa ini telah menyebabkan ramai orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang. Catatan Dinasti Sung pula mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Tanah Melayu melalui sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China.

Bukti kedatangan Islam dari China dapat dilihat

melalui hubungan perdagangan antara orang-orang Arab dengan China. Mereka membawa barang-barang dagangan seperti mutiara, sutera dan tembikar dari China. Perdagangan antara Arab dengan China secara tidak langsung mewujudkan hubungan antara China dengan Kepulauan Melayu. Menurut laporan orang-orang China Islam, bahawa orang-orang Arab Islam datang ke negara China semasa zaman pemerintahan Maharaja Tai Tsung.

ISLAM DATANG DARI TANAH ARAB


Di Tanah Melayu terdapat bukti-bukti yang kuat bahawa agama Islam itu dibawa secara

langsung dari tanah Arab oleh bangsa Arab. Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telah pun diislamkan oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri al- Yamani seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari Yaman.

Menurut catatan yang ditemui, terdapat sebuah

perkampungan Islam di Sumatera Utara yang diberi nama Tashih telah ditemui bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera. S.M. Naquib al-Attas menegaskan juga bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya.

Hubungan perdagangan terjalin antara Tanah

Melayu dengan Tanah Arab sejak sebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan selepas kelahirannya. Penyebaran Islam di Tanah Arab telah meluas dan termasuklah di Yaman yang mempunyai pelabuhan perdagangan yang penting. Pedagang-pedagang Islam yang bertumpu di Yaman turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan AsiaTenggara terutama untuk mendapatkan barangan seperti kapur barus, kemenyan dan sebagainya.

Peta Minda Teori Kedatangan Islam Di Asia Tenggara

KESAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

1.Agama 7.Budaya 2.Politik

6.Sistem Pendidikan

KESAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

3.Ekonomi

5.Pusat Perdagangan

4.Pusat Penyebaran Agama Islam

1. Agama
Kepercayaan animisme dan penyembahan nenek

moyang diganti dengan agama Islam. Agama Islam menjadi agama rasmi.

2. Politik
Pengislaman raja-raja membawa arus perubahan

dalam sosio-politik. Kerajaan Melayu-Islam : AM Tasih-shih di Sumatera, Perlak, Samudera-Pasai, Champa, Melaka dan sebagainya.

3. Ekonomi
Berlandaskan hukum syarak (konsep halal haram)
Dikawal melalui undang-undang Hukum Kanun

Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Melaka - pelabuhan entreport antarabangsa yang maju - mempunyai sistem ekonomi yang sistematik bagi melicinkan aktiviti ekonomi.

4. Pusat Penyebaran Agama Islam


Melaka muncul sebagai pusat agama Islam yang

terpenting di Asia Tenggara menjelang pertengahan abad ke-15. Pemerintah pertama memeluk agama Islam: Sultan Megat Iskandar Syah Pemerintah menjadikan Islam sebagai agama rasmi Kerajaan Melaka pada ketika itu: Sultan Muzaffar Syah.

5. Pusat Perdagangan
Contoh : Melaka
- pelabuhan entreport antarabangsa yang maju - terletak di tengah-tengah jalan perdagangan Timur-

Barat (kedudukan strategik). - 4 syahbandar ditugaskan untuk menyediakan kemudahan bagi aktiviti perdagangan dan juga memungut cukai.

6. Sistem Pendidikan
Contoh : Melaka
Aktiviti pendidikan berlangsung di istana yang

berfungsi sebagai perpustakaan / tempat penyalinan / terjemahan. Tempattempat lain : rumah ulama, masjid, madrasah dan surau. Kebanyakan guru agama dari bangsa Arab. Ilmu-ilmu yang dipelajari : Ilmu Usuluddin , Fiqh dan Tasawwuf

Penjelasan :

Ilmu Usuluddin - Ia bukan ilmu yang wujud dengan khayalan / ilmu logik akal semata-mata, tetapi ilmu yang benar-benar disampaikan oleh Nabi Muhammad saw. Ilmu Fiqh - Berkenaan hukum-hakam Syarak yang bersifat amali yang diperolehi dari dalildalilnya (bukti) secara terperinci. Ilmu Tasawwuf Ilmu yang menyuluh perjalanan

seseorang penganut, membersihkan hati dengan sifat-sifat mulia.

7. Budaya
Raja mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam

kerajaan dan budaya yang dianuti baginda akan diikuti oleh pemimpin-pemimpin tempatan dan seterusnya rakyat biasa.

SOALAN

1. Nyatakan 4 kesan dan pengaruh islam dalam

tamadun melayu.
2. Aktiviti pendidikan Islam berlangsung di istana.

Apakah fungsi istana tersebut ?

3. Apakah barang-barang dagangan yang dibawa oleh pedagang China ke Tanah Melayu sebelum kedatangan agama Islam ?
A.

Tembikar

B.Kapur barus

C. Kemenyan

D.Rempah

RUJUKAN
http://www.scribd.com/doc/36358480/Teori-

Kedatangan-Islam-Ke-Alam-Melayu http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab3%20Tamad un%20Melayu.pdf http://bmm222.blogspot.com/2008/10/bab-3-islamdalam-tamadun-melayu.html

You might also like