You are on page 1of 5

UNIT KOKURIKULUM ALIRAN PERDANA (UKAP), SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BELURAN BESTARI PETI SURAT 30, 90107 BELURAN.

SANDAKAN, SABAH. e-mail : ukap_smkbeluran@yahoo.com TEL : 089-511259 FAX : 089-512360

DAPATAN TAKLIMAT PENGURUSAN KOKURIKULUM DAERAH BELURAN 2012


TARIKH : MASA : TEMPAT : 10 FEBRUARI 2012 0900 PAGI 0400 PETANG BILIK TAKLIMAT, PUSAT KEGIATAN GURU

PENGERUSI: PN. KASMIH BULLAH, PENYELIA KOKURIKULUM, PPD


1.0 PENGURUSAN & PENYELARASAN TAKWIM KOKURIKULUM & KESENIAN 2012 PERINGKAT SEKOLAH/ DAERAH/ BAHAGIAN 1.1. Beberapa perubahan berlaku dalam takwim aktiviti/ program di peringkat daerah/ bahagian 1.2. Setiap zon dan sekolah menengah hendaklah berbincang mengenai beberapa program yang belum ditentukan pengelola peringkat Daerah. 1.3. Berikut adalah aktiviti/ program/ pertandingan yang akan diadakan di peringkat Daerah dan bergantung kepada peruntukan kewangan yang ada:- Rujuk lampiran 1.4. Sekiranya berlaku perubahan tarikh pelaksanaan/ pengelolaan, pihak sekolah/ zon perlu memaklumkan pihak PPD (Penyelia Kokurikulum) untuk tindakan selanjutnya. 1.5. Ketua Unit, UPK PPD Beluran menasihati semua sekolah memastikan penglibatan pelajar/ murid dalam komponen kokurikulum. Sila peka dengan data SMM yang dihantar oleh guru data sekolah, GPK Kokurikulum perlu memastikan data tersebut 100% penglibatan pelajar (Unit beruniform/ Kelab & Persatuan/ Sukan & Permainan) 1.6. Terdapat beberapa program yang kemungkinan akan dilaksanakan bersama SK dan SMK bagi memudahkan pengelolaan dan kos perbelanjaan 1.7. Program RIMUP yang dahulunya di bawah bidang tugas PKHEM telah dialihkan kepada GPK Kokurikulum sebagai salah satu program wajib dilaksanakan di peringkat sekolah/ daerah. Walau bagaimanapun, kebiasaanya peruntukan kewangan bagi pelaksanaan akan diturunkan oleh Jabatan Pembangunan Integrasi Nasional (JPIN), Jabatan Perdana Menteri. 1.7. Pelaksanaan bagi program/ aktiviti yang melibatkan penajaan seperti Pertandingan Memasak (Tajaan Maggie) bergantung kepada perubahan oleh penaja. Pihak sekolah/ PPD perlu bersedia bila-bila masa. 1.8. Perkhemahan Kelab Rukun Negara, pihak PPD akan memilih sekolah-sekolah yang akan mewakili PPD ke peringkat Negeri. Perkara ini akan dimaklumkan kemudian, bergantung dengan JPIN, JPM.

KHIDMAT BERKUALITI BERKAT MENANTI

UNIT KOKURIKULUM ALIRAN PERDANA (UKAP), SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BELURAN BESTARI PETI SURAT 30, 90107 BELURAN. SANDAKAN, SABAH. e-mail : ukap_smkbeluran@yahoo.com TEL : 089-511259 FAX : 089-512360

2.0

PENGURUSAN BANTUAN KEWANGAN KOKURIKULUM (BKK) DAN DATA KEWANGAN DI SEKOLAH

2.1. Menggunakan borang / format yang sedia ada. Sekiranya ada perubahan, sekolah akan dimaklumkan dengan segera melalui email.

2.2. Peruntukan BKK hendaklah dibahagikan kepada 2 iaitu kegiatan kokurikulum dan pembangunan sahsiah bagi kelab/ persatuan dan unit beruniform sahaja. Sukan permainan menggunakan peruntukan lain iaitu Bantuan Sukan Sekolah (BSS) 2.3. Pihak sekolah disarankan melaksanakan minimum 2 aktiviti besar terutamanya sekolah rendah (SR) dan Sekolah menengah (SM) bergantung dengan peruntukan yang ada. 2.4. Peruntukan kewangan hendaklah dihabiskan/dibelanjakan pada tahun semasa dan data kewangan akan dikutip pada minggu akhir persekolah tahun berkenaan. Sekiranya terdapat baki kewangan tahun lepas, peruntukan tersebut didak bleh dicampurkan dengan peruntukan tahun semasa. 2.5. Perbelanjaan terbaharu mengenai tuntutan penginapan iaitu SR (RM15.00/orang) SM (RM25/orang). Jika menginap di hotel, SR (RM65.00/orang) dan SM (RM90.00/orang). 2.6. Sekolah hendaklah menyediakan pelan tindakan bagi setiap program yang dilaksanakan di peringkat sekolah. 2.7. Perkongsian surat pekeliling mengenai pemansuhan kutipan bayaran khas di sekolah, tidak boleh dikutip dan bayaran tersebut (insurans) dibayar oleh pihak kerajaan. Pihak PPD akan ambil tindakan mengenai status pembayaran insurans (RM1.50) daripada JPN untuk memastikan setiap pelajar telah dilindungi dengan insurans dan salinan akan diberikan kepada setiap sekolah. (Tindakan Unit HEM, PPD Beluran) 2.8. Pihak PPD meminta sekolah merujuk/ menyediakan Buku pengurusan Kokurikulum dan memastikan kokurikulum sekolah diurus dengan baik dan sistematik.

3.0

PENGURUSAN DATA KOKURIKULUM 3.1. Pihak sekolah memastkan penglibatan pelajar 100% dalam kegiatan kokurikulum.
KHIDMAT BERKUALITI BERKAT MENANTI

UNIT KOKURIKULUM ALIRAN PERDANA (UKAP), SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BELURAN BESTARI PETI SURAT 30, 90107 BELURAN. SANDAKAN, SABAH. e-mail : ukap_smkbeluran@yahoo.com TEL : 089-511259 FAX : 089-512360

3.2. Kutipan data kokurikulum akan diadakan pada 24 Februari (Bengkel kokurikulum). GPK memastikan guru data (SMM) diselenggara dengan baik dan tiada keralatan berlaku.

4.0

BANTUAN PAKAIAN SERAGAM

4.1. Pihak sekolah pastikan setiap pelajar dalam senarai menerima bantuan tersebut. Senarai tahun 2011 ada 2 fasa iaitu tingaktan 4 dan tingkatan 1. 4.2. Pada tahun 2012, senarai pertama pelajar yang menerima bantuan ini telah diemailkan kepada sekolah yang berkenaan 4.3. Pihak sekolah menggalakkan pemakaian TKRS dan KRS disekolah, ada pekeliling yang mewajibkan sekolah menubuhkan mewujudkan di sekolah. 4.4. Pentadbir termasuk GPK Kokurikulum digalakan memakai pakaian KRS, pihak PPD merancang akan mengadakan kursus atau pelantikan (watikah) di peringkat Beluran bagi menggalakkan KRS di sekolah 5.0 TAKLIMAT PEMANTAUAN PENGURUSAN & PENILAIAN KOKURIKULUM 5.1. Pemantauan ke sekolah akan diadakan oleh PPD sendiri, sekolah hendaklah bersedia dengan fail, dokumentasi, pelaporan dan kewangan. Sila lihat buku pegurusan kokurikulum yang telah diedarkan kepada sekolah-sekolah terpilih (sekolah rendah) 5.2. Sektor Pembangunan Kemanusiaan (SPK), JPN Sabah akan membuat 'roadshow' ke seluruh Sabah bagi memantau kokurikulum 2012. SMK Beluran Bestari sila bersedia dengan segala dokumentasi dan kemungkinan besar sekolah ini akan dipantau selama 2 hari. Peringatan juga kepada sekolah-sekolah berdekatan, kemungkinan akan dipantau sekiranya JPN mempunyai masa lebih. 5.3. Nombor fal pengurusan kokurikulum hendaklah selaras dengan Fail PPD/ JPN iaitu nombor '800'. 5.4. PPD Beluran akan mengadakan Anugerah Kokurikulum Peringkat Daerah bagi 2012, salah satu penailaian ialah markah pemantauan pengurusan kokurikulum di sekolah. Setiap sekolah hendaklah memastikan pengurusan di sekolah adalah baik dan sistematik. 6.0 MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM PERINGKAT DAERAH
KHIDMAT BERKUALITI BERKAT MENANTI

UNIT KOKURIKULUM ALIRAN PERDANA (UKAP), SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BELURAN BESTARI PETI SURAT 30, 90107 BELURAN. SANDAKAN, SABAH. e-mail : ukap_smkbeluran@yahoo.com TEL : 089-511259 FAX : 089-512360

6.1. Penilaian anugerah berdasarkan pengurusan yang sistematik dan mantap 6.2. Pihak PPD juga mengalakan setiap sekolah mencapai tahap yang baik dan boleh dicalonkan ke peringkat Negeri dan Kebangsaan

6.3. Pemantauan hanya dokumentasi bermula Jan 2011 sehingga Ogos 2012. Pihak sekolah bersedia dengan dokumen yang diperlukan

6.4. PPD mengingatkan pihak sekolah mengenai pengiktirafan 'cemerlang' hanya melibatkan program/ aktiviti yang diiktiraf atau disahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila berhati-hati dengan penglibatan sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh NGO.

7.0

MARKAH KOKURIKULUM 10% KEMASUKAN KE IPTA (SPM/ STPM)

7.1. Pihak sekolah hendaklah memastikan setiap orang pelajar SPM/ STPM mempunyai markah kokurikulum 10% dan menyediakan fail markah 10%, pihak JPN akan memantau fail tersebut termasuk evidens (buku penilaian) dan lain-lain 7.2. Pihak sekolah sila simpan 'user dan password' pengisian markah 10% secara online bagi mengelakan kesulitan semasa mengisi markah pada tahun-tahun akan datang.

8.0

HAL-HAL LAIN 8.1 Sila isikan kad biru (buku laporan kursus (1hari) untuk taklimat hari ini. 8.2. Jadual pemantauan akan diedarkan kepada sekolah-sekolah. Sila bersedia awal 8.3. Penubuhan TKRS/KRS di sekolah serta unit-unit lain, sila panjangkan kepada PPD pada 20 Februari 2012 bagi mengelakan keciciran pendaftaran.

Disediakan Oleh;
KHIDMAT BERKUALITI BERKAT MENANTI

UNIT KOKURIKULUM ALIRAN PERDANA (UKAP), SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BELURAN BESTARI PETI SURAT 30, 90107 BELURAN. SANDAKAN, SABAH. e-mail : ukap_smkbeluran@yahoo.com TEL : 089-511259 FAX : 089-512360

JAFRI BIN PAREH GPK Kokurikulum SMK Beluran Bestari Tarikh :

KHIDMAT BERKUALITI BERKAT MENANTI

You might also like