You are on page 1of 2

AMALI 2 Penilaian bahasa amat penting dijalankan oleh guru sama ada secara formatif dan sumatif untuk

memastikan murid-murid telah dapat menguasai tiga kemahiran utama. Ketiga-tiga kemahiran tersebut ialah kemahiran mendengar dan bertutur (lisan), kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Oleh itu, apabila guru menilai kemahiran bahasa di bilik darjah, guru tidak boleh hanya menumpukan kepada ujian bertulis semata-mata. Sehubungan itu terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru sebagai pengukur perubahan tingkah laku murid-murid untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia, iaitu ujian lisan, teknik rencana, pemerhatian, dialog, rekod anekdot dan portfolio. Penilaian terhadap kemahiran bahasa boleh juga dilakukan melalui kaedah portfolio dan kontrak pembelajaran. Kaedah penilaian ini boleh dijalankan secara berterusan oleh guru.

1. Anda dikehendaki menyediakan satu contoh format penilaian portfolio untuk tajuk kemahiran bahasa Malaysia yang dipilih. Huraikan dengan jelas tujuan penilaian melalui portfolio. (20 markah)

2. Penilaian melalui kontrak pembelajaran amat berguna kepada murid-murid. Sebagai guru Bahasa Malaysia, anda dikehendaki menyediakan satu format kontrak pembelajaran individu untuk murid anda. Huraikan kelebihan dan kelemahan penilaian melalui kontrak pembelajaran. (20 markah)

You might also like