You are on page 1of 6

Bab 3: Kemahiran Asas Berbahasa

BAB 3: KEMAHIRAN ASAS BERBAHASA


Kandungan Kemahiran Asas Berbahasa: 1) Konsep Tatabahasa. 2) Tatatingkat Unit Tatabahasa

Hasil pembelajaran Pada akhir pembelajaran, anda dapat: 1. memahami konsep tatabahasa 2. mengenalpasti dan memahami tatatingkat unit tatabahasa..

3.0

PENGENALAN

Para pelajar akan diterangkan mengenai konsep tatabahasa yang diketengahkan oleh ahli-ahli bahasa dan lapan elemen bahasa yang menjadi bahan kajian ahli-ahli bahasa.

3.1

KONSEP TATABAHASA

Sekurang-kurangnya terdapat tiga konsep tatabahasa yang diketengahkan oleh ahliahli bahasa, iaitu:

Seperangkat pola penataan kata dalam sesuatu bahasa, yang mula dikuasai oleh kanak-kanak selepas usia 5 atau 6 tahun.

Bab 3: Kemahiran Asas Berbahasa

Salah satu cabang telaah/kajian linguistik atau analisis morfologi dan sintaksis sesuatu bahasa.

Etika berbahasa, betul-salah, tepat-kurang/tidak tepat ketika seseorang itu berbahasa.

Berdasarkan konsep tatabahasa di atas, menunjukkan bahawa keteraturan berbahasa memang wujud dan menjadi hukum yang normal dalam masyarakat bahasa mana pun di dunia ini. Peraturan atau hukum bahasa itulah yang dimaksudkan dengan tatabahasa. Peraturan itu akan menentukan bahasa yang kita gunakan itu dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya.

Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang yang mengkaji cara-cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa, dan sintaksis pula ialah bidang yang mengkaji cara perkataan itu di susun menjadi ayat. Ini bermakna, konsep tatabahasa berkait secara langsung dengan proses pewujudan hukum.

3.1

TATATINGKAT UNIT BAHASA

Dalam tatatingkat unit tatabahasa, sekurang-kurangnya terdapat lapan elemen bahasa yang dapat disusun mengikut hirarki, iaitu:

Wacana: satuan bahasa yang terlengkap/terbesar /tertinggi dengan koherensi dan kohesi yang berkesinambungan, yang mempunyai permulaan dan pengakhiran yang nyata dan disampaikan secara lisan atau tulisan. Di tandai dengan penanda wacana. Contoh: Penanda wacana - sehubungan itu, Oleh hal yang demikian, seterusnya, oleh itu dsb.

Bab 3: Kemahiran Asas Berbahasa

Ayat: unit pengucapan yang paling tinggi dalan susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Contoh : Universiti Multimedia merupakan universiti swasta yang pertama

ditubuhkan di Malaysia.

Klausa

: unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, dan

menjadi konstituen ayat. Contoh: Saya tidak hadir kuliah hari ini / kerana saya demam.

Frasa: unit

yang

terdiri

daripada

satu

susunan

yang

sekurang-kurangnya

mengandungi dua perkataan atau satu perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan. Contoh: anak burung anak burung merpati anak burung merpati putih

Kata: bentuk bebas terkecil, makna lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Contoh: saya, bola, makan, kacang

Morfem: unit terkecil dalam bahasa yang membawa makna atau tugas tatabahasa. Contoh: baca membaca bacaan terbaca

Fonem: Contoh:

satuan bunyi terkecil yang dapat membezakan makna paya Gaya Raya Saya (Fonem /p/, /g/, /r/, /s/. membezakan makna)

Fon : unit terkecil yang dapat dipisahkan daripada rangkaian bunyi. Contoh: kasut = /k/, /a/, /s/, /u/, /t/.

Bab 3: Kemahiran Asas Berbahasa

Secara gambar rajah tatatingkat unit tatabahasa dapat dibuat seperti berikut:

WACANA

AYAT

KLAUSA

FRASA

KATA

MORFEM

FONEM

FON

Bab 3: Kemahiran Asas Berbahasa

1) Satuan bunyi terkecil yang boleh membezakan makna dipanggil A) Fonem C) Morfem B) Fon C) Kata

2) Pilih susunaturkan tatatingkat unit tatabahasa yang betul. A) Wacana, ayat , klausa, frasa, kata, fonem, morfem, fon. B) Wacana, ayat, kata, klausa, frasa, fonem, morfem, fon C) Wacana, ayat, klausa, frasa, kata, morfem, fonem, fon. D) Wacana, ayat, klausa, kata, frasa, fonem , morfem , fon.

3) Apakah yang dimaksudkan dengan morfem? A) unit terkecil yang dapat dipisahkan daripada rangkaian bunyi B) satuan bunyi terkecil yang dapat membezakan makna. C) Unit terkecil dalam bahasa yang membawa makna dan tugas tatabahasa. D) Bentuk bebas terkecil, makna lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.

4) Apakah kata? i) ii) iii) iv) Bentuk bebas terkecil Makna lengkap Dapat berdiri sendiri dalam ayat Dapat membezakan makna

A) i, ii, iii B) i, ii, iv C) i, ii, iii, iv D) Semuanya salah

Bab 3: Kemahiran Asas Berbahasa

5) Apakah yang berkaitan dengan konsep tatabahasa? i. ii. iii. iv. Peraturan umum struktur bahasa Meliputi bidang morfologi dan sintaksis Etika berbahasa Ditandai dengan penanda wacana

A) i, ii, iii, iv B) i, ii, iii, C) i, ii, iv D) semua tidak berkaitan

Jawapan Latihan

1. lalu 2. sebelum 3. hingga 4. agar 5. manakala 6. dan 7. bahawa 8. apabila 9. maka 10. atau

You might also like