You are on page 1of 1

Isnin, 15/7/2013 Pada hari ini bermulalah praktikum fasa 2 bagi diri saya dan juga rakan-rakan yang

mengikuti kursus PISMP bagi ambilan Januari 2011. Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Seri Tasik (SKST) sebagai lokasi bagi saya menjalankan praktikum fasa 2 ini. Pada jam 7.10 pagi, saya bersama rakan praktikum, Shamsul Arif bin Abd. Wahab telah selamat sampai di sekolah SKST. Kami telah diminta untuk menghadiri perhimpunan pagi terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan pihak pengurusan sekolah. Selepas tamat perhimpunan pagi, semua guru praktikum diminta untuk menghadirkan diri di pejabat pentadbiran untuk berjumpa dengan pihak pengurusan. Kami telah mengadakan perjumpaan dengan guru besar iaitu Tn. Hj. Misman bin Mostam di bilik mesyuarat. Kami telah diberi katakata aluan dan amanat daripada guru besar. Beliau mengatakan kerjaya sebagai seorang guru merupakan kerjaya yang mulia dan memberi banyak ruang kepada kita untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Kami juga telah diberikan suntikan semangat supaya bukan sahaja menjadi seorang guru biasa, tetapi menjadi seorang guru yang luar biasa. Selepas itu, kami telah diminta untuk berjumpa dengan guru penolong kanan Takbir dan Kurikulum, Pn. Normila bt. Musa kerana beliau yang menguruskan segala urusan pentadbiran. Kami telah diberikan taklimat ringkas berkaitan dengan sekolah dan berbincang segala urusan yang berkaitan dengan praktikum. Pada hari ini, kami hanya melihat suasana sekolah dan mendapatkan maklumat mengenai sekolah kebangsaan Seri Tasik.

You might also like