You are on page 1of 6

TAJUK 7

PEMULIHARAAN EX-SITU

1.1

Sinopsis

Pemuliharaan ex-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap organisma samada fauna dan flora di luar habitat semulajadi mereka. Bagi flora spesis tumbuhan yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya akan dipelihara dalam kawasan yang disediakan. Sampel atau spesis tumbuhan yang diambil ini bukan sahaja terhad kepada sesetengah bahagian tumbuhan itu, malah ia merangkumi biji benih, debunga, bahagian vegetative seperti propagul, sel dan tisu kultur. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manfaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini.

Bagi fauna spesis yang dikategorikan sebagai terancam atau akan mengalami kepupusan akan dilindungi dan dibiakbaka dalam kurungan atau habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi spesis tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai. Pemuliharaan ex situ hidupan liar fauna dijalankan di zoo , aquarium dan program pembiakaan kurungan manakala pemuliharaan flora dijalankan di taman botani, arboreta dan bank benih. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manafaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini. Program pembiakbakaan kurungan hidupan liar merupakan salah satu kaedah yang dijalankan untuk memastikan spesies-spesies hidupan liar tidak pupus. Tujuan program pembiakbakaan hidupan liar flora dan fauna diwujudkan antara lain ialah:

1. Impak ke atas hidupan liar di kawasan pemuliharaan in-situ dapat dikurangkan. 2. Membiakkan spesies hidupan liar flora dan fauna yang dilindungi sepenuhnya ke satu tahap populasi yang sihat sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya.

3. Membiakkan spesies hidupan liar flora dan fauna yang dilindungi dan mempunyai nilai ekonomi di dalam kurungan. 4. Membiak spesies yang mempunyai nilai rekreasi. Program pembiakbakaan kurungan boleh dijalankan melalui beberapa kaedah seperti, permanian beradas (artificial insemination), peliharaan silang (cross fostering), pemindahan embrio (embryo transfer) dan pengeraman buatan (artificial incubation). Terdapat beberapa organisasi yang menjalankan aktviti pemuliharaan ex situ seperti Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar, Jabatan Pertanian, FRIM dan organisasi-organisasi lain. Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar telah mewujudkan beberapa pusat pembiakbakaan kurungan hidupan liar fauna sejak beberapa tahun yang lalu seperti Pusat Pembiakan Seladang, Pusat Pembiakan Burung Kuang, Pusat Pembiakan Rusa Sambar, Pusat Pembiakan Tapir, Pusat Pembiakan Napoh/Pelanduk dan Pusat Pembiakan di Zoo Melaka. Bagi hidupan liar flora pula, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian, FRIM dan lain-lain organisasi telah membangunkan beberapa pusat pemuliharaan exsitu seperti taman botani dan arboretum. Program pembiakbakaan kurungan boleh dijalankan melalui beberapa kaedah seperti, permanian beradas (artificial insemination), peliharaan silang (cross fostering), pemindahan embrio (embryo transfer) dan pengeraman buatan (artificial incubation).

1.2

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1. Memahami tentang Zoo dan Akuarium 2. Memahami tentang Taman Botani dan Arboreta 3. Memahami tentang Bank Benih 1.3 Pemuliharaan ex-situ Pemuliharaan ex-situ merupakan pemuliharaan terhadap organisma samada fauna dan flora di luar habitat semulajadi mereka.Terdapat beberapa organisasi yang menjalankan aktviti pemuliharaan ex situ seperti Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar, Jabatan Pertanian, FRIM dan organisasi-organisasi lain. Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar telah mewujudkan beberapa pusat pembiakbakaan kurungan hidupan liar fauna

sejak beberapa tahun yang lalu seperti Pusat Pembiakan Seladang, Pusat Pembiakan Burung Kuang, Pusat Pembiakan Rusa Sambar, Pusat Pembiakan Tapir, Pusat

Pembiakan Napoh/Pelanduk dan Pusat Pembiakan di Zoo Melaka. Bagi hidupan liar flora pula, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian, FRIM dan lain-lain organisasi telah membangunkan arboretum. beberapa pusat pemuliharaan ex-situ seperti taman botani dan

1.3.1 Zoo dan Akuarium

Seiring dengan keperluan untuk melindungi dan memulihara biodiversiti, maka peranan zoo telah berubah daripada pusat pameran haiwan mamalia seperti zirafah, gajah dan lain-lain kepada pusat perlindungan dan pemuliharaan biodiversiti terancam seperti serangga dan lain-lain kumpulan haiwan. Matlamat zoo kini secara umumnya adalah untuk memantapkan program pembiakbakaan hidupan liar dan hidupan yang terancam kepupusan.

Zoo kini bekerjasama dengan organisasi lain seperti universiti dan organisasi kerajaan seperti Jabatan Perhilitan yang terlibat dengan aktiviti pemuliharaan hidupan liar. Organisasi-organisasi ini akan menyediakan kepakaran dan latihan penjagaan haiwan serta ubatan veterinar kepada pihak zoo manakala pihak zoo akan menguruskan penjagaan haiwan yang dilindungi dalam kurungan.

Zoo juga menjalankan program pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat tentang keperluan aktiviti pemuliharaan hidupan liar dan telah mendapat banyak sokongan dan sumbangan daripada masyarakat. Di samping itu, zoo merupakan tempat rekreasi, pusat rujukan dan penyelidikan hidupan liar. Terdapat pelbagai spesies fauna seperti mamalia, burung, reptilia, amfibia, serangga, yang terancam kepupusan dilindungi di

zoo. Spesies ini akan dibiakbaka kurungan sehingga mencapai saiz populasi yang sesuai sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi. Namun begitu pelbagai persoalan timbul terhadap sejauhmana keupayaan haiwan kurungan tersebut berupaya menyesuaikan diri di habitat semula jadi.

Di Malaysia terdapat Zoo Negara dan beberapa zoo negeri. Antara zoo yang aktif menjalankan program pembiakbakaan adalah Zoo Melaka dan Zoo Taiping manakala Zoo Negara dijadikan pusat rekreasi utama dan tempat rujukan serta penyelidikan oleh para penyelidik. Pengurusan zoo memerlukan kepakaran, tenaga kerja terlatih, ruang yang luas dan kos pengurusan yang tinggi. Usaha ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak seperti NGO, badan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan badan-badan swasta.

1.3.2 Taman Botani dan Arboreta Taman botani adalah tempat di mana pelbagai tumbuhan di tanam dengan tujuan sebagai pusat rujukan pendidikan, penyelidikan, perhiasan serta rekreasi manakala arboreta pula adalah fokus kepada sesuatu jenis tanaman atau famili tumbuhan sahaja seperti taman herba, taman paku pakis, taman orkid, kebun buah-buahan dan lain-lain. Pelbagai organisasi terlibat secara aktif membangunkan taman botani untuk

memulihara pelbagai spesies flora yang terdapat di dunia. Fokus taman botani kini tertumpu kepada usaha menanam tumbuhan yang jarang di temui dan tumbuhan tumbuhan yang diancam kepupusan.

Taman botani terbesar di dunia terletak di Kew, England dikenali sebagai Taman Botani DiRaja mempunyai 25000 spesies tanaman iaitu kira-kira 10% daripada jumlah spesies tumbuhan dunia dan 2700 daripada spesies yang ditanam merupakan spesies yang telah disenaraikan sebagai spesies terancam oleh badan IUCN (International Union Conservation N). Di Malaysia, organisasi kerajaan, swasta, institut penyelidikan mahupun institut pengajian tinggi awam turut memain peranan membangunkan pelbagai taman

botani untuk tujuan pemuliharaan spesies flora serta dijadikan pusat rujukan penyelidikan serantau. Antara taman botani yang terkenal sebagai pusat rekreasi dan pusat

penyelidikan adalah seperti berikut iaitu Taman Botani Rimba Ilmu, Universiti Malaya; Pusat Penyelidikan Botani, Semengoh, Sarawak; Taman Pertanian Bukit Cahaya, Shah

Alam; Pusat Orkid dan Stesyen Penyelidikan Pertanian, Tenom, Sabah ; Taman Botani, Putrajaya; Taman Botanikal, Melaka; Kepong. Selain berfungsi sebagai institut penyelidikan perhutanan, FRIM juga berfungsi sebagai taman botani. Sekurang-kurangnya 1098 spesies tumbuhan peringkat tinggi (Angiosperma dan Gimnosperma) direkodkan di kawasan institut yang meliputi 600 hektar. Senarai ini termasuk spesies tempatan dan bukan tempatan masuk melalui program pertukaran. yang dibawa Taman Botani, Pulau Pinang dan Taman Botani

Kawasan penyelidikan seluas kira-kira 391

hektar mempunyai 786 spesies, manakala Taman Botani yang dibangunkan oleh FRIM di Kepong (93 hektar) mempunyai pelbagai koleksi semaian spesies pokok liar. Arboretum Dipterokarpa yang ditubuhkan pada 1929 mempunyai koleksi 92 spesies manakala Arboterum bukan Dipterokarpa mempunyai koleksi 96 spesies. Arboretum yang ditubuhkan baru-baru ini, iaitu arboretum pokok buah-buahan mempunyai 65 spesies, manakala Arboretum Koniferatum dan monokot mempunyai 19 dan 39 spesies masingmasing.

Pembangunan taman botani atau arboreta adalah satu usaha yang perlu diberi tumpuan memandangkan banyak spesies flora yang terdapat di hutan negara kita merupakan spesies endemik iaitu hanya terdapat di rantau Asia Tenggara sahaja. Namun begitu beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membangunkan taman botani seperti memerlukan kawasan yang luas, kos pengurusan, kepakaran, tenaga kerja serta keperluan menyediakan habitat seperti habitat semulajadi setiap spesies yang ditanam.

1.3.3 Aquaria

Aquaria awam kebiasaannya lebih cenderung mempamerkan spesis marin yang menarik dan luar biasa seperti singa laut, ikan lumba-lumba dan lain-lain kepada pengunjung aquaria. Namun begitu fokus aquaria kini telah berubah kepada pendidikan pemuliharaan spesis marin yang terancam kepupusan. Aktiviti pemuliharaan aquaria

merupakan suatu keperluan memandangkan beribu-ribu spesis ikan kini mengalami ancaman kepupusan. Molluska air tawar juga perlu dilindungi kerana sensitiviti hidupan ini terhadap pencemaran dan perubahan persekitaran.

Usaha kini tertumpu kepada membangunkan teknologi pembiakbakaan spesies marin yang jarang ditemui. Program pembiakbakaan spesies marin dijalankan di pusat penetasan, beberapa aquarium aquaria serta habitat di KLCC air buatan. Penyelidikan tentang kita teknologi terdapat pembiakbakaan spesies marin juga sedang dibangunkan. Di seperti dan negara

di beberapa negeri lain. Terdapat juga

beberapa pusat penetasan penyu di Tanjung Bidara Melaka, Segari Perak dan Pasir Panjang, Kelantan. Pembangunan aquaria juga perlu kepada kepakaran yang tinggi tentang hidupan marin, kos yang tinggi dan tenaga kerja terlatih disamping

penyediaan habitan seperti habitat semulajadi spesies marin tersebut. 1.3.4 Bank Benih

Taman botani dan institut penyelidikan telah membangunkan bank germplasma tumbuhan-tumbuhan yang dinamakan bank benih. Di bank benih terdapat koleksi pelbagai benih daripada tumbuhan liar mahupun tanaman. Bank benih memberi tumpuan kepada 100 spesies tanaman yang merupakan 90% daripada sumber makanan kepada masyarakat setempat. Namun begitu bank benih juga memainkan peranan untuk

mengumpul koleksi benih bagi spesies tumbuhan yang diancam kepupusan atau kehanyutan variasi genetik.

Benih tumbuhan di simpan dalam keadaan kering atau pada suhu rendah berupaya mengekalkan benih dalam jangka masa yang panjang. Kemudian benih ini akan dicambahkan untuk menghasilkan populasi baru dan sebahagiannya digunakan untuk menambah koleksi benih di bank benih. Bank benih dijadikan pusat untuk mendapatkan germplasma untuk tujuan pertanian, lanskap, penyelidikan atau taman botani atau arboreta. Sebahagian germplasma tumbuhan di simpan dalam bentuk biji benih, keratan tumbuhan dan juga dalam bentuk tisu kultur.

Pembangunan bank benih adalah usaha yang perlu diberi tumpuan oleh pihak kerajaan supaya germplasma yang diperlukan terutamanya tanaman makanan tidak mengalami kepupusan. Namun begitu pengurusan bank benih memerlukan kepakaran yang tinggi, kos yang banyak, ruang dan peralatan penyimpanan serta tenaga kerja terlatih. Masalah yang dihadapi oleh bank benih adalah secara beransur-ansur benih yang disimpan akan kehilangan keupayaan untuk bercambah atau mengalami mutasi. Terdapat beberapa bank benih telah dibangunkan di dunia seperti Svalbard Global Seed Vault yang terletak di Artik. Di negara kita terdapat beberapa bank benih dibangunkan oleh pihak MARDI seperti bank benih padi di MARDI, Bertam dan lain-lain bank benih.

You might also like