You are on page 1of 15

KERTAS CADANGAN

KARNIVAL MERAH KUNING HIJAU 1MALAYSIA PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA 2013

TARIKH HARI MASA TEMPAT

: : : :

29 JUN 2013 SABTU 7.30 PAGI TAMAN REKREASI D.R. SEENIVASAGAM JALAN KELILING DALAM, 30300 IPOH, PERAK

PERASMIAN OLEH :
DATUK ZAINOL FADZI PAHARUDDIN Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perak Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik

KARNIVAL MERAH KUNING HIJAU 1MALAYSIA PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA 2013 Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara dengan kerjasama
Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Jabatan Kerja Raya (JKR) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bahagian Khidmat Pengurusan(BKP) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Jabatan Kesihatan Negeri Perak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Jabatan Penerangan Negeri Perak Jabatan Alam Sekitar Perak

1.0 LATAR BELAKANG Pada peringkat prasekolah, proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP) Developmentally Appropriate Practices. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersifat fleksibel tetapi terancang di mana semua murid terlibat secara aktif melalui pelbagai aktiviti individu, kumpulan dan kelas sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Suasana pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat dapat menggalakkan naluri ingin tahu dan gemarkan cabaran yang seiring dengan fitrah semulajadi kanak-kanak. Menurut Secretarys Commission on Achieving Necessary Skills (SCANS) dan Bernie Trilling & Charles Fidel (2009), murid memerlukan pelbagai kemahiran untuk menghadapi abad ke-21, iaitu: i. Tanggungjawab personal dan sosial. ii. Kemahiran perancangan dan membuat keputusan, berfikiran kritikal, penaakulan dan kreativiti. iii. Kemahiran komunikasi yang mantap. iv. Kefahaman antara budaya. v. Literasi komunikasi, maklumat dan media. vi. Kerjaya dan pembelajaran kendiri Atas kesedaran ini, Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara telah selangkah ke hadapan dalam melestarikan matlamat dan sasaran Negara dengan mengadakan Karnival Merah Kuning Hijau 1Malaysia Prasekolah Daerah Kinta Utara yang menumpukan kepada aktiviti keselamatan jalan raya, cintakan alam sekitar dan penjagaan kesihatan melalui aktiviti penyediaan pemakanan seimbang dimana kanak-kanak berpeluang menjalani dan memahami tentang dunia sebenar dengan lebih terancang dan menyeronokkan. Karnival Merah Kuning Hijau 1Malaysia Prasekolah Daerah Kinta Utara 2013 juga adalah aktiviti yang boleh dijadikan sebagai landasan atau pendekatan yang boleh digunakan untuk memantapkan pembentukan peribadi dan jati diri murid dalam melalui proses pendidikan yang berterusan. Oleh itu Karniaval Merah Kuning Hijau 1Malaysia Prasekolah adalah suatu aktiviti yang akan membentuk pengalaman pembelajaran yang unik dan paling berharga kepada seluruh warga pendidik khasnya murid-murid prasekolah sehingga mereka boleh memahami pengalaman tersebut dan seterusnya akan dapat membina pengetahuan berkaitan dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat seumpamanya dalam kehidupan mereka pada masa hadapan. Bersesuaian dengan aspirasi untuk setiap murid yang disarankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu: 1. Pengetahuan 2. Kemahiran berfikir 3. Kemahiran memimpin 4. Kemahiran dwibahasa 5. Etika dan kerohanian 6. Identiti nasional

Secara tidak langsung juga program ini dapat memupuk sikap bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor awam secara meluas.

2.0 RASIONAL Program ini adalah suatu projek yang dinamik dan menarik kepada semua pihak khasnya kepada murid-murid prasekolah di daerah ini. Ini adalah kerana Karnival Merah Kuning Hijau 1Malaysia Prasekolah Daerah Kinta Utara ini adalah yang julung kali diadakan di daerah ini. Oleh itu usaha ini akan memberi peluang kepada semua pihak khasnya para guru dan murid prasekolah dalam menimba ilmu dan pengalaman untuk melaksanakan projek yang besar ini. Ternyata , aktiviti ini akan menimbulkan kesan yang mendalam kepada semua pihak ke atas usaha murni sebegini. Semoga usaha begini dapat melonjakkan imej organisasi dan seterusnya menjadi pemangkin kepada Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan.

3.0 MATLAMAT Matlamat Karnival Merah Kuning Hijau 1Malaysia Prasekolah Daerah Kinta Utara 2013 ini adalah : 3.1 Untuk melahirkan dan menjana pembentukan murid yang cemerlang dan berketrampilan dari segi ilmu, akhlak, sahsiah terpuji dan jati diri yang tinggi. Pendekatan Amal, Budi dan Bakti akan menjadi pegangan murid bagi menjadikan mereka seorang insan yang mempunyai berakhlak mulia, bersemangat juang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai pelapis generasi baru. 3.2 Untuk memberi penghargaan dan pengalaman indah serta rasa dihargai oleh semua pihak dalam diri murid-murid prasekolah agar mereka menjiwai pentingnya keselamatan diri pada masa hadapan selaras matlamat utama bidang NKRA dalam membentuk kemenjadian murid prasekolah. 3.3 Untuk mengeratkan kerjasama dan perpaduan seluruh warga pendidikan, sektor awam, pemimpin dan masyarakat di daerah Kinta Utara dalam gagasan 1 Malaysia dalam melaksanakan aktiviti seumpamanya ini dan seterusnya melahirkan semangat kecintaan terhadap pendidikan prasekolah

4.0

OBJEKTIF 4.1 Melengkapkan murid dengan kemahiran hidup asas selain mendapatkan pengetahuan dalam bidang lain. 4.2 Membantu murid mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat dan mewujudkan pengetahuan baru. 4.3 Membantu murid mencapai potensi penuh melalui pembabitan sebagai pemimpin. 4.4 Membolehkan murid berkomunikasi dengan berkesan di kalangan masyarakat pelbagai bangsa. 4.5 Mempersiapkan murid supaya berani menghadapi cabaran masa hadapan. 4.6 Memupuk semangat cintakan negara dan bangsa

5.0 TARIKH, MASA & TEMPAT DIADAKAN 5.1 Tarikh 5.2 Masa 5.3 Tempat : 29 JUN 2013 : 7.30 pagi : Taman Rekreasi D.R. Seenivasagam Jalan Keliling Dalam, 30300 Ipoh, Perak

6.0 SASARAN PENGLIBATAN 6.1 Seramai 200 orang murid prasekolah terlibat iaitu dari prasekolah: 6.1.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) 6.1.2 Swasta 6.1.3 Pendidikan Khas 7.0 CADANGAN TETAMU KEHORMAT

Datuk Zainol Fadzi Paharuddin Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perak Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik

8.0 JAWATANKUASA INDUK Penasihat : Tn. Haji Marazlen @ Mar Azlan Bin Amran Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara Tn Hj Mohd Puat B Yusof Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hj. Abdul Rahim Bin Abdul Samat Penyelia Kanan Sekolah Rendah : Tn.Hj. Syed Musa b Hj. Syed Hashim Penyelia Sekolah Rendah Penyelaras Setiausaha Pen. Setiausaha 1 Pen. Setiausaha 2 Bendahari Ahli Jawatankuasa : : : : : En Ramli Ahmad Rozali PK KO Kurikulum SK Methodist ACS Pn. Nor Azila Bt Mohd Lazim Penolong PPD Prasekolah/Permata Pn. Rozita Binti Abidin Guru Prasekolah SK Chepor Pn. Juliana Binti Ali Mahidin Guru Prasekolah SK Kelebang Jaya En. Noor Haris B Dzulkifli Guru Besar SK Cator Avenue 1. Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) 2. Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) 3. Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 4. Jabatan Kerja Raya (JKR) 5. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 6. Polis DiRaja Malaysia (PDRM) 7. Bahagian Khidmat Pengurusan(BKP) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 8. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia 9. Jabatan Kesihatan Negeri Perak 10. Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2

: :

11. Jabatan Penerangan Negeri Perak 12. Jabatan Alam Sekitar Perak

9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA : Pengerusi Pertandingan Keselamatan Jalan Raya : Pengerusi Pertandingan Recycle Fashion Show : Pengerusi Pertandingan Chef Cilik Pengerusi Pertandingan Mewarna Jemputan/ Sambutan/ Protokol & Perasmian Persiapan Tempat Siaraya Jamuan Guru / VIP Jamuan Murid Pengacara Majlis Bacaan Doa / Teks Ucapan Buku Aturcara / Pendaftaran Publisiti & Seranta Hadiah & Cenderamata /Sijil Senamrobik Kebersihan / Keselamatan Rakaman/Fotografi : : : : : : : : : : : : : : : Guru Besar SK Chepor Guru Besar SK Buntong Guru Besar SJKC Bukit Merah SJKC Guntong SK Cator Avenue SKJC Kuala Kuang SK Sungai Rokam SK Manjoi Dua SK Seri Kelebang SK Kelebang Jaya SK Pinji SK Sri Kinta SK Seri Mutiara SK Tasek Damai SK Perpaduan SJKT Menglembu SJKT Tanjung Rambutan : SK Sungai Raya

Pengurus peserta pertandingan / penerima hadiah :

10.SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA BIL 1. JAWATANKUASA Pengerusi Pertandingan TUGAS -Pembentukan AJK pertandingan. -Menguruskan segala keperluan / teknikal pertandingan -Mengelolakan pertandingan sehingga selesai -menyediakan senarai hakim dan surat jemputan. -Menyediakan borang pemarkahan -Mendapatkan senarai pemenang -Menguruskan sewaktu program di litar -Menjaga murid yang berada di litar dan semasa aktiviti

2.

Jemputan /Perasmian / - Mengenal pasti senarai jemputan, protokol & Sambutan menyedia dan mengedarkan kad/surat jemputan -Mengenalpasti senarai tetamu dan jemputan serta susunan protokolnya -Menentukan susunan tempat duduk tetamu khas dan para jemputan yang lain Melabelkan tempat duduk tetamu khas dan jemputan mengikut susunan protokol -Melaksanakan tugas sebagai juru iring menyambut ketibaan tetamu khas -Penyelaras majlis perasmian dan sambutan Persiapan Tempat -Menyediakan pelan susun atur lokasi (tempat duduk dan keperluan berkaitan) -Menyediakan kerusi yang mencukupi di pentas/khemah bersesuaian mengikut protokol -Menyediakan arahan-arahan yang perlu di padang -Tempat letak kenderaan -Menentukan pembekal, menu dan bajet -Menentukan cara yang sesuai bagi bentuk jamuan, susun atur dan tempat jamuan -Menentukan ada penyambut tetamu/pelayan di tempat jamuan -Suasana meja makan yang ceria -memastikan semua guru tetamu dan murid

3.

4.

Jamuan (guru / vip) (murid)

mendapat makanan masing-masing.

5.

Pengacara Majlis

- Mengenal pasti tetamu jemputan dan k has bersetuju hadir -Bekerjasama dengan JK Perasmian & Sambutan untuk menentukan susunan protokol majlis - Menyediakan skrip yang lengkap tentang perjalanan majlis dari mula hingga tamat -Mengawal dan memastikan majlis berjalan / Teks -Menyediakan teks bacaan doa dan membaca doa pada hari kejadian -Menyediakan skrip yang lengkap, ringkas dan tepat bersesuaian dengan tema -Menyediakan teks yang lengkap, ringkas dan tepat bersesuaian dengan tema -Teks untuk perasmi dan PPD / -Menyediakan draf buku aturcara -Mengumpul maklumat yang berkaitan untuk cetakan -Menyediakan buku aturcara secukupnya -Beberapa naskhah buku aturcara untuk VIP -Mengedar buku aturcara sebelum majlis bermula -Mendapatkan senarai nama peserta dan sekolah. -mengendalikan pendaftaran - Membuat banner , mohon kebenaran dan lokasi -Merancang dan melaksanakan urusan publisiti (radio, akhbar)

6.

Bacaan Ucapan

Doa

7.

Buku Aturcara Pendaftaran

8.

Publisiti & Seranta

9.

Hadiah & Cenderamata / -Mengenal pasti bentuk, bilangan Sijil hadiah/cenderamata dan sijil yang diperlukan -Menyediakan bajet, membuat tempahan/pembelian dan pembungkusan / hiasan -Menyediakan susun atur ajlis penyampaian hadiah -Menguruskan penyampaian hadiah/cenderamata Ada pembantu yang mencukupi Penyampaian mengikut susun atur majlis

10. 11.

Senamrobik Siaraya

Kerjasama yang sempurna dengan pengacara Lokasi dan laluan yang sesuai sewaktu majlis penyampaian hadiah -memastikan juru senamrobik -mengedalikan sesi senamrobik -Pastikan lokasi sesuai -PA sistem dalam keadaan baik -Lagu dan muzik

8.0 ATURCARA MAJLIS Majlis akan diadakan dalam seperti yang dicadangkan : 7.00 pagi : Semua Peserta Melapor Diri Sarapan pagi 8.00 pagi 8.30 pagi : Senamrobik : Ketibaan Tetamu Terhormat dan Tetamu Jemputan : Bacaan Doa Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Perak Nyanyian Lagu 1Malaysia Nyanyian Lagu Perak Sentiasa di Puncak Kecemerlangan : Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah, PPD Kinta Utara Tn. Haji Marazlen @ Mar Azlan Bin Amran
: Ucapan Perasmian Program Merah Kuning Hijau 1Malaysia

Prasekolah Daerah Kinta Utara 2013 oleh Datuk Zainol Fadzi Paharuddin Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perak Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik 09.45 pagi : Karnival Merah Kuning Hijau 1Malaysia Prasekolah bermula Pertandingan Keselamatan Jalan Raya Pertandingan Recycle Fashion Show Pertandingan Chef Cilik Pertandingan Mewarna 11.30 pagi : Penyampaian sijil dan cenderahati

: Makan tengah hari dan bersurai

9.0 KEWANGAN Tetamu Murid Prasekolah Guru dan PPM (KPM & Swasta) Guru Besar KPM & Swasta AJK dan urusetia 15 orang

- 210 orang 80 orang 21 orang 50 orang 376 orang

210 orang murid x RM 10.00 (Sarapan pagi dan makan tengah hari) 166 orang tetamu dan guru x RM12.00 (Sarapan pagi dan makan tengah hari) Sewaan Khemah Cenderamata perasmi Banner Cenderamata 20 sekolah x RM50.00 Hadiah pemenang Sijil RM1.50 x 200 murid Lain-lain Jumlah 9.1 Yuran Penyertaan

= RM 2010.00 = RM 1992.00

= RM 1000.00 = RM = RM 300.00 200.00

= RM 1000.00 = RM = RM = RM 600.00 300.00 500.00

RM 7902.00

RM 50 setiap sekolah yang terlibat dalam aktiviti berikut: 1. Pertandingan Keselamatan Jalan Raya 2. Pertandingan Recycle Fashion Show

3. Pertandingan Chef Cilik (JUMLAH : 21 sekolah X RM 50.00 = RM1050) 10.0 Peserta Pertandingan Mewarna hanya perlu membuka akaun simpanan MBSB secara percuma ACARA SAMPINGAN

Pertandingan Mewarna untuk semua murid prasekolah Daerah Kinta Utara yang berminat. (Pengurusan kehadiran dan lain-lain adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa masing-masing) 11.0 PENGANGKUTAN Pengangkutan akan diuruskan sekolah masing-masing. Sekolah-sekolah yang terlibat boleh menggunakan kewangan Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP) untuk pembelanjaan program ini. 12.0 PENUTUP Program Merah Kuning Hijau 1 Malaysia Prasekolah Daerah Kinta Utara 2013 ini akan menjadi projek rintis pada masa hadapan. Semoga usaha murni ini akan mendapat rahmat dan berkat dariNya. Besarlah harapan kami agar usaha ini mendapat sokongan penuh dari segi moral dan material dari pihak tuan.

PERTANDINGAN KESELAMATAN JALAN RAYA SK CHEPOR

1 . PERTANDINGAN MEWARNA PAPAN TANDA ;1.1. 1.2. 1.3. 1.4. JUMLAH PESERTA : - 2 orang Masa : 30 minit Tempat :- Padang Lalulintas Taman D.R. Keperluan Alatan : 1.5. Pensil Warna atau krayon Papan lapik mewarna

Arahan Pertandingan :Peserta dikehendaki mewarnakan papan tanda yang diberi mengikut ketepatan warna papan tanda yang diberi. Pemarkahan diberi berdasarkan ketepatan warna , keseragaman dan tema. Masa yang diberi adalah 30 minit. Peserta yang awal atau selesai mewarna perlu diberi keutamaan jka warna yang digunakan menepati warna papan tanda dan jika markahnya tinggi maka dia boleh dikira sebagai pemenang tempat pertama

2. PERTANDINGAN JIGSAW PUZZLE PAPAN TANDA 2.1. 2.2. 2.3. 2.4. JUMLAH PESERTA : - 2 orang Masa : 10 minit ( maksima ) Tempat : - Padang Lalulintas Taman D.R. Keperluan alatan :

2.5.

Jigsaw Puzzle ( 4 set )

Arahan pertandingan :Peserta dikehendaki menyelesaikan jigsaw puzzle yang diberi. Peserta yang siap awal dan betul semua jigsaw yg dibuat maka akan dikira pemenang.

3. PERTANDINGAN PEJALAN KAKI 3.1. 3.2. 3.3. 3.4. JUMLAH PESERTA : - 4 orang Masa : 30 minit. Tempat : Trek Lalulintas Taman D.R Keperluan Alatan :3.5. Job Card Papan Tanda Jalanraya Chop

Arahan Pertandingan :Peserta dikehendaki pergi ke stesen stesen yang ditetapkan. Apabila sampai di stesen stesen yang ditetapkan peserta dikehendaki menjawab soalan soalan berkaitan papan tanda lalulintas yang diberi. Pemenang berdasarkan peserta yang sampai awal dengan jawapan semua betul. Masa terpantas diambil kira. Saman dan nasihat akan diberi jika peserta melanggar peraturan pejalan kaki.

PERTANDINGAN FASHION SHOW :- SK BUNTONG 1.1. 1.2. 1.3. 1.4. JUMLAH PESERTA :- 1 orang. Masa : - 30 minit. Tempat :- Padang lalulintas Taman D.R. Keperluan Alatan :Pakaian yang dibuat dari bahan buangan atau kitar semula.

1.5.

Arahan Pertandingan :Pelajar akan memperagakan pakain yang telah dihasilkan. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan pakaian yang paling kreatif.

PERTANDINGAN AMALAM PEMAKANAN SIHAT CHEF CILIK SJKC BUKIT MERAH

1.1. 1.2. 1.3. 1.4.

JUMLAH PESERTA : - 2 orang . ( 1 pelajar dan 1 ibu ) Masa : 20 minit Tempat : Padang Taman D.R. Keperluan Alatan :Papan Menu

1.5.

Arahan Pertandingan :Peserta dan ibu perlu menyediakan papanp menu bertemakan makanan sihat. Cadangan : - Peserta dan ibu juga dikehendaki menyediakan makanan yang sihat. Pemilihan pemenang berdasarkan kreativiti dan citarasa masakan.

You might also like