You are on page 1of 41

PROJEK AKAL (A KIT ARITMETHIC LEARNING)

ALAT BANTU MENGAJAR MATEMATIK

PENGENALAN
Dalam konteks pelajaran matematik KBSR, bahan pelajaran adalah terdiri daripada bahan pengajaran, bahan pembelajaran dan bahan rujukan. Guru boleh gunakan bahan rujukan untuk merancang aktiviti pengajarannya, dan bahan pengajaran untuk menyampaikan konsep matematik dengan cara yang lebih berkesan.

Menurut Mok Soon Sang (1991), ABM merupakan intipati dalam membantu guru bagi melincikan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Mohd Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah dan Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), melalui penggunaan ABM dalam pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukakan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Keadaan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bertenaga dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar.

BAHAN-BAHAN PELAJARAN MATEMATIK


Sukatan pelajaran matematik Buku panduan mengajar matematik Buku teks matematik Buku rujukan matematik Kit pelajaran Matematik

KIT PELAJARAN MATEMATIK


Kit Pengajaran merupakan satu kaedah inovatif sebagai bahan bantu mengajar di sekolah. Bahan ini digunakan dan dilaksanakan oleh guru-guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan difahami oleh pelajar. Kit ini disediakan dengan berpandukan kepada aspek psikologi kanak-kanak dan mengikut kemampuan serta kebolehan mereka dengan kemahiran yang berbeza. Terdapat 3 jenis kit pelajaran iaitu: Alat Bantu Mengajar Elektronik Alat Bantu Mengajar Bukan Elektronik Alat - alat bercorak pengalaman dan bahan sebenar.

Alat Bantu Mengajar Elektronik


o filem tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP, projektor LCD, pita video, pita rakaman, piring hitam, kad audio, lutsinar OHP, tv atau VCR, cakera padat audio, komputer, internet dan disket komputer.

Alat Bantu Mengajar Bukan Elektronik


o papan tulis, buku teks, papan pamer, buku rujukan, grafik model, papan pengajaran, gambar, carta, grafik, model, surat khabar, lukisan, majalah, risalah, nota-nota, kertas kerja, skrip, fail tegak, bingkai carta pusing, kad imbasaan, kad cantuman, boneka, bahanbahan permainan dan sebagainya.

Alat - alat bercorak pengalaman dan bahan sebenar.


o Bahan daripada alam semulajadi seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan realia.

Contoh Contoh Kit Pelajaran Matematik


Kubus berwarna Nombor ukuran Operasi +, - , x,

Abakus/ Dekak-dekak Nilai tempat Operasi +, -

Kayu aiskrim Nombor Operasi +, - , x,

Kad nombor Nombor Susunan nombor

Papan pecahan berwarna Pecahan Pecahan setara Operasi pecahan

Carta berpetak Pecahan Pecahan setara

Papan geometri Nombor Corak Luas Perimeter Pecahan Graf turus Graf melintang

Carta-carta

Nombor simbol Operasi +, - , x,

Kad jalur Nombor Nilai tempat Operasi +, - , x,

Alat pengukur Ukuran panjang, perimeter, luas

Bongkah (3 matra) Ruang, nama bentuk, ciri bentuk

Alat penimbang Timbangan berat (kg & gram)

Jam bersama jarum Masa dan waktu

Lembaran kerja/ Kad kerja

SURAT KHABAR

Bagaimana mengunakan surat khabar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik?


Penggunaan surat khabar dalam matematik bergantung pada kreativiti dan inovasi guru. Walaupun bukan semua konsep dan kemahiran terdapat dalam sukatan matematik, konsep dan kemahiran asas yang berkait dengan kehidupan harian boleh diajar. Contohnya nombor bulat, operasi asas, pecahan statistik dan peratus dapat diajar melalui projek kumpulan, aktiviti individu, aktiviti kelas ataupun latihan yang berpandukan surat khabar.

Aktiviti 1 : Mencari Nombor Bulat


Dapat dijalankan secara kumpulan ataupun individu. Melatih kemahiran matematik seperti mengenal nombor hingga 7 digit ataupun membundarkan sesuatu nombor kepada puluh atau ratus yang hampir. Ia juga dapat dijalankan secara permainan supaya lebih mencabar dan menarik minat pelajar.

Panduan Aktiviti Untuk Tahun 4


Bahagikan murid kepada 2 ataupun 3 orang dalam sekumpulan. Berikan setiap kumpulan satu muka surat khabar. Berikan masa selama 10 hingga 15 minit. Dalam masa yang diberikan suruh murid carikan dan catatkan nombor bulat yang mereka jumpa.

Selepas pencatatan suruh murid pembundaran yang tepat dalam jadual.

membuat

Kumpulan yang menyiapkan dahulu dikira pemenang.

Nombor bulat 1745 39969

Dibundarkan kepada puluh yang terhampir 1750 39970

Dibundarkan kepada puluh yang terhampir 1700 40000

Aktiviti 2 : Peratus Dan Diskaun


Dapat dijalankan secara kumpulan ataupun individu. Melatih kemahiran matematik murid dengan dapat memahami iklan yang dipaparkan oleh guru dengan bantuan maklumat yang tercatat dalam iklannya. Ia juga dapat dijalankan secara permainan supaya lebih mencabar dan menarik minat pelajar.

Panduan Aktiviti Untuk Tahun 5


Bahagikan murid kepada 2 kumpulan dalam sekelas. Guru pamerkan iklan promosi/jualan murah di hadapan kelas. Guru menyediakan beberapa soalan yang berkaitan dengan iklan yang dipamerkan.

Cth: a) Apakah harga lama meja makanan bulat sebelum diberi diskaun? b) Berapakah diskaun yang diberi dalam peratus? Kumpulan yang menyiapkan dahulu dikira pemenang. Guru boleh memberi penghargaan kepada murid dengan memberi hadiah.

Aktiviti 3 : Ruang, Perimeter dan Luas


Dapat dijalankan secara individu. Boleh diberi sebagai aktiviti pengayaan. Sesuai untuk murid tahap 1 dan tahap 2. Boleh mengubahsuaikan aktiviti mengikut tahap murid. Murid dapat kemahiran dalam mengenali bentuk-bentuk geometri dan pengiraan luas dan perimeter.

Panduan Aktiviti Untuk Tahun 1


Guru menyuruh murid carikan bentukbentuk geometri seperti segi empat sama, segi empat tepat, bulatan dan sebagainya dalam surat khabar.

Kemudian menyuruh murid mengguntingkan bentuk-bentuk tersebut.


Guru meminta murid menyusun mengikut jenis bentuknya ataupun susun mengikut saiz bentuk. Seterusnya menyuruh murid menampal bentuk-bentuknya dalam buku.

Guru membantu murid-murid menamakan bentuk yang ditampal dan suruh mengira sisi bagi bentuknya. Aktiviti ini juga boleh diubahsuaikan untuk tahap 2 dengan menambahkan aktiviti-aktiviti tersebut : a) Mengukur panjang setiap bentuk. b) Kirakan perimeter bentuk. dan dan lebar luas

BAHAN KERTAS

Aktiviti 1 : Menyelesaikan Masalah Pecahan


Dapat dijalankan secara individu ataupun dalam kumpulan. Aktiviti melipat kertas boleh membantu murid mengembangkan kefahaman konsep matematik yang abstrak kepada bentuk konkrit. Ini kerana murid dapat melihat, merasa, dan memanipulasikan bahan-bahan konkrit. Sesuai untuk murid tahap 1 dan tahap 2. Boleh mengubahsuaikan aktiviti mengikut tahap murid.

Panduan Aktiviti Untuk Tahun 4


Guru mengedarkan beberapa kosong kepada murid. helai kertas

Dua pertiga daripada setengah (2/3 x 1/2)


Guru menyuruh murid melipat sekeping kertas kepada 2 bahagian bagi mewakili .

Teruskan lipatan satu bahagian tadi kepada 3 bahagian lain.

Kemudian menyuruh murid hitamkan sebagiannya seperti dalam rajah. Ini mewakili 1/3 daripada 1/2 atau 1/3 x 1/2

1/3

Seterusnya ini bererti 2/3 x 1/2 bererti 2


kali (1/3 x 1/2). Buka semula bagi menunjukkan 2 daripada 6 bahagian keseluruhan tadi iaitu 2/6 (2 bahagian yang dihitamkan )
1/6

1/6

Aktiviti 2 : Permainan Empat Kad


Dapat dijalankan dalam kumpulan. Aktiviti ini dapat mencabar minda murid. Meningkatkan kemahiran dalam operasi (+, -, x, ). matematik

Sesuai untuk murid tahap tahap 2.

Panduan Aktiviti Untuk Tahun 5


Guru harus menyediakan 10 keping kad berukuran 8x8 cm, tertulis dengan nombor 1 hingga 9.

Guru menyuruh murid memilih sebarang 4 kad dan bentukan satu persamaan yang menggunakan sebarang operasi (+, -, x, ), serta kurungan ( ) bagi mendapat hasilnya sebagai 21.

Contoh : menyuruh murid memilih empat kad secara rawak.

Maka dua jawapan yang mungkin adalah seperti berikut :


a) 3 x ( 4 + 2 + 1 ) 3x7 21 b) ( 3 x 4 ) x ( 2 + 1 ) 7x3 21
Terdapat pelbagai jawapan yang mungkin dan pelbagai cara penyelesaiannya. Selepas murid mahir dengan bernombor kecil , maka bernombor besar 1 - 100 boleh diberikan. Jumlah hasil yang dikehendaki , juga boleh tukar kepada nombor lain.

BAHAN TERPAKAI

Aktiviti 1 : Isipadu, Berat, Luas permukaan


Dapat dijalankan secara individu ataupun dalam kumpulan. Aktiviti ini menggunakan bahan terpakai seperti kotak susu, tin biskut, kotak tisu dan sebagainya. Sesuai untuk murid tahap tahap 2. Boleh mengubahsuaikan aktiviti mengikut tahap murid. Boleh menarik minat pelajar.

Panduan Aktiviti Untuk Tahun 4


Guru menyuruh murid mengumpul beberapa jenis kotak yang berlainan seperti segi empat sama, segi empat tepat, silinder, kubus dan kuboid. Guru membantu murid untuk membaca isi padu, berat ataupun harga yang tercatat dalam barang tersebut. Guru menyuruh murid menyenaraikan maklumat tersebut dan cuba menukarkan unitnya seperti litre kepada milli litre, kilogram kepada gram dalam jadual. Kemudian guru menyuruh murid - murid mengukur perimeter bagi barang tersebut dan luas permukaannya.

Unit (kilogram) 1.5kg Unit (liter) 1.5l

Unit (gram) 1500g Unit (milliliter) 1500ml

KESIMPULAN
Sebagai rumusannya, Alat Bantu Mengajar dapat merangsang dan menarik minat murid. Guru juga dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti untuk menyeronokkan murid dan murid melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti secara automatik. Ini dapat membantu pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.

BIBLIOGRAFI
http://www.scribd.com/doc/12807608/ http://epulidpliukm.blogspot.com/ Prof.Madya Dr.Lim Chap Sam, Prof.Madya Dr.Fatimah Salleh, Dr.Munirah Ghazali (2003), Alat Bantu Mengajar Matematik , PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd. Mok Soon Sang (1994), Matematik KBSR dan Strategi Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

You might also like