You are on page 1of 10

Soalan : Terangkan secara ringkas tentang peristiwa 13 Mei 1969.

Apakah langkah-langkah atau dasar-dasar kerajaan untuk membetulkan keadaan.

Pengenalan Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969 merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan

parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.

Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. 1. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang . Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka.

2 Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. 3. Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masingmasing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India . 4. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja. 5. PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. 6.Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali derngan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di belakang . 7 Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu .

8 .Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina . Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata untuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964 untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. 9 Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak

puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah . Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi Negara.

Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu dan bukan Melayu. Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan , sementara Kelantan pula tetap di tangan PAS . Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang sangat sedikit.13 Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan lagi suasana yang sedia tegang ketika itu. Orang-orang Cina merasakan yang mereka sudah menang dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO dan orang-orang Melayu amnya.Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan . Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis.Perarakan ini telah melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu". 14 Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan . 15 Menurut laporan seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969. Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama sebelum itu.16 Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis. KESAN PERISTIWA 13 MEI DARI SUDUT EKONOMI

Kerajaan tidak teragak-agak lagi untuk merangka suatu pelan tindakan yang menyeluruh bagi membendung dan mengatasi masalah itu. Atas alasan itulah pada tahun 1971 kerajaan telah melancar Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB telah dilancarkan bersama-sama Rancangan Malaysia Kedua.Terdapat dua matlamat utama dalam pelancaran DEB, iaitu iaitu pembasmian kemiskinan 'tanpa mengira kaum,' dan kedua penyusunan semula masyarakat Malaysia bertujuan untuk menghapuskan pengenalan kaum

berdasarkan fungsi ekonomi. Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah menjadi harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan .Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990. Matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh tersebut ialah seperti berikut: 19 Peratus penanaman modal dalam syarikat Bhd. 1971 1990 Bumiputera 1.5% 30% Bukan Bumiputera 23.7% 40% Asing 62.1% 30% Membasmi Kemiskinan. Antara langkah kerajaan ialah rancangan penerokaan tanah bagi mereka yang tidak mempunyai tanah, peluang pekerjaan bagi penganggur, serta produktiviti dan kenaikan harga barangan bagi petani . Namun begitu tindakan seumpama ini akan dibatasi oleh keadaan ekonomi. Contohnya kerajaan mungkin berjaya mengawal harga padi dalam pasaran tempatan melalui langkah-langkah tertentu yang diambil, sebaliknya kerajaan tidak terdaya untuk berbuat demikian bagi getah yang dijual di pasaran antarabangsa. Strategi dan Usaha Membasmi Kemiskinan. Dalam usaha membasmi kemiskinan kerajaan telah mengkategorikannya kepada dua bahagian iaitu kemiskinan di bandar dan kemiskinan luar bandar. Berdasarkan bancian penduduk 1970 terdapar kirakira 49.3 peratus daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah paras kemiskinan. 86 peratus daripadanya berada di kawasan luar bandar dan 14 peratus di kawasan bandar. Bagi kemiskinan luar bandar , program pembangunan lebih tertumpu kepada penyediaan kemudahan asas dan pembangunan tanah. Badan-badan berkanun yang bertanggungjawab dalam melaksanakan rancangan ini seperti FELDA, RISDA, FELCRA, MADA dan KADA. Maka bagi memenuhi segala hasrat yang dirangka dalam DEBlah kerajaan telah memperkenalkan RRJP2 . DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B Dato` Sri Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991. Antara objektifnya ialah membina dan mengukuhkan perpaduan negara malah ianya sangat penting bagi mengekalkan kestabilan sosial dan politik serta dapat mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan . DPN juga merupakan satu langkah untuk membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara maju. DPN telah mengambilkira segala kemajuan yang telah dicapai di bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa perlaksanaannnya.Antara dimensi-dimensi baru yang terdapat dalam DPN ialah seperti berikut: i) Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapus kemiskinan di kalangan keluarga termiskin hardcore poor di samping mengurangkan kemiskinan relatif.; ii) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaqan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi; iii) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat; dan

iv) Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

Strategi Penyusunan Semula Masyarakat Strategi kedua DEB ialah penyusunan semula masyarakat dengan menekankan penglibatan kaum Melayu atau Bumiputera dalam kegiatan ekonomi moden dan yang bertapak di bandar . Strategi ini bertujuan untuk menseimbangkan kedudukan dan penyertaan semua kaum dalam sektor ekonomi. Jika diperhatikan taburan penduduk mengikut kaum yang dipengaruhi oleh dasar penjajah dulu masih lagi berterusan di mana orang-orang Melayu tinggal di kampung-kampung , kaum India tinggal di kawasan pedalaman sebagai buruh di estet-estet dan Cina pula di bandar-bandar sebagai peniaga. Hakikatnya bukan sahaja tempat tinggal malah dari segi sosioekonomi dan politik juga turut berbeza. Keadaan yang sedemikian merupakan penghalang kepada usaha-usaha untuk mencapai integrasi nasional .

Kesan daripada penjajahan, pemilikan dan penguasaan modal kebanyakannya adalah dikuasai oleh orang asing. Kalangan rakyat Malaysia pula pemilikan dan penguasaan kebanyakan modal berada dalam tangan kaum Cina . Dengan itu strategi penyusunan semula hak milik dan kekayaan telah disusun supaya pemilikan asing dapat dikurangkan . Begitu juga dengan penguasaan modal oleh kaum Cina dalam industri dan perniagaan seharusnya diagih semula bagi menseimbangkan penguasaan modal. Untuk itu DEB telah menyusun strategi supaya menjelang tahun 1990, kaum Bumiputera dapat menambah saham syarikat kepada 30% berbanding dengan 40% bagi warga Malaysia bukan Bumiputera dan 30% bagi pihak asing

Kesimpulan Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.

Dasar Pecah dan Perintah


Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah dan perintah (divide and rule) oleh penjajah Inggeris. Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini: 1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan. 2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.

Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai matlamat integrasi nasional 1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur. 2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar). 3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain. Kesan Dasar Pecah dan Perintah 1. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional. 2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan. 3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British. Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah melairkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.

Dasar Ekonomi Baru


Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini. Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:

penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;

Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970. Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:

Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990; Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi. Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain; Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.

Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Rancangan Malaysia Kedua


Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2: 1971 1975) Di sebalik kejayaan yang tercapai daripada segi pertumbuhan, masalah kemiskinan dan penguasaan ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum masih terlalu ketara, terutamanya di kalangan masyarakat Bumiputera yang tidak menikmati hasil pembangunan seperti yang mereka harapkan jika dibandingkan secara mutlak atau relatif dengan kaum-kaum lain.

Justeru itu, pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) melambangkan satu era baru dalam sejarah perancangan pembangunan Malaysia. Ini menandakan permulaan fasa ketiga di dalam sejarah perancangan pembangunan negara.

Sektor perikanan mampu menjana pendapatan kepada masyarakat Bumuputera dalam agenda DEB Dasar Ekonomi Baru (DEB) Diwujudkan

Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam Rancangan Pembangunan Negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar yang telah dilancarkan oleh Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) bertujuan untuk memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di antara kaum, wilayah dan kawasan dalam wilayah yang sama di Malaysia. Daripada bancian penduduk pada tahun 1970 didapati bahawa 49.3 peratus daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. Sejumlah 86 peratus daripada keluarga miskin tersebut terdapat di kawasan luar bandar manakala 14 peratus lagi di kawasan bandar. Manakala daripada Kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-Syarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan dan Rekod Pendaftar Syarikat, adalah didapati bahawa hak milik dan penguasaan ekonomi di antara kaum dan pelabur dalam dan luar negeri adalah tidak seimbang.

Kepincangan ini merupakan suatu sebab utama berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, peristiwa rusuhan kaum ketika itu. Oleh sebab itu, DEB telah dilancarkan bagi memaksa satu dasar yang bersepadu diwujudkan melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2). Beberapa kejayaan telah dicapai di bawah rancangan penyusunan semula masyarakat. Satu daripadanya ialah pendapatan purata kaum Bumiputera telah meningkat daripada RM172 sebulan dalam tahun 1970 kepada RM614 sebulan dalam tahun 1987. Pendapatan ini adalah jauh lebih rendah berbanding dengan pendapatan kaum-kaum lain.

Kadar kemiskinan juga telah menurun bagi semua kaum dalam tahun 1987 berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Di Semenanjung Malaysia, misalnya kadar kemiskinan telah menurun daripada 49.3 peratus dalam tahun 1970 kepada 17.3 peratus dalam tahun 1987. Daripada segi pembangunan bandar dan penyusunan semula, jumlah penduduk Bumiputera di bandar-bandar telah meningkat. Misalnya, komposisi penduduk Bumiputera di bandar di Semenanjung Malaysia telah meningkat daripada 41.3 peratus dalam tahun 1985 kepada 44 peratus dalam tahun 1988. Pelaksanaan Program Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) RMK-2 dilancarkan dengan tujuan untuk mengatasi dan memperbetulkan keadaan ketidakseimbangan sosioekonomi di antara kawasan dan kumpulan kaum di negara ini. Peruntukan yang disediakan di bawah RMK-2 ialah sebanyak RM7,250 juta. Asas penggubalan RMK-2 ialah Dasar Ekonomi Baru yang matlamat utamanya adalah untuk mencapai perpaduan negara melalui strategi serampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia supaya dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Dalam Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2), 1971-1975, sektor perkilangan merupakan sektor utama dalam perkembangan ekonomi negara. Sektor ini memainkan peranan strategik untuk pencapaian objektif Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu dari segi pengembangan pekerjaan, peningkatan pendapatan dan penyusunan semula masyarakat, terutamanya dalam membentuk komuniti komersial dan industrialisme Melayu. Matlamat RMK-2 adalah untuk meningkatkan nilai ditambah dan eksport sebanyak 12.5 peratus dan 15 peratus setahun, masing-masingnya, mewujudkan peluang pekerjaan dengan kadar 7 peratus setahun, mempromosi industri berskala kecil dan menyebarkan kegiatan perkilangan di kawasan negeri yang kurang maju.

Dengan menceburi bidang perusahaan telah dapat memperbetulkan keadaan ketidakseimbangan dalam RMD

Pencapaian RMK-2

Pada tempoh ini usaha bersungguh-sungguh untuk membawa taraf ekonomi luar bandar dan Bumiputera ke tahap yang lebih selesa telah dilaksanakan. Pelbagai agensi dibentuk dan digerakkan seperti MARA, FAMA, Bank Pertanian, FELDA, FELCRA, MADA, KADA, FOA (Faermers Organization Authority) dan lain-lainnya bagi tujuan tersebut. Malah strategi pembangunan bersepadu luar bandar (IRD) dengan pembentukan KESEDAR, KETENGAH, DARA dan KEJORA, dan kawasan pertanian khususnya kawasan penanaman padi (IADP) seperti MADA I, MADA II, KADA I, KADA II, serta kawasan-kawasan penanaman di Besut, Barat Laut Selangor, Krian-Sungai Manik, Kemasin- Semarak, Trans-Perak dan Balik PulauSeberang Perai. Bukan itu sahaja, dalam RMK-2 ia telah meletakkan matlamat pemilikan modal dalam sektor korporat moden oleh kaum Bumiputera iaitu 9% bagi tahun 1975, 16% bagi tahun 1980, 23% bagi tahun 1985 dan 30% bagi tahun 1990. Malah, ia juga telah berjaya menggalakkan penyertaan yang lebih giat dan secara langsung oleh sektor awam dalam aktiviti- aktiviti ekonomi terutamanya yang berkaitan dengan perdagangan dan perusahaan. Yang paling membanggakan, iaitu pada tahun 1974, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS). Bermula dengan RMK-2 dan diteruskan oleh tiga Rancangan Pembangunan Malaysia yang lain, ini merupakan usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar dan telah menurun ke angka 21.6% dan kadar penyertaan Bumiputera dalam sektor bandar mencapai angka 30%. Nyata bahawa RMD bukan sahaja memberi tumpuan kepada sektor luar bandar, malah pembangunan pertanian padi turut diberi perhatian berat oleh kerajaan. Daripada segi pencapaiannya KDNK bagi RMK-2 telah bertambah pada kadar 7.4% setahun. Ini adalah lebih tinggi daripada ramalan asal RMK-2, iaitu sebanyak 6.8% setahun. Sumbangan utama terhadap pertumbuhan KDNK ini berpunca daripada Pertanian (25%); Pembuatan (19.3%); Perdagangan (14.4%) dan Perkhidmatan (10.15%). Dari segi pelaburan kasar pula sejumlah RM21,679 juta telah dibelanjakan untuk pembangunan bagi tempoh 1971-1975. Pencapaian lain yang dihasilkan dari tahun 1966 1975 adalah penubuhan Suruhanjaya UNESCO di Malaysia, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Malaysia mempelopori penubuhan ASEAN, mata wang baru Malaysia digunakan, Syarikat Penerbangan Malaysia ditubuhkan, Dasar Ekonomi Baru diumumkan, Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Bandaraya dan Rancangan Buku Hijau dilancarkan. Rancangan pembangunan wilayah seperti DARA, KEJORA dan KETENGAH dijalankan dengan jaya.

You might also like