You are on page 1of 14

PENGLIBATAN MASYARAKAT BAJAU DALAM SISTEM PENTADBIRAN BORNEO UTARA SEBELUM MERDEKA.

Oleh, Shaiful Huzairi Bin Mohd Kahil. Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah. www.zairiena@yahoo.com (Hp : 014-5556519)

ABSTRAK

Penglibatan masyarakat Bajau dalam sistem pentadbiran Borneo Utara sebelum merdeka dibahagikan kepada 2 fasa iaitu era tradisional dan era kolonial (Sebelum & Selepas Perang Dunia Ke-II). Semasa era tradisional, Sabah yang dahulu dikenali sebagai Borneo utara berada di bawah naungan kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu. Semasa era kesultanan, masyarakat Bajau kurang dilibatkan dalam hal pentadbiran. Ini kerana, golongan pemerintah dan pentadbir ketika itu dilantik di kalangan keturunan Sultan Brunei dan Sultan Sulu. Walaubagaimanapun, masyarakat Bajau juga mempunyai sistem pentadbiran tradisional yang diketuai oleh Ketua Kampung. Semasa zaman kolonial pula, masyarakat Bajau terus mengalami kemorosotan akibat peralihan kuasa politik daripada kerajaan Brunei dan Sulu kepada British North Borneo Chartered Company (BNBCC). Apabila menyedari kehilangan kuasa politik tersebut, mereka telah dilibatkan dalam sistem pentadbiran kerajaan BNBCC menerusi sistem pentadbiran Ketua Anak Negeri. Ketua Anak Negeri merupakan jawatan yang diperkenalkan semasa zaman penjajah, iaitu sejak era pentadbiran SBBUB, pentadbiran Jepun dan kolonial British. Juteru itu, kajian ini akan mengetengahkan penglibatan Masyarakat Bajau dalam Sistem pentadbiran di Borneo Utara sebelum merdeka dengan merujuk kepada peranan mereka menjawat kedua-kedua jawatan iaitu Ketua Kampung dan Ketua Anak Negeri.

Kata Kunci : Penglibatan dalam pentadbiran, Ketua Kampung, Ketua Anak Negeri

1.0

Pengenalan

Negeri Sabah yang dahulu dikenali sebagai Borneo utara pada abad ke-16 berada di bawah naungan kesultanan Brunei. Sehinggalah pada abad ke-19, sebahagian besar wilayah pantai timur Borneo Utara dari Teluk Marudu sehingga ke sungai Sibuku diserahkan oleh Sultan Brunei kepada Sultan Sulu.1 Sistem pentadbiran pada zaman pemerintahan kesultanan ini dikenali sebagai sistem pentadbiran tradisional yang berasaskan kepada ketuanan semata-mata oleh sultan dan para pembesar.

Sistem pentadbiran ini mengalami perubahan apabila Borneo Utara ditadbir oleh British North Borneo Chartered Company
2

(BNBCC) pada tahun 1881. Pertapakan dan penguasaan

BNBCC di Borneo Utara ini merupakan titik tolak kepada permulaan wilayah tersebut sebagai sebuah entiti pentadbiran.3 Ini kerana peglibatan pribumi dalam institusi pentadbiran BNBCC bermula apabila mereka diberi kepercayaan memegang jawatan Ketua Anak Negeri4 (KAN) yang diperkenalkan oleh BNBCC. Tampuk pemerintahan sekali lagi berubah apabila Jepun memerintah Borneo Utara pada 1 Januari 1942.5 Era Jepun ini membahagikan Borneo Utara kepada dua bentuk pentadbiran iaitu Seikai Shiu dan Tokai Shiu.6 Kekalahan Jepun semasa Perang Dunia Ke-dua sekali lagi menyebabkan berlakunya perubahan pemerintah di Borneo Utara. Borneo Utara ditadbir oleh British semula pada 28 September tahun 1945.

Wilayah Pantai Timur Borneo Utara pada abad ke-19 diserahkan kepada Sultan Sulu oleh Sultan Brunei. Sultan Brunei ketika itu iaitu, Sultan Muhiuddin menyerahkan bahagian Pantai Timur Borneo Utara kepada Sultan Sulu sebagai membalas jasa Sultan Sulu kerana membantu baginda mengalahkan Sultan Abdul Mubin dalam merebut takhta kesultanan Brunei. Hal ini kerana sewaktu itu berlakunya konflik dalaman Sultan Brunei. Ini menyebabkan wilayah Borneo Utara ketika itu terbahagi kepada dua zon iaitu kawasan Pantai Barat Borneo Utara ditadbir oleh Sultan Brunei manakala kawasan Pantai Timur Borneo Utara pula ditadbir oleh Kesultanan Sulu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Siti Aidah Hj. Lokin, Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963), Kota Kinabalu; Universiti Malaysia Sabah, 2007, hlm., 1. Penulis akan menggunakan Akronim BNBCC sebagai merujuk kepada British North Borneo Chartered Company. Siti Aidah Hj. Lokin, Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963), Kota Kinabalu; Universiti Malaysia Sabah, 2007, hlm., xi. Penulis akan menggunakan Akronim KAN sebagai merujuk kepada Ketua Anak Negeri. Maxwell Hall, Kinabalu Guerillas: An Account Of The Double Tenth; 1943, Hong Kong: The Union Press, 1962, hlm., 3. Jadgit Singh Sindhu, Glimpses Of Malaysian History, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1970, hlm., 125.

Perubahan era pemerintahan ini merupakan aspek yang menarik untuk dibahaskan apatah lagi apabila kajian ini dilihat dari perspektif penglibatan pribumi khususnya masyarakat Bajau dalam sistem pentadbiran Borneo Utara semasa era Kesultanan, era BNBCC, era Jepun dan era British (selepas Perang Dunia Ke-dua). Hal ini kerana, perubahan yang berlaku dalam pemerintahan yang bermula semasa era kesultanan, BNBCC, Jepun sehinggalah British memperlihatkan berlakunya beberapa perubahan dalam sistem pentabiran yang meliputi peranan masyarakat Bajau di Borneo Utara itu sendiri samada terlibat mahupun dilibatkan dalam sistem pentadbiran ketika itu. Justeru, perbincangan ini mengkhusus kepada penglibatan pribumi kedua terbesar di Borneo Utara iaitu masyarakat Bajau dalam sistem pentadbiran Borneo Utara sebelum merdeka.

2.0

Penglibatan Dalam Pentadbiran.

2.1

Era Kesultanan

Semasa era pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultaan Sulu, masyarakat Bajau kurang dilibatkan dalam hal pentadbiran tetapi terdapat sebilangan kecil dari mereka yang mendapat kepercayaan semasa era Kesultanan untuk terlibat dalam sistem pentadbiran. Ini kerana, golongan pemerintah dan pentadbir ketika itu kebanyakannya dilantik dari kalangan kerabat Sultan Brunei dan Sultan Sulu.7 Ini dapat dilihat di bahagian pantai Timur Borneo Utara, Masyarakat Bajau Kubang di bahagian Pantai Timur khususnya yang mendiami bahagian Teluk Darvel, Semporna dan Pulau Omadal terlibat dalam sistem pentadbiran Sultan Sulu ketika itu. Antara jawatan dan gelaran yang dipegang oleh mereka ialah seperti Maharajja, Sattiya, Munari dan Salilajja, Datu dan Panglima tetapi kenyakan jawatan tersebut dijawat dari kalangan mereka yang berbangsa Sulu.8 Pemimpin dari etnik Bajau Kubang yang dimaksudkan

James F. Warren., The North Borneo Chartered Company's Administration of the Bajau, 1878-1909: The Pacification of a Maritime, Nomadic People, Papers in International Studies,. Southeast Asia Series, No. 22. Athens, Ohio: Ohio University Center for International Studies, 1971, Serias No. 22 Penglibatan Masyarakat Bajau di kawasan Pantai Timur Borneo Utara disebabkan mendapat kepercayaan dari Sultan Sulu disamping kebolehan mereka fasih bertutur bahasa Sulu. Ehsan daripada Koleksi Peribadi Haji Ibnu Sarin, Asal Usul Masyarakat Bajau Kubang; Salahsilah Pentadbiran Bajau Kubang.

.
8

adalah seperti Maharajja Alani, Datu Gumbah dan Datu Anserudden.9 Di bahagian Papar pula, antara Ketua Pribumi Bajau yang dilantik adalah Datu Amir Bahar.10

Selain daripada terlibat terlibat dalam sistem pentadbiran Sultan Brunei dan Sultan Sulu, masyarakat Bajau sejak dari awal lagi mempunyai sistem pentadbiran tradisional yang tersendiri. Semasa Borneo Utara di bawah era Kesultanan, Pentadbiran tradisional ketika itu dipecahkan kepada tiga kategori sistem yang ada pertama, sistem politik kesultanan dan kedua, sistem politik kesukuan dan ketiga ketua bebas.11 Justeru, walaupun mereka tidak terlibat dalam pentadbiran di peringkat sistem politik kesultanan tetapi mereka sudah lama mewujudkan sistem pentadbiran kesukuan.12 Akan tetapi, institusi pentadbiran kesukuan ini tidak melampaui peringkat kampung.13 Sistem pentadbiran kesukuan ini sebenarnya berpegang kuat kepada

James F. Warren., The North Borneo Chartered Company's Administration of the Bajau, 1878-1909: The Pacification of a Maritime, Nomadic People, Papers in International Studies,. Southeast Asia Series, No. 22. Athens, Ohio: Ohio University Center for International Studies, 1971, Serias No. 22. Pengawalan ke atas wilayah yang berada di bawah kekuasaan Kesultanan Brunei di Sabah tidak semestinya dilaksanakan secara langsung dari pentadbiran pusat di Brunei. Kebanyakan Pangiran yang menguasai sesebuah kawasan di Sabah tidak berada di Sabah tetapi sebaliknya mereka berada di Brunei yang menjadi pusat pemerintahan. Tugas melaksanakan pentadbiran di Sabah diwakilkan kepada pembantu mereka yang dilantik dalam kalangan ketua-ketua peribumi Sabah samada dari etnik Dusun, Bajau, Murut dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan kawalan serta perhatian kerajaan pusat (Sultan Brunei) terhadap wilayah di Sabah khususnya di kawasan pedalaman dan pantai timur amat kurang. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk D.S. Ranjit Singh, The Making Of Sabah 1865-1941,Kuala Lumpur: University Of Malaya Press, 2000, hlm., 124. Sebenarnya, sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat itu, terdapat tiga sistem pentadbiran yang diamalkan. Pertamanya, pentadbiran yang berasaskan kesukuan yang dikenali sebagai sistem politik kesukuan. Sistem politik ini begitu kuat diamalkan dalam kalangan masyarakat Dusun, Bajau dan Murut berserta subkelompok masing-masing di kawasan pedalaman. Disebabkan oleh jurang geografi yang memisah-misahkan kelompok ini maka asas kepada sistem politik ini adalah berteraskan ikatan kekeluargaan. Ketua kampung adalah orang yang berkuasa dan berpengaruh yang juga dikenali sebagai Orang Tua (OT). Segala adat istiadat ditentukan pentadbirannya oleh OT. Keduanya ialah sistem pentadbiran yang bercorak kesultanan yang wujud sejak abad ke-16 lagi. Secara spesifik kesultanan yang dimaksudkan ialah Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Kekuasaan kedua-dua kesultanan adalah berkait rapat antara satu sama lain. Sistem pentadbiran yang ketiga ialah sistem pentadbiran yang diletakkan di bawah ketua-ketua bebas. Keunikan sistem ini ialah para pembesar yang menguasai sesebuah kawasan bukannya menguasai tanah yang dijaga atau diperintah tetapi mempunyai kuasa mengutip cukai ke atas penduduk yang mendiami kawasan tersebut. Jika para penduduk itu berpindah kawasan atau berhijrah ke wilayah lain, mereka masih perlu membayar cukai kepada pembesar tempat asal mereka. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Siti Aidah Hj. Lokin, Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963), Kota Kinabalu; Universiti Malaysia Sabah, 2007, hlm., 21-23. Sabihah Osman, Pentadbiran Peribumi Sabah 1881-1941, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, 1985, hlm., 16. Siti Aidah Hj. Lokin, Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963), Kota Kinabalu; Universiti Malaysia Sabah, 2007, hlm., 55.

10

11

12

13

ikatan darah, keluarga dan sanak saudara. Masyarakat Bajau merupakan komuniti yang mengamalkan sistem pentadbiran tersebut. Dalam komuniti ini wujud satu struktur pentadbiran pribumi yang diketuai oleh Ketua Kampung. Mereka bertanggungjawab menjaga segala hal ehwal pribumi, termasuklah membuat keputusan mengenai hal-hal dasar keselamatan, kerjasama dan memberi perlindungan terhadap anak buahnya.14

Sistem politik kesukuan pula kepada sistem pentadbiran kampung yang sudah memang lama wujud. Pentadbiran kesukuan ini merujuk kepada undang-undang adat15 yang dianggap sebagai satu bentuk sistem keadilan berdasarkan adat suku kamu mereka. Masyarakat pribumi tradisional khususnya masyarakat Bajau mempunyai sistem sosial sendiri tanpa pengaruh daripada luar atau disebut juga dengan sistem politik kesukuan. Mereka mempunyai kampung terdiri daripada yang diketuai oleh seorang ketua pribumi yang menguruskan kampung tersebut. Tetapi ketua itu menerima arahan atau dikendalikan oleh seorang ketua tertinggi di kalangan ketua-ketua pribumi itu. Adat istiadat adalah penting sebagai panduan dan rujukan dalam kehidupan mereka.16 Sehinggalah pada tahun 1881, BNBCC memerintah Borneo Utara, mereka tidak menghalang kaum pribumi khususnya masyarakat Bajau mengamalkan sistem pentadbiran mereka sendiri, malahan BNBCC memberi pengiktirafan kepada pentadbiran tradisional tersebut dengan menamakannya sebagai undang-undang adat.17 Bermula dari hal tersebut, maka wujudlah institusi KAN dalam sistem pentadbiran BNBCC di Borneo Utara.

14

Mosli Tarsat, Kerelevanan dan Prospek Jawatan Ketua Anak Negeri di Sabah: Satu Perspektif Sejarah (Jurnal), Sosiohumanika 2 (2), 2009, hlm., 229. Menurut Che Shaari dan Ida Shafinaz Mohd Kamil (1999:40), Undang-undang Adat dan adat mempunyai perbezaan. Undang-Undang Adat merujuk kepada satu set perlakuan yang telah diterima oleh sesebuah komuniti dan keadaan persekitaran yang banyak dipengaruhi oleh sesebuah komuniti dan keadaan persekitaran yang banyak mempengaruhi adatsesebuah komuniti. Perlanggaran adat ini akan membawa kepada hukuman yang mungkin berbentuk formal ataupun tidak formal, manakala adat meliputi peraturan yang mengatur perlakuan dalam konteks lebih luas. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Mohd Sarim Hj. Mustajab, et. Al., Warisan Budaya Sabah; Etnisiti dan Masyarakat, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2004, hlm., 66. Hose, Charles & William McDougall, Pagan Tribes of Borneo. Calicut, India: Project Gutenberg File Converted into HTML pages by Nalanda Digital Library under Etext Conversion Project (ECP): National Institute of Technology, 1912, hlm., 23. Mohd Sarim Hj. Mustajab, et. Al., Warisan Budaya Sabah; Etnisiti dan Masyarakat, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2004, hlm., 63.

15

16

17

2.2

Era BNBCC

Semasa era kolonial, masyarakat Bajau terus mengalami kemorosotan akibat peralihan kuasa politik daripada kerajaan Brunei dan Sulu kepada BNBCC. Setelah menyedari kehilangan kuasa politik tersebut, mereka telah dilibatkan dalam sistem politik kerajaan BNBCC menerusi sistem pentadbiran Ketua Anak Negeri.18 Ketua Anak Negeri merupakan jawatan yang diperkenalkan semasa zaman penjajah, iaitu sejak era pentadbiran BNBCC, pentadbiran Jepun dan kolonial British.19 Tujuan jawatan ini diperkenalkan kerana negeri Sabah mempunyai kepelbagaian kumpulan etnik atau pribumi yang mempunyai identiti dan mengamalkan sosio-budaya yang berbeza. Justeru itu, jawatan tersebut diperkenalkan bertujuan menjaga kepentingan dan hakhak pribumi supaya terpelihara mengikut keperluan masing-masing.20

BNBCC mengiktiraf ketua-ketua tradisional dalam pengistiharan Undang-Undang Pentadbiran Kampung pada tahun 1891. Gabenor BNBCC ketika itu menjelaskan bahawa BNBCC memerlukan orang yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat Bajau untuk

18

James F. Warren., The North Borneo Chartered Company's Administration of the Bajau, 1878-1909: The Pacification of a Maritime, Nomadic People, Papers in International Studies,. Southeast Asia Series, No. 22. Athens, Ohio: Ohio University Center for International Studies, 1971. Pengaruh dan polisi penjajah bermula pada tahun 1881, utamanya setelah BNBCC membentuk satu unit politik yang lebih jelas dan Gabenor menjadi ketua pentadbir dengan mengikut arah dari Lembaga Pengarah di London. Secara umumnya, semasa pentadbiran BNBCC, ketua-ketua tradisional telah diakui dan diiktiraf dalam pengistiharan Undang-Undang Pentadbiran Kampung pada tahun 1891. Pengiktirafan ini membawa satu era baru kepada Ketua Anak Negeri yang diserapkan dalam struktur pentadbiran di Sabah. Dengan pengiktirafan ini juga muncullah istilah Ketua Anak Negeri atau Native Chiefs yang diakui oleh BNBCC dan dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan, keharmonian dan hal-hal yang melibatkan pribumi. Pihak pentadbir telah mewujudkan Mahkamah Anak Negeri sebagai badan kehakiman pribumi dan Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri. Ini menunjukkan bahawa khidmat Ketua Anak Negeri digunakan sepenuhnya bagi urusan-urusan yang melibatkan hal ehwal pribumi. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Mosli Tarsat, Kerelevanan dan Prospek Jawatan Ketua Anak Negeri di Sabah: Satu Perspektif Sejarah (Jurnal), Sosiohumanika 2 (2), 2009, hlm., 227. BNBCC pada dasarnya mempunyai tujuan tersirat di sebalik melibatkan masyarakat Bajau dalam institusi pentadbiran mereka. Tujuan utama mereka sebenarnya adalah untuk melicinkan pentadbiran BNBCC di Borneo Utara khususnya dalam hal-hal berkaitan memungut cukai dan mengaut hasil negeri. Untuk itu, mereka mempergunakan KAN bagi mencapai cita-cita tersebut, kerana dengan adanya penyertaan masyarakat Bajau terutamanya ketua ataupun pemimpin di kalangan masyarakat Bajau, secara tidak langsung dapat mengurangkan penentangan dan rasa tidak puas hati masyarakat bajau ketika itu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Mohd Riduan Mohd Ariff, Dari Pemungutan Tripang Ke Penundaan Udang, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1995, hlm., 80.

19

20

menyertai pentadbiran melalui KAN21 memandangkan majlis ini merupakan sebahagian daripada jentera kerajaan.22 Mereka yang dilantik menjawat jawatan KAN terdiri daripada golongan yang berpengaruh misalnya dari golongan imam ataupun Ketua Kampung. 23 Pemimpin KAN yang dilantik ini dipertanggungjawabkan memungut Cukai di setiap daerah mereka. Antara pemimpin Bajau yang terlibat dalam sistem pentadbiran BNBCC adalah Haji Abdul Rahim dari Residensi Limau-Limauan dan dibayar gaji $40 bagi setiap bulan.

Sementara itu, Sherib See dari residensi Song Torong di Teluk Marudu dibayar gaji $30 sebulan. Selain menjadi KAN, Sherib See juga merupakan seorang majistret di daerahnya. Dato Undok dibayar $20 dari Residensi Timbang Batu di Sungai Bongon. Manakala Dato Rambongan dari Residensi Tempasuk, Dato Tumanggong dan Dato Rajah Mudah Pandarat dari Residensi Kuala Abai dibayar $10 setiap bulan. KAN dari Residensi Putatan iaitu Dato Setia dan Dato panglima masing-masing dibayar gaji $10 dan $5 setiap bulan selain mendapat faedah satu persepuluh dari hasil memungut cukai di kawasan mereka.24 pemimpin Bajau yang lain iaitu KAN daerah Province Keppel bernama Dato Maharajah Lila, Dato Perkasa dan Menteri Babu. Ketiga-tiga mereka dibayar gaji sebanyak $5 setiap bulan. KAN dari Residensi Papar pula dibayar $20 setiap bulan iaitu Dato Amir Bahar dan Dato Mahomet dari Residensi Tamimisan di Teluk Marudu, Serib Duyah dari Residensi Bongon di Kota Marudu dan Haji

21

Kedudukan KAN semasa pemerintahan BNBCC terbahagi kepada dua, iaitu kumpulan yang diiktiraf oleh BNBCC dan kumpulan yang tidak diiktiraf oleh BNBCC. KAN yang mendapat pengiktirafan dari BNBCC ini dibayar gaji tetap setiap bulan manakala yang tidak diakui dibayar gaji berdasarkan hasil pungutan cukai. Setiap hasil pungutan cukai akan diserahkan kepada Pegawai Daerah melalui ketua upahan. KAN yang dibayar melalui hasil pungutan cukai mendapat satu persepuluh bahagian daripada hasil kutipan cukai yang dianggarkan sekitar $5 hingga $40 setiap kali serahan. Sekiranya kutipan tersebut diserahkan terus kepada Pegawai Daerah tanpa melalui Ketua Upahan akan mendapat satu pertiga daripada hasil kutipan tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Herald, Native Chief Of Province Alcock Who Get An Allowance, List Of Paid Native Chiefs And Unpaid Native Chiefs Of Province Alcock, 1886, Herald, 1 Oktober, hlm., 215-217. Hamdan bin Aziz, Parti Politik USNO & BERJAYA Di Sabah; 1961-1996, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, hlm., 31. Nik Abdul Rashid, Sejarah Perundangan Islam Di Sabah, Dalam Seminar Sejarah dan Masyarakat Sabah, Kota Kinabalu: Yayasan Sabah-Persatuan Sejarah Malaysia, hlm., 18. Herald, Native Chief Of Province Alcock Who Get An Allowance, List Of Paid Native Chiefs And Unpaid Native Chiefs Of Province Alcock, 1886, Herald, 1 Oktober, hlm., 215 & 216.

22

23

24

Junit dari residensi Sungai Tandek di Kota Marudu serta Panglima Abu Sari25 dari residensi Pulau Denawan di Semporna yang hanya dibayar melalui pungutan dan tidak bergaji tetap.26

Penglibatan Masyarakat Bajau dalam sistem pentadbiran BNBCC ini amat berkaitan dengan lokasi penempatan kerana kebanyakan masyarakat Bajau menghuni bahagian tanah pamah dan pesisir pantai Borneo Utara manakala etnk lain seperti masyarakat Dusun dan Murut menghuni kawasan pedalaman dan tanah tinggi. Penglibatan masyarakat Bajau lebih ketara pada tahun 1912 apabila BNBCC memperkenalkan pengadil di Mahkamah Anak Negeri (MAN)27 dan seterusnya Majlis Pentadbiran Ketua Anak Negeri (MPKAN)28. Penubuhan MAN ini berkuatkuasa pada tahun 1912 yang mana pengiktirafan ini memberi kuasa kepada KAN menjadi Pembantu Majistret. Pada tahun 1912, Gabenor BNBCC ketika itu, iaitu Ridgeway telah menaikkan pangkat KAN dari kumpulan gred 2 kepada gred 1. Perlantikan ini berlaku disebabkan berdasarkan rekod perkhidmatan KAN yang cekap mengendalikan rekod-rekod kerajaan serta cukai perkhidmatan. Hal ini memberi peluang kepada KAN khususnya dari kalangan masyarakat Bajau untuk memegang jawatan Pegawai Daerah serta digelar Orang Kaya-Kaya (OKK)29 manakala bagi KAN yang memegang gred 2 dilantik menjadi Penolong Pegawai Daerah.30

25

Panglima Abu Sari yang ditugaskan oleh Mr. Dunlop (Residen Lahad Datu ketika itu) untuk mengawal keamanan kampung Pulau Denawan yang berada dalam keadaan kucar kacir akibat wujud pemberontakan oleh penduduk peribumi Semporna. Keadaan ini jelas menunjukkan bagaimana peranan pentadbir Peribumi yang juga memainkan peranan penting di dalam institusi pentadbiran BNBCC. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Julia binti Mad Yunus, Sejarah Perkembangan Sistem Pentadbiran dan Politik di Daerah Semporna 18871985, Universiti Mlaysia Sabah; Kota Kinabalu, 2009, hlm., 53.

26

Herald, Native Chief Of Province Alcock Who Get An Allowance, List Of Paid Native Chiefs And Unpaid Native Chiefs Of Province Alcock, 1886, Herald, 1 Oktober, hlm., 217. Sepanjang penulisan akan menggunakan Akronim MAN sebagai merujuk kepada Mahkamah Anak Negeri. Sepanjang penulisan akan menggunakan Akronim MPKAN sebagai merujuk kepada Majlis Pentadbiran Ketua Anak Negeri. Penulis akan menggunakan Akronim OKK sebagai merujuk Orang Kaya-Kaya. Sabihah Osman, Pentadbiran Peribumi Sabah 1881-1941, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, 1985, hlm., 19.

27

28

29

30

BNBCC juga mewujudkan jawatan Pembantu Pegawai-Pegawai Bukan Berketurunan Eropah atau dikenali sebagai Deputy Assistant District Officer (DADO)31 bagi membantu pentadbiran kerajaan berkaitan kedudukan Majistret Kelas 2. Dalam hal ini, pemimpin dari kalangan masyarakat Bajau juga terlibat misalnya seperti OKK Arshad dari Tempasuk.32 KAN seterusnya mendapat pengiktirafan dari kerajaan BNBCC setelah undang-undang berkenaan MPKAN digubal dan di institusikan. kemudiannya, pada 4 mei 1935 MPKAN telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan peranan33 mereka dalam masyarakat. Kesemua KAN dari semua daerah terlibat dalam mesyuarat tersebut manakala KAN dari masyarakat Bajau yang turut serta dalam mesyuarat tersebut adalah OKK Datu Agasi, OKK Kahar, OKK Saman, OKK Harun dan Haji Mustapha.34 Antara MPKAN dari kalangan masyarakat Bajau yang terlibat dalam sistem pentadbiran BNBCC bermula dari tahun 1937 sehingga tahun 1941 ialah OKK Datu Agasi dari Lahad Datu, Datu Harub dari Kudat, Pg. Mohammad Salleh dari Labuk, Panglima Abdullah bin Panglima Udang dariSemporna, Abdul rashid dari Kota Belud, Abdul Surah dari Sandakan, serta OKK Asbollah bin OKK Arshad dari Kota Belud.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, pendudukan dan pemerintahan BNBCC di Borneo Utara telah membawa banyak perubahan kepada institusi kepimpinan masyararakat Bajau.
31

Sepanjang penulisan akan menggunakan Akronim DADO sebagai merujuk kepada Deputy Assistant District Officer. Sabihah Osman, Pentadbiran Peribumi Sabah 1881-1941, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, 1985, hlm., 19. Tujuan Mesyuarat ini dijalankan adalah membincangkan masa depan dan peranan MPKAN. Antara agenda mesyuarat tersebut adalah memahami tugas KAN sebagai mata dan mulut kerajaan BNBCC. Ini membawa maksud, KAN dipertanggungjawabkan menyampaikan segala maklumat berkenaan dasar-dasar kerajaan BNBCC kepada penduduk di daerah yang diwakili oleh setiap KAN. Gabenor D.J Jardine yang menjadi gabenor Borneo Utara ketika itu juga mengingatkan dalam mesyuarat tersebut bahawa setiap dasar yang dilaksanakan oleh BNBCC perlu disokong oleh KAN tanpa sebarang bantahan walaupun dasar-dasar tersebut bertentangan dengan pendapat mereka. Beliau juga menetapkan bahawa seorang tokoh yang dilantik menjadi KAN mestilah berkelayakan dan berpengalaman dalam tugas-tugas yang diberikan oleh kerajaan BNBCC selain tidak buta huruf. Kebiasaannya jawatan KAN akan diwarisi oleh anak-anak mereka tetapi mesyuarat tersebut memutuskan sekiranya anak-anak KAN tidak berkelayakan menggantikan bapa mereka, maka pentadbir BNBCC akan melantik penduduk pribumi yang pernah menjadi polis BNBCC untuk memegang jawatan tersebut. Alasan utama BNBCC bertindak sedemikian adalah bekas polis berpengalaman menjalankan tugas-tugas kerajaan kerana telah mendapat latihan yang baik sepanjang mereka berkhidmat dan mengetahui peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan BNBCC. Justeru itulah cara yang paling mudah bagi KAN untuk mewariskan jawatan tersebut kepada anak-anak mereka ialah dengan menghantar anak mereka menyertai pasukan Polis BNBCC. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Siti Aidah Hj. Lokin, Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963), Kota Kinabalu; Universiti Malaysia Sabah, 2007, hlm., 72. Herald, 1935, 17 Mei, hlm., 98.

32

33

34

Perubahan ini boleh dilihat melalui pengiktirafan pentadbiran tradisional oleh BNBCC menerusi pengenalan KAN. Penglibatan masyarakat Bajau dalam sistem pentadbiran BNBCC sedikit sebanyak memberi peluang kepada mereka untuk mentadbir daerah mereka. Sehinggalah Borneo Utara diserang oleh Jepun pada 1941 dan Borneo Utara ditadbir oleh Jepun, penglibatan masyarakat Bajau ini mengalami banyak perubahan.

2.3

Era Jepun

Sewaktu pendudukan Jepun, sistem pentadbiran Borneo Utara dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Seikai Shiu dan Tokai Shiu. Bahagian Seikai Shiu ini merangkumi residensi Pantai Barat Borneo Utara, antaranya Kota Belud, Jesselton, Papar, Kimanis, Sipitang dan Keningau. Bahagian Tokai Shiu pula meliputi wilayah Pantai Timur Borneo Utara seperti Kudat, Sandakan, telupid, Lahad Datu, Tawau dan Semporna.35 Pada mulanya, masyarakat pribumi tidak terkecuali masyarakat Bajau memendam hasrat untuk terlibat dalam pentadbiran Jepun dan bergerak secara aktif dalam politik. Walaubagaimanapun, harapan tersebut tidak tercapai kerana kekejaman Jepun menyebabkan mereka melakukan penentangan dan sebahagian besar lagi menyembunyikan diri dari tentera Jepun.36

Pentadbiran Jepun merupakan corak pentadbiran yang bersifat ketenteraan. Manakala, pihak Jepun hanya memberi tumpuan kepada kawasan pedalaman seperti di Ranau dan Pensiangan. Justeru, penglibatan masyarakat Bajau dalam sistem pentadbiran Jepun ini tidak berlaku kerana polisi pihak Jepun yang memaksa penduduk Borneo Utara menyertai tentera sukarela yang disebut sebagai Giyu Gun. Ketua-ketua Kampung juga diarahkan mengumpul pemuda-pemuda kampung untuk menjadi Giyu Gun.
37

Keadaan ini menyebabkan institusi

pentadbiran tradisional dan KAN serta MAN kurang mendapat perhatian Jepun ditambah lagi kebanyakan pemimpin pribumi ketika itu bertindak menentang Jepun. Antara individu yang

35

Jadgit Singh Sindhu, Glimpses Of Malayan History, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1970, hlm., 125. Hamdan bin Aziz, Parti Politik USNO & BERJAYA Di Sabah; 1961-1996, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, hlm., 36. Siti Aidah Hj. Lokin, Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963), Kota Kinabalu; Universiti Malaysia Sabah, 2007, hlm., 96.

36

37

10

menentang Jepun ialah Pak Mustal38 dan seorang lagi Ketua Pribumi dari Kudat berdarah Bajau-Suluk iaitu Mustapha Bin Harun.39 Ketua-Ketua pribumi lain yang turut menentang adalah Jepun adalah OT Panglima Ali dan OKK Mohamad Yassin. Mereka menjadi tentera sukarela BNBCC dan bekerjasama dengan tentera Australia ketika itu.40

Pada tahun 1944, Jepun menyedari kekalahan mereka dalam Perang Dunia Kedua kepada negera Berikat di tambah lagi dengan pengeboman bandar besar Jepun pada 6 Ogos 1945 iaitu Hiroshima dan Nagasaki menyebabkan Jepun mengaku Kalah pada 9 Ogos 1945. Bermula selepas Perang Dunia Kedua dan penyerahan kalah Jepun meletakkan Borneo Utara ketika itu di bawah pentadbiran British Military Administration (BMA)41 sebelum diserahkan kepada British.

2.4

Era British

Selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua pada 28 September 1945, BNBCC kembali mentadbir Borneo Utara tetapi, kerosakan akibat perang mengakibatkan BNBCC tidak mampu membangunkan semula Borneo Utara. Pada tarikh tersebut juga, Borneo Utara diletakkan di bawah BMA. Tujuan BMA ditubuhkan atas dasar mengembalikan keamanan, ketenteraman dan memulihkan segala kemudahan awam yang musnah semasa Perang Dunia Kedua. Pada 15 Julai 1946, BMA telah menyerahkan sepenuhnya Borneo Utara kepada Diraja British atau Crown Colony sebagai tanah jajahan British yang muthlak.

Penglibatan Pribumi dalam dalam pentadbiran British selepas perang agak lambat. Ini kerana, penglibatan Pribumi Borneo utara 5 tahun selepas perang iaitu pada tahun 1950. Antara yang dilantik adalah Mohamed Kassim bin Hj. Hashim yang dilantik menjadi Kerani Majlis

38

Hamdan bin Aziz, Parti Politik USNO & BERJAYA Di Sabah; 1961-1996, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, hlm., 36. Sabihah Osman et al., Institusi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah: Fungsi, Peranan dan Biografi, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2008, hlm., 13. F.G. Whelan, A History Of Sabah, Macmillan, 1970, hlm., 221. Penulisan akan menggunakan Akronim BMA sebagai merujuk kepada British Military Administration.

39

40

41

11

Penasihat.42 Walaubagaimanapun, keadaan berbeza di bahagian Pantai Timur Borneo Utara kerana terdapat pribumi sabah khususnya dari kalangan masyarakat Bajau yang terlibat dalam pentadbiran british. Pada 31 Ogos 1948, Sakaran Dandai dari Residensi Semporna dilantik menjadi Kerani Anak Negeri di daerah tersebut. Selain itu, panglima Mohd Said bin OKK Keruak yang merupakan pemimpin Pribumi berdarah kacukan Dusun, Bajau dan Iranun turut dilantik oleh BMA sebagai kerani di Pejabat Daerah Kota Belud pada tahun yang sama.43 Selepas Perang Dunia Kedua, penglibatan masyarakat Bajau dalam sistem pentadbiran Borneo Utara semakin merosot. Walaubagaimanapun, peristiwa Perang Dunia Kedua menjadi pengajaran bagi semua masyarakat di Borneo Utara ketika itu termasuk pribumi Bajau untuk memperjuangkan kemerdekaan Borneo Utara. Disebabkan itulah, sebarang penyertaan pribumi Sabah selepas perang adalah lebih kepada pertubuhan politik apatah lagi setealah adanya cadangan pembentukan Malaysia pada tahun 1961.

3.0

Kesimpulan

Penglibatan masyarakat Bajau sebelum merdeka lebih ketara sebelum semasa era BNBCC memerintah. Ini dapat dibuktikan apabila ramai pemimpin Bajau memegang jawatan KAN yang mendapat pengiktirafan daripada BNBCC. Begitu juga semasa era Kesultanan, terdapat juga sebilangan kecil dari mereka yang diberi kepercayaan mentadbir daerah mereka dan menjadi wakil pemerintah. Penglibatan masyarakat Bajau mula merosot semasa bermulanya pertapakan Jepun di Borneo Utara sehinggalah setelah British memerintah. Walaubagaimanapun, satu hal yang jelas, institusi pentadbiran pribumi ini sebenarnya mendapat pengiktirafan dari kerajaan British dengan melibatkan mereka dalam sistem pentadbiran. Sehingga ke hari ini, sistem pentadbiran pribumi seperti Ketua Kampung, KAN dan MAN masih dikekalkan dalam usaha memelihara undang-undang adat pribumi di Sabah.

42

Siti Aidah Hj. Lokin, Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963), Kota Kinabalu; Universiti Malaysia Sabah, 2007, hlm., 126 Sabihah Osman et al., Institusi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah: Fungsi, Peranan dan Biografi, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2008, hlm., 35 & 39.

43

12

Rujukan

D.S. Ranjit Singh, 2000, The Making Of Sabah 1865-1941,Kuala Lumpur: University Of Malaya Press. F.G. Whelan, 1970, A History Of Sabah, Macmillan. Hamdan bin Aziz, 2005, Parti Politik USNO & BERJAYA Di Sabah; 1961-1996, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Herald, Native Chief Of Province Alcock Who Get An Allowance, List Of Paid Native Chiefs And Unpaid Native Chiefs Of Province Alcock, 1886, Herald, 1 Oktober. Hose, Charles & William McDougall, 1912, Pagan Tribes of Borneo. Calicut, India: Project Gutenberg File Converted into HTML pages by Nalanda Digital Library under Etext Conversion Project (ECP): National Institute of Technology. Jadgit Singh Sindhu, 1970, Glimpses Of Malaysian History, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. James F. Warren., 1971, The North Borneo Chartered Company's Administration of the Bajau, 1878-1909: The Pacification of a Maritime, Nomadic People, Papers in International Studies,. Southeast Asia Series, No. 22. Athens, Ohio: Ohio University Center for International Studies, Serias No. 22 Julia binti Mad Yunus, 2009, Sejarah Perkembangan Sistem Pentadbiran dan Politik di Daerah Semporna 1887-1985, Universiti Mlaysia Sabah; Kota Kinabalu. Maxwell Hall, 1962, Kinabalu Guerillas: An Account Of The Double Tenth; 1943, Hong Kong: The Union Press. Mohd Riduan Mohd Ariff, 1995, Dari Pemungutan Tripang Ke Penundaan Udang, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Mohd Sarim Hj. Mustajab, et. Al., 2004, Warisan Budaya Sabah; Etnisiti dan Masyarakat, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Mosli Tarsat, 2009, Kerelevanan dan Prospek Jawatan Ketua Anak Negeri di Sabah: Satu Perspektif Sejarah (Jurnal), Sosiohumanika 2 (2). Nik Abdul Rashid, Sejarah Perundangan Islam Di Sabah, Dalam Seminar Sejarah dan Masyarakat Sabah, Kota Kinabalu: Yayasan Sabah-Persatuan Sejarah Malaysia. Sabihah Osman et al., 2008, Institusi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah: Fungsi, Peranan dan Biografi, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

13

Sabihah Osman, 1985, Pentadbiran Peribumi Sabah 1881-1941, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Siti Aidah Hj. Lokin, 2007, Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963), Kota Kinabalu; Universiti Malaysia Sabah. Koleksi Peribadi Haji Ibnu Sarin, Asal Usul Masyarakat Bajau Kubang; Salahsilah Pentadbiran Bajau Kubang.

14

You might also like