You are on page 1of 26

PSZ 19:16 (Pind.

1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


JUDUL : MASALAH DAN HALANGAN PENGGUNAAN KONTRAK PARTNERING DI MALAYSIA SESI PENGAJIAN : 2004/2005

Saya

HELMI BIN HASAN (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. 2. 3. 4. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. ** Sila tandakan (9 )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TERHAD

TIDAK TERHAD Disahkan oleh,

_________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat tetap: LOT 10 JALAN 3/6H, BANDAR BARU BANGI, 43650 SELANGOR. Tarikh : 19 MAC 2005 CATATAN : *

_________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)

DR. AMINAH BT MD YUSOF Nama Penyelia

Tarikh : 19 MAC 2005

Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Pengurusan Pembinaan)

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh

: : :

___________________________ DR. AMINAH BT MD YUSOF 1 19 MAC 2005 .

MASALAH DAN HALANGAN PENGGUNAAN KONTRAK PARTNERING DI MALAYSIA

HELMI BIN HASAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Pengurusan Pembinaan)

Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2005

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

_______________________________ HELMI BIN HASAN 19 MAC 2005 1 .

Nama Penulis : Tarikh :

iii

BUAT YANG TERISTIMEWA AYAH DAN IBU

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, maka dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan sebaik mungkin yang termampu saya berikan.

Di sini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih saya kepada penyelia projek, Dr. Aminah binti Md. Yusof atas segala bentuk bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang tidak jemu-jemu diberikan kepada saya demi memastikan projek ini dapat disiapkan dengan jayanya dan secara tidak langsung melatih diri saya supaya lebih berdisiplin dan berdikari dalam melakukan sebarang kerja. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah turut membantu memudahkan kerja-kerja saya.

Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian semua kerana tanpa bantuan kalian, saya sebagai insan yang lemah sudah tentu tidak dapat menyiapkan projek ini seperti yang terhasil sekarang. Insya-Allah.

Wassalam..

HELMI BIN HASAN

ABSTRAK

Industri pembinaan merupakan sebuah industri yang penting bagi sesebuah negara memandangkan industri ini menjadi pengukur kejayaan bagi sesebuah negara di mata dunia. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai bentuk risiko dalam sesebuah projek yang boleh melemahkan industri ini daripada terus membangun. Oleh sebab ini, kaedah pengurusan risiko yang baik perlu digunakan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam industri ini. Kontrak Partnering sebagai salah satu alternatif kepada lain-lain kaedah perolehan projek seperti Kontrak Tradisional, Kontrak Pengurusan, Kontrak Pengurusan Pembinaan, Kontrak Reka Bina serta Kontrak Bina Kendali dan Pindah (BOT) sedang giat digunakan secara meluas di kalangan negara-negara membangun pada masa kini kerana kontrak ini dikatakan dapat mengatasi pelbagai masalah yang melanda industri ini di masa kini. Namun di sebalik pelbagai kebaikan Kontrak Partnering, kita dapati penggunaan kontrak ini masih lagi kecil di Malaysia disebabkan oleh beberapa masalah seperti salah faham terhadap konsep partnering, tahap komitmen yang tidak setara dan tiadanya pengalaman dalam Kontrak Partnering oleh pihak-pihak dalam sesebuah projek. Atas sebab ini, projek ini akan membuat kajian terhadap masalah dan halangan penggunaan Kontrak Partnering di Malaysia menggunakan kedua-dua kaedah literatur dan kaedah empirikal. Kajian ini juga akan membuat penentuan kedudukan berdasarkan tahap kritikal terhadap masalah-masalah ini bagi memudahkan usaha-usaha mengatasi masalah ini di masa hadapan. Menggunakan kaedah Analisis Relatif Indeks dan Analisis Frekuensi, kajian ini mendapati bahawa faktor utama yang menghalang penggunaan Kontrak Partnering di Malaysia ialah pihak-pihak dalam sesebuah projek risau sekiranya penggunaan Kontrak Partnering akan menjejaskan nama baik syarikat mereka sekiranya rakan partnering mereka membuat kesilapan atau menyalahgunakan hubungan partnering.

vi

ABSTRACT

Construction industry is an important industry that initiates the development of a country. The development of a country is further used as a parameter to determine the success of the country. However, there were a wide range of risks that can stop the development of this industry that needs to be take care of immediately. Therefore, it is important that these risks to be manage by the participants of this industry. One way of managing these risks is by using the variety choice of project procurement by the industry participants. Partnering Contract as additional to other project procurement methods such as Traditional Contract, Management Contract, Construction Management Contract, Design and Built Contract and Built Operate and Transfer Contract has been widely used in some developed countries because of the contracts ability to overcome many problems attached to this industry. However, despite the advantages on partnering there seems to be less tendency of applying this contract due to reasons such as misunderstanding the concepts of partnering, uneven levels of commitment and lack of experience in the partnering approach by the project participants. For this reason, this study will provide the findings done by both literature and survey about the problems and barriers of implementing partnering in Malaysia. It also attempts to categorize the problems based on their critical level to ease the future attempt to overcome with these problems. By using the relative index and frequency analysis, the survey indicates that the most critical problem to implement partnering in Malaysia is the project parties refrained from establishing closer relationship to one another to avoid possible allegations of corruption.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PERAKUAN PELAJAR DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN

ii iii iv v vi vii xiii xiv xv

BAHAGIAN SATU PENDAHULUAN

BAB I PENDAHULUAN

1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5

Pengenalan Pernyataan Masalah Objektif Kajian Skop Kajian Kepentingan Kajian Metodologi Kajian

1 2 3 3 4

viii

1.5.1 1.5.2 1.5.3 1.5.4 1.5.5 1.6

Pengenalan Peringkat Pertama Peringkat Kedua Peringkat Ketiga Rumusan

4 5 5 6 7 8

Hipotesis Kajian

BAHAGIAN DUA KAJIAN LITERATUR

BAB II PENGURUSAN RISIKO MELALUI KAEDAH PEROLEHAN PROJEK

2.0 2.1

Pengenalan Pengurusan Risiko Projek 2.1.1 2.1.2 2.1.3 Definisi Risiko Risiko Dalam Pembinaan Jenis-jenis Risiko Dalam Industri Pembinaan 2.1.3.1 Risiko Akibat Faktor Dalaman 2.1.3.2 Risiko Akibat Faktor Luaran 2.1.4 Pengurusan Risiko Dalam Industri Pembinaan

10 10

11 13 13 16

2.2 2.3

Kaedah Perolehan Projek Kontrak Tradisional 2.3.1 2.3.2 2.3.3 Konsep Kontrak Tradisional Kebaikan Kontrak Tradisional Keburukan Kontrak Tradisional

17 18 19

2.4

Kontrak Pengurusan 2.4.1 2.4.2 Konsep Kontrak Pengurusan Tanggungjawab Kontraktor Pengurusan 20 21

ix 2.4.3 2.4.4 2.5 Kebaikan Kontrak Pengurusan Keburukan Kontrak Pengurusan 23 24

Kontrak Pengurusan Pembinaan 2.5.1 2.5.2 2.5.3 2.5.4 Konsep Kontrak Pengurusan Pembinaan Tanggungjawab Pengurus Pembinaan Kebaikan Kontrak Pengurusan Pembinaan Keburukan Kontrak Pengurusan Pembinaan 25 26 29 30

2.6

Kontrak Reka Bina 2.6.1 2.6.2 Konsep Kontrak Reka Bina Kontrak Turnkey 2.6.2.1 Konsep Kontrak Turnkey 2.6.2.2 Kebaikan Kontrak Turnkey 2.6.2.3 Keburukan Kontrak Turnkey 2.6.3 Kontrak Fast Tracking 2.6.3.1 Konsep Kontrak Fast Tracking 2.6.3.2 Kebaikan Kontrak Fast Tracking 2.6.3.3 Keburukan Kontrak Fast Tracking 34 36 37 32 33 34 31

2.7

Kontrak Bina, Kendali dan Pindah (BOT) 2.7.1 2.7.2 2.7.3 Konsep Kontrak BOT Kebaikan Kontrak BOT Keburukan Kontrak BOT 38 39 41 42 42

2.8 2.9

Kontrak Partnering Kesimpulan

BAB III PARTNERING SEBAGAI KAEDAH PEROLEHAN PROJEK

3.0 3.1 3.2

Pengenalan Definisi Partnering Sejarah dan Latarbelakang Partnering

44 45 46

x 3.3 Konsep Partnering 3.3.1 3.3.2 3.4 Elemen-elemen Partnering Pengukuran Kejayaan Sesebuah Projek Partnering 49 50

Amalan Partnering Dalam Industri Pembinaan 3.4.1 Proses Pembentukan Partnering 52

3.5

Kebaikan dan Keburukan Kontrak Partnering 3.5.1 3.5.2 Kebaikan Kontrak Partnering Keburukan Kontrak Partnering 55 57

3.6

Masalah dan Halangan Pembentukan Partnering 3.6.1 3.6.2 3.6.3 3.6.4 3.6.5 3.6.6 3.6.7 3.6.8 3.6.9 Salah Faham Terhadap Konsep Partnering Masalah Perhubungan Halangan Budaya Komitmen Yang Tidak Setara Masalah Komunikasi Tiada Kemajuan Yang Berterusan Penyelesaian Masalah Yang Tidak Efisyen 59 59 61 61 62 62 62

Usaha Meneruskan Hubungan Yang Tidak Mencukupi 63 Hubungan Yang Memburukkan Nama Baik Syarikat 63 64 66

3.6.10 Pengelasan Kepada Bentuk Halangan 3.7 Kesimpulan

BAHAGIAN TIGA ANALISIS DATA

BAB IV PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS AWAL

4.0 4.1

Pengenalan Pengumpulan Data 4.1.1 4.1.2 Reka bentuk Borang Soal Selidik Pengedaran Borang Soal Selidik

67

69 71

xi 4.1.3 4.2 Masalah Yang Dihadapi 72

Kaedah Analisis Data 4.2.1 4.2.2 4.2.3 Kaedah Relatif Indeks Kaedah Analisis Frekuensi Penentuan Kedudukan (Ranking) 74 75 76

4.3

Analisis Awal 4.3.1 4.3.2 4.3.3 Maklumat Berdasarkan Proses Pengumpulan Data Latarbelakang Responden Latarbelakang Organisasi Responden 77 78 81 83

4.4

Kesimpulan

BAB V ANALISIS TERPERINCI MASALAH PENGGUNAAN KONTRAK PARTNERING

5.0 5.1 5.2

Pengenalan Analisis Jenis Kaedah Perolehan Projek Yang Digunakan Analisis Penggunaan Kontrak Partnering 5.2.1 Penggunaan Kontrak Partnering Oleh Responden

85 86

90

5.3

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Kontrak Partnering 91

5.4

Masalah Dan Halangan Penggunaan Kontrak Partnering di Malaysia 5.4.1 Masalah Kritikal Penggunaan Kontrak Partnering di Malaysia 5.4.2 Masalah Sederhana Kritikal Penggunaan Kontrak Partnering di Malaysia 5.4.3 Masalah Kurang Kritikal Penggunaan Kontrak Partnering di Malaysia 103 106 99 97

5.5

Kesimpulan

xii BAHAGIAN EMPAT KESIMPULAN

BAB VI KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.0 6.1

Pengenalan Penilaian Objektif-objektif Kajian 6.1.1 6.1.2 6.1.3 Penilaian Objektif Kajian 1 Penilaian Objektif Kajian 2 Penilaian Objektif Kajian 3

108

109 112 114 116 118 119

6.2 6.3 6.4

Kesimpulan Cadangan Cadangan Kajian Selanjutnya

RUJUKAN LAMPIRAN

121

xiii

SENARAI JADUAL

JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

4.1

Maklumat Proses Pengumpulan Data

78

5.1

Jenis Kaedah Perolehan Projek Yang Pernah Digunakan Oleh Responden 86 89 89 90 92 95

5.2 5.3 5.4 5.5 5.6

Pemahaman Responden Tentang Konsep Partnering Bilangan Kontrak Partnering Yang Pernah Dijalankan Hubungan Partnering Yang Dibentuk Oleh Kontraktor Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Projek Partnering Masalah Dalam Penggunaan Kontrak Partnering

xiii

xiv

SENARAI RAJAH

RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

1.1 2.1 2.2 2.3

Carta Alir Metodologi Kajian Struktur Organisasi Bagi Kontrak Tradisional Struktur Organisasi Bagi Kontrak Pengurusan Struktur Organisasi Bagi Kontrak Pengurusan Pembinaan

7 18 21

29 32 38 51 54 64

2.4 2.5 3.1 3.2 3.3 4.1

Struktur Organisasi Bagi Kontrak Reka Bina Proses Pelaksanaan Kontrak BOT Segitiga Partnering Proses Pembentukan Partnering Masalah Pelaksanaan Partnering Peratusan Jenis Penglibatan Responden Dalam Industri Pembinaan

79

4.2

Peratusan Tahap Pengalaman Responden Dalam Industri Pembinaan 80 81 82 105

4.3 4.4 5.1

Maklumat Kedudukan Organisasi Responden Peratusan Jenis Organisasi Responden Yang Terlibat Pengelasan Masalah Penggunaan Kontrak Partnering

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

Borang Soal Selidik

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Meskipun masyarakat Malaysia hari ini boleh mendabik dada dengan identiti sebagai salah sebuah negara membangun, namun tidak dapat dinafikan bahawa kita masih ketinggalan dari segi ekonomi dan pembangunan jika hendak dibandingkan dengan negara membangun dan negara maju yang lain. Ini kerana berbanding dengan negara-negara tersebut, industri pembinaan mereka menyumbang kira-kira kepada 10% kepada pertumbuhan ekonomi negara sedangkan negara kita hanya menyumbang kepada 5% kepada pertumbuhan ekonomi negara sejak beberapa dekad lalu. Pelbagai usaha dijalankan dan bermacam kaedah digunakan namun kadar pembangunan masih di takuk lama. Malah, kemerosotan dalam industri ini didapati semakin meruncing dengan kehadiran risiko dan ketidaktentuan yang terdapat di dalam industri ini. Antara alternatif yang boleh dijalankan ialah menjana kepakaran di kalangan kontraktor iaitu dengan berkongsi maklumat, teknologi, kepakaran dan sebagainya. Kaedah pengendalian projek juga boleh dipelbagai supaya tidak hanya menggunakan Kaedah Tradisional tetapi menggunakan kaedah seperti Kaedah Reka Bina, Kaedah Pengurusan Pembinaan dan Kaedah Bina,Kendali dan Pindah (BOT) mengikut kesesuaian projek. Hal ini dapat disaksikan sendiri pada

2 negara-negara maju seperti Amerika Syarikat yang gemar mempelbagaikan kaedah pengendalian projek mereka mengikut kesesuaian bagi meningkatkan mutu sesuatu projek dan menambah kepakaran yang ada. Melalui pendekatan ini, mereka bukan sahaja dapat meningkatkan taraf industri pembinaan malah turut meningkatkan mutu syarikat-syarikat swasta di negara mereka.

1.1 Pernyataan Masalah

Konsep partnering bukanlah sesuatu yang baru dalam industri pembinaan. Malahan, sejak hampir dua dekad lalu konsep partnering telah diakui sebagai pendekatan yang inovatif dalam perolehan projek dalam industri pembinaan. Pelbagai artikel dan jurnal telah dikeluarkan serta pelbagai program dijalankan bagi menggalakkan kontraktor menceburi industri pembinaan ini melalui kaedah partnering. Terdapat banyak faedah yang dapat diterima oleh kesemua pihak yang terlibat secara serentak yang digelar keadaan menang-menang iaitu kepada klien, kontraktor dan keseluruhan industri pembinaan di Malaysia secara amnya. Keadaan ini terbukti berdasarkan pelbagai kejayaan projek yang terdapat di negara-negara maju. Namun demikian, mengapakah pelaksanaan konsep partnering ini adalah terlalu sedikit diamalkan di Malaysia? Apakah faktor yang menghalang kontraktor di negara ini daripada mengamalkan partnering sesama mereka? Dan apakah pula yang dapat diusahakan bagi mempromosikan penggunaan Kontrak Partnering ini di kalangan kontraktor? Justeru, adalah amat penting untuk kita mengkaji masalah ini bagi mengetahui sejauh manakah konsep partnering ini mampu dijalankan di negara kita dan sejauh manakah keberkesanan konsep partnering ini.

3 1.2 Matlamat dan Objektif Kajian

Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah yang menghalang pelaksanaan Kontrak Partnering di Malaysia. Dalam mencapai matlamat ini, beberapa objektif dikenalpasti bagi memudahkan pelaksanaan kajian dan menetapkan hala tuju kajian supaya matlamat utama kajian dapat difokuskan. Antara objektif yang digariskan untuk kajian adalah:

Mengenalpasti jenis-jenis kaedah perolehan projek yang diamalkan di Malaysia sebagai salah satu langkah kaedah pengurusan risiko projek. Mengenalpasti Kontrak Partnering dalam sesebuah projek pembinaan. Mengkaji dan mengenalpasti sebab-sebab yang boleh menghalang kepada pelaksanaan Kontrak Partnering di Malaysia.

1.3 Skop Kajian

Skop kajian yang dibuat adalah untuk memfokuskan kajian supaya menepati objektif kajian dan menjadikan kajian mengenai partnering menjadi lebih relevan dengan suasana sektor pembinaan di Malaysia, khasnya. Skop kajian bertumpu kepada segala aktiviti dalam pembinaan yang berpotensi dalam menggunakan kaedah partnering dan merangkumi perkara-perkara berikut:

Kawasan kajian melibatkan projek-projek pembinaan yang dibuat di sekitar negeri Johor, Selangor dan Kuala Lumpur. Responden terdiri daripada kesemua pihak yang terlibat pembinaan di Malaysia Kajian yang dibuat adalah bertumpu kepada masalah pelaksanaan Kontrak Partnering di Malaysia. dalam industri

4 1.4 Kepentingan Kajian

Penyelidikan yang dilakukan ini adalah amat penting kerana hasil daripada kajian ini boleh dijadikan rujukan bagi semua pihak untuk mengenali dengan lebih dekat penggunaan Kontrak Partnering sebagai salah satu kaedah perolehan projek. Pemilihan kaedah partnering juga merupakan salah satu kaedah pengurusan risiko. Oleh itu, kajian ini amat penting supaya pihak klien, kontraktor, konsultan dan pihak berkuasa dapat mengetahui kelebihan dan kekurangan kaedah partnering sebelum menggunakannya dalam projek mereka berbanding penggunaan kaedah perolehan projek yang lain. Kajian ini juga turut mengkaji masalah yang menghalang pelaksanaan konsep partnering di negara kita dan cara mengatasinya. Sekiranya konsep partnering ini didapati berjaya dan berkembang dengan baik di negara kita, maka kita tidak seharusnya ketinggalan mengetahui kebaikan yang mungkin diperoleh sekiranya Kontrak Partnering digunakan secara meluas di negara kita.

1.5 Metodologi Kajian

1.5.1 Pengenalan

Metodologi kajian ini dibuat sebagai jaminan prosedur-prosedur yang digunakan bagi mencapai matlamat kajian adalah dijalankan secara berkesan dan sistematik. Dengan ini, keputusan kajian yang diperoleh boleh diakui keaslian dan kesahihannya. Selain itu, maklumat dan data-data yang diperoleh juga dapat dipastikan berada di dalam skop kajian dan sejajar dengan objektif-objektif kajian yang telah ditetapkan.

5 Kajian yang dibuat dibahagikan kepada tiga peringkat. Pada peringkat pertama, maklumat dikumpulkan melalui sumber sekunder yang merupakan pengamatan daripada hasil-hasil penulisan seperti buku-buku rujukan yang diperoleh di perpustakaan, jurnal, artikel, tesis-tesis lepas dan bahan penulisan di internet. Peringkat kedua pula menyaksikan pengumpulan maklumat dan data melalui penggunaan sumber primer iaitu pencarian maklumat secara terus dengan kajian seperti temuramah dan soal selidik. Pada peringkat ketiga pula analisis data dibuat bagi mendapatkan hasil sebenar kajian.

1.5.2 Peringkat Pertama

Pada peringkat ini, kajian literatur dijalankan bagi membantu penyelidik memahami dengan lebih jelas tentang bidang kajian dan segala maklumat yang berkaitan dengannya. Melalui pemahaman ini, hala tuju kajian yang bakal dibuat dapat ditentukan supaya menepati kehendak kajian. Selain itu, kajian literatur ini juga digunakan bagi membantu dalam penyediaan borang soal selidik dan penyediaan soalan temuramah yang akan dilaksanakan di peringkat kedua nanti. Hasil maklumat yang diperoleh daripada bahan-bahan penulisan ini akan dikumpul, disusun dan diterangkan dalam Bab 2 dan Bab 3 nanti.

1.5.3 Peringkat Kedua

Melalui peringkat kedua, terdapat dua sumber yang akan digunakan bagi mendapatkan maklumat yang berhubung secara terus dengan kehendak kajian. Sumber yang pertama ialah penggunaan borang soal selidik. Kaedah ini dipilih kerana maklumat yang diperoleh merupakan maklumat sebenar yang diperlukan bagi

6 mencapai matlamat kajian. Selain itu, kaedah ini juga memperuntukkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai pihak yang menepati suasana sebenar industri pembinaan di negara kita yang tidak diberikan dalam mana-mana hasil penulisan sebelum ini. Penerangan terperinci mengenai penyediaan, pengedaran dan maklumbalas soal selidik akan dibuat dalam Bab 4 nanti.

Pengumpulan maklumat melalui temuramah juga digunakan semasa di dalam peringkat ini. Sesi temuramah yang dijalankan adalah dibuat kepada pihak-pihak kontraktor, klien, pihak berkuasa, jurutera dan lain-lain ahli professional yang berpengalaman dalam industri pembinaan di negara kita ini.

1.5.4 Peringkat Ketiga

Di dalam peringkat ini, analisis data dibuat bagi mengkaji data-data yang diperoleh, membuat susunan data, memastikan data-data mengikut bentuk (pattern) yang seragam dan memenuhi kehendak kajian. Peringkat analisis data ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan analisis awalan data yang merupakan analisis data-data yang terlibat secara tidak langsung dengan matlamat kajian seperti maklumat-maklumat mengenai responden dan sebagainya. Analisis awalan ini akan dibuat dalam Bab 4, bersama-sama dengan penerangan mengenai kaedah pengumpulan data. Bahagian kedua analisis pula merupakan analisis terperinci maklumbalas yang telah diberikan oleh responden-responden melalui data-data yang terlibat secara langsung dengan matlamat kajian. Analisis terperinci ini akan dibuat dalam Bab 5 nanti. Analisis terperinci yang dibuat akan turut memuatkan hujah-hujah yang dirasakan sesuai bagi menyokong atau membangkang keputusan analisis yang diperoleh. Hal ini dibuat bagi memastikan kesahihan keputusan analisis yang diperoleh supaya lebih bersandarkan logik dan menolak sebarang keputusan analisis yang dirasakan tidak relevan.

Setelah analisis data dijalankan, kesimpulan dibuat berdasarkan analisis data yang diperoleh bagi merumuskan hasil yang diperoleh daripada kajian. Sebagai sokongan kepada kesimpulan yang dibuat, data-data yang telah disusun dipersembahkan dalam bentuk carta, graf atau jadual. Terdapat dua kaedah yang akan digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh iaitu menggunakan Kaedah Relatif Indeks dan Kaedah Analisis Frekuensi atau Kekerapan. Penerangan mengenai kaedah pengiraan dan kegunaan kaedah ini akan turut diterangkan dengan lebih mendalam dalam Bab 4 nanti.

1.5.5 Rumusan

Sebagai kesimpulan, kaedah yang digunakan dalam usaha memperoleh hasil kajian adalah seperti berikut:Mengenalpasti Objektif dan Skop Kajian

Kajian Literatur

Sumber Sekunder o o Buku Rujukan Jurnal Internet Tesis Lepas Artikel

Sumber Primer o o Temuramah Soal Selidik

Pengumpulan Maklumat dan Data

o o o

Analisis Maklumat dan Data

Membuat Kesimpulan

Rajah 1.1 Carta Alir Metodologi Kajian

8 1.6 Hipotesis Kajian

Masalah pelaksanaan partnering di Malaysia mungkin adalah kerana keadaan industri pembinaan yang berbeza di negara kita berbanding dengan negaranegara maju seperti Amerika Syarikat. Di negara kita, organisasi-organisasi yang terlibat dalam industri ini kurang cenderung memilih Kontrak Partnering sebagai kaedah perolehan projek mereka kerana mereka merasakan amat sukar untuk mempercayai sesama mereka memandangkan kebanyakan mereka mempunyai hubungan yang bertentangan. Apabila satu pihak menang, pihak yang satu lagi akan tewas. Mereka juga kurang cenderung untuk mencuba menggunakan satu kaedah yang kurang diamalkan di negara ini dan belum terbukti keberkesanannya di negara ini. Ini kerana dalam industri pembinaan, risiko dan ketidaktentuan adalah suatu parameter penting yang boleh mengakibatkan seseorang kontraktor atau klien terutamanya menanggung kerugian yang amat besar.

BAB II

PENGURUSAN RISIKO MELALUI KAEDAH PEROLEHAN PROJEK

2.0 Pengenalan

Projek pembinaan adalah sebuah kerja yang kompleks, menelan belanja dan masa yang besar, serta melibatkan terlalu ramai pihak dalam proses pelaksanaannya. Atas sebab ini, sesebuah projek pembinaan terdedah kepada pelbagai risiko dan ketidaktentuan yang menyukarkan proses pengurusan terutama apabila membuat sesebuah keputusan yang kritikal. Oleh itu, seperti yang diterangkan dalam Bab 1 sebelum ini, bab ini akan membincangkan tentang kaedah pengurusan risiko dan memberi penekanan kepada pemilihan kaedah perolehan projek sebagai salah satu kaedah pengurusan risiko. Ini bertujuan memberi pembaca gambaran yang lebih jelas tentang kajian terhadap partnering yang merupakan salah satu kaedah perolehan projek yang digunakan sebagai pengurusan risiko projek. Oleh yang demikian, bab ini diharapkan dapat memberikan pembacanya gambaran awal Kontrak Partnering sebagai salah satu kaedah perolehan projek dan pengurusan risiko sebelum kita mengkaji masalah penggunaannya dalam Bab 5 nanti.

You might also like