You are on page 1of 2

Courage doesnt always roar, Sometimes courage is the little voice at the end of the day that says,

Ill try again tomorrow.


Sejak akhir-akhir ini, beberapa kawasan telah mengalami masalah bekalan air. Masalah ini menyebabkan manusia menghadapi pelbagai kesulitan kerana air ialah keperluan utama dan sangat penting dalam kegiatan sehari-hari kita. Jelaskan kenyataan ini.
Sebagaimana yang kita sedia tahu, air meliputi dua per tiga daripada jumlah luas permukaan bumi. Air merupakan keperluan asas yang utama dalam kehidupan harian kita. Setiap hidupan sama ada mikroorganisma seperti bakteria atau virus, haiwan, tumbuhtumbuhan mahupun manusia tetap memerlukan air untuk sebab-sebab tertentu. Contohnya, air diperlukan oleh manusia sebagai minuman, untuk tujuan mandi dan mencuci. Tanpa air, kita akan mati kehausan serta tidak dapat melakukan kebanyakan kegiatan harian kita. Air yang dibekalkan ke taman-taman perumahan adalah diperoleh daripada sungai yang kemudiannya diproses dan dibersihkan di loji penapisan air. Di samping menggunakan air sebagai minuman, manusia juga memanfaatkan air untuk hal-hal lain. Bagi golongan petani, air digunakan untuk mengairi tanam-tanaman mereka misalan padi, jagung serta sayur-sayuran seperti bayam dan ubi keledek. Secara tidak langsung, ini bermakna air memainkan peranan yang penting dalam memelihara keseimbangan alam sekitar ataupun ekosistem kita. Hal ini demikian kerana air diperlukan oleh tumbuhan hijau untuk menjalankan proses fotosintesis. Air juga dapat menyuburkan tumbuh-tumbuhan yang sedang membesar. Akan tetapi, tanpanya air, tanah-tanih menjadi kering-kontang dan proses tumbesaran tanaman akan terbantut malah tumbuh-tumbuhan akan mati. Implikasinya, hasil pengeluaran tanaman tersebut sudah pasti merosot. Seterusnya, pendapatan kaum petani turut terjejas manakala pengguna pula menghadapi situasi kekurangan bekalan bahan makanan khususnya sayur-sayuran yang segar. Sementara itu, air berfungsi sebagai pelarut dalam tubuh badan manusia. Sebanyak 75 peratus daripada kandungan badan manusia adalah terdiri daripada air. Bahan makanan seperti glukosa, karbohidrat, protein, vitamin dan garam mineral diangkut ke sel-sel dan tisu badan kita oleh air. Bahan-bahan kumuh seperti sebatian ammonia, urea, toksin dan tinja turut disingkirkan daripada sistem tubuh manusia dengan bantuan air. Tambahan lagi, air berperanan sebagai pengawal suhu atau regulator bagi badan manusia.

DARE to dream, DARE to accept defeat when things go wrong, Most importantly, DARE to stand TALL again!
Air juga memainkan peranan yang penting dalam sektor perindustrian. Air diperlukan dalam proses pengeluaran barang-barang atau produk perkilangan. Tanpa air, seluruh sistem operasi serta pemprosesan di kilang-kilang terpaksa berhenti. Pada peringkat domestik pula, air diperlukan oleh setiap individu untuk mencuci, memasak, minum dan mandi. Manusia dapat meneruskan kehidupan harian tanpa bekalan elektrik tetapi manusia sejagat langsung tidak dapat hidup tanpa bekalan air! Selain itu, air turut digunakan untuk memadamkan api demi menyelamatkan nyawa yang tidak ternilai serta harta benda semasa berlakunya musibah kebakaran. Anggota-anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat akan menghadapi masalah jikalau mereka mendapati tiada bekalan air untuk memadamkan api yang sedang marak ketika berlaku kebakaran. Dalam hal yang lain, laut dan sungai berperanan sebagai jalan air yang penting seperti Selat Melaka dan Terusan Suez manakala air terjun pula berfungsi sebagai penjana tenaga elektrik hidro yang efektif lagi efisien. Oleh sebab air begitu penting dalam kehidupan manusia, pihak berkuasa harus bijak dalam memastikan bekalan air kita senantiasa bersih, selamat untuk digunakan dan mencukupi pada setiap masa. Tanpa air, tidak akan wujud tamadun manusia. Justeru, hargailah air kerana tanpa air, segala hidupan akan pupus dari muka bumi planet ini!

Lee Zhi Ren


Tingkatan 1 Galvani Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Batu Pahat
(Selepas diubahsuai)

You might also like