You are on page 1of 9

BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

MAKSUD EKONOMI Ekonomi ialah ilmu mengkaji bagaimana manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. Kata Kunci: - sumber ekonomi yang terhad - kehendak manusia yang tidak terhad Sumber Ekonomi / Faktor Pengeluaran 1. Terdiri daripada buruh, tanah, modal, dan usahawan. **(BTMU) 2. Buruh manusia yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan. 3. Tanah sumber semula jadi yang terdapat di bumi dan di lautan. 4. Modal alat ciptaan manusia yang digunakan untuk melicinkan proses pengeluaran. 5. Usahawan individu yang menggabungkan sumber-sumber ekonomi untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. ** BTMU hanya untuk memudahkan ingatan, jangan tulis BTMU dalam peperiksaan. Sila tuliskan buruh. tanah, modal, dan usahawan. Kata Kunci: 1. Buruh tenaga fizikal dan mental 2. Tanah sumber semulajadi 3. Modal alat ciptaan manusia 4. Usahawan menggabungkan sumber-sumber ekonomi Kehendak Manusia Keinginan manusia untuk memiliki barang dan perkhidmatan.

UNIT EKONOMI / PELAKU EKONOMI 1

1. Terdiri daripada isi rumah, firma, dan kerajaan. 2. Isi rumah individu, sekumpulan individu ataupun sekeluarga yang tinggal bersama dan membuat keputusan ekonomi bersama. 3. Firma organisasi yang merancang penggunaan sumber ekonomi yang terhad untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. 4. Kerajaan pemerintah sesebuah negara. Kata Kunci: 1. Isi rumah tinggal bersama membuat keputusan ekonomi bersama 2. Firma merancang penggunaan sumber ekonomi keluarkan barang dan perkhidmatan 3. Kerajaan - pemerintah MASALAH EKONOMI 1. Terdiri daripada kekurangan, pilihan, kos lepas. 2. Masalah kekurangan berlaku disebabkan sumber ekonomi yang terhad manakala kehendak manusia tidak terhad. 3. Manusia terpaksa membuat pilihan. 4. Pilihan kedua terbaik yang tepaksa dilepaskan menjadi kos lepas. Isi Rumah Pendapatan Memaksimumkan kepuasan Kos Lepas Barang dan perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan Firma Sumber ekonomi Memaksimumkan keuntungan Keluaran / Output kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan Kerajaan Pendapatan negara Memaksimumkan kebajikan masyarakat Projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan

Kekurangan Pilihan

JENIS BARANG 1. Terdiri daripada barang percuma, barang awam dan barang ekonomi. 2. Boleh dibandingkan dari segi berikut: 2

Ciri-ciri Pengeluar Penawaran Kos Lepas Bayaran Pengecualian Contoh

Barang Percuma Tuhan / Semulajadi Tidak Terhad Tidak Wujud Tidak Perlu Tidak Ada Air Hujan, Udara, Cahaya Matahari

Barang Awam Kerajaan Terhad Wujud Tidak Perlu Tidak Ada Stesen Bas, Lampu Jalan, Jalan Raya

Barang Ekonomi Firma / Swasta Terhad Wujud Perlu Ada Baju, Kereta, Pen, Telefon Bimbit

MASALAH ASAS EKONOMI 1. Apa yang hendak dikeluarkan Penentuan jenis barang yang hendak dikeluarkan Diselesaikan berdasarkan permintaan pasaran Penentuan kuantiti barang yang hendak dikeluarkan Diselesaikan berdasarkan permintaan pasaran Penentuan kaedah / teknik pengeluaran (intensif buruh atau intensif modal) Ditentukan berdasarkan kos minimum atau kecekapan maksimum

2. Berapa yang hendak dikeluarkan -

3. Bagaimana hendak dikeluarkan -

4. Untuk siapa hendak dikeluarkan Penentuan

sasaran

pengguna

corak

agihan

barang

dan

perkhidmatan
Diselesaikan berdasarkan corak agihan pendapatan / kuasa beli masyarakat

CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI Ciri-ciri Milikan Sumber Kapitalis Perancangan Pusat Campuran Islam Isi rumah dan firma bebas Kerajaan sahaja yang Isi rumah dan firma bebas Tuhan memiliki sumber. memiliki sumber. memiliki sumber. memiliki sumber dengan Manusia kawalan kerajaan. Pilihan Isi rumah dan firma bebas Kerajaan membuat pilihan. sahaja yang Isi rumah dan firma bebas Isi rumah dan firma bebas membuat pilihan dengan membuat kawalan kerajaan. undang-undang halal hukum kerajaan. Pembuat Keputusan Isi rumah dan firma bebas Kerajaan membuat keputusan. sahaja yang Isi rumah dan firma bebas Isi rumah dan firma bebas membuat undang kerajaan. keputusan membuat keputusan yang dengan syarak kawalan oleh hukum kerajaan. Penentuan Harga Harga ditentukan oleh Kerajaan sahaja yang Harga ditentukan oleh Harga ditentukan oleh dengan kawalan undang- halal pilihan syarak yang oleh dengan kawalan menjadi undang-undang pemegang amanah sahaja.

membuat pilihan.

membuat keputusan.

mekanisme harga.

menentukan harga.

mekanisme harga dengan mekanisme harga dengan

kawalan kerajaan. Persaingan Isi rumah dan firma bebas Tidak wujud persaingan. bersaing.

undang-undang kawalan

hukum

syarak

oleh kerajaan.

Isi rumah dan firma bebas Isi rumah dan firma bebas bersaing dengan kawalan bersaing secara adil dan undang-undang kerajaan. saksama dengan kawalan hukum kerajaan. syarak oleh

Motif

Isi

rumah

bermotifkan Kerajaan maksimum. kebajikan bermotifkan maksimum.

bermotifkan Isi

rumah

bermotifkan Mendapat bermotifkan akhirat. maksimum. bermotifkan masyarakat

keredhaan

kepuasan Firma

masyarakat kepuasan Firma keuntungan Kerajaan kebajikan maksimum.

maksimum. Tuhan di dunia dan di

keuntungan maksimum.

PENYELESAIAN MASALAH ASAS EKONOMI OLEH SISTEM EKONOMI Masalah Asas Ekonomi Apa yang hendak Kapitalis pengeluar bebas Perancangan Pusat kerajaan menentukan Campuran pengeluar bebas Islam pengeluar bebas

dikeluarkan

menentukan pengeluaran barang dan perkhidmatan mengikut kuasa permintaan pasaran.

jenis barang perkhidmatan dikeluarkan.

dan yang

menentukan pengeluaran barang dan perkhidmatan mengikut kuasa permintaan pasaran. kerajaan mengeluarkan barang awam yang tidak dikeluarkan oleh swasta.

menentukan pengeluaran barang dan perkhidmatan yang halal. kerajaan mengeluarkan barang awam yang tidak dikeluarkan oleh swasta.

Berapa yang dikeluarkan

hendak -

diselesaikan melalui mekanisme harga.

kerajaan menentukan kuantiti barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan bergantung kepada keperluan masyarakat.

diselesaikan melalui mekanisme harga. kerajaan menyediakan barang dan perkhidamtan yang tidak cukup di pasaran.

diselesaikan melalui mekanisme harga. kerajaan menyediakan barang dan perkhidamtan yang tidak cukup di pasaran.

Bagaimana keluarkan

hendak -

pengeluar bebas memilih teknik pengeluaran sama ada intensif buruh atau

kaedah pengeluaran yang paling cekap untuk mengelakkan pembaziran dan

pengeluar bebas memilih teknik pengeluaran sama ada intensif buruh atau

pengeluar bebas memilih teknik pengeluaran sama ada intensif buruh atau

intensif modal yang mana paling cekap dan meminimumkan kos untuk memaksimumkan keuntungan.

meningkatkan kebajikan masyarakat. biasanya intensif buruh dipilih untuk mengurangkan kadar pengangguran.

intensif modal yang mana paling cekap dan meminimumkan kos untuk memaksimumkan keuntungan.

intensif modal yang mana paling cekap. kerajaan campur tangan untuk memastikan pengeluar tidak mengabaikan kesan luaran negatif.

Untuk siapa dikeluarkan

diselesaikan melalui corak agihan pendapatan / kuasa beli masyarakat. kebajikan masyarakat tidak diutamakan. -

barang dan perkhidmatan diagihkan secara samarata kepada rakyat. biasanya sistem catuan akan digunakan.

diselesaikan melalui corak agihan pendapatan / kuasa beli masyarakat. kerajaan menyediakan barang awam untuk semua lapisan masyarakat. -

diselesaikan melalui corak agihan pendapatan. melalui sistem zakat, golongan kaya akan membantu golongan miskin. kerajaan juga menyediakan barang awam untuk semua lapisan masyarakat.

KEBAIKAN SISTEM EKONOMI KAPITALIS 1. Pilihan yang banyak Pengguna bebas memilih barang dan perkhidmatan yang dikehendaki. Pengeluar pula bebas mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang diminta oleh pengguna. Maka pengguna mempunyai banyak pilihan. 2. Daya usaha dan kadar kecekapan yang tinggi Firma bermotifkan keuntungan maksimum. Jadi penggunaan sumber akan menjadi cekap untuk mengelakkan pembaziran. Ini menyebabkan daya usaha dan kadar kecekpan menjadi tinggi. 3. Kemajuan teknologi Untuk memaksimumkan untung, firma akan meningkatkan inovasi teknologi supaya kos pengeluaran diminimumkan. Ini akan menggalakkan kemajuan teknologi. KELEMAHAN SISTEM EKONOMI KAPITALIS 1. Kebajikan sosial diabaikan Agihan barang dan perkhidmatan hanya untuk golongan berpendapatan tinggi sahaja. Golongan berpendapatan rendah tidak dapat menikmati barang dan perkhidmatan yang baik dan cukup. 2. Barang awam tidak disediakan Tidak ada campur tangan menyebabkan barang awam tidak disediakan. Barangbarang yang menguntungkan sahaja disediakan. 3. Wujud kos sosial Untuk memaksimumkan keuntungan, firma tidak mengambil kira kesan negatif yang akan wujud. Contohnya pencemaran. 4. Agihan pendapatan yang tidak setara Golongan berpendapatan tinggi menikmati banyak barang dan perkhidmatan. Manakala golongan berpendapatan rendah tidak mampu menikmati banyak barang dan perkhidmatan.

KEBAIKAN SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT 1. Mengutamakan kebajikan masyarakat Kerajaan bermotifkan kebajikan masyarakat maksimum. Kerajaan hanya akan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat. 2. Peruntukan sumber ekonomi yang lebih cekap Peruntukan sumber ekonomi akan dirancang sebelum sesuatu projek dijalankan. Ini dapat meminimumkan kos sosial yang mungkin berlaku. 3. Agihan pendapatan yang lebih adil Semua barang dan perkhidmatan diagihkan secara sama rata. Ini menyebabkan jurang pendapatan tidak ada atau sangat kecil. KELEMAHAN SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT 1. Masyarakat tidak mempunyai kebebasan Semua pilihan dan keputusan dibuat oleh kerajaan. Masyarakat tidak ada kebebasan untuk membuat apa-apa pilihan dan keputusan. 2. Tingkat kecekapan yang rendah Disebabkan tidak wujud persaingan, perkembangan teknologi amat rendah menyebabkan produktiviti juga rendah. 3. Mewujudkan birokrasi Semua keputusan ekonomi dibuat oleh kerajaan. Ini menimbulkan masalah ketidakcekapan, pembaziran sumber dan kelewatan melaksanakan projek kerana wujudnya birokrasi yang bertingkat-tingkat.

You might also like