You are on page 1of 2

Tweet

5
1
[Design] Belajar Terus Belajar
Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW
bersabda: Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli
(penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam
lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di
darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang
yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.
(HR al-Tarmizi, 300 hadis bimbingan oleh ustaz
Zahazan Mohamad)
Ya Allah, berkatilah usaha dan kehidupan guru-guru
kami.
Dalam Islam, dilihat dari segi sejarah dan ajarannya,
ada beberapa istilah yang digunakan mengenai guru. Antaranya ialah mu'allim, murabbi,
mu'addib dan mudarris.
Mu'allim ialah guru yang menjayakan proses penyampaian dan pembangunan ilmu dalam diri
manusia (ta'lim). Dalam al-Quran, proses ta'lim ini dimulakan sendiri oleh Allah dalam ayat yang
bermaksud: Dan Allah ajarkan kepada Adam (hakikat) segala nama.(Q.2.31) Kemuliaan Nabi Adam
dengan mendapat taklim daripada Allah. Dengan memiliki ilmu menjadikannya sebagai makhluk
paling mulia. Allah memerintahkan malaikat sujud memuliakannya, bukan sujud ibadat. Guru
sebagai mu'allim, mengajar dan mengembangkan ilmu serta menjayakannya dalam masyarakat -
satu usaha suci dan mulia. Dengan itu, kemuliaan kedudukan guru dalam sejarah dan masyarakat
Islam terjamin. Sikap memuliakan guru dan ilmu pengetahuan oleh umat Islam mendapat
sanjungan tinggi daripada Franz Rosenthal dalam bukunya Knowledge Triumphant. Beliau
berpendapat sukar untuk dicari peradaban seperti Islam yang memuliakan ilmu pengetahuan dan
guru. Kedudukan mulia diberikan kepada guru, walaupun mereka bukan berstatus ulama.
Guru dipanggil juga sebagai murabbi, iaitu guru yang mendidik (menjayakan tarbiah). Mereka
menjayakan peningkatan murid dari segi akal, rohani, jiwa dan fizikal. Mereka bertanggungjawab
membentuk murid yang memiliki peribadi yang baik. Apa yang berlaku ialah proses peningkatan
dalam diri murid. Guru yang mempunyai kemampuan sebagai murabbi - apa lagi murabbi dalam
pengertian kerohanian - dipandang mulia dalam Islam kerana mereka mempunyai keperibadian
yang mampu membawa manusia ke jalan kebaikan dan kebenaran sebagaimana yang dikehendaki
Allah dan RasulNya. Alangkah beruntung dan bahagianya masyarakat dengan adanya guru yang
bukan sahaja menyampaikan mata pelajaran kepada murid, tetapi turut meningkatkan peribadi dan
kemampuan mereka.
Guru yang berfungsi sebagai murabbi dan penuh iltizam diperlukan oleh masyarakat dan umat
Islam dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dihadapi Islam. Peradaban guru sedemikian
sifatnya mampu menyelesaikan banyak masalah.
Dalam Islam, guru juga dipanggil mursyid, iaitu guru yang membimbing, menentukan kehidupan
serta nilai yang betul. Ini memang tepat dengan tujuan dan matlamat pendidikan sebagai proses
menyampaikan kepada generasi muda, apa yang benar, baik dan unggul yang pernah diketahui,
difahami, diyakini dan diamalkan dalam peradaban manusia, khususnya Islam. Ini termasuk setiap
yang positif yang boleh dimanfaatkan daripada peradaban lain, termasuk barat. Mana-mana yang
negatif pula perlu dijauhkan.
Guru sebagai pendidik, adalah ahli ilmu yang membimbing manusia ke jalan yang betul dalam
pandangan hidup, hidup kerohanian, akhlak dan kepakaran dalam bidang ilmu yang berfaedah.
Dengan ini, dikatakan bahawa pendidikan atau irsyad itu berjalan seiring dengan matlamatnya.
Dalam Islam guru juga dipanggil muaddib, iaitu guru yang menjayakan adab. Yang dimaksudkan
dengan adab ialah semua jenis gerak-geri, sikap dan perbuatan serta nilai yang betul dan 'manis'
RAB, 16 MEI 2012 14:41 | ARWINA AMSIDOM | ZULHAFIDZ
Send
Like
106
Advertisement - IP3
Advertisement - IP4
Advertisement - IPC
[Design] 10 Sifat Terpuji
11.06.12
[Design] Hukum Dengan Hukuman Allah Swt
11.06.12
[Design] Akhlak dan Adab
30.05.12
[Design] Ingat Mati
30.05.12
[Design] Halal dan Haram
30.05.12
[Design] Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam
17.05.12
[Design] 18 Cara Merawat Hati
17.05.12
[Design] Belajar Terus Belajar
16.05.12
[Design] Selawatlah Selawatlah Selawatlah
16.05.12
[Design] Agama itu Cara Hidup
16.05.12
ARTI KEL DESI GN
LAMAN BERITA TAZKIRAH INSPIRASI PENDIDIKAN KERJAYA KELUARGA GAYA HIDUP KARYA TEKNOLOGI DESIGN FOTOGRAFI AKTIVITI

Famili Kenali Kami Iklan Facebook Twitter RSS # Hantar Artikel! #
Versi: Bahasa Melayu Rabu, 1 Ogos 2012 13 Ramadan 1433 Hijrah 918 Pembaca Online Log Masuk
[Design] Belajar Terus Belajar | iluvislam.com + discover the beauty of islam http://www.iluvislam.com/design/wallpaper/4576-design-belajar-terus-be...
1 of 3 8/1/2012 10:01 AM
dalam hubungan dengan semua pihak, bermula dengan Tuhan, orang tua, ibu, bapa, guru, rakan dan
seterusnya. Inilah konsep adab yang menyeluruh dan luas yang disebutkan oleh Nabi Muhammad saw.
dalam hadis yang lebih kurang bermaksud: Tuhanku menjayakan pendidikan adab dalam diriku dan Dia
sempurnakan pendidikan adab itu.
Adab dalam pengertian yang menyeluruh dan mendalam inilah yang dimaksudkan oleh al-Mawardi
dalam kitabnya Adabud-Dunya wad Din (Adab hidup dunia dan hidup beragama). Kita boleh lihat
bagaimana pendidikan tidak terpisah daripada adab atau akhlak yang tinggi. Pendidikan yang dijayakan
oleh guru yang beradab kepada murid adalah pendidikan yang unggul. Ia memang diharapkan melihat
kepada pelbagai masalah akhlak dan moral yang dihadapi sekarang.
Kepentingan akhlak diberi penekanan yang wajar oleh Islam. Sebab itu Nabi Muhammad saw. bersabda
lebih kurang maksudnya: Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Dan Allah memuji
Nabi Muhammad saw. dengan menyebut peribadinya yang agung dalam ayat yang kira-kira bernaksud:
Sesungguhnya tuan hamba mempunyai peribadi yang agung (Q.4)
Kita boleh bersetuju dengan pemikir barat mengenai peradaban dan moral. Albert Schweitzer dalam
bukunya Civilization and Ethics menyebut, kualiti sesuatu peradaban itu terletak pada keberadaban
tenaga moral dalam peradaban itu. Adanya guru yang beradab dan memberi pendidikan adab kepada
murid selain mendidik ilmu, adalah penyelesai banyak masalah yang dihadapi masyarakat.
Akhirnya guru digelar dalam Islam sebagai mudarris, iaitu mereka yang mengajar mata pelajaran
kepada pelajar. Guru sebagai mu'allim, murabbi, muaddib dan mursyid adalah kualiti yang perlu
diusahakan bersama supaya ia muncul di kalangan kita dan dengan itu banyak masalah akan selesai.
Dalam peradaban Islam, ulama dan guru yang mempunyai fungsi menjayakan budaya ilmu dalam Islam
berpandukan keimanan dan ketaqwaan. Mereka juga menjayakan kemahiran untuk umat, dengan itu
golongan yang diajar menjadi umat yang unggul, menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran
dan beriman kepada Allah. Mereka menjadi ustazaul'alam. Dengan ini manusia mendapat hasanah di
dunia ini dan hasanah di akhirat.
Tugas utama bagi guru ialah membentuk pandangan hidup yang betul dalam bentuk akidah Ahli Sunnah
wal-Jamaah. Pandangan hidup ini mengajar manusia hubungan yang betul dan tepat sesama manusia,
Tuhan, alam dan kehidupan serta pengabdian manusia kepada Tuhan. Manusia menyempurnakan
hidupnya di dunia demi untuk mencapai kebaikan dan kesempurnaan dalam alam yang kekal abadi.
Masalah pandangan hidup dan akidah adalah masalah pokok.
- - = ' - =' ' - -' ` . =' = - ` - ' ` ' = - = _ - `
` ' - -, , ' = ' ' ' - , - _ ' = . , -
Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, Yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan
(untuk mengurus berbagai macam urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua,
tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaan-Nya apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(Surah Al-Fatir 35: Ayat ke 1)

Download Wallpaper Dengan Pelbagai Saiz

[Design] Belajar Terus Belajar | iluvislam.com + discover the beauty of islam http://www.iluvislam.com/design/wallpaper/4576-design-belajar-terus-be...
2 of 3 8/1/2012 10:01 AM

You might also like