You are on page 1of 5

PRAKATA

Perkembangan Sistem Pendidikan mengalami pelbagai inovasi dalam menentukan hala tujunya selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Modul ccontoh soalan Penilaian Berasakan Sekolah PBS bagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan tingkatan 2 . Ia juga ruang dan panduan kepada guru untuk memberikan latihan dan ujian kepada para pelajar selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun dalam memartabatkan hasrat tersebut pelbagai strategi dan perubahan dalam peperiksaan PBS perlu diterapkan. Antaranya ialah dengan pendekatan membangunkan penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum. Diharapkan modul ini dapat memberikan input kepada guru dalam mencari penyelesaian dalam memberikan contoh soalan PBS kepada pelajar.

Disediakan oleh: MOHD ZAIN BIN ABU

PENGHARGAAN

Syukur ke Hadrat Ilahi. Atas kesungguhan dan sokongan yang konsisten merupakan faktor dominan penyempurnaan modul yang dibina. Dengan berbekalkan rasa kesyukuran, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk melafazkan jutaan terima kasih kepada guru-guru Sivik dan Kewarganegaraan seluruh Negeri Sembilan yang banyak menyumbang idea-idea yang bernas. Sepanjang perlaksanaan modul ini, pelbagai halangan dan rintangan Selain itu, perkongsian ilmu pengetahuan daripada pendidikan yang lain telah membolehkan kami menyiapkan kajian saya mengikut jangka masa yang ditetapkan. Seterusnya, sekalung penghargaan ditujukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Teknikal yang telah menyumbangkan maklumat-maklumat kepada saya. Tidak lupa juga, ribuan terima kasih disampaikan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Johor kerana memberi kebenaran menjalankan kajian ini. Akhirnya saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sepejuangan kami yang sentiasa memberi sokongan moral dalam menjayakan kajian ini.

PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

TAFSIRAN o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu. o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistic tentang individu. o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran. o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan dicapai. o Evidens : Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor. Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain. o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain.

KERANGKA STANDARD PRESTASI BAND 1 2 3 4 5 6 STANDARD Tahu Tahu dan Faham Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

TAFSIRAN BAND Band 1 2 3 4 5 Pernyataan Band TAHU TAHU DAN FAHAM TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI Tafsiran Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas ataumemberikan respons kepada perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi ataumenterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

You might also like