Professional Documents
Culture Documents
TAJUK
OLEH:
KELOLAAN:
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tajuk
Nama Penyelidik
Alamat Sekolah
Bahasa Melayu Klasik merupakan Bahasa Melayu Kuno yang mengalami banyak perubahan
dan dipengaruhi oleh Bahasa Arab. Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik yang panjang, berulang
dan berbelit-belit menyebabkan pelajar generasi kini sukar memahami dan mengaplikasi
kosa kata Bahasa Melayu Kalsik dalam penulisan. Justeru, perancangan kajian ini adalah
untuk mempertingkatkan kefahaman pelajar tingkatan lima terhadap petikan Melayu klasik
dalam mata pelajaran Sastera Melayu dengan menggunakan kaedah ‘Think Pair Share’
(TPS).
Masalah / Fokus Kajian
Masalah yang sering pelajar hadapi ialah apabila mereka sukar memahami petikan bahasa
Melayu klasik akibat ketidakfahaman pelajar terhadap beberapa perkataan dalam petikan
tersebut. Sebagai contoh, arakian, alkisah, hatta dan lain-lain. Kajian ini memfokus kepada
permasalah pelajar terutamanya pelajar tingkatan lima dalam memahami kosa kata klasik.
Rasional Kajian
Rasional kajian ini dijalankan kerana pelajar tingkatan lima masih lagi tidak dapat menguasai
dan memahami Bahasa Melayu Klasik serta sering gagal di dalam ujian apabila menjawab
soalan yang melibatkan perkataan-perkataan kosa kata klasik.
Objektif Kajian
• Untuk meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar tingkatan lima dalam Bahasa Melayu
Klasik dengan menggunakan kaedah ‘think pair share’.
• Untuk membantu pelajar menguasai kosa kata klasik dan mengaplikasikannya dalam
penulisan.
• Untuk menyelidik faktor-faktor yang menyokong dan menghalang usaha-usaha
membantu pelajar-pelajar lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu Klasik.
Metodologi Kajian
a) Reka bentuk kajian
Penyelidikan ini akan menggunakan kaedah Kajian Tindakan dengan berdasarkan
pelan tindakan lima peringkat langkah:
Peringkat Langkah Pertama : Tinjauan isu dan masalah yang dikaji iaitu
masalah pemahaman petikan Melayu klasik
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Peringkat Langkah Kedua : Perancangan menggunakan kaedah
pembelajaran “Think Pair Share” ke atas
pelajar.
Peringkat Langkah Ketiga : Pelaksanaan Tindakan.
Peringkat Langkah Keempat : Pemerhatian Tindakan
Peringkat Langkah Kelima : Refleksi / Renungan dan penilaian kendiri.
b) Sasaran Kajian
Guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan, 18500
Machang, Kelantan Darul Naim dan pelajar tingkatan 5.
c) Batasan Kajian
Petikan yang ditekankan dalam kajian dibataskan kepada aspek berikut:
(i)Ayat
(ii)Ayat yang panjang, berulang dan berbelit-belit.
(iii)Mempunyai banyak ayat pasif.
(iv)Menggunakan bahasa istana.
(v)Banyak menggunakan partikel ”pun” dan ”lah.
(vi)Kosakata klasik seperti Ratna Mutu Manikam, Edan Kesmaran (Mabuk
Asmara) dan Masyghul (Bersedih).
Kepentingan Kajian
PERKARA ANGGARAN
Kertas dan bahan penyelidikan penyelidik dari perancangan
RM 200.00
awal sehingga merefleks.
Perjalanan : Ke Pusat Sumber, Perpustakaan Awam dan
RM 300.00
kedai buku.
Kertas dan percetakan latihan pelajar, pita rakaman dan
RM 200.00
bateri untuk temubual.
Persediaan laporan kajian, kertas dan fotokopi. RM 200.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 900.00