You are on page 1of 4

JABATAN PELAJARAN KELANTAN,

JALAN DOKTOR,
15000 KOTA BHARU, KELANTAN.

KERTAS CADANGAN
KAJIAN TINDAKAN
2009

TAJUK

MEMPERTINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS


MENGGUNAKAN SIMULASI WATAK (ROLE PLAY
SIMULATION)

OLEH:
NUR ATIFAH ABD WAHAB (P48700)
NUR BAITI ANUM MOHD SHAFIE (P48615)
NORIZA MOHAMAD JIDIN (P48660)
SITI KHAIRIYAH SEJO (P48715)
SITI NOOR AINI ALIAS (P48618)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG CHENAK,


17000 PASIR MAS, KELANTAN

KELOLAAN
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PELAJARAN KELANTAN.
1. Tajuk
Mempertingkatkan penguasaan sebutan dan penbendaharaan kata Bahasa
Inggeris menggunakan simulasi watak (Role Play Simulation)

2. Nama Penyelidik
Nur Atifah Abd Wahab, Nur Baiti Anum Mohd Shafie, Noriza Mohamad Jidin,
Siti Khairiyah Sejo dan Siti Noor Aini Alias.

3. Alamat Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Chenak, 17000 Pasir Mas,
Kelantan.

4. Latar Belakang Kajian


Penggunaan bahasa Inggeris masih lemah terutamanya di kalangan pelajar
luar bandar dari segi penbendaharaan kata dan sebutan. Kegagalan
menguasai kedua-dua aspek ini perlu ditangani demi menyahut cabaran
untuk melahirkan pelajar yang mampu berkomunikasi dan versatile.

5. Masalah / Fokus Kajian


Pelajar sering menghadapi masalah apabila berkomunikasi kerana mereka
lemah dalam menyebut perkataan dan penbendaharaan kata yang terbatas
serta dipengaruhi oleh dialek tempatan dalam pertuturan seharian. Kajian ini
memfokuskan kepada permasalahan pelajar terutamanya pelajar Tingkatan
Satu di sekolah ini.

6. Rasional Kajian
Rasional kajian ini dijalankan kerana pelajar sering gagal didalam ujian
bulanan serta kurang berinteraksi dalam bahasa Inggeris semasa pengajaran
dan pembelajaran (P&P).

7. Objektif Kajian
Untuk meningkatkan penbendaharaan kata, serta dapat menguasai
kemahiran menyebut dan membaca perkataan di dalam bahasa Inggeris di
kalangan pelajar.
8. Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran ialah seramai 26 orang yang terdiri daripada murid
Tingkatan 1.

9. Perlaksanaan Kajian
9.1 Pemerhatian
Daripada pemerhatian didapati pelajar sering bermasalah menyebut
perkataan dan mempunyai penbendaharaan kata yang terhad semasa
berinteraksi dengan guru di dalam kelas. Pelajar juga sukar menghakis
pengaruh dialek tempatan dalam sebutan bahasa Inggeris mereka.
9.2 Tindakbalas Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Pelajar sering kali menghadapi kesukaran untuk menyebut perkataan
dan menghadapi masalah membuat ayat pertuturan.
9.3 Ujian Pencapaian
Di dalam ujian oral yang dijalankan pelajar tidak dapat menyebut
perkataan dan berinteraksi dengan baik semasa sesi soal jawab
dijalankan.
9.4 Perancangan
Bagi mengatasi masalah ini satu perancangan khusus telah dibuat
dengan menggunakan keadah “Simulasi Watak (Roleplay)”.
9.5 Tindakan
Pelajar disediakan sampul yang mempunyai kad bergambar
mengandungi watak yang akan dilakonkan oleh mereka. Sebelum
watak tersebut dilakonkan, pelajar akan diminta untuk mencari
maklumat berkenaan watak tersebut. Sebagai contoh, pelajar
mendapat kad bergambar doktor. Mereka perlu menyenaraikan
perkataan yang memerihalkan tentang watak tersebut seperti
pekerjaan, pakaian, tugas, lokasi dan sebagainya (apa sahaja) dalam
sumbangsaran. Pelajar tersebut akan berkongsi dengan pelajar lain
hasil dapatan mereka dengan menceritakan semula apa yang telah
diperolehi. Pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan
bantuan watak lain dan guru bagi melatih penggunaan bahasa.
9.6 Pemerhatian
Daripada pemerhatian, para pelajar kelihatan lebih semangat,
berminat dan memberi respon yang memberangsangkan di dalam bilik
darjah. Ini kerana mereka secara sukarela dan bersedia menyertai
aktiviti tersebut.
9.7 Refleksi
Kaedah ini banyak membantu pelajar untuk menambahkan
penbendaharaan kata dan meningkatkan keyakinan mereka dalam
komunikasi kerana telah dapat mengatasi masalah penyebutan.

10. Kesimpulan
Melalui kajian ini diharapkan banyak dapat membantu pelajar-pelajar untuk
bertutur dengan lancar dan memahami apa yang disebut.

You might also like