You are on page 1of 4

Minggu 6 Menjelaskan dasar2 yang diperkenalkan oleh kuasa barat di Asia Tenggara Pengenalan Akibat dasar imperialism, kuasa2

uasa2 barat seperti Perancis, Belanda, Portugis, dan Britain datang ke Asia Tenggara Ini disebabkan kawasan Asia Tenggara kaya dengan pelbagai sumber ekonomi seperti hasil pertanian, perdagangan, dan lain2 yang amat diperlukan. Sepanyol dan Belanda telah menjajah dan menguasai ekonomi negara Filipina dan Indonesia untuk mengaut keeuntungan dan kepentingan mereka sendiri Sepanyol dan Belanda telah menggunakan cara yang sama untuk menguasai ekonomi di tanah jajahan mereka. Dasar yang sama telah dilakukan ialah dasar ekonomi yang menindas masyarakat peribumi melalui system yang diperkenalkan: - Sistem kultur - Dasar Liberal - Sistem Polo

Indonesia Sistem kultur dan system tanaman paksa a. Pengenalan Sistem ini diperkenalkan oleh Belanda pada tahun 1830 hingga 187-0 Tujuannya untuk: - Menambahkan pengeluaran tanaman jualan spt kopi, gula dan nila - Menyelesaikan masalah ekonomi Belanda di Eropah - Meninggikan taraf hidup kaum petani di Indonesia. Sistem kultur membolehkan kerajaan Belanda mendapat jeuntungan bersih sebanyak 823 guilder dengan cara penindasan dan pemasaran yang kejam ke atas petani Kawa Keuntungan yang diperolehi digunakan untuk menjelaskan hutang Belanda dan menyealamatkan daripada muflis b. Ciri-ciri system kultur 1/5 daripada tanah sawah dikhaskan untuk tanaman dagangan seperti tebu, kopi, nila dan sebagainya Petani2 dikehendaki bekerja melebihi 66 hari setahun untuk mengerjakan tanaman dagangan Petani dipaksa membina jambatan, tali air, dan jalan raya Petani2 diawasi oleh Pembesar2 yang mengikut arahan pegawai2 Belanda Semua urusan eksport diuruskan oleh pegawai2 Belanda. c. Kesan2 Ssitem Kultur

Keadaan ekonomi petani semakin merosot kerana keuntungan yang diperolehi daripada system Kultur digunakan untuk meningkatkan kebajian ekonomi dan social rakyat Jawa Kebuluran berlaku kerana petani kekurangan tanah untuk menanam padi. Contohnya, kebuluran yang berlaku di Jawa Tengah(1849-1850) yang melibatkan 300000 orang Kemerosotan system pertanian sara diri di Jawa. Sistem ini ditentang hebat oleh golongan yang berfahaman liberal kerana: - Memeras dan menindas petani2 - Tidak berperikemanusiaan - Tidak menjaga kebajikan petani Sistem ini digantikan dengan Dasar Liberal

Dasar Liberal a. Pengenalan Diperkenalkan pada tahun 1870-1900 Tujuan: - Meningkatkan taraf hidup rakyat - Memajukan ekonomi Indonesia - Indonesia dibuka kepada sistem ekonomi bebas b. Ciri-ciri Dasar Liberal Penglibatan pemodal dan pengusaha swasta Memperkenalkan tanaman kontan yang baru seperti getah, kelapa sawit, kelapa dan koko. Berlandaskan pertanian estate dan perlombingan hingga ke pulau2 luar Ladang tembakau di Sumatera Bijih timah di Pulau Belitong dan Pulau Bangka Petroleum dan arang batu di Pulau Borneo (Kalimantan) c. Kesan2 Dasar Liberal Gagal membaiki kebajikan dan taraf hidup rakyat Indonesia Ekonomi bebas telah menguntungkan kaum asing terutama orang Belanda dan orang Cina Rakyat Indonesia tidak dapat menyaingi golongan kapitalis kerana kekurangan modal, teknik dan kepakaran serta teknologi moden Petani2 miskin terpaksa membayar cukai tanah walaupun tanah tersebut tidak diusahakan. Orang asing mendapat banyak keuntungan Kehidupan rakyat Indonesia berada dalam kemiskinan dan kemunduran Dasar Liberal telah mengantikan dengan Dasar Etika Kesimpulan Tiada perbezaan antara Sistem Kultur dengan Dasar Liberal

Di bawah sistem kultur, kerajaan melakukan penindasan manakala Dasar Liberal pula, pihak swasta melakukannya Sistem ini mendapat tentangan dan digantikan dengan Dasar Etika

Filipina Diperkenalkan oleh penjajah Sepanyol di Filipina. Terdapat tiga sistem yang menindas penduduk peribumi Filipina apabila penjajahan Sepanyol iaitu: Sistem Polo Sistem Vandala Sistem Ecomienda

Sistem Polo Dalam sistem Polo, semua rakyat Filipina yang berumur 18-60 tahun sekali kecuali ketua2 dan anak lelaki yang sulung terpaksa bekerja secara percuma selama 40 hari dalam setahun.-ciri-ciri Rakyat bekerja dalam keadaan yang buruk: Upah dan gaji yang sangat sedikit. Keadangkala tidak dibayar. Mereka hanya diberi beras untuk menyelamatkan diri daripada mati kebuluran.

Sistem Vandala Di bawah sistem ini: Rakyat dipaksa menjual hasil keluaran kepada kerajaan dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan sendiri. Barang-barang yang diserahkan, adakalanya tidak diberikan bayaran langsung sebaliknya rakyat diberikan wang kertas yang tidak berharga Pekerja diberi surat perjanjian hutang sahaja Vandala ini dijadikan sebagai ufti kepada kerajaan.

Kesan-kesannya: Tanaman makanan kurang mengakibatkan berlakunya kebuluran dan penyakit. Rakyat melarikan diri ke kawasan pendalaman dan mengadakan pemberontakan. Contohnya: Pemberontakan yang dilakukan oleh kaum Pampengen.

Sistem Ecomienda Di bawah sistem ini:

Orang miskin teroaksa membayar ufti yang tidak ditentukan.Ada yang dikehendaki membayar ufti 1 peso dan ada yang 9 peso.orang kaya dikecualikan Rakyat juga senang dikerah-bekerja tanpa gaji sebagai buruh.bekerja di ladang2

Kesimpulan Sistem ekonomi yang telah diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia dan Sepanyol di Filipina mempunyai persamaan iaitu menindas ekonomi penduduk tempatan yang hidup melarat dan merana kesan daripada penindasan ekonomi yang dilakukan.

Soalan: 1. Dasar ekonomi yang menindas di antara Belanda di Indonesia dan Sepanyol di Filipina mempunyai persamaan.Huraikan

You might also like