Professional Documents
Culture Documents
Folio Sivik
Folio Sivik
FOLIO SIVIK
TAJUK:
Merah TAHUN:2013
NAMA GURU:Puan Zamzura binti Azis
ISI KANDUNGAN
PERKARA Isi Kandungan Sekalung Budi Biodata 1. Latarbelakang Projek A. Pernyataan Masalah B. Cadangan Projek 2. Objektif Projek 3. Lukisan Projek A. Lakaran Projek B. Gambar Projek 4. Alatan Tangan dan Bahan Yang Digunakan Alatan Bahan 5. Masalah Yang Dihadapi 6. Rumusan 7-9 10-11 12 13-14 MUKASURAT i ii 1 2 3 4 5 6
~ SEKALUNG BUDI ~
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Sivik iaitu Puan Zamzura binti Azis kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan folio ini. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu En Shadan bin Othman dan Puan Suriyati binti Yaapar kerana telah memberi saya cadangan dan pendapat untuk mendapatkan bahan bagi tugasan ini. Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabatsahabat dari kelas 6 Merah yang banyak membantu dan memberi komen membina. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak menggerakkan saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Sekian terima kasih. Saidatul Najihah binti Shadan
Saidatul Najihah binti Shadan o UMUR: 12 tahun o NAMA BAPA: Shadan bin Othman o NAMA IBU: Suriyati binti Yaapar o TARIKH LAHIR: 20 Januari 2001 o TEMPAT LAHIR: Hospital Besar Melaka o CITA-CITA: Doktor Perubatan o HOBI: Melayari Internet o BIL.ADIK-BERADIK: 2 Orang
o NAMA: o ALAMAT: o KAUM:
Pendahuluan
RENUNGAN BEBERAPA BERITA DAN ISU TENTANG PENDERAAN KANAK-KANAK
Malangnya, masyarakat Malaysia secara amnya tidak mengetahui dengan jelas bahawa kanak-kanak mempunyai hak istimewa ini. Pendapat kanak-kanak sering tidak diberikan perhatian dan tidak diberikan perlindungan yang sewajarnya. Berapa banyak kes yang dilaporkan oleh media massa tentang kes penderaan dan pembuangan bayi? Bagaimana pula dengan kes-kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak yang tidak dilaporkan?
Tanggungjawab bagi memastikan perlindungan terhadap hak-hak ini terletak kepada kerajaan Negara-negara Pihak dan juga masyarakat. Perjanjian ini menggariskan empat penjelasan hak utama iaitu:i. Kehidupan Hak kanak-kanak kepada kelangsungan hidup dan keperluan-keperluan asas untuk hak tersebut seperti makanan, air bersih dan tempat tinggal. Ibu bapa mestilah menyediakan keperluan-keperluan asas kepada kanak-kanak mengikut kemampuan mereka. Kanak-kanak memerlukan tempat tinggal yang baik, pemakanan yang seimbang dan air yang bersih, Persekitaran yang positif, harmoni dan penyayang perlulah diwujudkan bagi memastikan kanak-kanak dapat membesar dengan baik. Ibu bapa juga perlu menyediakan pemakanan seimbang dan berkhasiat yang mengandungi zat seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral dalam memangkinkan tumbesaran kanak-kanak. Ibu bapa harus mengajar kanak-kanak untuk memilih makanan yang berkhasiat daripada memakan makanan ringan yang kurang berkhasiat.
ii.
Perkembangan Hak kepada pembangunan potensi individu menyeluruh seperti hak kepada pendidikan, hak untuk bermain dan hak untuk menyuarakan pendapat. Ibu bapa mestilah memberikan pendidikan kepada kanak-kanak. Pendidikan ini termasuklah mengenali tuhan, nilai-nilai murni dan persekolahan. Ibu bapa harus memupuk minat membaca dan cintakan ilmu kepada kanak-kanak. Ilmu-ilmu yang baik dan bermanfaat ini adalah untuk menyediakan kanakkanak pada masa hadapan. Kanak-kanak juga diberikan kebebasan untuk bermain mengikut kesesuaian. Melalui interaksi bermain, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat. Sebagai contoh, mereka dapat belajar menghormati orang lain; sesuatu yang mudah seperti beratur ketika bermain atau berkongsi alat permainan bersama-sama rakan. Kanak-kanak juga perlu didengari. Pendapat mereka yang diambil kira oleh ibu bapa akan membuatkan mereka berasa dihargai. Dengan ini mereka bersedia untuk meluahkan perasaan atau masalah kepada ibu
bapa. Terdapat banyak kes yang menunjukkan kanakkanak atau remaja yang lebih mempercayai rakan sebaya daripada ibu bapa sendiri dalam berkongsi masalah. Ini disebabkan oleh kurangnya komunikasi di antara kanak-kanak tersebut dengan ibu bapa mereka sehingga menyebabkan kanak-kanak ini tidak berminat untuk menceritakan masalah mereka kepada ibu bapa dan keluarga.
iii.
Perlindungan Hak kepada perlindungan daripada pengaruhpengaruh tidak baik seperti penderaan, eksploitasi dan sebagainya. Kanak-kanak berhak kepada perlindungan daripada sebarang keadaan yang berbahaya seperti penderaan, pencabulan dan eksploitasi. Kanak-kanak tidak seharusnya dijadikan mangsa kepada sesuatu masalah. Mereka perlu dilindungi daripada dicederakan dari segi emosi ataupun dari segi seksual. Mereka tidak seharusnya diabaikan dan dianiaya oleh sesiapa pun. Mereka juga tidak sepatutnya didiskriminasi hanya kerana perbezaan yang terdapat pada mereka. Jika terdapatnya salah laku terhadap kanak-kanak ini, pihak-pihak berwajib harus campur tangan dan melindungi mereka melalui undangundang yang telah diperuntukkan.
iv.
Penyertaan Hak kepada penyertaan sepenuhnya dalam keluarga, budaya dan kehidupan sosial masyarakat setempat. Kanak-kanak perlu diberi hak untuk mengambil bahagian dalam hal ehwal dan pembesaran mereka. Contohnya mereka ingin mendapatkan sesuatu barangan, sekiranya difikirkan sesuai, ibu bapa perlulah menyediakan barangan tersebut.Ibu bapa juga perlu menyertakan kanak-kanak dalam aktiviti kemasyarakatan supaya dapat memupuk sifat-sifat murni dalam diri kanak-kanak. Selain itu, kanak-kanak juga perlu dididik untuk berbuat baik dan bertoleransi dengan anggota masyarakat. Ibu bapa merupakan individu yang paling hampir kepada kanak-kanak. Seharusnya menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan kanakkanak ini dapat menjalani kehidupan yang baik. Kesedaran terhadap hak kanak-kanak perlulah dipupuk ke dalam diri setiap individu agar mereka mengerti bahawa setiap dari kita mempunyai hak tersendiri. Kesedaran ini juga perlu dalam mengurangkan tindakan-tindakan tidak berperikemanusian sesetengah individu terhadap kanak-kanak.
i. Keinginan untuk bergerak. Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal. ii. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf. Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai.
iii. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat. Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain. iv. Keinginan untuk bersaing Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal dan setara dengan rakanrakan sebaya. v. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik. Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat. vi. Keinginan untuk meneroka Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokkan. vii.Keinginan untuk pencapaian kreatif. Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif.
viii. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. ix. Keinginan untuk kefahaman. Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.
Usaha untuk memastikan perlindungan, pemulihan dan pembangunan kanak-kanak diteruskan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan mereka.
i.
Akta
Sehubungan ini, Akta Kanak-Kanak 2001 digubal dengan menggabungkan Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991. Penggubalan Akta ini mengambil kira prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak. Akta tersebut mewajibkan pengamal perubatan, ahli keluarga dan penyedia perkhidmatan penjagaan kanak-kanak melaporkan kes penderaan kanak-kanak.
ii.
Mahkamah Kanak-kanak
Sehubungan ini, kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan meningkat daripada 1,036 pada tahun 2001 kepada 1,656 pada tahun 2005. Akta tersebut juga memberi penekanan kepada tanggungjawab dan penglibatan ibu bapa dalam pemulihan kanak-kanak dan menangani ketidakharmonian dalam keluarga melalui penyediaan bengkel interaktif. Mahkamah khas dikenali sebagai Mahkamah Kanak-Kanak yang diketuai oleh seorang majistret dengan dua penasihat daripada kalangan orang awam ditubuhkan pada tahun 2002 untuk mendengar kes berkaitan kanak-kanak.
iii.
Pelbagai usaha diambil untuk menangani isu keganasan terhadap kanak-kanak termasuk meningkatkan penyertaan masyarakat dalam melaksanakan program pencegahan dan pemulihan. Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah untuk memberi perkhidmatan terutamanya kepada keluarga dan kanak-kanak yang terdedah kepada keganasan di kawasan berkenaan. Perkhidmatan tersebut termasuk aktiviti berkaitan kanak-kanak, kaunseling untuk kanak-kanak dan ibu bapa, kursus keibubapaan serta penjagaan kanak-kanak bertujuan memberi sokongan psikologi dan motivasi. Dalam tempoh Rancangan, sejumlah 131 pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dengan keahlian aktif seramai 1,572 orang serta 135 Pusat Aktiviti KanakKanak ditubuhkan.
iv.
Di samping itu, pasukan untuk Mengesan Penderaan KanakKanak dan Kanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan di hospital daerah dan negeri untuk menyelia dan memantau kes penderaan kanak-kanak yang dirujuk kepada hospital. Sejumlah 14 pasukan SCAN ditubuhkan di hospital negeri dan 690 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan.
v.
Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1984 yang bertujuan memastikan standard minimum penjagaan kanak-kanak di pusat penjagaan dikaji semula pada tahun 2005 bagi menetapkan langkah penguatkuasaan yang lebih ketat dan meningkatkan kualiti penjagaan kanak-kanak. Di samping itu, sektor awam dan swasta digalak untuk menubuhkan kemudahan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja melalui penyediaan pelbagai insentif seperti pemberian bantuan secara langsung dan rebat cukai. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 86 pusat penjagaan kanakkanak berdaftar telah ditubuhkan di tempat kerja manakala seramai 3,197 penyedia khidmat penjagaan kanak-kanak
diberi latihan untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam mengendalikan pusat penjagaan kanak-kanak.
vi.
Rumah Kanak-Kanak
Kerajaan menyediakan institusi penjagaan untuk anak yatim serta anak yang ditinggalkan, didera dan diabaikan. Dalam tempoh Rancangan, tiga Rumah Kanak-Kanak yang baru dibina untuk memberi penjagaan dan perlindungan kepada 320 kanak-kanak.
vii. Rumah Tunas Harapan Di samping itu, tujuh Rumah Tunas Harapan ditubuhkan bagi membolehkan kanak-kanak yang memerlukan penjagaan dan perlindungan tinggal dalam suasana kekeluargaan. Rumah tersebut disediakan melalui perkongsian dan kerjasama dengan badan korporat, kerajaan negeri serta agensi lain yang berkaitan seperti Yayasan Kebajikan Kebangsaan, NGO dan organisasi berasaskan masyarakat yang memberi manfaat kepada 240 kanakkanak.
Selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, usaha diambil untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai kanak-kanak dalam penggubalan dan proses membuat keputusan. Usaha bina upaya dan memperkasa kanak-kanak mengenai isu dan hak mereka telah diambil melalui program kesedaran dengan penyertaan seramai 163 kanak-kanak dalam tempoh Rancangan. Bagi memastikan suara mereka terus didengar, kanak-kanak juga turut dilibatkan dalam penilaian Pelan Tindakan Negara (NPA) pertama dan merangka NPA kedua bagi tempoh 20062020. NPA kedua mengambil kira elemen yang terkandung dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, iaitu keperluan hidup, perlindungan, pembangunan dan penyertaan kanak-kanak.
ii.
Selain itu, kanak-kanak juga akan diajar menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi selain mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama. Kemahiran untuk berfikir dan menyelesaikan masalah juga dapat dipertingkatkan. Ini adalah perkembangan yang penting untuk kanak-kanak bagi melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah. Selain mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial ia dapat mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik dan objektif yang terakhir ialah mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
iii.
iv.
Kesimpulannya, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berkumpulan dan sukan merupakan kegiatan yang berfaedah kepada kita. Namun begitu, seseorang kanak-kanak perlu bijak mengatur masanya antara aktiviti riadah dengan pelajaran. Hal ini penting agar murid dapat memperoleh kebaikan dalam kedua-dua bidang tersebut.