You are on page 1of 3

Penerangan tentang isu menjadi consultant unit trust

Sebenarnya dalam Public Mutual terdapat 12 Islamic Fund (sehingga kini) yg dibahagikan kepada dana
jenis ekuiti, dana seimbang,bond dan pasaran wang. Bukannya terhad terhadap dana yang disebutkan di
atas sahaja. Jika anda ingin menyemak maklumat mengenai dana-dana tersebut dengan lebih detail lagi
sila berkunjung ke

[[U]www.publicmutual.com.my[/U] atau sila klik

B]null[[U]Malaysian Islamic Fund[/U] di sebelah kiri website ini.

Semua dana-dana Islam yg diuruskan oleh beberapa buah syarikat pengurus dana telah disenaraikan di
sini. Ia merupakan pelaburan Islam alternatif bagi ASB dan pelaburan2 internet yg kita sedia maklum
statusnya dari segi hukum.

Saya kira tidak timbul isu halal/haram bagi setiap dana Islam kerana dana-dana ini diurus mengikut
kehendak Syariah dengan Islamic Banking and Finance Institut Malaysia Sdn, Bhd (IBFIM) sebagai
Penasihat Syariah kepada dana-dana tersebut. Jadi anda tidak perlu ragu-ragu untuk melabur dgn
mana-mana dana Islam yg diminati berdasarkan profile risk anda dan total return bagi setiap dana-dana
tersebut yg mungkin boleh menarik minat anda untuk melabur.

Isu yg ditimbulkan di sini ialah mengenai pendapatan sebagai Unit Trust Consultant yg didakwa oleh
Saudara Abd Razak menyamai dgn konsep MLM. Pada pendapat saya keraguan itu tidak benar sama
sekali kerana kita sedia maklum MLM merupakan pemasaran pelbagai tingkat di mana rata-rata
pendapatan diperoleh daripada kejayaannya membawa seorang ahli menyertai perniagaan tersebut dgn
pelbagai sistem yg diperkenalkan seperti binary system, duplicate, pyramid, kaki gajah dan mcm2 istilah
lagi yg menggalakkan ahlinya mencari orang (mangsa/rakan kongs/usahawan network trading serta
pelbagai istilah lagi yg bisa mengkaburi org ramai) untuk memperoleh pendapatan. Seterusnya perkara
ini akan terus berterusan sehinggalah rangkaian tersebut menjadi infiniti.
Boleh rujuk artikel UZAR mengenai Isu Shariah dalam Peniagaan MLM.

Apa yg pasti, di dalam Public Mutual Berhad, apabila seorang agent A membawa masuk / mendaftarkan
seorang lagi agent, agent A tidak akan memperoleh apa2 komisyen hasil daripada pendaftaran new
agent tersebut. Yuran pendaftaran untuk menjadi ejen Unit Trust Public Mutual adalah sebanyak
RM257.

Yuran tersebut adalah untuk agent tersebut menduduki peperiksaan (RM247) bagi melayakkannya
mendapatkan lesen daripada Federation Malaysian Unit Trust Manager (FMUTM), juga untuk kelas
intensif sebelum menghadapi peperiksaan dan nota2 serta starter kit untuk agent. Suka untuk
diingatkan, bagi sesiapa yg menjalankan aktiviti ini (mengaku sebagai agen dan menjual dana unit
amanah atas lesen org lain) tanpa mempunyai lesen yg sah, dia boleh dikenakan denda RM1 juta.
Nampak tak nilai lesen tersebut?

Malah apa yg menariknya, yuran exam tersebut akan dikembalikan semula oleh syarikat jika dalam
tempoh enam bulan dari tarikh agent tersebut lulus exam, dia berjaya membuat sales sebanyak RM30k
dan keatas (untuk tahun 2007 sahaja, tahun depan mungkin perlu cecah RM50k untuk memperoleh
semula yuran ezam tersebut kerana RM30k terlalu sikit untuk dicapai dalam tempoh 6 bulan). Itu belum
dikira komisyen sebanyak 2.85% daripada jualannya. Ini sebagai langkah daripada syarikat untuk
menggalakkan agent baru mendapatkan semula modalnya.

Sememangnya wujud istilah upline dan downline tetapi itu bukanlah menyatakan bahawa konsep ini
menyamai MLM. Jika seseorang tidak merekrut agent baru, dia masih boleh mendapatkan komisyen
hasil daripada personal sale nya tetapi disebabkan dia tidak mempunyai anak buah, maka agent tersebut
tidak akan di'promote' untuk naik pangkat. Jika ikut logik akal pun, dia nak jadi ketua kepada siapa
sebab dia tiada anak buah?

Maka perlu untuknya merekrut sesiapa yg berkelayakan untuk menjadi agent selain memberi peluang
kepada orang lain untuk memperoleh pendapatan yg lumayan daripada kerjaya ini. Maka apabila agent
ini telah dinaikkan pangkat, fokusnya telah berbeza. Bukan lagi fokus untuk membuat jualan peribadi
sahaja tetapi lebih kepada menggerakkan anak buahnya dengan selalu mengadakan latihan untuk
menambahkan pengetahuan dalam bidang ini supaya anak buahnya juga boleh berjaya sepertinya.

Untuk dinaikkan pangkat memang perlu untuk agent tersebut mencapai target sales tertentu. Sebagai
contoh untuk memperoleh status supervisor, jumlah jualan terkumpul peribadi dan kumpulannya
hendaklah sekurang-kurangnya RM500k untuk tempoh setahun. Maka agent dgn pangkat supervisor
tersebut boleh menikmati komisyen sebanyak 3.47% dengan pecahan (2.85% daipada personal sales dan
0.62% adalh overiding commision). Syarikat tidak pernah memaksa agent untuk mencapai target sales
tersebut. Tetapi kebiasaannya, agent tersebut akan termotivasi dgn sendirinya untuk dinaikkan pangkat.

Pangkat yg tertinggi dalam bindang ini ialah Mutual FundGroup Agency Manager. Selalunya pada
peringkat ini, agent tersebut akan dinasihatkan oleh syarikat untuk menumpukan sepenuh perhatiannya
dalam karier ini secara sepenuh masa.

Perlu dinyatakan di sini ialah komisyen yg diperoleh adalah daripada jumlah pelaburan yg dibuat oleh
seseorang pelabur dan jumlah terkumpul jualan kumpulan. Bukannya daripada pendaftaran agent baru.
Tugas agent adalah untuk memberi khidmat nasihat kepada para pelabur yg terdiri daripada sesiapa
sahaja supaya melabur dalam dana-dana yg diuruskan oleh pihak syarikat dan memantapkan diri
sendiri dengan ilmu pengetahuan yg berkaitan dgn industri ini. Malah produk (dana-dana unit amanah)
yg dijual kepada pelanggan adalah yg berkualiti kerana pulangannya yg tinggi dan mendapat pelbagai
anugerah yg secara langsung meneragkan kualiti dana tersebut.

Salah satu dana Islam yg berkualiti ialah Public Ittikal Fund di mana selama tempoh 10 tahun ia
dilancarkan, jumlah pulangannya telah mencecah 238.41% ( rujuk buku laporan suku tahun ketiga yg
diedarkan oleh Public Mutual) dan telah mendapat anugerah untuk prestasi dana cemerlang bersama-
sama 20 dana siri Public Mutual yg lain bagi tahun 2007.

Untuk membuktikan lagi kepada anda bahawa produk yg ditawarkan kepada orang ramai adalah
dijamin kualitinya, pada 4 December yg lalu, telah terpampang di dada akhbar Berita Harian dan New
Straits Time bahawa Public Mutual Berhad telah dianugerahkan sebagai The Most Outstanding Islamic
Fund Manager di majlis KLIFF (Kualau Lumpur Islamic Finance Forum) Islamic Finance Awards 2007.

Jika anda sedar, kebanyakan perniagaan MLM bangga dapat melahirkan ramai jutawan daripada pelan
pemasaran mereka sedangkan di rumah berlambak stok-stok yg belum terjual. Stok-stok tersebut adalah
hasil daripada pembelian wajib dgn nilai tertentu yg perlu dibuat setiap bulan bagi melayakkan mereka
mendapat bonus yg telah dijanjikan oleh syarikat. Jika jutawan2 ini rajin, cuba hitung jumlah stok yg
terkumpul di rumah dan perbelanjaan setiap bulan yg terpaksa dikeluarkan untuk menjalankan kempen
dari satu tempat ke satu tempat. Pasti nilainya juga mencecah puluhan ribu ringgit setimpal dgn
pendapatan mereka dan apa yg pasti telah berlaku suatu pembaziran yg nyata dalam perniagaan
tersebut. Mereka membeli sesuatu produk bukan disebabkan keperluan tetapi atas sebab untuk
maintain point dan sebagainya.

Sememangnya unit trust berbeza dgn perniagaan MLM. Para pelabur melabur di dalam unit trust kerana
produknya (dana-dana unit trust) yg mampu memberikan pulangan yg tinggi dan mereka mendapat
khidmat nasihat daripada agent unit trust. Manakala org menyertai MLM kerana Marketing Plan nya yg
mampu memberikan pendapatan yg lumayan tanpa mengambil kira sangat kualiti produk yg terpaksa
dijual kerana ingin menyertai pelan pemasaran syarikat berkenaan. .

Secara peribadi, saya tidak pernah berasa teraniaya atau terbeban dengan karier sebagai Unit Trust
Consultant malah berterima kasih kepada upline yg membimbing saya untuk berjaya dalam bidang ini.
Saya juga mendapati diri saya lebih update dgn perkara-perkara yg berkaitan dgn ekonomi semasa dan
pengetahuan saya mengenai pengurusan kewangan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

Jika hasil komisyen anda diperoleh daripada jualan dana2 yg berlandaskan shariah, maka pendapatan
anda itu dikira bersih@halal.

Jika wang komisyen diperoleh daripada jualan dana2 yg tidak berlandaskan shariah, saya kira ia boleh
jatuh kategori haram kerana saya berpegang kepada konsep dalam hukum arak.

Dengan mencadangkan dana2 konvensional kepada pelanggan kita dan mereka bersetuju untuk melabur
dalam dana tersebut maka kita seolah2 bersubahat dalam memberikan sokongan terhadap
perkembangan syarikat yg menjalankan aktiviti yg bertentangan dgn syarak. Maka ada unsur syubhah di
situ. Jadi seeloknya kita menjauhi perkara yg syubhah.

Quote drpd http://alhuda.mmu.edu.my/jawapan/baca.php?id=171

Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam pernah bersabda yang bermaksud: "Allah telah melaknat arak,
peminum arak, pembawa arak, pembeli arak, penjual arak, pembuat arak, orang yang minta dibuatkan
arak, tukang angkat arak, dan orang yang diangkatkan arak kepadanya" (H.R. Abu Daud).

Ada 12 perkara yang terkena atas hukum itu sebagaimana yang disebutkan dalam al-Zawajir, iaitu
meminumnya, memerahnya, minta diperahkan, membawanya, minta dibawakan, memberi minum,
minta diminumkan, menjual, membeli, minta dibeli dan minta dijualkan, memakan harganya,
menyimpan dan memilikinya.

Daripada dalil ini jelas menunjukkan bahawa tiada ruang untuk melonggarkan hukum arak ini. Ini
termasuklah orang yang memberi sokongan dalam apa jua bentuk terhadap industri berkenaan. Sedikit
atau banyak ia tetap dikira bersubahat. Oleh itu, hendaklah dicari pekerjaan yang bersih daripada unsur-
unsur yang dilarang ini supaya kita terselamat daripada memakan yang syubhah dan haram.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam pernah bersabda yang bermaksud: "Mencari yang halal adalah
wajib atas setiap Muslim" (H.R. Thabrani dan Dailami)

Jadi lebih baik anda menjual Islamic Fund sahaja. Tiada perkara yg perlu diragukan lagi.

Maklumat lanjut http://xpres2u.blogspot.com

You might also like