You are on page 1of 1

TM raih Anugerah Jenama Yang Dipercayai Reader's

Digest
KUALA LUMPUR 28 April - Telekom Malaysia (TM) berjaya meraih Anugerah Jenama Yang
Dipercayai di negara ini untuk Kategori Telekomunikasi Reader's Digest 2008. Anugerah itu
yang disampaikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Tan Sri
Muhyiddin Yassin diberi berdasarkan kaji selidik majalah antarabangsa itu yang menilai
kecenderungan jenama dalam 42 kategori produk dan per- khidmatan. Majlis penyampaian
anugerah itu diadakan di sini malam ini.

TM menerima anugerah Platinum untuk kategori itu daripada Reader's Digest, manakala Maxis
pula dipilih sebagai penyedia khidmat telefon bergerak pilihan tempatan dalam kategori yang
sama.

Pengarah Bahagian Pengiklanan Reder's Digest Asia, Oscar Veronese berkata, kejayaan produk
dalam anugerah itu mencerminkan kredibiliti dan kecemerlangan yang mantap, sekali gus
mendapat keyakinan dan kepercayaan daripada para pengguna. Menurut Veronese, kajian kali
itu juga dijalankan di China buat julung kalinya sempena ulang tahun ke-10 kaji selidik itu.

''Usaha ini membuktikan bahawa kaji selidik yang telah dijalankan meliputi seluruh pasaran
utama di Asia. ''Selain itu, kami berharap keputusan ka- jian ini boleh dijadikan sebagai
rujukan kepada pengguna ketika membuat keputusan terutamanya dalam kategori produk
yang jarang ditemui," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Maybank, bank terbesar di negara ini, pula menguasai kategori perbankan apabila dipilih
sebagai syarikat perkhidmatan paling cemerlang bersama Public Bank serta dinobatkan
sebagai pembekal kad kredit terbanyak bersama dengan Citibank.

Sementara itu, Amanah Saham Nasional Bhd. dan Public Mutual menjadi pilihan
utama pengguna bagi kategori syarikat pe- laburan, manakala AIA, Great Eastern
dan Prudential pula merupakan pemenang dalam kategori insurans.

Antara jenama yang kekal sebagai pilihan utama sejak kajian itu mula diperkenalkan pada
tahun 1999 ialah Malaysia Air- lines System Bhd., yang memenangi anugerah Platinum untuk
syarikat penerbangan terbaik, manakala AirAsia memenangi anu- gerah Emas. Pada tahun ini,
kaji selidik untuk kategori ejen pelancongan turut dijalankan buat ju- lung kalinya yang
dimenangi oleh Reliance.

Sime Darby Property dan Universiti Malaya masing-masing menerima anugerah dalam
kategori pemaju hartanah dan universiti, manakala Poslaju dipilih sebagai syarikat
perkhidmatan pengangkutan udara atau kurier.

Proton dipilih sebagai jenama yang diminati dari Malaysia untuk kategori kereta, manakala
pengguna memilih stesen perkhidmatan Petronas sebagai tempat pilihan untuk mengisi
minyak kenderaan. Habib Jewels dan Poh Kong pula merupakan jenama barang kemas yang
paling diminati.

Hampir 25 jenama produk buatan Malaysia berjaya memenangi anugerah Jenama Yang
Dipercayai berdasarkan kajian yang dibuat oleh Reader's Digest.

Maklumat lanjut http://xpres2u.blogspot.com

You might also like