You are on page 1of 4

Majlis Guru Cemerlang Daerah Kinta Utara 2009

Laporan Perjumpaan Kali 1

Tarikh : 6.4.2009 (Isnin)


Masa : 2.30 petang
Tempat : PPD Kinta Utara

Kehadiran : 31 orang GC Kinta (U) (Lampiran)


Turut hadir : Pn. Lee Wai Yeen, Pegawai Khas Bahagian Pra Sekolah

Agenda 1: Ucapan wakil PPD:


1. Pn. Lee mengalu-alukan kehadiran Guru Cemerlang mesyuarat kali pertama
dan berharap Guru Cemerlang dapat berperanan dalam menjayakan program-
program untuk meningkatkan pencapaian akademik baik di peringkat daerah
atau negeri.

2. Jumlah Guru Cemerlang Daerah Kinta Utara:

DG52 DG48 DG44 DGA34 DGA32 Jumlah

2 8 7 5 28 50

3. Beliau turut menerangkan tentang keputusan UPSR dan PMR bagi sekolah di
daerah Kinta Utara. Banyak ruang yang patut diisi dalam usaha memperbaiki
pencapaian terutama mata pelajaran kritikal seperti B. Inggeris, Bahasa
Melayu, Matematik, Sains. Fokus utama murid dan mata pelajaran kritikal.
Guru cemerlang dapat membantu dengan mengadakan program bagi
membantu pelajar yang near missed B,C, dan pelajar galus.

Agenda 2 : Penubuhan AJK GC Kinta Utara


Lantikan baru Ahli Jawatankuasa Guru Cemerlang Kinta Utara bagi tahun 2009:

Jawatan Nama Sekolah


YDP Pn. Sabariah Bt Ibrahim SMK Raja Perempuan, Ipoh
Naib YDP Pn. Roziah Bt. Ayub SMK Gunung Rapat, Ipoh
Bendahari Pn. Siti Fauziah Bt Syed Ariffin SMK Anderson, Ipoh
Setiausaha 1 En. Hishamuddin bin Zakaria SK Sg. Rokam, Ipoh
Setiausaha 2 Pn. Hafizah Hj. Mokhtar SK Jelapang Ipoh

Ketua Panitia
Panitia Sekolah Rendah Sekolah Menengah
B. Melayu En. Hishamuddin bin Zakaria Pn. Sabariah Bt Ibrahim
B. Inggeris Pn. Vimlarani a/p Larul Gabriel Pn. Abidah Sarajul Haq
Matematik Pn. Yap Foong Phin En. Kho Chong Quan
Sains Pn. Shaliza Pn. Che Teh Kamariah
Sejarah - Pn. Hing Chong Hua
Pend. Islam Pn. Rosnah Zaini Pn. Roshaini Mat Kasa
B. Cina Pn. Teh Ai Chin -
Pra Sekolah Pn. JulianaAh. Mahidin -
Biologi - Pn. Roziah Bt. Ayub
Ekonomi - En. Vicknesvaran a/l
Subramaniam
Prinsip Akaun - En Shamsuddin Ghazali
P. Perniagaan - Siti Fauziah Syed Ariffin
P. Seni Visual - Noor Anuar Abdullah Sani

Agenda 3: Tugas & Tanggungjawab GC (Terma GC)


1. Pn. Sabariah Ibrahim menerangkan tentang ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh
guru cemerlang
2. Beliau juga menerangkan tentang peranan dan tanggungjawab guru
cemerlang. Antara peranan tersebut adalah seperti yang berikut:
(i). Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata
pelajaran kepakaran dan pembentukan serta pembangunan diri murid
mengikut tahap yang tertinggi yang ditetapkan oleh KPM.

• Menyediakan Rancangan P & P.

• Mengajar mata pelajaran kepakaran.

• Merancang dan melaksanakan tugas berkaitan P & P seperti


penyediaan BBM, pentaksiran pencapaian murid, penetapan
tugasan dan penyemakan kerja bertulis murid.

• Menentukan TOV setiap murid dalam mata pelajaran kepakaran


dan menetapkan sasaran pencapaian setiap murid yang diajar.

• Menghasilkan pelbagai bahan p & p yang terkini, kreatif, inovatif,


menarik dan berkesan.

• Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan setiap murid dalam mata


pelajaran kepakaran.

• M enyediakan program pengayaan untuk murid cemerlang dan


pemulihan bagi yang berprestas rendah.
(ii) Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum
berkaitan mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.

• Menjadi ahli panitia dalam mata pelajaran kepakaran.

• Menjadi pakar rujuk mata pelajaran kepakaran.

• Membantu mengatasi kelemahan & membimbing murid dalam


mata pelajaran kepakaran.

(iii) Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat dan membimbing guru
dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.

(iv) Menjalankan kajian, meng- hasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan,


menerokai inovasi dan penemuan baru dalam MP kepakaran atau
bidang pengkhususan dan membentang hasilnya.

(v) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pendidikan


Daerah, Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengarah Bahagian di KPM.

Agenda 4: Aktiviti / Program Guru Cemerlang

4.1 Kajian Tindakan


Kursus Kajian Tindakan untuk guru cemerlang akan diadakan pada bulan
April /Mei 2009. Semua guru cemerlang dikehendaki membuat kajian
tindakan bertema ”Kearah Keberkesanan P&P”

4.2 Jurnal Guru Cemerlang


GC kinta diminta menyumbangkan artikel untuk jurnal pertama GC yang
akan diterbitkan pada hujung tahun ini. Format artikel boleh diperoleh dari
internet – ainihoss@yahoo.com

4.3 Konvensyen Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 21 hingga 24 Julai


2009 di Kuala Lumpur / Seremban. Setiap daerah akan menghantar 2 orang
wakil peserta.
4.4 Konvensyen Peringkat Negeri akan diadakan pada bulan Ogos. Setiap
daerah akan menghantar 10% daripada jumlah GC di daerah tersebut

4.4 Kursus untuk GC lantikan baru akan diadakan oleh IPG di Pangkor pada 13
hingga 15 April 2009. Daerah Kinta telah menghantar 7 orang peserta.
4.5 Kursus Peningkatan Profesionalisme GC baru.

4.6 Khidmat Bantu GC: Membantu GSTT / guru di daerah Kinta Utara
Agenda 5 : Hal-hal Lain
5.1 GC baru disarankan agar menimba ilmu untuk meningkat profesionalisma
diri.
5.2 GC perlu membayat yuran untuk MGC negeri sebanyak RM 20.00 setahun.
5.3 GC perlu menjaga penampilan diri mengikut etika perguruan dan menjaga
hubungan baik dengan pihak pengurusan sekolah.
5.4 GC perlu memberi keutamaan pencapaian pelajar di sekolahnya terlebih
dahulu sebelum membantu sekolah-sekolah lain.
5.5 Semua Ketua Panitia mata pelajaran perlu merancang program untuk
mem bantu mata pelajaran bidang masing-masing.

Ucapan Penanguhan:
Pn. Lee Wai Yin mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa baru dan
berharap agar GC dapat bergerak lebih aktif dalam memastikan kejayaan
berterusan diperoleh di daerah Kinta Utara.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh:

En. Hishamuddin bin Zakari


Setiausaha MGC Daerah Kinta (U)

You might also like