You are on page 1of 4

Unit Trust merupakan satu skim pelaburan kolektif yang membenarkan para pelabur dengan

objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, yang kemudiannya
dilaburkan oleh para pengurus pelaburan secara professional.

Pelabur Unit Trust tidak membeli saham secara langsung. Hak milik saham dibahagikan di dalam
bentuk unit dan setiap pelabur dikenali sebagai pemegang unit (unitholder). Satu unit di dalam
Unit Trust melambangkan sebahagian saham daripada jumlah pelaburan. Apabila nilai pelaburan
di dalam porfolio Unit Trust meningkat atau menyusut, nilai atau 'harga unit' bagi setiap unit akan
naik atau turun secara automatik.

Sebagai bukti pelaburan individu di dalam Unit Trust, setiap pelabur akan menerima pengesahan
hak milik, samada dalam bentuk penyata (statement) atau sijil unit (unit certfificate). Jumlah unit
yang dimiliki oleh setiap pelabur bergantung kepada harga jualan setiap unit dan jumlah wang
yang dilaburkan oleh pelabur pada masa pelaburan dibuat.

Pulangan pelaburan bagi pemegang unit di dalam Unit Trust adalah biasanya gabungan daripada
bayaran pendapatan tetap (pengagihan) dan peningkatan nilai kapital, yang diperolehi daripada
jumlah pelaburan yang dijalankan oleh sesebuah dana Unit Trust.

BAGAIMANA UNIT AMANAH BERFUNGSI

Unit amanah membabitkan penglibatan tiga pihak iaitu Pemegang Unit / Pelabur yang melabur
dalam sesuatu dana amanah, Pemegang Amanah yang bertindak sebagai badan bebas dan
penjaga aset yang dilabur dan Syarikat Pengurusan yang menyediakan kepakaran teknikal untuk
menguruskan dana berkenaan. Operasi sesuatu skim unit amanah itu ditadbirkan oleh satu
dokumen perundangan yang dipanggil Suratikatan. Ia menyatakan tentang hak dan
tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah serta hak Pemegang Unit. Ia juga menyatakan
secara terperinci bagaimana unit amanah itu harus beroperasi dan diuruskan serta bagaimana
menentukan kadar bayaran yuran.

Anugerah Dana Pelaburan Malaysia The Star/Standard & Poor’s - 2007

Bil. Dana Tahun Kategori Jumlah Pulangan*

1. Kumpulan Pengurusan Dana Terbaik untuk 3 Tahun: Public Mutual Bhd

2. Kumpulan Pengurusan Dana Terbaik untuk 5 Tahun: Public Mutual Bhd

Public Dana Islamic Peruntukan Aset


3. 1 Tahun 20.20%
Balanced Neutral Islam

4. PB Dana Growth 3 Tahun Ekuiti Malaysia 71.67%

Public Dana
5. 3 Tahun Syarikat Kecil Malaysia 39.30%
SmallCap
Public Dana Islamic Pendapatan Tetap
6. 3 Tahun 24.07%
Bond Islam

7. Public Dana Ittikal 3 Tahun Islam/Syariah 51.44%

8. Public Dana Ittikal 5 Tahun Islam/Syariah 103.18%


PB Dana Balanced 3 Tahun Peruntukan Aset 55.77%
9.
Neutral RM

Peruntukan Aset
10. PB Dana Balanced 5 Tahun 95.59%
Neutral RM

11. Public Dana Equity 5 Tahun Ekuiti Malaysia 100.74%

12. Public Dana Bond 5 Tahun Pendapatan Tetap RM 39.54%

Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper - 2007

Bil. Dana Tahun Kategori Jumlah Pulangan*


Kumpulan Dana Terbaik (Kumpulan Ekuiti) untuk 3 Tahun: Public Mutual
1.
Berhad
Dana Ekuiti Malaysia
2. PB Dana Growth 3 Tahun 73.19%
Terbaik
Dana Ekuiti Modal
Public Dana
3. 3 Tahun Kecil & Sederhana 41.56%
SmallCap
Malaysia Terbaik
Dana Ekuiti Islam
4. Public Dana Ittikal 3 Tahun 53.51%
Malaysia Terbaik
Dana Ekuiti Islam
5. Public Dana Ittikal 5 Tahun 103.18%
Malaysia Terbaik
Dana Campuran Aset
6. PB Dana Balanced 3 Tahun Seimbang RM 56.60%
Terbaik
Dana Campuran Aset
7. PB Dana Balanced 5 Tahun Seimbang RM 95.59%
Terbaik
Public Dana Dana Bon Islam RM
8. 3 Tahun 24.09%
Islamic Bond Terbaik
Public Dana Dana Bon Islam RM
9. 5 Tahun 39.88%
Islamic Bond Terbaik

KELEBIHAN PELABURAN DANA ISLAM MELALUI SKIM AHLI KWSP


1. MENEPATI SYARIAH

Peluang membuat pelaburan ke dalam dana-dana yang menepati syariah. Pelaburan di dalam dana-
dana Islam Public Mutual dikawalselia oleh Panel Penasihat Syariah yang dilantik iaitu IBFIM (Islamic
Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd).

2. PULANGAN LEBIH TINGGI

Anda berpeluang menikmati pulangan dividen dan keuntungan modal yang diperolehi daripada
pelaburan di dalam unit amanah. Sekadar perbandingan, dalam tempoh lima tahun terkini (bagi tahun
2001 – 2005) purata pulangan dividen oleh KWSP sebanyak 4.7% setahun, berbanding pulangan Dana
Public Ittikal dalam tempoh yang sama memperolehi pulangan sebanyak 15% setahun!

Nota : Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa prestasi masa lalu tidak semestinya sebagai petunjuk
atau gambaran sebenar prestasi masa depan.

3. TIDAK GANGGU WANG POKET

Tidak mengganggu aliran tunai wang poket anda kerana anda tidak perlu mengeluarkan wang daripada
poket anda, sebaliknya hanya perlu memindahkan wang daripada Akaun 1 KWSP anda ke Institusi
Pengurusan Dana (Public Mutual).

4. MENGGUNAKAN SUMBER SEDIA ADA

Anda tidak perlu membuat pinjaman atau mendapatkan kewangan daripada sumber-sumber baru untuk
mendapatkan peluang untuk melabur dalam unit amanah kerana anda cuma perlu bijak menggunakan
sumber kewangan sedia ada pada anda iaitu di dalam Akaun 1 KWSP anda untuk mendapatkan
pulangan yang lebih baik.

5. NILAI TAMBAH

Anda berpeluang memperolehi pelbagai nilai tambah melalui pelaburan di Public Mutual. Di antaranya,
melalui pelaburan di dalam dana Public ITTIKAL atau Public Islamic Balanced, anda akan memperolehi
perlindungan Takaful secara PERCUMA yang melindungi risiko Keilatan Kekal Menyeluruh dan
Kemalangan Diri Berkelompok sehingga RM100,000 berdasarkan jumlah unit pelaburan yang diambil.

6. KEKERAPAN MENAMBAH PELABURAN

Anda berpeluang menambah pelaburan melalui skim ini setiap 90 hari untuk mendapatkan pulangan
yang kompetitif.

7. WANG PERSARAAN LEBIH TINGGI

Dengan peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih menguntungkan, bermakna anda berpeluang
untuk meningkatkan simpanan KWSP untuk tujuan hari persaraan anda kelak.

8. KEPUASAN MENGURUS SENDIRI

Anda boleh mendapat kepuasan menguruskan sendiri wang simpanan KWSP anda untuk dilaburkan di
tempat yang anda inginkan dan yakini melalui Institusi Pengurusan Dana yang berkredibiliti dan
berprestasi tinggi seperti Public Mutual, khususnya untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi,
menepati syariah dan lebih nilai tambah !

9. KEKERAPAN MELABUR DARI SIMPANAN KWSP


Setiap 90 hari dari tarikh pemindahan terakhir dibuat.

10. PENJUALAN BALIK DAN KEUNTUNGAN PELABURAN

Penjualan balik pelaburan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Bagaimanapun jumlah jualan balik
serta sebarang keuntungan yang diperolehi akan dikreditkan semula ke dalam Akaun 1 KWSP.

Sila hubungi saya jika berminat untuk mmembuat pelaburan ataupun jika ingin menjadi
perunding unit amanah …

Jamian sarif
012-2676091

Maklumat lanjut http://xpres2u.blogspot.com

You might also like