You are on page 1of 10

Rumah amat penting pada masyarakat zaman kini.

Tanpa rumah kita tidak dapat hidup dengan aman dan selesa. Rumah melindungi kita daripada panas dan hujan.Rumah juga dapat melindungi barang keperluan dan harta kita. Selain itu, rumah dapat melindungi kita daripada ancaman yang berbahaya. Jadi kita mestilah menjaga rumah kita dengan baik. Rumah tradiosional
Rumah tradisional ialah rumah yang masih mengekalkan ciri reka bentuk masyarakat dahulu. Kebanyakan rumah tradisional dibina daripada kayu. Rumah tradisional ialah rumah yang dibina secara tradisi dan dibina oleh tukang kayu menggunakan kemahiran tradisi seperti sebuah rumah menggunakan pasak iaitu tanpa paku. Rumah sebegini biasanya terdapat di kampung, tetapi ada juga rumah yang telah dibaik pulih dan menjadi muzium atau pameran untuk orang ramai. Rumah tradisional dibina menggunakan hasil alam seperti kayu meranti, nyatoh dan sebagainya

Rumah Melayu Melaka

Reka bentuk rumah ini terdapat banyak di Melaka . Struktur binaan rumah Melayu Melaka sememangnya terkenal dengan penggunaan material dari kayu untuk bahagian tiang, dinding, pintu, tingkap dan beberapa bahagian lagi, manakala penggunaan bahan dari konkrit di bahagian tangga, batu alas dan sesetengahnya pula di bahagian lantai dan bahagian bumbungnya pula dari bahan daun rembia yang dikeringkan, zink, adex dan juga gentian genting. Rumah Melaka juga di kenali sebagai Rumah Serambi kerana struktur pada bahagian bumbung/perabungnya yang panjang dan tangganya yang diperbuat daripada bantuan konkrit serta diserikan lagi dengan hiasan jubin (tiles) pada permukaan dan sisi tangga. Batu alasyang berfungsi sebagai kaki rumah berbentuk empat segi nyata memberi perlindungan kepada struktur kayu daripada rosak daripada serangan cuaca dan serangga perosak

Rumah Perabung Lima

Rumah perabung lima banyak terdapat di Kelantan.Rumah ini juga adalah rumah sejarah di Kelantan.Terdapat banyak rumah tersebut di Kelantan.Rumah tersebut juga besar saiznya.rumah ini biasanya dibina di kampung halaman.Rumah tersebut hanya ada di Kelantan sahaja.Keistimewaan reka bentuk rumah tersebut kerana ia lebih etnik dan ringkas

Rumah perabung lima


Rumah perabung lima merupakan salah satu rumah yang sering terdapat pada rumah Melayu, iaitu seni binaan orang-orang Melayu. Binaan Rumah perabung lima merupakan bentuk binaan awal yang banyak terdapat di Kelantan. Rumah tersebut juga besar saiznya dan biasanya dibina dengan kawasan berlaman. Keistimewaan reka bentuk rumah tersebut kerana ia lebih etnik dan ringkas Rumah perabung lima tidak memiliki tebar layar. Selain itu bahagian dapur juga dibina berasingan daripada rumah ibu bagi memberikan ruang yang lebih luas. Binaan rumah ini memiliki persamaan dengan gaya rumah orang Belanda, tetapi rumah perabung lima Melayu memiliki bumbung yang lebih tinggi.

RUMAH LIMAS

Rumah Limas banyak terdapat di Johor, Selangor dan Terengganu. Limas bermaksud satu bentuk timba atau takir yang diperbuat daripada daun pisang atau upih yang berbentuk tirus ke atas seperti piramid. Seni bina rumah limas menitikberatkan aspek pengudaraan, pencahayaan dan keselamatan. Rumah limas dibina agak tinggi dari aras tanah bagi menggelakkan dimasuki air ketika musim banjir atau binatang buas pada waktu malam. Ukiran atau jejaring yang ada pada setiap tingkap, bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan tetapi juga untuk memudahkan cahaya dan udara masuk ke dalam rumah. Kebanyakan rumah limas Johor mempunyai kolong iaitu bahagian bawah rumah berpagar yang berfungsi sebagai tempat menyimpan barang. Ruang anjung rumah limas lebih besar dan luas kerana ia berfungsi sebagai tempat melayan tetamu dan sebagai tempat melakukan kerja-kerja seperti membaiki jala

Rumah Minangkabau

Rumah Minangkabau di Negeri Sembilan berasal daripada seni bina rumah Minangkabau di Minangkabau, Sumatera, Indonesia. Perkataan Minangkabau merupakan gabungan dua perkataan, iaitu, minang yang bermaksud "menang" dan kabau untuk "kerbau". Reka bentuk khas pada atap atau bumbung rumah ini disebut gonjong atau bagonjong. Rumah berbentuk memanjang dan bumbungnya melengkung di bahagian hujungnya seperti tanduk kerbau. Komponen bangunannya terdiri daripada ibu rumah, ruang tengah, dan dapur. Ruang ibu mempunyai ruang anjung dan serambi. Ruang tgengah pula terdiri dari satu ruang kecil dan bilik. Kebanyakan rumah Minangkabau di Negeri Sembilan mempunyai ruang di bawah bumbung yang dipanggil peran atau loteng. Ruang ini merupakan ruang tidur anak-anak gadis dan juga boleh dijadikan tempat menyimpan barang-barang.

Rumah Panjang

Rumah panjang banyak terdapat di negeri Sarawak. Kebanyakan orang Iban tinggal di rumah panjang yang dibina berhampiran dengan sungai. Rumah panjang dibina daripadakayu dan merupakan bentuk binaan tetap yang awal dalam banyak budaya. Beberapa keluarga akan tinggal bersama di rumah panjang ini. Jenis rumah panjang orang asliMalaysia Timur biasanya mempunyai bilik-bilik tambahan. Di sebelah depannya ialah serambi dan di sebelah belakangnya pula ialah bahagian dapur.Rumah panjang itu didirikan dengan bertiang tinggi supaya ia tidak terjejas oleh air bah. Pada zaman dahulu, ini juga merupakan satu cara untuk melindungkan rumah daripada diserang oleh musuh. Untuk masuk ke rumah itu, seseorang terpaksa menaikinya melalui tangga-tangga yang dibuat dari batang kayu. Biasanya rumah panjang mempunyai 10 dan 20 bilik . Setiap rumah panjang mempunyai "ruai" iaitu ruang bilik bersama yang terletak di bahagian hadapan rumah itu di mana kebanyakan aktiviti diadakan di tempat itu. Rumah panjang mempunyai seorang ketua yang dikenali sebaga Tuai Rumah atau ketua rumah panjang.

Rumah Bumbung Panjang

Rumah bumbung panjang banyak terdapat di Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Kedah.Rumah bumbung panjang menggunakan bumbung panjang jenis mendatar dan di muka tepi dindingnya dipasang dinding tegak yang dipanggil tebar layar manakala komponen bangunannya terdiri dari rumah ibu dan dapur. Pembahagian ruangnya terdiri dari ruang rumah tangga, terletak dihadapan ruang serambi luar, ruang tengah, ruang serambi dalam, ruang gajah menyusu dan dapur. Bahan-bahan rumah ialah dari kayu seperti cengal dan meranti manakala atapnya dari rumbia

Rumah Bagan

Rumah bagan adalah rumah yang dibina di dalam air. .Rumah bagan dibina dengan menggunakan tiang yang tinggi.Rumah bagan juga amat sesuai untuk nelayan yang mencari rezeki. Rumah bagan terdapat di Kuala Kurau, Kuala Gula dan banyak di Sabah.Secara keseluruhannya rumah bagan banyak terdapat di negeri Sabah.

RUMAH MODEN

Rumah moden ialah rumah yang mempunyai reka bentuk yang baharu dan mengikut perkembangan semasa.Kebanyakan rumah moden dibina menggunakan bahan-bahan seperti atap genting, batu ,kaca, besi, seramik, jubin dan kayu. Rumah Banglo Rumah banglo merupakan rumah yang besar dan luas. Rumah itu juga dikenali sebagai sebuah rumah tunggal dalam satu kawasan tanah. Jadi, tentulah harganya mahal juga, sesuai dengan keunikannya serta keluasan tanah tempat sesebuah banglo didirikan.Di negara kita, terdapat pelbagai jenis rumah banglo. Tetapi kebanyakannya berbeza dari segi bilangan aras atau tingkat. Contohnya, yang biasa kita lihat adalah rumah banglo satu tingkat. Selain itu, rumah banglo dua tingkat juga biasa kita lihat. Cuma, rumah banglo tiga tingkat agak jarang dibuat oleh orang kecuali mereka yang mampu dan mempunyai pendapatan yang tinggi. Rumahbanglo satu tingkat amat sesuai kerana kita tidak perlu hendak naik ke tingkat yang lebih atas. Di negara kita golongan yang berpendapatan tinggi amat gemar mendiami di rumah banglo. Di samping ruang rumah yang selesa dan luas sering kali rumah banglo ini juga mempunyai halaman yang luas.

kondominium

Kondominium merupakan rumah mewah yang mahal harganya.Kondominium dilengkapi dengan fasiliti :seperti tempat letak kereta berbumbung, taman permainan, dan kolam renang, Kebanyak kondominium di Malaysia dibina di kawasan bandar-bandar besar. Lokasi kondominium menarik minat golongan yang berpendapatan tinggi kerana persekitaran dan suasana yang aman, mempunyai perkhidmatan kawalan keselamatan 24 jam dan kesibukan rendah. Kondominium lengkap dengan kabinet dapur, almari baju, penghawa dingin dan pelbagai fasiliti lengkap.

Rumah Pangsa Rumah pangsa adalah rumah yang bertingkat-tingkat. Rumah pangsa selalunya didiami oleh masyarakat yang berpendapatan sederhana dan rendah. Rumah pangsa kebanyakaannya dibina dipinggir bandar.atau di bandar-bandar besar. Rumah pangsa dibina bagi menampung bilangan penduduk yang semakin ramai di negara kita.

Rumah Teres

Rumah teres terdiri daripada rumah teres setingkat dan rumah teres dua tingkat. gaya seni bina rumah teres ialah bersusun berbaris-baris. Reka bentuk rumah teres berasal berasal dari Eropah pada lewat abad ke-17, di mana sebarisan rumah yang serupa atau berimejcermin mengongsi dinding tepi. Rumah-rumah yang pertama dan berakhir digelar penghujung teres dan sering lebih luas kawasan daripada rumah-rumah yang di tengahtengah.Di negara kita, rumah teres amat digemari oleh penduduk sama ada di kawasan bandar-bandar kecil, atau di bandar-bandar besar

You might also like