You are on page 1of 3

Globalisasi satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan

dan kedudukan geografi sesebuah negara Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini Cabaran 1 (Membina personaliti rakyat yang berjiwa merdeka) Agama, bahasa, budaya dan nilai, jati diri Agama: Memiliki iltizam keagamaan yang kuat adalah antara prasyarat utama bagi membolehkan seseorang memiliki personaliti berjiwa Malaysia. Hal ini akan mencegah penganiayaan kepada orang lain kerana setiap agama sentiasa menyeru untuk berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Oleh hal yang demikian, pengamalan dan penghayatan ajaran agama boleh menjadi salah satu pemangkin utama dalam mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik Bahasa: Di Malaysia, bahasa Melayu ialah bahasa yang sudah dimaktubkan sebagai bahasa rasmi. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahasa melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Kedudukan dan taraf bahasa kebangsaan terkandung dalam : Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Akta bahasa kebangsaan 1963 Akta Pendidikan Dengan bahasa ini maka lahirlah ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa yang melambangkan martabat dan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai identiti kepada bangsa Malaysia. Budaya dan nilai: Seluruh rakyat Malaysia perlu menghayati dasar kebudayaan kebangsaan yang telah digubal berteraskan semangat kerjasama dan persefahaman antara kaum. Kepelbagaian yang wujud tidak seharusnya menjadi kekangan untuk berinteraksi dan memahami antara satu sama lain. Ada banyak persamaan yang boleh dijadikan landasan bagi memungkinkan masyarakat berkongsi bukan sahaja dari segi nilai malahan dari segi amalan dan tatacara kehidupan. Jati diri: Jati diri ialah rangkuman segala nilai,budaya, bahasa, pegangan, fahaman dan pandangan jagat sesuatu kaum. Kita sering mendengar jati diri bangsa kita kian luntur. Selalunya kelunturan ini dirujuk kepada watak, cara hidup dan penampilan seseorang.

Kalaulah dia seorang Melayu-Islam tetapi tidak lagi mempamerkan cara hidup, cara bertindak dan perwatakan malah berfikir sebagai orang melayu maka orang ini dikatakan hilang jati diri keMelayuaan dan keIslamannya. Cabaran 2: Membina Jalinan Harmoni Hubungan Interetnik dan Intraetnik Hubungan interetnik merujuk kepada hubungan antara satu etnik dengan etnik yang lain. (Nasional dan global) Hubungan Intraetnik merujuk kepada hubungan antara sesama etnik atau satu keturunan. 1. CABARAN PENGARUH LUARAN a) POLITIK ANTARABANGSA - Ketegangan etnik yang berlaku di Balkan dan Eropah Barat, Konflik di Sierra Leone, Bosnia dan Kosovo semuanya menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Perhatian dunia telah memberikan satu dimensi baharu kepada proses perhubungan kaum abad 21. Apakah kesan Politik antarabangsa terhadap hubungan etnik? Kesannya adalah pihak berkuasa perlu bersikap lebih telus, adil dan saksama dalam menangani masalah perhubungan kaum di negara masing-masing. b) IDEOLOGI - Ideologi sering digunakan sebagai alat yang cukup ampuh dalam menggembleng tenaga dan mendapatkan sokongan dalam sesuatu misi atau perjuangan. Nasionalisme pada peringkat yang lebih ekstrem boleh mendorong kepada semangat perkauman sempit atau cauvinisme dan rasisme. Sekiranya keadaan ini berlaku, maka kestabilan sosial dan keharmonian dalam masyarakat yang bersifat plural itu akan berada dalam keadaan yang gawat. c) EKSTREMISME - Ekstremisme atau sikap melampau dalam apa jua keadaan pun amat jarang memberikan kesan positif. Lazimnya membawa kepada kemudaratan. Cth: peristiwa 13 Mei 1969 d) GLOBALISASI - Proses globalisasi sebenarnya banyak memberikan manfaat kepada kehidupan manusia. Akan tetapi yang menjadikannya satu cabaran besar kepada umat manusia kini adalah kerana adanya pihak-pihak yang tertentu yang mengambil kesempatan daripada perkembangan ini dan mengenakan tekanan kepada pihak lain secara tidak adil, khususnya dalam konteks hubungan antara negara. 2. Cabaran dalaman-Malaysia banyak menghadapi cabaran termasuklah dari segi sosial, ekonomi, agama dan ras. 3. CABARAN PSIKOLOGI *Persepsi, prejudis, diskriminasi, stereotaip, etnosentrisme

Cabaran 3: Menangani hubungan etnik di Malaysia Pasca Kemerdekaan (Peristiwa Ketegangan Kaum) Politik perkauman : menjadi lebih parah apabila isu-isu perkauman diperalatkan utk kepentingan sesuatu pihak dan mendapat sokongan rakyat. Ekonomi: a. Perbezaan pekerjaan. b. Dominasi sektor ekonomi : wujudnya jurang pendapatan antara etnik merupakan cabaran yg sering membawa kpd ketidakstabilan masyarakat majmuk. c. Perbezaan & pertentangan nilai di antara etnik. - Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan. d. Pengaruh Barat dari segi ideologi, budaya hedonisme & nilai negatif, ekonomi bebas, sains & teknologi yg memusnahkan, serta sistem politik yg dianggap terbaik bagi semua manusia dieksport / dibawa masuk ke seluruh dunia.

You might also like