You are on page 1of 30

Disediakan oleh: Ruziatul Izni binti Abdul Hamid Nur Hazirah binti Osman

TAKSONOMI DAN DOMAIN

Taksonomi Bloom

Domain Krathwohl

Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang objektif

pendidikan.

Taksonomi Bloom telah diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956.

Taksonomi ini mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu:
1) kognitif 2) afektif 3) psikomotor

DOMAIN AFEKTIF
Digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuanpersatuan dan juga dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem dan sebagainya.

DOMAIN PSIKOMOTOR Digunakan untuk mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan teknikal.

DOMAIN KOGNITIF Digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual atau perkembangan pemikiran

Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual

berdasarkan satu hierarki kognitif yang disusun dari


aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis

dan penilaian.

Sekitar tahun 1990-an, terdapat perubahan pada terminologi taksonomi ini;


Pengetahuan Mengingat Pemahaman Memahami Aplikasi Mengaplikasi Analisis Menganalis Sintesis Membina Penilaian Menilai

Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.

Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar

Penilaian

Sintesis
Analisis Aplikasi Kefahaman

Pengetahuan

Menguji kebolehan mengingat kembali fakta asas,

istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.
Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan

berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.

Contoh soalan:

Pelancong Barat lebih suka..di bawah matahari. A. dijemur B. berjemur C. berjemur D. menjemur

Menguji kebolehan menterjemah, memahami,dan

mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.

Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan

berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.

Contoh soalan :

Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada

penyataan di bawah :
- Fahrin pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit. A. Ke manakah Fahrin pergi? B. Apakah tujuan Fahrin pergi ke hospital? C. Siapakah yang pergi ke hospital? D. Fahrin berada di hospital?

Peringkat aplikasi menguji kebolehan menggunakan

fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.

Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana,

selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.

Contoh soalan:-

Azah menyidai pakaian yang telah dibasuh di ampaian. Manakah antara yang berikut membantu mempercepatkan pengeringan pakaian itu? i. Sejuk iii. mendung

ii. Berangin iv. Panas


A. i dan ii sahaja B. i dan iii sahaja C. ii dan iv sahaja D. iii dan iv sahaja

Peringkat ini menguji kebolehan membuat

perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan. Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan,

bezakan, menganalisis, mencerakinkan,


mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.

Contoh soalan:-

(a) Bezakan maksud bersama dengan bersamasama. (b) Bandingkan kelebihan belajar di dalam negara

dengan luar negara.

Menguji kebolehan calon menggabungkan,

mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta


mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi. Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan,

membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan,


ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.

Contoh soalan:-

Gubahkan serangkap pantun yang berunsurkan


nasihat.

Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan

untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Contoh soalan:-

Berikan pendapat anda tentang kepentingan


menjaga alam sekitar

Diasaskan oleh, David R. Krathwohl Merupakan bidang berhubung dengan perasaan,

emosi dan sikap.

Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau

perhatian.

perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.

Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan

mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagianbahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :


1)

Kesedaran Pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka. Kesudian untuk menerima Sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik. Perhatian yang terkawal atau terpilih Pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian .

2)

3)

Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu

dan mendapat kepuasan daripadanya.

Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk

membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan

atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun

dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

Membawa maksud membentuk sesuatu sistem


nilai.

Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.

Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan

dan keutamaan di antara nilai-nilainya

Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan

sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

You might also like