You are on page 1of 25

BMM 3112 FALSAFAH BAHASA MELAYU

Disediakan oleh : Mohammad Ainol Yaqin

IPG KKB

FALSAFAH
Berasal daripada bahasa Yunani philosophia iaitu :
philo ertinya cinta dan

sophia ertinya hikmat.

Dari segi istilah :


ingin mengerti dengan mendalam
cinta kepada kebijaksanaan.

Menurut Al-Farabi:
falsafah adalah ilmu tentang alam untuk

menyelidiki hakikatnya yang sebenar.

Al-Kindi :
falsafah adalah pengetahuan tentang realiti

segala sesuatu, sejauh jangkauan kemampuan manusia.

Heraclitus :
falsafah sebagai ilmu yang membahaskan hakikat

sesuatu.

FALSAFAH BAHASA
Falsafah bahasa merupakan bidang menyelidiki kesahihan dalam bahasa. yang

FB meneliti dan memeriksa secara falsafah pengetahuan konsepsi yang wujud dalam fikiran secara abstrak. Bidang kajian falsafah bahasa :

Semantik (makna)

Epistimologi (pengetahuan)

Etika (prinsip)

Budaya dan sosial

Estetika (kesenian)

Kosmologi (alam raya manusia)

Ontologi (hakikat kewujudan)

Metafizik (alam ghaib dan nyata)

Hakikat bahasa

Raja Mukhtarudin (1980), berpendapat bahawa bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat untuk bergotong-royong.
Asmah Hj. Omar (1983), bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga tekak manusia

Harimurti Kridalaksana (1994), bahasa adalah sistem lambang yang arbitrer yang dipergunakan oleh suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasi diri.
Ferdinand De Saussure (1993), bahasa ialah satu sistem isyarat yang berupa gabungan makna dengan bayangan bunyi yang bersifat psikologi.

Wilhelm Von Humboldt - mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi.


Ferdinand de Saussure - menyatakan bahasa

sebagai sistem isyarat

Charles F. Hockett - bahasa dari sudut

psikologi behaviorisme, iaitu sistem tabiattabiat sangat rumit.

Bahasa dan Pemikiran Melayu


Secara literal Bahasa bermaksud : Bunyi-bunyi suara yang diguna oleh setiap kaum untuk menyampaikan maksud-maksud mereka. Bahasa terdiri daripada perlambangan. Ini merupakan hubungan antara tuturan dengan rujukan.
(Al-Mujam Al-Wasit, 1972, Jld.2, Ms.831)

CONTOH :

Dalam aspek yang lain pula, perkataan seperti lembu secara umumnya akan membuatkan kita terbayang seekor lembu.

Namun, dalam masyarakat Melayu khasnya,

perkataan lembu juga membawa maksud bodoh. Sekiranya gambaran seekor lembu terbayang apabila perkataan lembu yang disebutkan, fenomena ini dikenali sebagai kegunaan ekstensi(luaran). Tetapi, sekiranya lembu itu menggambarkan bodoh, fenomena ini pula dikenali sebagai kegunaan intensi(dalaman).

Begitu juga perkataan jantan dan betina. Secara umumnya, perkataan jantan dan betinamelambangkan jantina bagi seekor

haiwan. Namun, sekiranya perkataan jantan dan betina digunakan untuk menunjukkan manusia, ini boleh menunjukkan sikap kurang sopan dan reaksi negatif oleh pendengar.

BAHASA DAN BUDAYA MELAYU

Sejarah

Seawal abad ke 14, bahasa Melayu telah digunakan sebagai lingua franca antara negerinegeri Melayu dan dunia luar seperti Vhina, India, Portugis, Belanda dan Inggeris.

Ini sekaligus membentuk budaya di mana bangsa-bangsa cuba berkomunikasi dan berinteraksi dalam bahasa dan budaya Melayu.

Gugusan pulau-pulau Melayu atau nusantara

mempunyai kira-kira 350 bahasa, namun bahasa Melayu dijadikan bahasa perantaraan.
Bahasa Melayu mampu bertahan dan bersaing

dengan bahasa penjajah kerana sifatnya yang berketerbukaan. Bahasa Melayu telah dapat memperkayakan kosa kata dan mampu menukarkan perkataan asing ke dalam bahasa Melayu yang disesuaikan sedikit dari segi fonologinya.

Dalam usaha memantapkan lagi penggunaan

bahasa Melayu di serantau, satu majlis yang dinamakan Majlis Bahasa Brunei, Indonesia dan Malaysia ( Mabbim ) ditubuhkan.
Fungsi Mabbim ialah bagi mencari persamaan

dan mengurangkan perbezaan dari aspek sintaksis, morfologi dan fonologi disamping meminimumkan perbezaan ejaan.

You might also like