You are on page 1of 14

SULIT

IE/APR 2010/CTU151

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PEPERIKSAAN AKHIR

KURSUS KOD KURSUS PEPERIKSAAN MASA

: : : :

PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM CTU151 APRIL 2010 2 JAM

ARAHAN KEPADA CALON Kertas soalan ini mengandungi dua (2) bahagian BAHAGIAN A (40 Soalan) BAHAGIAN B (3 Soalan)

2.

Jawab SEMUA soalan dari BAHAGIAN A dan dua (2) soalan dari BAHAGIAN B. i) ii) BAHAGIAN A hendaklah dijawab pada Kertas Jawapan OMR. BAHAGIAN B hendaklah dijawab dalam Buku Jawapan. Mulakan setiap jawapan di muka surat yang baru.

3.

Dilarang membawa sebarang bahan masuk ke dalam bilik peperiksaan kecuali dengan kebenaran pengawas. Sila semak bagi memastikan bahawa pek peperiksaan ini mengandungi: i) Kertas Soalan ii) Buku Jawapan - disediakan oleh Fakulti iii) Kertas Jawapan Objektif OMR - disediakan oleh Fakulti

4.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM ANDA DIARAH BERBUAT DEMIKIAN Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak
Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/APR 2010/CTU151

BAHAGIAN A

Hitamkan I B

jawapan yang paling TEPAT pada Kertas Jawapan Objektif.

1.

Apakah kriteria manusia yang bertamadun menurut perspektif Islam? A B C D Berakidah, beriman dan beretika Bertaqwa dan mempunyai sahsiah Islam Mempunyai kepercayaan dan mematuhi syariat Beriman, mematuhi syariah dan berakhlak mulia

2.

Malik bin Nabi mengistilahkan tamadun dengan hadarah. Manakah antara berikut merupakan ciri-ciri masyarakat hadarah? Kehidupan secara menetap Lahirnya aktiviti keilmuan dan kesenian Melakukan penaklukan dan perluasan kuasa Mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen A B C D dan ii , ii dan iii i, iii dan iv Semua di atas

3.

Berikut merupakan ciri keunikan tamadun lslam: KECUALI: A B C D Dibina melalui daya keintelektualan dan sumber naqli Merupakan sebuah tamadun yang bersifat komprehensif Skopnya amat luas dan melepasi garis kehidupan manusia Bersifat ideal dan relevan dengan masyarakat tradisional

4.

Apakah perbezaan di antara tamadun Islam dengan tamadun Barat? A B C D llmu menjadi teras pembangunan Pembangunan yang bersepadu Penemuan baru oleh para sarjana Tumpuan kepada pembangunan fizikal

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/APR 2010/CTU151

5.

Apakah nilai yang diutamakan dalam pembinaan tamadun Islam? A B C D Pembangunan fizikal Pembangunan spiritual Pembangunan fizikal dan spiritual Pembangunan bandar dan kemudahan asas

6.

Manakah perkara berikut TEPAT mengenai penjagaan agama, nyawa, akal, maruah dan harta? A B C D Konsep jinayah Konsep khilafah Konsep muamalat Maqasid syariah

7.

Tamadun Islam berkembang berasaskan sumber-sumber naqli dan aqli. Manakah antara berikut menjadi sumber kepada tamadun Islam. i ii Hi iv A B C D Al-ljtihad Al-Quran Al-Sunnah Tamadun asing i dan ii i, ii dan iii i, iii dan iv Semua di atas

8.

Para sejarawan telah membahagikan perkembangan Islam di zaman Rasulullah S.A.W. kepada dua zaman yang berbeza iaitu Makkiyyah dan Madaniyyah. Keduadua zaman ini menumpukan kepada aspek-aspek tertentu. Apakah aspek penumpuan yang berkaitan dengan zaman Makkiyyah? A B C D Pembinaan negara dan politik Pembinaan akhlak dan keperibadian Pembinaan masyarakat dan keluarga Pembinaan individu dan undang-undang

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/APR 2010/CTU151

9.

Berikut merupakan kecemerlangan masyarakat Islam di Andalus, KECUALI: A B C D Andalus muncul sebagai pusat ekonomi dan sosial di Eropah Institusi penterjemahan dan pusat pengajian di Cordova dan Toledo Penterjemahan daripada bahasa Arab ke bahasa Latin dalam pelbagai disiplin ilmu Sarjana Islam mendirikan institusi pengajian tinggi di Qairawan dan Konstantinapol

10.

Apakah maksud golongan Mozarab dalam pemerintahan Islam di Andalus? A B C D Perkongsian kuasa antara pemerintah Islam dan Kristian Orang Kristian yang sanggup hidup di negara bukan Islam Penduduk Kristian yang memeluk Islam dan mengamalkan budaya Arab Golongan Kristian yang mengamalkan tradisi budaya Arab dan tamadun Islam

11.

Siapakah sarjana Islam yang menghasilkan karya Ihya' Ulumuddin? A B C D Al-Razi Ibn Sina Al-Ghazali Al-Khawarizmi

12.

Apakah jasa dan sumbangan Saidina Umar al-Khattab r.a. semasa menjadi khalifah? i ii iii iv A B C D Pembukuan al-Quran Mewujudkan jabatan pos Menentang kaum murtad Menyusun pendidikan dan kuttab i dan ii i dan iii ii dan iv Semua di atas

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/APR 2010/CTU151

Soalan no. 13 berdasarkan maklumat di bawah.

Tokoh X

Merupakan saintis Muslim yang mengemukakan teori sejatan, penyulingan, pengewapan dan penghabluran. Saintis pertama yang mencipta asid galian dan sejenis kimia yang boleh digunakan untuk melebur emas.

13.

Siapakah tokoh X? A B C D Al-Biruni Al-Farghani Al-Khawarizmi Ibn Hayyan al-Tusi

14.

Pilih pernyataan yang BENAR mengenai BaituI Hikmah di zaman kecemerlangan tamadun Islam: Pusat kegiatan intelektual dibina oleh Khalifah al-Ma'mun Institusi ini telah diteruskan oleh Holagu dalam masa pemerintahannya Perpustakaan pertama dibina di zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah la bermula dengan Khizanah al-Hikmah yang dibina oleh Khalifah Harun alRashid i dan ii i, ii dan iii i, iii dan iv Semua di atas

i ii v

A B C D

15.

Proses penyerapan budaya luar ke dalam budaya setempat berlaku melalui asimilasi dalam jangka masa tertentu sehingga budaya asal tempatan hilang identitinya. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya proses tersebut. Penjajahan Perdagangan Pendidikan dan ilmu pengetahuan Keserasian antara budaya tempatan dan budaya luar A B C D i dan ii i, ii dan iii i, ii dan iv Semua di atas

) Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/APR 2010/CTU151

16.

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan mengamalkan nilai-nilai mumi dalam kehidupan. Apakah nilai-nilai mumi yang wajar dilakukan oleh setiap warganegara Malaysia. i ii iii iv Saling menziarahi ketika menyambut perayaan masing-masing Bekerjasama dalam aktiviti keagamaan pelbagai kaum di Malaysia Menghormati kepercayaan agama masing-masing tanpa sebarang gangguan Saling bekerjasama dalam aktiviti sosial yang tidak membabitkan kepercayaan agama , ii dan iii , ii dan iv , iii dan iv Semua di atas

A B C D

17.

Apakah undang-undang Islam yang dikuatkuasakan di Alam Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat? Hukum Kanun Melaka Undang-Undang Melaka Undang-Undang Laut Melaka Undang-Undang Adat Melaka i, ii dan iii i, iii dan iv ii, iiii dan iv Semua di atas

ii iii iv A B C D

18.

Manakah pemyataan berikut menjadi pra syarat untuk melahirkan individu Muslim yang unggul? Amalan yang baik dan peribadi yang diterima masyarakat Berpengetahuan luas, bijaksana dan berkeperibadian mulia llmu yang berguna, iman yang mantap dan akhlak yang baik Pemikiran yang pintar, kedudukan yang tinggi dan hartawan A B C D i, ii dan iii i, ii dan iv i, iii dan iv ii, iii dan iv

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/APR 2010/CTU151

19.

Apakah bukti yang mengukuhkan teori Islam dibawa dari Arab ke Alam Melayu? Mubaligh terawal di Alam Melayu berasal dari Arab Penemuan batu bersurat di Kuala Berang Terengganu Orang Melayu mempunyai hubungan nasab dengan orang Arab Kurikulum tasawwur Islam Alam Melayu dipengaruhi pemikiran Arab A B C D i dan ii i dan iii i dan iv iii dan iv

20.

Apakah perubahan yang dialami oleh masyarakat Melayu dalam bidang pendidikan dan ilmu pengetahuan selepas kedatangan Islam? Institusi keilmuan hanya wujud di istana Melahirkan ulama dan institusi keilmuan Memperkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa bahasa rasmi i dan iii i dan iv ii dan iv i, iii dan iv

II

v A B C D

21.

Manakah institusi berikut yang bertanggungjawab dalam pentadbiran agama Islam di Malaysia? Mahkamah Syariah Majlis Agama Islam Negeri Jabatan Agama Islam Negeri Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan ii , ii dan iii , ii dan iv i, iii dan iv

II

v A B C D

22.

Perkahwinan merupakan asas kepada pembentukan sesebuah keluarga. Manakah pemyataan yang BENAR mengenai perkahwinan dalam Islam? A B C D Hukum asal perkahwinan adalah wajib Fasakh menjadi tanggungjawab suami Merisik merupakan suatu ketentuan syariat Mas kahwin boleh ditentukan oleh pihak pemerintah SULIT

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

IE/APR 2010/CTU151

23.

Manakah pemyataan berikut TEPAT mengenai kesan perpecahan umat Islam? Lahirnya pelbagai mazhab dalam fiqh Islam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) gagal berperanan Negara-negara Islam dipengaruhi oleh kuasa bukan Islam Permasalahan Palestin belum ditemui jalan penyelesaiannya A B C D , ii dan iii , ii dan iv i, iii dan iv Semua di atas

24.

Manakah pemyataan berikut yang SALAH mengenai pengaruh Islam di Alam Melayu? A B C D Islam telah berjaya merubah jiwa dan wajah Alam Melayu Islam telah membawa semangat rasionalisme dan intelektualisme Islam telah memperakui lapisan masyarakat di Alam Melayu yang sedia ada Islam telah mempengaruhi masyarakat di Alam Melayu sehingga muncul konsep Melayu itu Islam

25.

Mengapakah Acheh telah diberikan gelaran Serambi Mekah? A B C D la telah menyatukan umat Islam di Nusantara la telah berjaya meningkatkan taraf ekonomi umat Islam la menjadi tumpuan tokoh-tokoh ilmuan Islam dari dalam dan luar negeri la berjaya mengambil alih peranan Melaka dalam aspek ketenteraan umat Islam

26.

Pada zaman awal Islam, jizyah adalah antara sumber pendapatan negara. Apakah yang dimaksudkan dengan jizyah? A B C D Cukai yang dikenakan ke atas kafir zimmi dalam negara Islam Harta yang diperolehi dari rampasan perang menentang musyrikin Harta yang dikeluarkan oleh orang Islam apabila cukup nisab tertentu Cukai pemiagaan ke atas barang yang dibawa masuk ke negara Islam

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/APR 2010/CTU151

27.

Dewasa ini kita sering mendengar berlakunya jenayah kolar putih dalam sektor awam di Malaysia. Apakah faktor UTAMA fenomena ini berlaku? A B C D la merupakan kesan daripada sistem dualisma dalam pendidikan la berpunca daripada kesilapan memahami falsafah ilmu yang sebenarnya la berpunca daripada kesilapan yang terdapat dalam disiplin ilmu yang diceburi la terjadi kerana tidak beramal dengan ilmu yang dipelajari dengan sebenarnya

28.

Perlembagaan Madinah memperuntukan perkara berikut, KECUALI: A B C D Kebebasan mengamalkan ajaran agama masing-masing Mengawal orang bukan Islam dari melakukan pencerobohan Tanggungjawab setiap warganegara menjaga keselamatan Madinah Menjamin keadilan yang saksama berasaskan pembahagian sama rata

Soalan no. 29 berdasarkan maklumat di bawah.

Menguasai Menguasai Menguasai Menguasai

mata wang dunia. pasaran barangan utama dunia. sistem perbankan antarabangsa. sistem operasi perisian komputer seluruh dunia.

29.

Apakah petunjuk yang mewakili X dalam jadual di atas? A B C D Hegemoni Barat Penjajahan budaya Penjajahan pemikiran Kehebatan tamadun Barat

30.

Berikut merupakan faktor yang mendorong ke arah keruntuhan sesebuah masyarakat Islam, KECUALI: A B C D Konflik sesama umat Islam Serangan ideologi moden Kurang penghayatan Islam Semangat asabiah dan berpuak

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

10

IE/APR 2010/CTU151

31.

Apakah pendekatan yang perlu diambil oleh umat Islam dalam menangani pelbagai cabaran dunia kini? Menerima dan menghayati idealisme Barat Mengambil pengajaran dan pengalaman sejarah silam Memantapkan pengetahuan kesepaduan ilmu dalam sistem pendidikan Berusaha membentuk ummah yang berpaksikan kepada iman dan takwa dan ii , ii dan iii , ii dan iv i, iii dan iv

i ii v A B C D

32.

Manakah pemyataan berikut TIDAK termasuk polisi yang dikuatkuasakan oleh Barat ke atas negara bukan Barat? A B C D Memelihara integriti negara dengan menyekat kebanjiran imigran ke Barat Mengenakan sekatan ekonomi dan politik ke atas negara yang sehaluan dengan mereka Mengekalkan kuasa militari melalui perjanjian senjata nuklear, biologikal dan kimia yang berat sebelah Mempromosi hak asasi manusia dan demokrasi ala Barat di negara mereka terutama dalam hak kebebasan bersuara

33.

Pilih pemyataan yang TEPAT mengenai maksud globalisasi. A B C D Kecanggihan teknologi maklumat yang dipelopori dunia Barat menyebabkan mereka mampu menguasai segala-galanya Penjajahan pemikiran yang sangat merbahaya kerana ia menyerang secara halus dan tersembunyi serta sukar menyedarinya Fenomena yang mengecilkan dunia dari segi perhubungan manusia disebabkan oleh perkembangan teknologi maklumat Proses di mana dunia menjadi semakin mengecil kesan daripada kecanggihan teknologi maklumat yang ditaja oleh Barat

34.

Manakah di antara berikut merupakan institusi perbankan yang melaksanakan sistem syariah yang sepenuhnya di Malaysia? A B C D Tabung Haji Bank Rakyat Arab Merchant Bank Bank Simpanan Nasional

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

11

IE/APR 2010/CTU151

35.

Manakah antara berikut BUKAN kesan positif globalisasi? A B C D Mempertingkatkan daya saing dan mutu produk Menggalakkan pengaliran modal asing ke dalam negara Menggalakkan perdagangan dengan negara-negara luar Menggalakkan penguasaan pelabur asing ke atas pembangunan ekonomi negara

36.

Apakah faktor UTAMA keruntuhan tamadun awal manusia seperti yang termaktub dalam kitab suci al-Quran? A B C D Penaklukan bangsa asing Pergolakan politik semasa Kelemahan ekonomi negara Pengabaian aspek kerohanian

37.

Kemahiran yang diperolehi oleh masyarakat di Alam Melayu dalam perusahaan sutera, membuat gula, membuat seni tembikar merupakan hasil interaksi dengan negara tertentu. Apakah nama negara tersebut? A B C D Jepun China Parsi India

38.

Apakah bukti yang menyokong teori yang menyatakan Islam datang ke Alam Melayu melalui Gujerat, India? i ii iii iv A B C D Persamaan budaya Persamaan mazhab Kebanyakan pedagang berasal dari Gujerat Persamaan batu nisan di Alam Melayu dan Gujerat i, ii dan iii i, ii dan iv ii, iii dan iv Semua di atas

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

12

IE/APR 2010/CTU151

39.

Semua pemyataan berikut merupakan tanggungjawab suami terhadap isteri, KECUALI: A B C D Menyediakan segala kelengkapan yang diminta isteri Memberi nafkah, pakaian, makanan dan tempat tinggal Membiayai kos perubatan isteri yang sakit walaupun lama Menyediakan makanan yang sesuai dengan kebiasaan suami

40.

Siapakah Perdana Menteri yang memperkenalkan dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran awam di Malaysia? A B C D Tun Hussein bin Dato' Onn Tun Dr. Mahathir bin Mohamed Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

13

IE/APR 2010/CTU151

BAHAGIAN B

SOALAN 1 Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Dan taatlah kepada Allah S.W.T. dan RasulNya serta janganlah kamu saling berbantah, lalu menyebabkan kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan, serta bersabarlah (menghadapi segali kesukaran dengan cekal hati). Sesungguhnya Allah S.W.T. beserta orang-orang yang sabar". (al-Anfal: 46) Berdasarkan maksud ayat di atas, jelaskan perkara-perkara berikut: a) EMPAT (4) cabaran luaran dalam membentuk perpaduan. (10markah) b) EMPAT (4) strategi menyatupadukan umat Islam. (10markah)

SOALAN 2 Kehadiran Islam di Andalus telah berjaya menjadikan Andalus sebagai pusat kegiatan intelektual yang unggul di Eropah serta mampu menyaingi keunggulan kota Baghdad sebagai pusat kegiatan intelektual di Timur. Berdasarkan pemyataan di atas, bincangkan: a) EMPAT (4) faktor yang mempengaruhi perkembangan intelektual di Eropah. (10markah) b) EMPAT (4) bidang ilmu sains yang berkembang di Andalus. (10markah)

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SUUT

14

IE/APR 2010/CTU151

SOALAN 3 Tamadun Malaysia berpotensi untuk muncul sebagai pusat tamadun Islam yang cemerlang pada masa hadapan. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan: a) EMPAT (4) hujah yang menyokong pernyataan di atas. (10markah) b) EMPAT (4) halangan ke arah merealisasikannya. (10markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

You might also like