You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU,

02600 ARAU, PERLIS


Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis Kompleks Islam, . 01000 Kangar, Perlis Tuan,

Tel: 04-9861672

Ruj. Tuan : Ruj Kami : SKA/02/Jld.2(35) Tarikh : 02 April 2007

MEMOHON PENCERAMAH UNTUK MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU TAHUN 2007 Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Sukacita dimaklumkan, Jawatankuasa KAFA dan Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Arau telah menganjur untuk mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Kebangsaan Arau Tahun 2007 pada : Tarikh : 09 April 2007 Hari : Isnin Masa : 3.00 petang Tempat : Sekolah Kebangsaan Arau, Perlis 3. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon seorang penceramah daripada pihak tuan untuk menyampai ceramah sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1428H seperti butiran berikut : Ustaz Hashim B. Othman, ( Penceramah ) Bahagian Penyelidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis 01000 Kangar, Perlis 4. Bersama ini disertakan Aturcara Program tersebut untuk makluman pihak tuan.

5. Kerjasama serta pertimbangan daripada pihak tuan bagi menjayakan majlis tersebut amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

( ADANAN B. LONG PJK ) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Arau, 02600 Arau, Perlis.

Penyelaras KAFA, Sekolah Kebangsaan Arau, 02600 Arau, Perlis Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Arau, 02600 Arau, Perlis Tuan, PERMOHONAN MENGADAKAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU TAHUN 2007 Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Adalah dimaklumkan, Jawatankuasa KAFA dan Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Arau telah menganjur untuk mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Kebangsaan Arau Tahun 2007 pada : Tarikh Hari Masa Tempat : 09 April 2007 : Isnin : 3.00 petang : Sekolah Kebangsaan Arau, Perlis Ruj. Kami : Tarikh : 02 April 2007

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk mengadakan majlis tersebut. 4 Bersama-sama ini disertakan kertas cadangan majlis tersebut untuk perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Sekian, terima kasih BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

( ROSWIRA BIN RAMLI ) Penyelaras KAFA, Sekolah Kebangsaan Arau, 02600 Arau, Perlis

Penyelaras KAFA, Sekolah Kebangsaan Arau, 02600 Arau, Perlis Pengerusi PIBG, Sekolah Kebangsaan Arau, 02600 Arau, Perlis Tuan, PERMOHONAN SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU TAHUN 2007 Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Adalah dimaklumkan, Jawatankuasa KAFA dan Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Arau telah menganjur untuk mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Kebangsaan Arau Tahun 2007 pada : Tarikh Hari Masa Tempat : 09 April 2007 : Isnin : 3.00 petang : Dewan Sekolah Kebangsaan Arau, Perlis Ruj. Kami : Tarikh : 02 April 2007

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan sebanyak RM 150.00 ( Ringgit Malaysia Seratus Lima Puluh Sahaja ) daripada pihak tuan untuk menjayakan majlis tersebut. 4. Kerjasama serta pertimbangan daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, ( ROSWIRA BIN RAMLI ) Penyelaras KAFA, Sekolah Kebangsaan Arau, 02600 Arau, Perlis

KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK ARAU 2007/1428H


Tarikh: 09hb April,2007 Tempat: Sek.Keb Arau,Perlis Anjuran: Jawatankuasa KAFA S.K. Arau Panitia Pendidikan Islam SK Arau,Perlis

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK ARAU 1. PENDAHULUAN Bertepatan dengan hasrat dan cita-cita melalui Falsafah Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Sehubungan itu, Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah SK Arau adalah aktiviti yang dirancang khas oleh Jawatankuasa KAFA serta Panitia Pend. Islam S.K. Arau untuk mengingati sejarah kelahiran Rasulullah s.a.w . 2. OBJEKTIF Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Membesar dan memuliakan hari kebesaran Islam khususnya bagi mengingati junjungan besar nabi Muhammad s.a.w Menguji bakat murid-murid dalam persembahan nasyid 3. SASARAN Semua murid Islam Tahun 1 hingga Tahun 5 Kelas KAFA Sekolah Kebangsaan Arau. 4. TARIKH & MASA 09 hb. April,2007 bersamaan 21 Rabiul Awal 1428H Bermula 3.00 ptg hingga 5.00 ptg. 5. TEMPAT Dewan Sekolah Kebangsaan Arau,Perlis. 6. AKTIVITI Ceramah oleh Penceramah Jemputan Pertandingan Mewarna Tahap 1

JAWATANKUASA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1428H

Penasihat Pengerusi Setiausaha Bendahari

: : : :

Tn. Hj. Adanan b. Long En. Hassim B. Ahmad Ustaz Roswira B. Ramli Ustaz Mohd Irwan b. Ibrahim

Ahli Jawatankuasa : Sambutan Tn. Hj. Adanan B. Long En. Hassim B. Ahmad Pn. Haridah Bt. Abd. Razak Pn. Sabah Bt. Abd. Manaf Persiapan pentas(Backdrop) Ustzh. Salwani bt Ahmad Ust Khalid b. Ulun Azmi Ustzh. Zuharini bt Munzir Pertandingan Mewarna (Tahun 1-2) Ustzh. Nakimah bt Awang The Ustzh. Masyrah Bt. Che Mansor Ust. Mohd. Ashikin B. Abd. Rahman Jamuan Ustzh. Nakimah bt Awang The Ustzh. Rohayu Bt. Mat Din Pengacara Ust. Roswira b. Ramli Doa Ust Khalid b. Ulun Azmi

Siaraya En Marzuki b. Othman Dokumentasi & Buku program Ust. Roswira b. Ramli Kawalan Murid Ustaz Ahmad B. Ibrahim Ust. Mohd. Sifa B. Said Ustzh. Norlida Bt. Yahya Ustzh. Razimah Bt. Ariffin Hadiah & Cenderahati Ustzh. Nur Raihan Bt. Abd. Halim Ustzh. Uswatun Hasanah Bt. Salleh

Aturcara Malis Sambutan Maulidur-Rasul 1428H


3.00 petang Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Bacaan Doa Persembahan Nasyid 3.30 petang Ceramah Maulidur Rasul oleh Penceramah Jemputan Pertandingan Mewarna Tahun 1 & 2 ( Di Pordium ) Persembahan Nasyid Penyampaian Cenderahati Jamuan 5.00 petang Bersurai

PENDAPATAN Sumbangan PIBG S.K. Arau

Bil 1

PERANCANGAN PERBELANJAAN Perbelanjaan Hadiah Mewarna Tempat 1 - RM5 Tempat 2 - RM3 Tempat 3 - RM2 Tempat 1 - RM5 Tempat 2 - RM3 Tempat 3 - RM2 Cenderahati Jamuan 23 orang x RM 3.50 Buku Program Runcit Jumlah keseluruhan Semua hadiah berupa barangan bukannya wang tunai Tahun 1

Jumlah

RM10.00

Tahun 2

RM10.00

RM 35.00

RM80.50 RM 5. 00 RM 10.00 RM 150.00

Adalah diharapkan program ini dapat dijalankan dengan sempurna setelah mendapat keizinan dari pihak tuan. Disediakan oleh, ( ROSWIRA BIN RAMLI ) Penyelaras KAFA, Sekolah Kebangsaan Arau, 02600 Arau, Perlis

You might also like