You are on page 1of 5

KERTAS KERJA AKTIVITI PERMAINAN KANAK-KANAK

PENGENALAN Bagi memenuhi keperluan penilaian kursus PJM3102 Pergerakan Asas, kami dikehendaki untuk melaksanakan ujian amali yang terbahagi kepada dua komponen iaitu Pergerakan Asas dan Permainan Kanak-kanak. Di bawah komponen Permainan Kanak-kanak, terdapat 4 jenis permainan iaitu jaring atau dinding, pukulan, sasaran, serta serangan dan kawasan. Kumpulan kami telah mendapat permainan yang berkonsepkan serangan dan kawasan. Setelah berbincang sesama ahli kumpulan, kami telah mencapai persetujuan untuk mereka cipta satu permainan yang dinamakan MATLAMAT Menyemaikan semangat kerjasama antara kalangan ahli kumpulan. Bijak menyusun strategi untuk mengalahkan pihak lawan. Melatih kecerdasan pergerakan murid. .

OBJEKTIF Untuk memupuk kesefahaman antara ahli kumpulan. Kerjasama antara ahli kumpulan dapat dipupuk. Murid dapat mendisplinkan diri. Murid dapat mempelajari dan mempraktikkan kemahiran serangan dan kawasan.

Tarikh : 27 September 2010

Tempat : Gimnasium

Kumpulan sasaran : Darjah 3 hingga 5

Bilangan peserta : Terbahagi kepada 2 kumpulan besar, setiap kumpulan terdapat 4 pasangan kecil, setiap pasangan terdiri daripada 2 orang.

Panduan Pelaksanaan Permainan

i.

Pengerusi :

ii. Senarai nama peserta : Semua Pelatih

iii. Senarai semak

Sebelum sesi amali 1. Menubuhkan jawatankuasa. 2. Menyediakan kertas kerja. 3. Mengendalikan surat-menyurat (pemohonan, notis) 4. Penyediaan alatan. 5. Penyediaan senarai peserta. 6. Penyediaan peti kecemasan. Semasa sesi amali 1. Mengambil kedatangan peserta. 2. Memastikan alatan dalam keadaan yang sempurna dan mencukupi. 3. Mengendalikan pengagihan kumpulan. 4. Pengadil mengambil tempat. 5. Menerangkan prosedur permainan.

Selepas sesi amali 1. Mengumumkan keputusan. 2. Membersihkan kawasan. 3. Mengemas alatan.


2

Senarai Alatan : 20 biji belon, tali, kain perca, 4 kon, wisel, 4 buah bakul sampah, plastic sampah.

Prosedur : 1. Pelan kedudukan pelaksanaan permainan

Pundi kacang

Gol

KUMPULAN A

KUMPULAN B

Gol

Pundi kacang

Gelanggang

Langkah-langkah : 1. Bahagikan mereka ke dalam 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan B.


3

2. Setiap kumpulan terdiri daripada 8 orang iaitu 4 pasangan dalam setiap kumpulan. 3. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan 10 biji pundi kacang dan diletakkan di dalam bakul berhampiran gol masing-masing. 4. Setiap pasangan dikehendaki mengikat dua biji belon pada kiri dan kanan kaki masing-masing dan akan bergerak secara berpasangan. 5. Setiap pasangan akan berusaha untuk memasukkan pundi kacang ke dalam gol pihak lawan dan hanya dibenarkan membawa sebiji pundi kacang dalam satu masa dan akan mengulang proses yang sama untuk memasukkan gol yang seterusnya. 6. Setiap kumpulan akan mempertahankan gol masing-masing dengan menghalang pihak lawan untuk memasukkan pundi kacang ke dalam gol. Belon yang diikat pada kaki pihak lawan haruslah dipecahkan. 7. Pasangan yang tidak berjaya mempertahankan kedua-dua belon pada kaki mereka akan keluar dari permainan. 8. Permainan akan dimulakan apabila wisel ditiup. 9. Kiraan mata adalah berdasarkan gol dan belon yang belum dipecahkan.

Peraturan-peraturan dan syarat-syarat : 1. Permainan akan tamat sekiranya pundi kacang telah habis. 2. Kuku jari yang panjang tidak dibenarkan dan rambut panjang mesti diikat. 3. Penolakan dan penarikan dilarang sama sekali. 4. Belon diharuslah sentiasa diikat pada kaki. 5. Belon hanya boleh dipecahkan menggunakan kaki. Jika tidak berbuat demikian, kelayakan akan dibatalkan. 6. Kumpulan yang memijak belon sendiri akan ditolak markah. 7. Setiap pemain hendaklah sentiasa bergerak secara berpasangan. 8. Pemain hendaklah berada dalam kawasan gelanggang sahaja. Jika tidak markah akan ditolak. 9. Peserta mesti akur kepada keputusan pertandingan.

Rumusan :
4

Melalui permainan ini, pelajar dapat mempelajari kemahiran dalam teknik serangan dan pertahanan. Semasa permainan dijalankan, sikap berkerjasama dan toleransi dapat dipupuk di kalangan peserta. Selain itu, disiplin pelajar dapat ditingkatkan semasa aktiviti permainan ini dijalankan.

You might also like