You are on page 1of 8

Perlembagaan Pertubuhan

Prinsip- prinsip Asas Pertubuhan

Perlembagaan Pertubuhan

Lambang, cogan kata, lagu dan bendera Pertubuhan

Terdapat 7 prinsip Asas Pertubuhan BSMM iaitu :1. Kemanusiaan (Humanity) Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan peperangan. Mencegah dan meredakan kesengsaraan. Melindunginya wadan kesihatan. Memupuk kesefahaman , kerjasama, hormat menghormati dan kedamaian sesame manusia.

2. Kesaksamaan ( Impartility) Palang Merah tidak membezakan kaum, agama, darjat atau pun fahaman politik dalam kegiatannya. Pada asasnya meringankan kesengsaraan individu dalam kes kecemasan.

3. Keberkecualian ( Neutrality) Palang Merah tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan. Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideology.

4. Kebebasan ( Independence)

Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak mengikut prinsip pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak berkuasa awam.

5. Khidmat Sukarela ( Voluntary Service) Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan.

6. Ketunggalan( Unity) Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di sesebuah negara. Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak. Aktivitinya meliputi seluruh Negara.

7. Kesejagatan (Universality) Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia. Mempunyai tanggungjawab bersama Saling bantu-membantu di antara satu sama lain antara negara.

Rajah 3.1: Prinsip-prinsip asas pertubuhan.

Lambang, cogan kata, lagu dan bendera Pertubuhan:

Lambang BSMM
Lambang BSMM mempunyai ukuran yang piawai. Di sini disertakan panduan melukis dengan betul. Sebarang pembesaran dan pengecilan mestilah mengikut nisbah yang sama. Begitu juga warna yang digunakan.

Berikut adalah panduan dan ukuran piawai bagi lambang Bulan Sabit Merah sepertimana dikeluarkan oleh pihak International Federation of Red Cross and Red Crescent pada Jun 2006. Sebagai contoh, lambang Bulan Sabit Merah yang tertera pada sisi sebelah kiri atas weblog BSMM c UiTM ini adalah berdasarkan ukuran dan warna piawai sebenar. Lambang ini tidak boleh dilukis atau diubah sesuka hati. Sebarang pengecilan atau pembesaran bagi lambang hendaklah mengikut nisbah ukuran piawai dan tiada sebarang elemen lain pada latar belakangnya yang berwarna putih itu.

Di bawah ini pula adalah ukuran piawai bagi bendera Bulan Sabit Merah. Contoh yang diberikan adalah berdasarkan kepada saiz bendera berukuran 150 cm panjang dan 100 cm lebar. Sebarang pengecilan atau pembesaran bagi bendera yang mempunyai lambang hendaklah juga mengikut nisbah ukuran piawai yang telah ditetapkan.

Seterusnya adalah panduan dan piawai bagi formula warna lambang Bulan Sabit Merah. Formula warna ini adalah sama bagi mana-mana lambang sama ada Palang Merah, Bulan Sabit Merah ataupun Kristal Merah bagi seluruh pertubuhan di dunia.

Cogan Kata

SEDIA BERKHIMAT

Lagu Bulan Sabit Merah Malaysia

BULAN SABIT MERAH DI MALAYSIA GIAT BERJASA UNTUK NEGERA TIDAK KIRA KAUM & AGAMA WAKTU AMAN ATAU BAHAYA

DI MANA JUA ADANYA SENGSARA DI SANA ADA KITA DI DARAT & LAUT KITA BERSEDIA WALAUPUN DIANCAM BAHAYA

BULAN SABIT MERAH GERAKAN SEDUNIA MEMBANTU SEMUA YANG MENDERITA BADAN SUKARELA BERKHIMAT DENGAN TABAH DAN BERSEMANGAT

Bendera Pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia

Red Cross [2:3] The ICRC owes its creation to the Swiss, Henry Dunant. In 1863 an International Conference met in Geneva to try and improve the medical care of soldiers in war. It adopted the red cross on a white field as its emblem.

Red Crescent [2:3] In 1876, during the Russo-Turkish war, the Ottoman Empire decided to use a red crescent on white instead of the red cross. Egypt also decided to use the crescent and Persia later decided to use a red lion and sun on white.

Red Crystal [2:3] The ICRC added a more culturally-neutral symbol to the existing cross and cresent in 2005. This symbol can contain other local emblems within the crystal.

You might also like