You are on page 1of 2

ISL Minggu 9 PJM 3102

Tajuk: Mendapatkan bahan daripada media cetak dan elektronik berkaitan Model Bunker & Thorpe (1982) dari aspek: - Pengenalan dan konsep - Kategori dan jenis-jenis permainan - Permainan kategori sasaran

Pengenalan dan Konsep Model Bunker dan Thorpe 1982 TEACHING GAMES for UNDERSTANDING ( TGfU ) TGfU dihasilkan oleh Bunker and Thorpe pada tahun 1982 untuk pelajarpelajar sekolah rendah dan menengah. TGfU merupakan satu model pendidikan yang menekankan: Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan. Meningkatkan tahap aktiviti fizikal. Menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan Pendidikan Jasmani sehingga masa kini. Terdapat beberapa isu timbul di kalangan pelajar-pelajar Britain pada 1980-an yang mendorong Bunker and Thorpe untuk mengkaji TGfU: Pencapaian dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan. Kekurangan pengetahuan tentang permainan. Lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuat keputusan. Terlalu mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan. Kadar perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak menonjolkan. Matlamat utama TGfU adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Menurut falsafah TGfU, pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar .membuat keputusan yang sesuai .ketika permainan berlangsung. Model TGfU juga menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainan. Selepas kajian Bunker dan Thorpe, falsafah dan teori dalam TGfU masih diubahsuai dan diperkembang dari semasa ke semasa. Secara mendalam dan tepat, TGfU adalah lebih pratikal dan mudah diaplikasikan dalam permainan bola. Pada tahun 2004, Webb and Pearson telah mengkategorikan permainan kepada empat kategori utama: Sasaran ( Target ) Pukulan / Padang ( Striking / Fielding ) Jaring / Dinding ( Net / Wall ) Serangan / Kawasan ( Invasion )

Tujuan Mengkategorikan Permainan

ISL Minggu 9 PJM 3102


Setiap permainan dalam kategori yang tersebut mempunyai sifat dan peraturan yang mirip atau seiras. TGfU bertujuan untuk menggalakkan palajar-pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan. Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu kategori, pelajar akan memperoleh pengetahuan asas atas peraturan, kemahiran dan taktik dalam kategori tersebut. Oleh itu, pelajar akan bermampu untuk menyertai permainan lain dalam kategori yang sama. Contoh: Pelajar yang telah belajar bola keranjang atau bola sepak dapat main bola baling Kategori dan Jenis-Jenis Permainan Kanak-Kanak Kategori Sasaran ( Target ) Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata Contoh: bowling, archery, golf Kategori Pukulan / Pemadang ( Striking / Fielding) Jenis permainan yang dilaksanakan dalam kumpulan yang melibatkan dua pasukan / dua pihak. Satu pasukan disebut sebagai pasukan striking dan pasukan lawannya disebut pasukan fielding. Pasukan striking yang akan bertindak untuk memperoleh / mengumpul mata sedangkan pasukan fielding yang akan bertindak cuba menghalang pasukan lawannya memperoleh / mengumpul mata. Mata yang diperoleh / dikumpul melalui larian yang selamat dan berjaya selepas membuat pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan. Contoh : baseball, softball, cricket Kategori Jaring / Dinding ( Net / Wall ) Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang Contoh: badminton, squash, table tennis Kategori Serangan/Kawasan ( Invasion ) Permainan dilaksanakan dalam secara perseorangan atau berpasukan. Berusaha menyerang untuk memasuki kawasan pihak lawan bertujuan untuk memperoleh mata. Kawasan sendiri disebut sebagai kawasan bertahan; berusaha menyekat pasukan lawan memasukinya bertujuan untuk memperoleh mata. Contoh: soccer, basketball, handball.

Rujukan: http://www.slideboom.com/presentations/601995/PPG-Konsep,-Matlamat-danObjektif-Permainan-Kanak-Kanak

You might also like