You are on page 1of 6

Rancangan Pengajaran Harian Matematik Tahun 4B Mata Pelajaran Tarikh/Hari Masa Kelas Bil Pelajar Tajuk Subtopik : Matematik

: 27-6-2013 : 9.10-10.10 am :4B : 31 orang : Wang : memahami dan menggunakan perkataan yang melibatkan wang.

Objektif Pembelajaran : Jumlah 10000 1. murid dapat membaca dan menulis menggunakan istilah berkaitan wang 2. menulis wang dalam ringgit dan sen Hasil Pembelajaran 1. Domain kognitif I. Membina kemahiran pemikiran dan kefahaman :

2. Domain Afektif II. Membina sikap, emosi dan tingkahlaku yang positif

Elemen Merentas Kurikulum : a) Keusahawanan b) Kreatif dan inovatif c) Teknologi Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah mengenali wang sehingga 10000

Konsep/strategi KBKK Bahan Sumber Media Nilai Kemahiran

: berpusatkan pelejar : mencirikan, menjana idea, menghubung kait. : Slaid Power point, LCD, Laptop : Jujur ,berjimat cermat : Kaedah Pembelajaran Konstruktivisme.

Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran Langkah / Masa Set Induksi (5 Minit) Isi Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan

Persembahan slaid power point.

1. Guru menayang persembahan slaid power point. 2. Guru bersoal jawab dengan murid. a. Ini gambar apa ? b. Berapakah harga laptop itu?

1. Murid murid suka melihat 2. Murid-murid menjawab. a) Ini laptop. b) Harganya RM2800. c) Harga cincin RM5500. Murid-murid menjawab soalan

Kaedah : Soal Jawab

Bahan Sumber Media: LCD dan Laptop Nilai : Jujur ,berjimat cermat

RM 2800 Guru mengulangi sesi soal jawab menggunakan gambar-gambar yang seterusnya. RM5500

Langkah 1 (15 Minit)

Aktiviti kelas : Persembahan Power Point Slaid

1. Guru menunjukkan slaid power point yang mengandungi gambar wang kertas.

1. Murid-murid menumpu perhatian. 2. Murid-murid sebut nilai wang. 3. Murid-murid membaca nilai wang. 4. Murid-murid menyatakan jumlah. 5. Murid-murid memberikan jawapan dengan betul.

Kaedah Kumpulan

Bahan Sumber Media: LCD dan Laptop

Menyatakan nilai wang

jumlah

2. Murid diminta menyatakan nilai wang tersebut. 3. Guru menayangkan slaid yang mengandungi 2 atau lebih wang kertas berlainan nilai. 4. Murid diminta menyatakan jumlah nilai wang yang ditayangkan. Kira jumlah nilai 3 keping wang kertas itu. Guru mengulangi aktiviti

Nilai :Jujur ,berjimat cermat

tersebut dengan menggunakan kombinasi wang kertas lain.

Langkah 2 (15 minit)

Aktiviti Berkumpulan Menunjukkan kombinasi kertas untuk wang nilai

1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. (3 orang setiap kumpulan) 2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan wang contoh pelbagai kombinasi. 3. Guru mempamerkan kad imbasan yang tercatat dengan sejumlah nilai. 4. Murid diminta menunjukkan nilai tersebut dengan menggunakan wang contoh yang diberi. 5. Kumpulan yang menunjukkan kombinasi wang contoh untuk nilai yang ada pada kad imbasan dengan tepat dan cepat dikira pemenang. Guru mengulangi aktiviti tersebut dengan jumlah nilai yang berlainan.

1. Murid-murid masuk kumpulan . 2. Murid-murid menerima wang contoh . 3. Murid-murid melihat kad imbasan. 4. Murid-murid menunjukkan nilai dengan wang contoh. 5. Murid-murid memberi nilai wang dengan betulnya. 6. Murid-murid bergilirgilir menjawab soalan.

Bahan Media: Kad imbasan Wang contoh

Sumber

yang tercatat pada kad imbasan.

Nilai :Jujur ,berjimat cermat

Langkah 3 (15 minit)

Latihan (Individu ) Lembaran kerja

1.

Guru mengedarkan lembaran kerja (lampiran 1) kepada murid.

1. Murid-murid terima lembaran kerja. 2. Murid-murid mendengar dengan teliti. 3. Murid-murid membuat latihan dengan senyap. 4. Murid-murid mendengar dan membincang jawapan.

Nilai :Jujur ,berjimat cermat

2. 3.

Guru memberikan arahan. Murid menyiapkan latihan yang terdapat pada lembaran kerja.

4.

Guru dan murid membincang dan menilai jawapan murid.

Penutup (10 minit)

Permainan: Siapa dapat tepat dia

1. Guru menampal kad gambar dimana harga barang tersebut tercatat dibelakang kad itu. 2. Murid akan ke hadapan untuk memilih tag harga yang dirasa sesuai untuk barang tersebut dan menampal tag itu pada gambar.

1. Murid-murid memerhatikan kad-kad. 2. Murid-murid keluaruntukmenampal tag harga. 3. Murid-murid mendapat jawapan yang betul. 4. Murid-murid yang memberi jawapan yang betul diberi ganjaran

Bahan Media: Kad gambar Kad imbasan

Sumber

Nilai :Jujur ,berjimat cermat

3. Selepas setiap gambar ditampal dengan tag harga, guru akan mendedahkan harga sebenar barangan tersebut seperti yang terdapat di belakang kad gambar. 4. Murid yang telah memberikan jawapan yang tepat diberi ganjaran.

sebiji gula-gula.

You might also like