You are on page 1of 9

DEFINISI & KONSEP PERGERAKAN ASAS Pergerakan asas merupakan proses yang memandu pelajar untuk

memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar. Pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Pergerakan asas terdiri daripada tiga aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Pergerakan asas memberikan penekanan kepada aspek-aspek yang berikut iaitu ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan, permainan, kemahiran gimnastik. Konsep pergerakan asas menjelaskan bagaimana kemahiran pergerakan boleh dikakukan. Dengan ini memudahkan murid-murid untuk mengetahui dan memahami asas-asas bagi konsep pergerakan tersebut. Konsep pergerakan melalui pelbagai aktiviti dan permainan boleh mendedahkan murid-murid dengan peluang untuk meneroka pergaulan dan membina pemahaman tentang pelbagai jenis pergerakan badan. OBJEKTIF PERGERAKAN ASAS Diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi Meningkatkan potensi kreativiti murid Memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak Mengembangkan sikap sportif, jujur, disiplin, bertanggungjawab, kerjasama, percaya diri dan demokratis Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik

Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah Pergerakan secara kreatif dapat dilakukan dengan menyerapkan 4 aspek pergerakan iaitu : (1) RUANG Kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ia terbahagi kepada 2 iaitu ruang diri & ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am pula ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Ruang diri & ruang am meliputi bahagian kawasan seperti : a. aras tinggi, sederhana, rendah b. arah hadapan, belakang, sisi, atas, bawah c. aliran awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig-zag d. ekstensi mengecil, membesar (2) MASA Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat ( pergerakan perlahan, ambil masa & dapat dikawal ) & serta merta ( pergerakan dalam masa yang singkat, cepat, spontan & dinamik ). Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat. (3) BEBAN Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan & tenang.

Kualiti pergerakan dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayaan otot semasa melakukan pergerakan. a. Halus-ringan pelakuan pergerakan yang lembut, halus & sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat. b. Berat-kuat Pelakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat. (4) ALIRAN Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran terikat. JENIS-JENIS PERGERAKAN ASAS Terdapat 3 jenis pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor (non-lokomotor) dan pergerakan manipulatif. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Pergerakan lokomotor adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop. Pergerakan lokomotor terbahagi kepada 2 iaitu pergerakan ritma sekata dan pergerakan ritma tidak sekata. Pergerakan ritma sekata ialah pergerakan yang melibatkan 1 pergerakan asas sahaja seperti berlari dan berjalan manakala pergerakan ritma tidak sekata ialah pergerakan yang melibatkan kombinasi 2 @ lebih elemen asas pergerakan, contohnya skip dan melongsor. Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar dan ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Oleh

yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut, tarik naik pasangan, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi. Perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan dan sebagainya. Manakala bukan lokomotor pula merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil. Pergerakan manipulatif pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan alatan. Misalnya, melambung dan menyambut bola, meleret gelung rotan, ketinting sepanjang tali, berlari sambil menggerakkan reben, membaling dan menangkap pundi kacang dan sebagainya. Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan sama ada secara individu, berpasangan atau berkumpulan. Pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk menguji keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa graviti dalam suasana yang sengaja dipilih. (A) PERGERAKAN LOKOMOTOR (1) BERJALAN o o o o Merupakan asas bagi berbagai corak langkah. Pemindahan badan dari satu kaki ke satu kaki yang lain / melangkah dari satu kaki ke kaki yang lain. Kaki akan sentiasa berada di atas permukaan lantai. Cth : permainan keretapi

(2) BERLARI o Pergerakan yang lebih pantas daripada berjalan dan memerlukan lonjakan. o Lebih laju, menolak lantai dengan lebih kuat, berada di udara seketika. o Cth, polis entry

(3) MELOMPAT o Berat badan adalah di atas kedua-dua belah kaki. o Lonjakan kaki daripada lantai dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki dengan serentak. (4) LOMPAT SKIP o Gabungan berjalan dan melompat ketingting. o Langkah satu kaki ke depan, kemudian ketingting yang sama. o Corak pergerakan adalah memindah berat badan di atas kaki berselang-seli . (5) LOMPAT KETINGTING o Merupakan gaya melompat di atas satu kaki. o Berat badan adalah di atas kaki dan badan berada di uadara seketika. o Lonjakan kaki daripada lantai dan mendarat di atas kaki yang sama . (6) LOMPAT GALOP o Lompat galop adalah bergerak ke depan dengan satu kaki mendahului pergerakan secara tepat. (7) MELANTUN o Melantun berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah, atau ke belakang dan ke depan secara beritma pantas dan berterusan. o Cth, bermain bola tampar (8) MELUNGSUR o Melangkah dengan satu kaki dan diikuti dengan sebelah kaki lagi. o Berat badan dipindahkan dari kaki depan dan gerakkan badan ke depan

Kesimpulannya : Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan di tempat tersebut. Pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan kereta api. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh : berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop. (B) PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR (1) MENGHAYUN o Menghayun adalah pergerakan lentikan pergi dan balik semula yang dilakukan dengan tubuh badan, tangan atau kaki o Cth, bermain golf (2) MENUNDUK & MEREGANG o Menunduk dan meregang adalah pergerakan melentik dan mengendur. o Apabila otot-otot memanjang, ia adalah meregang , dan apabila otot-otot memendek, ia adalah mengendur. (3) MENOLAK & MENARIK o Menolak dan menarik berlaku apabila daya dilakukan ke suatu arah daripada satu tempat yang khusus. o Daya perlakuan menentang suatu objek menjadikan pergerakan menolak dan menarik berbeza daripada perlakuan menunduk dan meregang.

(4) MENGILAS o Mengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di satu tempat sahaja. o Pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar di atas suatu tapak sahaja. (5) MENGGOYANG o Menggoyang berlanjutan Kesimpulannya : Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat Pergerakan bukan lokomotor merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil Lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi bukatutup dan pusing putar Pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Cth, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang) Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi Contoh : mengilas badan, memusing, meregang,menunduk, menghayun, mengangkat, menolak, manarik, menjatuh, mengongcang, melantun, membuai badan, dan lain-lain lagi berlaku apabila otot-otot tegang dengan cepat dan

(C) PERGERAKAN MANIPULATIF / PERMANIPULASIAN PERALATAN Merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola, gelung, rotan, tali, reben, belantan dan relang getah. Bentuk Pergerakan Manipulatif (1) Membaling & melambung bola (2) Menyambut bola / pundi kacang (3) Memukul bola (4) Melambung belon PERGERAKAN LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR TANPA ALATAN PERGERAKAN LOKOMOTOR TANPA ALATAN Merupakan pergerakan individu dari satu tempat ke tempat lain tanpa menggunakan alatan @ objek. Perilaku individu juga berubah mengikut keadaan. Dibahagikan kepada 2 iaitu pergerakan ritma sekata dan tidak sekata. Cth pergerakan ritma sekata : berjalan, berlari, melonjak, melompat, ketingting, leap, hop & meloncat. Cth pergerakan ritma tidak sekata : skip, galop & melongsor. PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR TANPA ALATAN

Merupakan keupayaan untuk menggunakan tubuh badan tanpa beralih tempat yang tidak menggunakan alatan @ objek. Cth : membongkok, menolak, meregang, bangkit, mengilas, menarik, hayunan, rebah & memusing.

You might also like