You are on page 1of 7

PENGENALAN

Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia mengandungi 183 perkara dan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya. Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua dewan di parlimen.

PERKARA 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera manamana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.

KONSEP 1 MALAYSIA

1Malaysia adalah gagasan yang mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut. Di samping menjaga kepentingan semua kaum,konsep 1Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pewujudan sebuah Bangsa Malaysia.Oleh itu kita semua tidak harus bersikap memilih kawan berdasarkan kaum dan perlu saling hormat menghormati sesama kita sebagai rakyat dalam satu negara. Turut serta menghormati perayaan kaum lain juga merupakan salah satu peranan yang boleh dilakukan bagi mewujudkan perpaduan. Selain dapat mengeratkan hubungan sesama kaum, kita juga dapat mengenali dengan lebih dekat tentang perayaan adat serta budaya kaum lain.

Malahan 1Malaysia juga menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu asset atau kelebihan yang patut dibanggakan. Konsep 1Malaysia menekankan kepada pendidikan sebagai prasyarat yang penting. Negara kita Malaysia amat memerlukan masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan untuk membangunkan negara.

LAPAN NILAI UTAMA KONSEP 1 MALAYSIA SEJAJAR DENGAN PERKARA 153 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai utama iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. (a) Budaya Kecemerlangan Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. Budaya berprestasi tinggi memastikan bahawa setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan acuh tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju. Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan. Untuk perkara ini, Sistem Petunjuk Utama Prestasi (KPI) amat penting dalam mengukur pencapaian perkhidmatan yang diberi di samping dedikasi, komitmen dan bekerja keras. (b) Ketabahan Setiap perjuangan atau perlaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya yang tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan. Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah dalam menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik untuk mencapai sesuatu matlamat. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerah kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya. Kejatuhan atau kemerosotan

yang dialami perlu dikaji dan hendaklah memperbaikinya secara positif. Pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menangani segala kegagalan. (c) Rendah Hati Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Sifat berhemah dan berbudi bahasa perlu dijadikan amalan hidup kita. Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai seseorang yang mengamalkan sifat merendah diri yang mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip. Selain itu, segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari oleh masyarakat Malaysia. (d) Penerimaan Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama. Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat di negara ini. (e) Kesetiaan Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara yang mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan. Kesetiaan ini seterusnya akan membina kepercayaan dan menjalin satu ikatan antara dua pihak. Nilai atau ganjaran

kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalahgunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan. (f) Meritokrasi Meritokrasi merupakan hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara. Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria tersebut berhak dipilih. Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan kepada prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang. Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi. (g) Pendidikan Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk negara mencapai kejayaan. Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari semua aspek. Dalam sistem pendidikan, orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak juga mendapat keistimewaan mereka yang tersendiri. Hal ini kerana, sistem pendidikan tinggalan penjajah suatu ketika dahulu telah membiarkan golongan ini keciciran dalam pembelajaran. Dengan tertubuhnya Perlembagaan Malaysia, secara tidak langsung hak-hak orang Melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak ini terbela. Hal ini terbukti apabila kuota kemasukan orang Melayu dan bumiputera ialah lebih banyak daripada kaum lain untuk ke sekolah berasrama penuh. Walaupun begitu, kedudukan kaum lain tidak terjejas. Kerajaan tidak sekali-kali menghapuskan sekolah Cina dan Tamil untuk

memberi peluang kepada mereka meneruskan pengajian. Toleransi antara kaum juga menyebabkan pemberian pendidikan diberikan kepada semua kaum menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memberi pinjaman kepada semua untuk pembiayaan kos pendidikan. (h) Integriti Integriti penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak tanpa mengira kedudukan. Masyarakat perlu bersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu tindakan dan percakapan dan sentiasa berusaha memperbaiki kesilapan untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Nilai ini menekankan bahawa kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran yang tidak sah. Budaya berprestasi tinggi adalah asas utama integriti dalam semua aspek dan perkhidmatan yang diberi. Bagi perkhidmatan awam, Yang di-Pertuan Agong menentukan rezab bagi orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dengan memperuntukkan kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan tersebut yang baginda fikirkan perlu. Namun begitu, layanan yang sama rata tetap diberikan kepada setiap kaum dari segi kenaikan pangkat, gaji dan kebajikan yang lain

KESIMPULAN

Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagai mana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Sehubungan dengan itu, kita perlu memahami dan mengamalkan ideologi bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara. Manakala semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Untuk menjayakan wawasan 1 Malaysia, negara memerlukan orang yang berintegriti tinggi, bersifat jujur, berkebolehan, telus, ikhlas dan sikap amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara. Oleh itu, kita harus bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Walau bagaimanapun, perlembagaan adalah undang-undang dasar yang menentukan corak dan kuasa sesebuah kerajaan adalah amat penting dan tidak boleh diabaikan ini termasauklah Perkara 153 Perlembagaan Malaysia telah meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dalam menjaga hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera bagi negeri-negeri Borneo serta kepentingankepentingan yang lain. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia terutamanya tanpa mengira usia keturunan dan anutan agama, perlu bertindak sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia dalam melaksanakan konsep satu Malaysia namun masih tidak mengabaikan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Jika kita semua boleh berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia. Lihat sahaja negara matahari terbit Jepun, dan juga Korea, Sifat rakyatnya yang mempunyai hanya satu hala tuju berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia mesti kita contohi.

You might also like