You are on page 1of 14

Pendahuluan

Cerpen ialah sebuah kisah rekaan atau dalam bentuk prosa yang relatif pendek yang dibina melalui plot,watak,setting,suasana dan gaya penceritaan sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah kisah yang pendek dan lengkap. Cerita rekaan adalah kesatuan atau gabungan daripada fakta dan imaginasi. Cereka yang disampaikan bukanlah seluruhnya fakta, sebaliknya adunan antara fakta dengan imaginasi yang wujud dalam benak atau pengarang ( Othman Putih,2000: 57) Aspek-aspek ini ialah menumpukan kepada tema dan persoalan yang hendak dikemukan oleh penulisnya. Oleh yang demikian ,sebagai satu hasil penciptaan yang berbentuk seni cerita, ia juga mempunyai permulaan,perkembangan,klimaks atau ketegangan dan keakhirannya.

Sesebuah cerpen haruslah bersifat ekonomis,dan dalam sifat ekonomis kata-kata dan penggambaranitu,termasuk pelukisan watak:pengarang dapat memberikan kisah sebahagian dari hidup yang penting; satu aspek dari gambaran masyarakat atau pergolakan hidup manusia. Ismail Ahmad. Memahami Novel dan Cerpen. Hlmn 99 Perkembangan Kesusasteraan Melayu yang lebih bermakna berlaku selepas tahun-tahun awal Perang Dunia Kedua iaitu dalam tahun 1950 yang sering ditandai dengan pembentukan Angkatan Sastera ( ASAS 50 ).Perancangan dan penubuhan ASAS 50 amat besar ertinya kerana ia dapat dikatakan sebagai revolusi mental orang orang Melayu menerusi perjuangam bahasa dan kesusasteraan. Cerpen adalah bentuk sastera kreatif yang amat popular dalam kalangan pengarang ASAS 50 seperti Keris Mas,

Tongkat Warrant,Awang-il-Serkam, Wijaya Mala,A. Samad Ismail dan beberapa orang lagi. Pada tahun 1955, muncul pula beberapa orang penulis seperti Zulastry,Shahnon Ahmad,Kala Dewata,Rokiah Abu Bakar dan S.Othman Kelantan. Cerpen-cerpen Melayu yang dihasilkan pada tahun 50-an ini mulai memuatka persoalan-persoalan yang realistik menggambarkan hakikat kehidupan dengan teknik penulisan yang agak maju serta mengemukakan sifat-sifat ketelitian pengarang dalam menjalin cerita.

Melaui kertas kerja ini,pengkaji akan mengupas lebih mendalam dan meluas lagi mengenai Cerpen Melayu Tahun 50-an dengan melihat dan menilai beberapa perkembangan menarik yang menonjolkan keistimewaan dan kelainannya.Penelitian ini akan bertumpu untuk melihat unsur yang membangun struktur cerpen iaitu dari aspek plot,watak dan perwatakan,latar,mood atau suasana,gaya bahasa dan jurusan pandangan, dan temanya. Perngkaji akan merujuk kepada beberapa cerpen Melayu tahun 50-an seperti Esok Lusa Tulat dan Berikutnya,Puteri Bangsa,Haslina, Kedai Sederet di Kampung kami, Kenangan Jauh, Ingin Jadi Pujangga , Bedah dan Longkang .

Plot

Plot merupakan kejadian-kejadian peristiwa yang mempunyai hubungan sebab dan akibat.Maka,struktur penjalinan plot harus berasaskan pada hukum sebab dan akibat.Plot tidak hanya mengemukakan peristiwa yang berlaku sebaliknya amat penting untuk menerangkan mengapa sesuatu peristiwa itu boleh berlaku.Cerpen-cerpen yang terhasil pada tahun 50-an masih lagi memeperlihatkan struktur jalinan plot yang mudah dan dipadankan pula dengan tema atau persoalan yang ringan tentang keluh klesah kehidupan mayarakat sederhana,rasa cinta anak-anak muda, dan.luahan emosi dan

semangat patriotisme terhadap tanah air.

Pada permulaan cerita,pengarang memperkenalkan suatu situasi tentang watak yeng menghadapi masalah. Keadaan ini berlaku akibat daripada hubungan antara watakwatak sehingga menimbulkan konflik terhadap keadaan persekitaran dirinya.Semua konflik ini bercampur baur dan menjadi perumitan lalu menemukan keteganga yang mencabar untuk mencapai kemuncak.Cerita mula memasuki tahap pengakhiran di mana segala pertikaian dan perumitan menemui peleraiannya sama ada positif atau negatif terhadap segala permasalahan yang berbangkit.

Plot dari segi peristiwa yang membawa sebab dan akibat ini dapat dilihat dalam cerpen Keris Mas, berjudul Pemimpin Kecil dari Kuala Semantan iaitu : satu ketika dalam perjuangan Mohamad Hassan,ia menemui masalah isteri yang tidak mengerti perjuangan.Akibat tiada pengertian si isteri itu membawa kepada penyelesaian iaitu si

isteri turut serrta dalam perjuangan.Timbul konflik dalam jiwa Mohamad Hassan akibat tekanan dari sikap perjuangan parti kepada kerjasama dan pertentangan. Penyelesaian daripada konflik ini,Mohamad Hassan telah membawa diri ke Singapura.

Pengarang-pengarang cerpen Melayu tahun 50-an memulakan jalinan plot cerita dengan tiga cara gaya yang tertentu iaitu menggunakan teknik naratif, dialog watak dan aksi dramatik watak-watak utama.Bentuk plot cerita menggunakan teknik naratif lebih merupakan lanjutan dari teknik yang terdapat pada karya sastera tradisional.Pengarang memulakan cerita secara naratif dan secara langsung memberi penekanan dalam perlukisan latar cerita yang menkagumi keindahan alam terperinci dan teliti. yang digambarkan secara

Memulakan cerita dengan menggunakan dialog dapat diteliti pada cerpen-cerpen karya Arena Wati dan Keris Mas.Pengarang terus menggunakan dialog atau menolog watak misalnya dalam cerpen Arena Wati berjudul Atan Belum Kahwin,dimulakan demikian : Berapa umurmu sekarang? demikian kutanyanya kepadanya ketika kutolong mengisi borang untuknya meminta menyertai pemindahan perkampunga baru anjuran kerajaan. Tiga puluh tiga ,sahut Atan. Dialog sebegini adalah biasa sahaja dan agak kurang memberi kesan tetapi lebih menghampiri realiti dalam kehidupan manusia sehari-hari.Teknik ini lebih cenderung

untuk memperkembangkan pergerakan cerita dengan cepet dan terus memperkenalkan wataknya.

Teknik aksi dramatik watak-watak utama merupakan cara memulakan cerita yang menarik dan banyak digunakan oleh pengarang-pengarang cerpen Melayu,terutamanya selepas kemerdekaan.Teknik ii dapat menimbulkan unsur ketegangan dan pembaca berharap untuk segera mengetahui perkembangan cerita seterusnya.

Dalam pembinaan plot, beberapa unsur seperti krisis,konflik,perumitan,sorotbalik dan imbasmuka kerap ditemui pada bahagian pertengahan cerita. Kesemua unsur ini penting kerana dapat mewujudkan suasana ketegangan yang mempunyai daya tarikan yang cukup kuat agar pembaca ada rasa ingin tahu untuk mengetahui perkembangan cerita seterusnya.

Melalui penelitian pengkaji terhadap struktur plot cerpen-ceroen Melayu tahun 50-an,dapat dilihat para pengarang telahmula meninggalkan ciri-ciri tertentu seperti yang menjadi kegemaran para penglipur lara dalam sastera rakyat.Hal ini jelas menunjukkan pengaruh dari kesusasteraan Barat yang telah memberikan teori dasarkepada pengarangpengarang Melayu untuk menghasilkan cerpen dengan susunan plot yang kemas dan padat.

Watak dan Perwatakan

Watak adalah manusia atau haiwan atau apa sahaja objek tertentu yang dipilih oleh pengarang manakala, perwatakan pula adalah sifat watak-watak itu sendiri. Keduadua ini merupakan sebagai penggambaran menyeluruh manusia atau haiwan atau objekobjek tertentu dan perlu diteliti aspek kehidupan lahiriah dan batiniah. Aspek-aspek itu merangkumi perlakuan watak-watak dalam caranya bertindak, pemikiran, emosi,

aspirasi, pergolakan jiwa, dan pengucapan.Watak-watak juga berperanan bertindak memperkembangkan cerita,membentuk konflik sehingga membawa kepada penyelesaian cerita.

Tiap gerak dan tindak tanduk individu itu adalah berasaskan kepada motif dan tujuannya.Perwatakan dalam cerpen adalah berdasarkan motif tindakan manusia yang dijadikan watak oleh penulisnya.Perlukisan watak itu bukan semata-mata gambaran luarannya sahaja,malah gambaran tindak-tanduk,gaya percakapan, kesan perasaan,fikiran di bawah sedar dan juga imbasan-imbasan yang dibuat melalui gambara fisikal.

Pengkaji akan memperlihatkan gaya pengarang-pengarang Melayu tahun 50-an mengemukakan watak-watak dan ciri-ciri perwatakan yang terdiri daripada tiga teknik penyampaian watak dan perwatakan dalam sesuatu cerpen. Teknik analitikal digunakan untuk memperkenalkan watak-watak secara langsung manakala,teknik dramatik pula memperkenalkan watak-watak secara tidak langsung. Teknik kombinasi iaitu gabungan dari analitikal dan dramatik dianggap unik kerana adanya kecenderungan pengarang

menggabungkan teknik analitik dan dramatik secara serentak..Pengarang

tidak

melaporkan kepada pembaca apa yang dilakukan oleh watak-watak, sebaliknya watakwatak itu sendiri berperanan menyampaikan kepada pembaca apa yang mereka lakukan. Pengarang melenyapkan dirinya lalu membiarkan watak-watak bertindak , memikirkan, dan merasakan sendiri perkembangan plot cerita. hasil dari kesan akibat aksi-aksi dan situasi yang merantai

Teknik pemaparan watak yang baik dan berkesan dapat digolongkan dalam teknik innerlogue.Keris Mas dalam cerpennya berjudul Mereka Tidak Mengerti banyak sekali menggunakan teknik ini seperti yang akan diperhatikan petikan dari cerpen tersebut di bawah ini: Menteri membuka tasnya mengeluarkan kertas-kertas dan fail-fail. Fikirannya melayang-layang.Cerdik perempua ini.Tentulah dia macam itu juga,jadi orang gaji juga dan barangkali tinggal di rumah ini juga.Menteri boleh datang dan pergi,boleh terpilih lagi atau tersingkir,tapi orang gaji tetap jadi oarang gaji.Tetap tinggal di rumah besar-besar. . . . . Fail ini tidak lengkap.Si Bill itu pandai mengangkat-angkat saja,kerjanya tak pernah betul.Hari ini akan miting,fail perkara itu hanya separuh saja ada padaku. Yang lain tu tentu tak diisikannya dalam tas ini hari Sabtu kelmarin.Apa maksudnya? Mengapa orang itu datang ke mari semalam? Tentu ada sesuatu, ya, tentu dia yang datang,kata si Amat itu. (Patah Tumbuh,hlm.195) Penggunaan teknik percakapan dalam diri watak ( innerlogue) itu memungkinkan pengarang secara tidak langsung menyorot pergolakan jiwa dan pemikiran wataknya.

Teknik mengemukan watak secara dramatik akan dibicarakan melalui tindakan fizikal watak-watak itu sendiri.Perlakuan kasar watak banyak dalam cerpen yang

mementingkan aksi yang mengemukan kisah petualangan dalam kehidupan manusia, terutamanya kelas bawahan seperti nelayan,pelaut,petani,penganggur dan buruh Menggabungkan teknik penampilan watak secara analitikal dengan cara dramatik boleh dimulakan dengan cara analitikal oleh pengarang,kemudian diikuti dengan cara dramati,dan kembali semula dengan cara analitikal. Sebagai contoh untuk berjudul

mengemukakan teknik tersebut boleh diteliti dari cerpen A.Samad Ismail Mastura yang digambarkan seperti berikut :

Dan daripada pertanyaan Encik Ariff bila pulang dari ofis hari Mastura pergi ke doktor,dapat dirasakan hati kecil suaminya.Encik Ariff juga mendoakan isterinya moga-moga akan hamil. Hai tak lama lagi kita akan mendapat cahaya mata,kata Encik Ariff sambil senyum. Kita ambil anak angkat sahajalah, Encik Ariff cuba menghiburkan hati isterinya. Petikan ini membuktikan pengarang secara langsung mengemukakan wataknya dan diikuti dengan dialog yang dramatik.

Pada peringkat awal cerpen-cerpen Melayu tahun 50-an sehingga menjelangnya kemerdekaan,kebanyakan cerpen mengemukakan watak dari manusia golongan bawahanyang hidupnya serba mundur iaitu rakyat biasa yang terasing di desa-desa atau manusia pinggiran yang mencuba nasib di kota-kota..Mereka berjuang untuk mendapat kehidupan yang lebih baik untuk keluarga sendiri. Turut digambarkan juga watak yang bersemangat ingin mengubah struktur masyarakat akibat penindasan golongan

bangsawan dan pemimpin-pemimpin terhadap mereka. Golongan watak manusia kelas pertengahan dan elit mulai mendapat sorotan pengarang-pengarang cerpen sewaktu

kemerdekan sudah tercapai. Namun begitu,penggambaran watak-watak golongan ini selalunya kurang baik,ketokohan dan kepimpinan mereka diragui oleh bangsanya sendiri. Pengarang lebih menitikberatkan kepada watak-watak yang mempunyai pandangan dunia tersendiri,yang mementingkan rasuah,dan kurang menghiraukan kehidupan bangsa. Watak-watak daripada bangsa bukan melayu seperti Cina,India dan Inggeris banyak terdapat dalam cerpen-cerpen Melayu tahun 50-an. Keadaan ini menggambarkan masyarakat majmuk. Imej watak-watak bukan Melayu dikemukakan dalm pelbagai corak peribadi,sesuai dengan peranan dalam cerita yang berkaitan. Watak-watak dalam cerpen ini lebih menghampiri realiti kehidupan masyarakat dan perwatakannya pula lebih

meyakinkan dengan menyorot nilai-nilai perasaan dan pemikiran,terutamanya memasuki pergolakan psikologi diri watak-watak tersebut.

Latar

Latar merupakan unsur penting dalam pembinaan cerita di samping plot dan watak.Latar hendaklah konkrit bagi memudahkan tanggapan pembaca terhadap cerita. Hal ini penting kerana latar mempunyai hubungan yang erat dengan watak dan peristiwa untuk menunjang perkembangan plot.

Kebanyakan pengarang cerpen Melayu tahun 50-an mengemukakan latar peristiwa di tahan Melayu, manakala latar di luar daripada tanahair hanya sebilangan kecil sahaja.Latar daerah indonesia yang membawa tema nasionalisme dan patriotik

dapat ditemui pada cerpen Arena Wati berjudul Kenang-kenagan yang mengisahkan semangat kebangsaan golongan pelaut terhadap pemerintahan Kolonial Belanda.

Lazimnya pemilihan latar cerpen itu disesuaikan dengan tema cerita.Umpamaya,cerpen Arrena Wati berjudul Dunia Milik Kami yang mengisahkan keghairahan kelasi-kelasi kapal untuk memenuhi nafsu mereka ketika berada di pelabuhan dengan memerhati petikan di bawah ini : Let gooowww, kudengar teriak panjang dari atas bris. Dan kami kenal , itulah suara Kapitan kami. Dan sejenak menggemuruh suara rantai sauh kapal,menyebabkan seluruh perhatian tumpah curah kepadanya. Kapal memutar haluan dan undur ke belakang ,kemudian berpusing ligat dan cepat sekali. Dan baru kami sedari sungguh-sungguh bahawa arus pasang di sungai sungguh deras. (Burung Badai,hlm.18) Sebagai pelaut yang berpengalaman, Arena Wati agak unik kerana dapat mengenali lautlaut,sungai-sungai,pelabuhan-pelabuhan dan daratan rantau ini secara lebih mendalam. Perlukisan alam raya yang ditemui daripada cerpen-cerpennya adalah bukti-bukti pengetahuan dan pengalamannya tentang dunia laut.

Cerpen-cerpen yang berlatarkan daerah tempatan kerap kali pula menggambarkan kejadian-kejadian yang berlaku pada dua ruang iaitu di bandar-bandar atau di kampungkampung. Perlukisan latar alam raya tempatan bagi Keris Mas dan A. Samad Ismail pula agak biasa sahaja dan kurang dalam pencapaian untuk masuk ke dalam jiwa latar itu.. Pemilihan latar kampung dan bandar ini tidak pula mendapat perhatian yang sama bagi setiap pengarang kerana bergantung pada zaman,persekitaran dan tumpuan minat pengarang mengikut peredaran sesuatu waktu tertentu. Umpamanya latar kota Singapura digambarkan sebagai tempat meneruskan hidup tetapi penuh dengan rintangan.

Di bawah ini dikemukan

petikan dari Keris Mas berjudul Pemimpin dari Kuala

Semantan yang menggambarkan latar kota sebagai tumpuan anak muda desa mencari rezeki : . . . . Bila aku habis mandi dia sudah berkenalan pula dengan Hamid yang baru saja datang dari Singapura dari Negeri Sembilan beberapa bulan yang lalu dan sudah mendapat pekerjaan sebagai buruh Harbour Board.Kami akan makan malam di kedai yang ada pelayan perempuan dari Kelantan di Tanglin Road. . .Sementara dia berpakaian Hamid membisikkan kepadaku,Kalau Hassan mahu bekerja di Harbour Board sebagai buruh kasar saya dapat mencarikan peluang. (Patah Tumbuh,hlm.160) Petikan ini menunjukkan betapaSingapura menjadi tumpuan anak-anak muda dari Tanah Melayu untuk mencari pekerjaan. Kota Singapura juga menjadi tempat mereka bersuka ria dengan pelbagai hiburan dan makanan. Namun begitu,perlukisan latar ini agak tipis dengan menyebut secara sekilas latar luarannya tanpa meresap masuk ke jiwa latar. Sementara itu cerpen-cerpen yang berlatarkan kampung sering digambarkan dengan kegelisahan watak-wataknya dengan permasalahan hidup serba mundur dan kesunyian yang meresahkan jiwa-jiwa anak muda. Latar desa ternyata sekali bertentangan dengan latar kota.Daerah pedalaman digambarkan sebagai tempat yang lengang,sepi dan sesuai sebagai tempat pembersihan jiwa.

Cerpen-cerpen hasil A.Samad Said memperlihatkan suatu kelainan dalam perlukisan latarnya yang terperinci. Penggambaran latar itu disusun detail dengan bahasa kreatif sehingga dapat menimbulkan suasana tempatan yang menjadi latar dalam cerita itu. Perhatikan ketelitian A.Samad Said dalm cerpennya berjudul Longkang : Empat ekor itik sedang sibuk di sebuah longkang yang airnya hitam berbuih tidak mengalir. Longkang itu terbentuk daripada beberapa buah longkang-longkang kecil dari

rumah Kamala Bi,Kiah Gedempol,Zaharah Bulat marimuthu, Abdul Karim,Abdul Kadir.Manisah,Abdul Rahman,Haji Musa dan beberapa orang lagi.Longkang-longkang kecil ini bercantum menjadi sebuah longkang yang agak besar-bengkang-bengkok memanjang dan berakhir di rimbunan semak-semak yang yang bertimbundengan kertas suratkhabar lama yang sudah basah dan koyak-koyak,tin-tin susu bertakungan air dan menjadi dunia bagi beribu-ribu jentik-jentik., botol-botol sompek dan retak yang berminyak dan sisa-sisa makanan basi yang berlendir: nasi,ikan ,sayur-sayur dan hampas kelapa. (Liar di Api,hlm.79)

Ketelitian dan pengamatan yang amat mendalam tentang penggambaran latar itu dapat menolong daya imaginasi pembaca untuk membayangkan bagaimana kotornya penempatan yang sesak itu. Ini juga menggambarkan sikap dan peribadi watak-watak manusia yang menghuni daerah tersebut. Latar sebegini dapat menarik minat pembaca kerana memperlihatkan realitinya,malah menimbulkan rasa jelek kepada tanggapan pembaca. Perlukisan A.samad Said sungguh jelas tanpa berselindung bagi

mengemukakan realiti yamh penuh kejijikan berhasil membangunkan daya imaginasi pembaca untuk membayangkan suasana latar yang barkaitan.

Sudut Pandangan

Cara pengarang meghidangkan bahan cerita dan memilih gaya yang sesuai dan terbaik untuk mengemukakan ceritanya kepada pembaca dikenali sebagai sudut

pandangan. Penceritaan yang memperlihatkan kehadiran suara pengarang dianggaqp sujektif atau peribadi dan lenyapnya suara pengarang sebagai pencerita disebut objektif seterusnya merupakan cara yang lebih dinamis merupakan dua perkara penting dalam

sudut pandangan. Pandangan orang pertama sebagai penceritaan adalah kecenderungan yang menarik dan banyak ditemui dalam cerpen-cerpen Melayu tahun 50-an. Kisahkisahnya mempunyai kaitan dengan pengalaman peribadi pengarang itu sendiri yang menggunakan kata ganti nama saya atau aku sewaktu bercerita. Dalam kajian ini,sudut pandangan orang pertama terbahagi kepada protagonis dan sebagai pemerhati. Pencerita protagonis ialah watak utama yang tidak mempunyai gerakan da punca keterangan yang banyak dalam aksi-aksinya iaitu lebih banyak bergantung untuk mendapat maklumat daripada pemikran,perasaan, dan persepsinya sahaja. Justeru itu ia boleh menceritakan secara langsung atau meringkaskannya atau jarak cerita dengan pembaca adalah tidak tetap. aku atau saya sebagai

BIBLIOGRAFI

Ismail Ahmad.1984.Memahami Novel dan Cerpen.Petaling Jaya ,Selangor.Pustaka Pendidikan Othman Puteh.1983.Cerpen Melayu Selepas Perang Dunia Kedua.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like