You are on page 1of 54

KURSUS PENATARAN TATABAHASA DAN PENULISAN BAHASA MELAYU 2007

BAHASA MELAYU-KERTAS 2
(012/022/032)
(PENULISAN)

UPSR

BAHASA MELAYU-KERTAS 2 (012/022/032) (PENULISAN)


BIL
1 2 3

PERKARA
Jenis Instrument Jenis Item Bilangan Soalan Ujian Subjektif

FORMAT
Respons Terhad Respons Terbuka 5 Soalan Bahagian A- 1 soalan (wajib) Bahagian B- 3 soalan(pilih 1) Bahagian C-1 soalan (wajib) Bahagian A Tiada had Bahagian B Tidak kurang daripada 60/80 patah perkataan. Bahagian C- Tidak kurang daripada 40/50 patah perkataan.

Bilangan perkataan

Jumlah Markah

60 markah Bahagian A 10 markah Bahagian B 30 markah Bahagian C 20 markah


1 jam 15 minit Memindah maklumat Ujian Penulisan/Kemahiran Menulis/Membina Ulasan. Mencakupi semua bidang pembelajaran yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Tahun 1-6 Bahan grafik

6 7

Tempoh Konstruk yang ditaksir

8 9

Cakupan Konteks Stimulus

BAHAGIAN A (Masa yang dicadangkan : 15 minit) (10 markah )


Perkara Stimulus Memindahkan maklumat dari bahan grafik Gambar/carta/graf/peta/dsb 1 soalan sahaja (tiada pilihan,wajib jawab) Tiada had Ayat lengkap/gramatis (bernombor/point/perenggan)

Bilangan Soalan
Jumlah perkataan Bentuk jawapan

BAHAGIAN A
1. 2. 3.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN Baca dan fahami arahan soalan. Teliti gambar yang diberi sama ada gambar,carta,graf,peta dsb. Seandainya gambar bersiri,pastikan nisbah 5 ayat perlu seimbang. Contohnya, 3:2 atau 2:3 ( dua gambar ). Tulis / catat / bulatkan gambar yang hendak dibina ayatnya.

4.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

5. Membina ayat tunggal/majmuk atau berlapis menepati bahan grafik. 6. Pastikan ada peluasan ayat. 7. Menggunakan ejaan dan tanda bacaan yang betul. 8. Menyemak ayat yang telah dibina.

TIP JAWAPAN
SIAPA? / APA? 1. 2. 3. 4. 5. APA YANG DILAKUKAN? MENGAPA? DI MANA? BAGAIMANA?

TIP JAWAPAN
SIAPA? / APA? 1.Saya + keluarga 2. 3. 4. 5. Emak Ayah Kami Suasana APA YANG DILAKUKAN? MENGAPA? berkelah menghidang makanan berehat mandi nyaman DI MANA? BAGAIMANA? Lata Bayu di atas tikar atas batu girang kawasan air terjun

Bagaimana ayat gramatis?


1. Struktur ayat betul, tepat (mempunyai subjek dan predikat) 2. Penggunaan perbendaharaan kata betul, tepat dan meluas. 3. Betul dari segi tanda baca dan ejaan. 4. Penggunaan penanda wacana yang sesuai. 5. Menepati kehendak gambar dan arahan.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar di bawah.

CONTOH AYAT
1. Saya dan keluarga berkelah di Lata Bayu pada hujung minggu yang lalu. 2. Emak menghidangkan makanan yang dibawa dari rumah di atas tikar. 3. Ayah duduk berehat di atas batu sambil memerhatikan kami mandi di situ. 4. Kami mandi dengan girang sambil bermain air yang sejuk dan jernih. 5. Suasana di kawasan air terjun itu sungguh nyaman dan damai.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

CONTOH AYAT
1. Emak sedang menghulurkan sepinggan mi goreng kepada ayah. 2. Saya dan adik sedang membina istana pasir dengan perasaan yang girang. 3. Abang dan rakannya begitu leka bermain bola di tepi pantai. 4. Beberapa kanak-kanak gembira berenang dengan menggunakan pelampung. 5. Ada juga yang berekreasi dengan perahu layar dan mendayung sampan.

BAHAGIAN B (Cadangan masa : 40 minit ) (Markah : 30 )


PERKARA

Menulis karangan
Tajuk diberi 3 soalan pilih 1 sahaja Tidak kurang 80 patah perkataan.

STIMULUS

BILANGAN SOALAN

BILANGAN PERKATAAN
BENTUK KARANGAN

Karangan lengkap

BAHAGIAN B Baca dan fahami tajuk-tajuk yang diberi Pilih tajuk karangan yang dikuasai sepenuhnya agar dapat menghuraikan sesuatu tajuk dengan tepat dan padat. Catatkan isi-isi penting yang bersesuaian dengan kehendak soalan. Sediakan rangka karangan agar isinya tidak berulang. Karangan berformat mestilah mengikut format yang betul.

PENULISAN BAHAGIAN B
Karangan Berformat Khusus Karangan Berformat Umum

Karangan Berformat Khusus


-Surat rasmi --Surat tidak rasmi -- Dialog -- Laporan --Ucapan -- Syarahan -- Berita -- Catatan -- Perbahasan

Karangan Berformat Umum


-Naratif -Menyambung dan menyudahkan cerita -Fakta -Gambaran/keperihalan -Peribahasa -Rencana -Penerangan -Perbincangan

KARANGAN YANG BAIK HENDAKLAH MEMPUNYAI: - Pendahuluan/Pengenalan yang berkaitan dengan tajuk. - Isi-Isi yang disertai dengan huraian dan contoh, penggunaan penanda wacana, peribahasa dan ungkapan amat digalakkan. - Penutup karangan dengan membuat kesimpulan atau rumusan tentang tajuk karangan dengan memberi pendapat sendiri. Semak ejaan, tanda baca, tatabahasa, contoh atau isi yang tertinggal atau kurang tepat.

BAHAGIAN C (Cadangan masa : 20 minit) Markah : 20


Membuat ulasan (pengajaran, nilai murni, kebaikan, faedah dll) Petikan (sastera/bukan sastera) 1 soalan sahaja (Tiada pilihan) (Soalan wajib dijawab) Tidak lebih 50 patah perkataan Satu perenggan

PERKARA

STIMULUS

BILANGAN SOALAN

JUMLAH PERKATAAN BENTUK JAWAPAN

TEKNIK MENJAWAB SOALAN 1. Baca dan akur dengan arahan soalan. 2. Membaca dan memahami petikan secara luncuran atau imbasan. 3. Gariskan ayat-ayat yang mengandungi nilai murni. 4. Catatkan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan ayat yang telah digariskan.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN 5. Menulis ulasan dengan menyatakan 4 / 5 nilai murni berserta huraiannya. 6. Ulasan ditulis dalam satu perenggan. 7. Panjang jawapan tidak kurang daripada 40 / 50 patah perkataan.Jangan terlalu panjang dan sebaik-baiknya antara 50 100 patah perkataan sahaja.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN


8. Huraian bagi setiap nilai murni hendaklah diolah berdasarkan teks dan bukan disalin semula. 9. Elakkan menulis tidak dan jangan untuk nilai murni. Contohnya : - jangan boros berbelanja sepatutnya berjimat-cermat. - tidak membuang masa sepatutnya menghargai masa.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN


10. Nilai negatif dalam petikan teks hendaklah ditukarkan kepada nilai positif / nilai murni.

NILAI-NILAI MURNI
baik hati berdikari kejujuran hemah tinggi hormat-menghormati kebebasan keberanian bertanggungjawab rajin/tekun jimat-cermat berdisiplin bersopan-santun patriotik beramanah berazam/tekad bertolak-ansur berhati-hati bersyukur peramah mudah mesra baik sangka menghargai masa menghargai jasa tolong-menolong menjaga kebersihan mengutamakan kesihatan

ARAHAN SOALAN
[ Masa dicadangkan : 20 minit ] [ 20 markah ]

Tulis empat / lima nilai murni / pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 / 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

CONTOH PETIKAN 1
Aminah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya.Tiba-tiba,dia dihampiri seorang pengemis. Pengemis itu meminta wang daripada Aminah. Aminah telah memberikan wang syiling baki wang sakunya kepada pengemis itu.Pengemis itu mengucapkan terima kasih sebelum pergi. Aminah beratur semasa hendak menaiki bas. Dia juga memberi peluang murid-murid yang kecil menaiki bas dahulu.
Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid tahun dua membuang sampah melalui tingkap bas. Dia telah menegur budak itu dan memberitahunya bahawa perbuatannya itu tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan.

CONTOH PETIKAN
Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang

murid tahun dua membuang sampah melalui tingkap bas.


Dia telah menegur budak itu dan memberitahunya bahawa

perbuatannya itu tidak wajar dilakukan kerana boleh


menimbulkan berbagai-bagai kesan.

TIP JAWAPAN
Nilai murni 1. 2. 3. 4. Bukti Kesan

5.

TIP JAWAPAN
Nilai murni 1. Menghargai masa 2. Bersimpati 3. Berdisiplin 4. Bertimbangrasa 5. Menjaga kebersihan Bukti membaca buku Kesan mengisi masa

memberi derma dapat membantu


beratur memberi peluang memberi nasihat mengelakkan kemalangan disenangi

memelihara alam sekitar

CONTOH ULASAN
Sebagai seorang murid yang baik,kita hendaklah menghargai masa dengan membaca buku untuk mengisi masa lapang. Selain itu, kita perlulah bersimpati terhadap orang miskin dengan menderma bagi membantunya. Di samping itu, kita mestilah berdisiplin dengan beratur agar tidak berlaku kemalangan. Kita juga haruslah bertimbang rasa kepada orang lain agar disenangi. Seterusnya kita menjaga kebersihan dengan memberi nasihat berguna untuk memelihara alam sekitar. ( 65 patah perkataan )

CONTOH PETIKAN 2
Hamdan bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan pagi.Dia terus mencapai basikalnya untuk pergi ke sekolah tanpa bersalaman dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan,dia tidak menghiraukan lampu isyarat merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di sekolah, dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Dia terus berlari walaupun semua murid sedang menyanyikan lagu Negaraku untuk masuk ke dalam barisan kelasnya.

TIP JAWAPAN
NILAI MURNI 1. Hargai masa 2. Hormat 3. Berdisiplin 4. Bertanggung jawab 5. Patriotik BUKTI bangun lewat tidak bersalam langgar lampu isyarat merah mengunci basikal berdiri tegak KESAN ketinggalan pelajaran tidak bersopan berlaku kemalangan tidak hilang tanda hormat

CONTOH ULASAN
Sebagai seorang murid yang baik, kita hendaklah menghargai masa. Jika kita bangun lewat,sudah tentu akan ketinggalan pelajaran di sekolah.Selain itu,kita perlulah ada rasa hormat. Andai kita tidak bersalaman dengan ibu bapa,itu menandakan kita tidak sopan kepada mereka.Kita juga haruslah berdisiplin.Jangan melanggar lampu isyarat merah untuk mengelakkan kemalangan. Di samping itu,kita haruslah bertanggungjawab.

CONTOH ULASAN
Sebaik-baiknya kita mengunci basikal supaya tidak hilang.Seterusnya kita sewajarnya mempunyai semangat patriotik. Kita sepatutnya berdiri tegak semasa lagu Negaraku dinyanyikan sebagai tanda hormat. (80 patah perkataan)

CONTOH PETIKAN 3
KAJANG,7 Mei Salim murid Tahun 6 SJK Mahkota telah berjaya menyelamatkan anak jirannya yang terjatuh ke dalam kolam berhampiran

rumah mereka.Kejadian itu berlaku pagi semalam.Mangsa kejadian itu


ialah Chong, berumur 10 tahun.Kejadian itu berlaku ketika dia sedang bermain bola bersama adiknya di tepi kolam itu.Chong terjatuh ketika cuba mengambil bola yang bergolek masuk ke kolam.Jeritan Chong telah didengari oleh Salim yang sedang belajar bersama-sama Raj. Salim terjun ke dalam kolam dan berjaya menarik Chong ke tepi kolam dengan bantuan kawannya, Raj. Ibu bapa Chong telah mengucapkan terima

kasih kepada Salim dan Raj kerana menyelamatkan anak mereka.Pihak


sekolah pula akan memberikan sijil penghargaan kepada Salim dan Raj. upsr sjk 2006..

LATIHAN MENULIS ULASAN


NILAI 1. 2. BUKTI KESAN

3.
4. 5.

LATIHAN MENULIS ULASAN


NILAI 1. tolong menolong 2. berhati-hati BUKTI menyelamatkan anak jiran terjatuh KESAN berbudi mengelak kemalangan berjaya selamatkan nyawa gembira

3.
4.

rajin
berani

belajar bersama
terjun terima kasih

5. menghargai jasa

Tulis beberapa nilai/pengajaran yang boleh kamu dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan

Buah delima pelbagai rasa, Dipetik sebelum waktu senja; Dari kecil hinggalah dewasa, Ibu bapa membelai penuh manja. Dalam sungai dipasang bubu, Masuk seekor ikan kelisa; Sungguh mulia jasamu ibu, Sepanjang hayat dikenang sentiasa

Limau kasturi jangan dilupa, Beli juga sebungkus asam jawa; Tidakku lupa jasamu bapa, Sanggup berkorban harta dan nyawa. Kacang dicampur santan kelapa, Nasi berulam pucuk pegaga; Terima kasih ibu dan bapa, Bersyukur kita hidup bahagia.

1. 2. 3. 4. 5.

kasih sayang menghargai budi membalas jasa menghormati bersyukur

CONTOH ULASAN
Kita hendaklah sayang akan ibu dan bapa yang telah membesar dan mendidik kita hingga dewasa.Selain itu,kita perlulah menghargai bakti mereka yang telah menjaga dan membelai kita dengan penuh kasih sayang.Di samping itu, kita mestilah membalas jasa ibu dan bapa yang sanggup berkorban harta dan nyawa demi anakanak.Kita juga hendaklah menghormati kepada ibu dan bapa yang sungguh mulia jasanya.Seterusnya kita sewajarnya bersyukur kepada Tuhan kerana mempunyai ibu bapa dan hidup bahagia.

Ceritakan kebaikan Aku dalam sajak di bawah. Panjang


jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Aku Menolong manusia, Pakaian menjadi bersih, Makanan boleh dimasak, Badan sihat, hilang dahaga.

Kehadiran aku dinanti, Aku pembawa rahmat, Bagi petani aku dipuja, Tanah yang kering menjadi subur dan lembab.

Bumi yang luas menghijau dengan pepohon, Sungai yang cetek dipenuhi air, Hidupan air menjadi gembira, Sumber rezeki kepada manusia

Aku, Menolong manusia, Pakaian menjadi bersih, Makanan boleh dimasak, Badan sihat,hilang dahaga. Kehadiran aku dinanti, Aku pembawa rahmat, Bagi petani aku dipuja, tanah yang kering menjadi subur dan lembab. Bumi yang luas menghijau dengan pepohon, Sungai yang cetek dipenuhi air, Hidupan air menjadi gembira, Sumber rezeki kepada manusia.

CONTOH ULASAN Kebaikan aku dalam sajak di atas ialah aku dapat membantu manusia menjaga kebersihan. Selain itu, aku boleh memberi kesihatan yang baik kepada manusia.Di samping itu,aku memberi rezeki kepada para petani dengan menyuburkan tanaman.Aku juga dapat mengindahkan alam sekitar. Seterusnya, aku memberi kehidupan yang bermakna kepada manusia dan semua hidupan di bumi ini. (52 patah perkataan)

ANDA BERHAK UNTUK MENENTUKAN PENCAPAIAN ANDA BAHAGIAN A CEMERLANG, ayat gramatis, menepati
stimulus,perbendaharaan kata dan kosa kata meluas, ejaan dan tanda baca yang betul.

Keputusan BAIK, ayat jelas dan menepati stimulus,


perbendaharaan kata dan kosa kata sederhana

MEMUASKAN -mudah, ringkas dan sesuai dengan stimulus. Perbendaharaan kata dan kosa kata terhad dan sesuai. Banyak kesalahan tanda baca, ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat. PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM bila ayat tidak sesuai dengan
stimulus, penggunaan perkataan yang terhad dan tidak besesuaian dengan stimulus. Banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.

ANDA BERHAK UNTUK MENENTUKAN PENCAPAIAN ANDA

BAHAGIAN B

CEMERLANG-persembahan jelas, menarik, pengolahan idea sangat baik, ayat gramatis bertepatan dengan tema, kosa kata dan perbendaharaan kata meluas tiada kesalahan ejaan dan tanda baca. BAIK-persembahan jelas, pengolahan idea baik dengan ayat gramatis sesuai dengan tema. Perbendaharaan dan kosa kata sederhana. Terdapat kesalahan dalam tanda baca tetapi tidak menjejaskan karangan. MEMUASKAN-persembahan ringkas, menyatakan isi dengan menggunakan ayat dasar, perbendaharaan dan kosa kata terhad. Banyat kesalahan tanda baca dan ejaan

PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM Persembahan tidak sesuai dengan tema. Isi tidak tepat,tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami. Penggunaan perkataan terhad dan banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.

ANDA BERHAK UNTUK MENENTUKAN PENCAPAIAN ANDA

BAHAGIAN C
CEMERLANG-Ulasan jelas,tepat ayat gramatis, perbendaharaan dan kosa kata meluas bersesuaian dengan rangsangan serta betul penggunaan ejaaan dan tanda baca. BAIK-ulasan jelas, tepat ayat gramatis, perbendaharaan dan kosa kata yang sederhana serta bersesuaian dengan rangsangan terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca tetapi tidak menjejaskan ayat. MEMUASKAN ulasan tepat ayat mudah dan ringkas. Perbendaharaan kata dan kosa kata terhad dan sesuai. Terdapat kesalahan dalam tanda baca dan ejaan. PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM Ulasan tidak menepati,penggunaan perkataan terhad dan tidak bersesuaian dengan rangsangan serta banyak kesalahan ejaan dan tanda beca.

SEKELUMIT PENGALAMAN DIKONGSI BERSAMA

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like