You are on page 1of 2

PEMBIAKAN 1. Seperti manusia, haiwan juga membiak. 2. Haiwan membiak untuk memastikan kemandirian spesiesnya. 3.

Haiwan membiak melalui 2 cara : a) melahirkan anak b) bertelur 4. Kebanyakan mamalia melahirkan anak a) Mamalia adalah haiwan berdarah panas. Mamalia menyusukan anaknya. Sesetengah mamalia hidup di darat dan sesetengah hidup di dalam air. b) Contoh mamalia darat melahirkan anak seperti kucing, lembu, kambing, arnab singa dan lain-lain. c) Mamalia akuatik (air) melahirkan anak seperti ikan paus, ikan lumba-lumba,dugong dan anjing laut. d) Kelawar adalah satu-satunya mamalia terbang. Kelawar juga melahirkan anak. e) Mamalia menjaga anaknya sehingga boleh hidup sendiri. Kebiasaannya mamalia melahirkan dalam bilangan yang kecil. f) Dua jenis mamalia yang bertelur ialah platipus dan tenggiling. 5. Haiwan seperti serangga,ikan,burung reptilian dan amfibia membiak dengan cara bertelur. a) Ular orok-orok ( Amerika Syarikat ) melahirkan anak. b)Jadual di bawah menunjukkan kumpulan haiwan yang membiak dengan cara bertelur. Kumpulan Serangga Burung Contoh Haiwan Belalang, rama-rama, lipas Ayam, helang, itik

Reptilia Amfibia

Buaya, penyu ular Katak

c)Sesetengah haiwan menjaga telurnya selepas bertelur. Contohnya ayam dan burung. Burung betina akan duduk di atas telur untuk memanaskannya sehingga menetas. d) Haiwan yang menjaga telur dan anaknya biasanya bertelur dalam bilnagna kecil. e) Sesetengah haiwan meninggalkan telurnya selepas bertelur. Contohnya penyu, katak. Haiwan I ni bertelur dalam bilangan yang banyak untuk memastikan sebahagian daripada telurnya menetas. 6. Sesetengah anak haiwan tidak menyerupai induknya seperti katak, belalang, lalat, pepatung, nyamuk dan lain-lain.

You might also like